Semoga dalam redhaNya

Saturday, November 7, 2009

sejenak bersama

sejenak bersama



motor lama ayah, LC135..dah jual dah..sekarang beli LC balik tp warna hitam putih...
sebelah tu plak, motor idaman ayah (naza blade), pernah memiliknya selama sebulan iaitu bulan julai 2009 hari tu, dan azam ayah nak milikinya plak bile sampai masanya



sekadar renungan bersama :

KEUTAMAAN BANGUN PAGI

Masa merupakan modal seorang muslim dan muslimah kerana ianya harus dijaga dan dioptimalkan untuk mengabdi pada Allah jika tidak kita akan di selubungi penyesalan.

Pepatah mengatakan : "Masa itu seperti pedang “


Di sebabkan betapa pentingnya masa, sehinggakan Allah banyak bersumpah dengan nama masa di dalam alQuran Allah

Di antaranya adalah Allah bersumpah dengan waktu fajar atau waktu pagi

Demi waktu fajar/pagi “ (Al Fajr :1 )


Banyak ayat dan hadist yang menerangkan tentang keutamaan bangun pagi , akan tetapi keutamaan – keutamaan itu dapat kita raih bukan semata- mata kita bangun pagi . Tetapi kita harus mengoptimalkan waktu pagi tersebut sesuai kehendak pencipta waktu pagi


1) Waktu pagi adalah waktu yang berkat kerana rasulullah telah bersabda

“ Ya Allah berkatilah umatku di saat pagi hari “ ( HR. Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Nasa’I Shahih )


2) Amal ketaatan diwaktu pagi akan mendapatkan berbagai keutamaan :

a. Shalat sunnah lebih baik daripada dunia dan seisinya

Dua rakaat solat fajar lebih baik dari dunia dan seisinya “ HR. Muslim)

Pahala solat subuh berjemaah seperti pahala solat malam satu malam penuh

Barangsiapa solat Isya’ berjemaah maka seakan – akan dia telah solat setengah malam dan barang siapa solat subuh berjemaah maka seakan – akan ia telah solat malam satu malam penuh ( HR. Muslim)

a. Mendapat perlindungan dari Allah

Barangsiapa yang salat subuh maka ia berada dalam perlindungan Allah (HR. Muslim )

b. Mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat

“ Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan ke masjid di kegelapan , baginya cahaya yang sempurna pada hari kiamat (HR. Ibnu Majah ,Abu Dawud –shahih ) Berjalan kemasjid dikegelapan maksudnya berjalan kemasjid untuk soat subuh dan isya’

c. Syurga dijanjikan

Barangsiapa solat diua waktu yang dingin maka akan masuk syurga “ (HR. Bukhari )

Sesungguhnya kalian akan ( salat asar ). Maka kerjakanlah ,lalu beliau SAW membaca firman Allah melihat Rabb kalian seperti halnya kalian melihat bulan ini terhalang ketika melihatnya . Jika kalian bisa janganlah kalian lewatkan solat sebelum matahari terbit (solat subuh )dan sebelum matahari terbenam: “ Dan bertasbihlah dengan menuju Rabbmu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam (Thaha : 130 )

e. Disaksikan oleh para malaikat

Sesungguhnya solat fajar itu disaksikan malaikat “ ( Al Isra : 78 )


IMPAK POSITIF BANGUN PAGI


1) Bagi rohani

Rasulullah selalu menganjurkan untuk tetap tinggal di masjid setelah subuh hingga waktu matahari terbit. Waktu ini digunakan untuk peningkatan keimanan dengan zikir (baca al matsurat ) yang mana mengandungi tahmid /pujian , tasbih/penyiucian bagi Allah serta rasa syukur dan istigfar. Inilah permulaan hari yang sangat indah untuk memperbarui ruhiyah kita. Ini merupakan awal yang bagus demi menapaki hari- hari kiat

2) Bagi kesehatan

Berjalan kaki menuju masjid itu menyihatkan. Udara pagi masih bersih dan segar sangat baik untuk kesehatan , kita memerlukan oksigen. Senaman / riadhah yang baik pada pagi hari

3) Bagi ekonomi

Shakr bin Wada’ah al Ghamidi menceritakan Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah berkatilah untuk umatku di pagi harinya “ Dan beliau mengutus pasukan , beliau mengutusnya pada awal siang /pagi hari . Dan adalah Shakr seorang pedagang ia mengirimkan perniagaannya dari awal siang /pagi , maka ia menjadi kaya raya dan banyak harta ( HR. Abu Dawud , no 2606,Tirmidzi, Ibn Majah , Ibn Hibban ,aTirmidzi berkata :Hadis ini hasan derajatnya

Itulah keberkahan waktu pagi dan sahabat Shakr telah membuktikannya

Ibnu Abbas melihat anak nya sedang tidur pagi , maka ia berkata : Bangunlah ! Apakah kamu tidur pada waktu disebarkan rezki ( Zd al Majid )

4)Bagi kemenangan umat Islam

-Rasulullah mengirim pasukan di pagi hari seperti hadis di atas

-Pengangkatan Umar menjadi khalifah terjadi di pagi hari

-Para sahabat menjadikan waktu pagi untuk menentukan keputusan – keputusan penting

