Semoga dalam redhaNya

Tuesday, August 10, 2010

Adik Mukhlis

Seperti yang ibu janjikan, ibu nak kongsi kan mengenai adik Mukhlis (dalam kandungan lg la). Ibu tau ibu pregnant pada bulan 4 2010. 1st check up adalah 21hb 4 di klinik kesihatan Gombak Setia, usia ‘baby’ masa tu 6 minggu, (sama la dengan check up masa pregnant Mukhlis dulu, sekarang pun Mukhlis masih continue c/up kat situ).

Ni ringkasan check up adik Mukhlis..
21/4/2010 6minggu 47.5kg
19/5/2010 10minggu 48.0kg
17/6/2010 14minggu 49.0kg
15/7/2010 18minggu 52.0kg
29/7/2010 20minggu 52.0kg
26/8/2010 ? ? (belum lagi la hehehe..)

-pregnancy test - positif.....(gambar blur sebab guna hp ibu je)

Pengalaman mengandung kali kedua ni (anak kedua, insyaAllah due 3hb12 2010 nanti) berbeza dengan first pregnancy sebelum ni (Mukhlis). Kali ini morning sickness tu lebih sket. Masa awal-awal pregnant hari tu, alahan agak teruk, ibu rasa mual sepanjang masa. Girl la katakan (naluri ibu dah agak dah kali ni girl). Sensitif pada bau-bauan. Gula-gula adalah peneman setia ibu. Tak larat tok sah citer la, bertambah dengan kelasakan Mukhlis yang turut menguji kesabaran ibu heheh. Dengan ayah yang selalu ada program, tuisyen, dan lain-lain. Masa tu plak ibu sedang ambil kursus jahitan di Cheras. Travel hari-hari dari Melawati ke Cheras, huh cukup memenatkan ibu. Ibu tak tau ibu pregnant mula tu tapi ibu perasan Mukhlis meragam dan manja terlebih. Ibu ingat sebab kita pindah menyewa rumah sendiri (pindah pada 6hb feb 2010) so Mukhlis tak selesa dan sunyi. Yer la bilik kita kat rumah tok besar dan luas, Mukhlis boleh main dan berlari-lari melasak dalam bilik, bilik rumah kita sekarang ni ngam-ngam untuk katil king size, almari baju (tok punya sebab kita punya almari 10’ X 10’ tak sesuai untuk bilik rumah ni), drawer tshirt ayah, almari solek. Almari baju Mukhlis dalam bilik kecil. Dulu malam-malam ada dalila sebagai kawan, tapi sekarang hanya ibu dan ayah (itu pun kalau ayah ada kat rumah, kalau ayah ada program atau tuisyen, tinggal la dengan ibu), pulak tu masa tu mana ada TV lagi (belum beli). Mukhlis punya la meragam sebab bosan, menguji kesabaran betul, kadang-kadang ibu rasa nak nangis pun ada dengan perubahan diri Mukhlis, sebab sebelum ni Mukhlis seorang yang aktif dan ceria. Banyak cakap, dan kreatif.... heheh emo terlebih ibu ni..