-Orang soleh dari umat ini juga selalu memulakan perang setelah solat subuh , bukan sebelumnya , agar solat subuh tidak tertinggal. Kerana waktunya sangat singkat sehingga mendapat saat-saat yang di berkati,mereka menyempatkan diri memohon pada Allah untuk mendapat kemenangan

-Khalid bin Walid tidak memulakan peperangan kecuali setelah solat subuh

-Yusuf bin Tasyifin (Panglima perang sekaligus pemimpin daulah al murabbhitun di Maroko) tidak memulakan perang Zilaqoh kecuali setelah solat subuh dengan pasukannya

-Qurthuz r.a memulakan perang Ainun Jaluth melawan pasukan Tar – Tar langsung setelah solat subuh

Wallahu a’lam

Saturday, October 24, 2009

aidilfitri

mukhlis(1tahun 3bulan), beraya di banting rumah maklong aishah.

menangis bile 'bob' ambil ('bob' panggilan glemer utk cak man, cak man ni tok sedara mukhlis sebelah ayah mukhlis).ktrg on the way nak g beraya ke melaka n N9, singgah jap damai service hospital kt melawati, 'bob' tak sihat..mukhlis nangis sbb ingat ibu n ayah nak tinggalkan mukhlis dengan 'bob' heheheh

mukhlis, ayah, pakcik syahril, pakcik yop & nurul ikhlas..
kite beraya di rumah pakcik yop di bangi

mukhlis, ibu, makcik nawal, makcik shuhada dan nurul ikhlas..

bergambar bersama kawan2 ibu dan anak2..
yg kecik comel tgh gigit kertas tu Reem Mursyida..anak susuan ibu....adik mukhlis tu...comel kan

aidilfitri 2009

singgah sekejap di pantai penarik, terengganu

ciri2 pemandu tak berhemah, (jgn tiru aksi ini yer) bawa kete laju, tangan pegang HP n taip sms, tu la dia ayah mukhlis. kalau tegur ayah jawab 'ini saiful adli la, cekap memandu' eleh eksen ayah tuh...

tersengih2 di tangga masjid hulu terengganu

lena beradu dalam carseat 'sweet cherry'... masuk kete je mukhlis tdo, dari kul10 am smpai la 1pm..penat sungguh mukhlis time2 raya ni, ni tgh recharge tenaga la ni.. raya mukhlis mmg tak cukup tdo sbb berjalan sana sini rmh sedara mara, tp alhmdllh anak ibu tak meragam...senang jaga mukhlis, travel jauh2 pun takde masalah, alhmdllh

oppsss terlupa gmbr ni. cm honeymoon la plak berdua je..... heheheh anak mana?gmbr ni kt pantai penarik, terengganu. mukhlis tdo kt kete, so ibu n ayah posing la..masa belaja kt uitm dlu ibu penah ke pantai penarik ni dgn kawan2 ibu, n penah pegi ng ayah juga.. cantik pantai tu...

ayah n mukhlis...
balik dari kelantan ke kl kite lalu kuk terengganu sbb ayah nak jumpa kawan ayah masa belaja dlu, pakcik wadi nama die..kite singgah masjid kt hulu terengganu ni jumpa pakcik wadi pastu g rumah pakcik wadi kt felda jerangau 1..jauh jg rumah pakcik tuh..

mek...nenek ibu sebelah tok ma..masa kecik2 dlu ibu adik beradik selalu tdo rumah mek, kg tiong dalam...

kt belakang yang pakai baju merah tu to ayah(datuk ibu sebelah tok we), maknanya moyang mukhlis la. kt depan dari kiri atrah, izzat n mukhlis. atrah dan izzat tu sepupu ibu..

ni gmbr family ibu, di pagi aidilfitri 2009..ada lg yg takde ni. tak cukup korum g ni..
dari belakang kiri mok na (farhana), ibu, tok ma, tok we, mok ja (maliza), mok in (ain)
duduk dari kiri : moksu (nisaa') dan mok kah (syafiqah)

baju melayu yg ibu buat..tempat 'feveret' mukhlis, naik tangga....

ibu n ayah di pagi 1st day raya 2009, mukhlis tido masa ni. ayah baru balik masjid, solat sunat aidilfitri. tahun ni kite raya kt kg ibu

beberapa hari sebelum balik beraya di kg, mukhlis testing baju melayu raya. fabrik sama ng ayah, ibu buat sendiri baju melayu ni heheheh terer tak ibu?ni saje nak test sbb tok nak tgk. thn ni kite raya kt kg ibu, so tok tak dapat tgk la mukhlis ber posing baju melayu di pagi raya, sbb tuh tok suh testing dlu..sampin tu tok yg hadiahkan...lawa kan?

2nd day puasa kite bebuka puasa beramai2 di rumah tok ayah kt semenyih. sempat lg snap dua tiga keping gmbr mukhlis yg ala-ala budak tahfiz ni. jubah putih ng kopiah putih...

1st day puasa, petang ayah ajak d riadhah ky 'playground' taman melati, ayah kata puasa buka bererti kene hentikan aktiviti atau rutin harian, malah kene lg nampak aktif, baru la mantopppp...heheheh