Ok kembali kepada cerita pengalaman ibu pregnant kali ni. Ibu moody jer dan selalu cari pasal dengan ayah (walaupun untuk hal-hal kecik jer, sama macam mula-mula pregnant mukhlis dulu bab emosi tak stabil tu), so ayah beli kan la pregnancy test, beli 2 lagi tu. Mula-mula test, positif, ada 2 line. Bagitahu ayah, ayah seronok la sangat.. Herm ibu cam tak caya, 2hari lepas tu ibu test lagi.. positif.. Masa pregnant kat Mukhlis dulu, ibu hanya muntah-muntah time maghrib, sekarang pregnant kat adik Mukhlis ni pulak tak mengira waktu, kalau rasa pening satu hal, mual-mual nak muntah yang tak tahan tu. Bila dah muntah confirm la lembik je rasa badan ni. Ibu sangat sensitif pada bau-bauan, mesti rasa nak muntah. Rasa nak baring jer memanjang, kaki lenguh-lenguh, sakit belakang, selera makan kurang namun ibu gagahkan juga makan walaupun lepas tu uwekkk.. Ibu kena paksa makan untuk dapatkan tenaga, yer la ada sorang lagi anak yang nak perhatian kat luar nih (Mukhlis lah tu). Dalam tak larat tu kena la bagi perhatian juga kat si abang (sian Mukhlis, nasib baik ayah rajin melayan die). Masa tu ibu rasa, Ya Allah seksa sungguh mengandung kali ni (ayat orang tak bersyukur sebab orang lain ada lagi yang lagi susah dan payah dugaan die). Seperti biasa kalau pregnant, hB ibu akan rendah gila dan berat badan akan naik sampai kena marah dgn misi klinik kesihatan, diorang suruh kurangkan makan manis hehehe tapi memang ibu suka makan coklat pun, pedulik la sebab kalau ibu tak makan coklat ibu tak de tenaga nak buat rutin harian, ibu memang akan makan coklat terutamanya ‘nips’ dan ‘kinder bueno’-wajib.

Bila kandungan dah masuk 4bulan, semua tu hilang. Selera makan bertambah-tambah dan ibu dah gemuk huhuhuhu, ibu sentiasa lapar tak kira waktu. Ibu makan ape sahaja walaupun sebelum ini ibu tak suka makan tu. Contohnya mayonis, sebelum ni ibu anti-mayonis, sekarang ibu dah boleh makan dah. Ibu ni tekak melayu, tekak kampung, dan memang . So benda alah pizza, spagetti, lasagne ke pejadah lagi tu memang ibu tak lalu langsung, tapi sekarang semua ibu telan. Belasah je, dan kadang-kdang bertambah-tambah ibu makan. (ish tak senonoh ibu ni). Ibu suka makan buah, semua jenis buah terutamanya buah-buahan tempatan, rambutan, manggis, durian dll. (Mukhlis berkongsi minat buah rambutan dengan ibu dan Mukhlis tak pernah lupa berkata ‘biji die tak boleh makan, tau ibu tau’ sebab ibu selalu pesan macam tu kat Mukhlis, hehehe alih-alih Mukhlis plak yang selalu ingatkan ibu, pandai, clever boy, kadang-kadang Mukhlis cakap/tanya “sedap tau bu, sedap sedap?). Tapi peti ais kita tak pernah terisi lama dengan buah-buahan sebab confirm ibu akan habiskan secepat mungkin hehehe.

Preparation untuk menyambut adik Mukhlis belum buat lagi sebab lambat lagi pun due. Mukhlis dulu masa kandungan ibu 6bulan baru ibu dan ayah mula beli sket-sket. Dan memang tak banyak baju yang ibu ayah beli, banyak nyer orang bagi masa datang tengok baby. Kali ni pun ibu tak nak beli banyak. Dua tiga pasang cukup la, sebab boleh recycle baju-baju abang Mukhlis dulu, dah besar sket baru kita beli baju-baju girl.

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Menjelang

Hujung minggu ni tidur rumah tok sebab Dalila sekeluarga balik kampung, risau tok kesunyian plak.. Yer la selalunya malam-malam Dalila ada. Mukhlis ni memang lasak yang amat, pening kepala nenek dan tok. Nenek pun cakap “kenape la lasak sangat”.. Itu lah Mukhlis, lagi mengantuk lagi die melasak. Maknanya malam kalau die melasak terlebih tu kena bagi susu dan masuk bilik dan tido. Jumaat malam dan sabtu malam tido rumah tok, 2 malam nenek dan tok mengadap kelasakan Mukhlis.

Sabtu pagi kite (ayah, ibu, Mukhlis, Tok dan nenek) pergi Seremban, rumah sedara merangkap kawan Tok. Aunti Fauziah. Die tak sihat, breast cancer. Balik dari Seremban kita singgah Nilai, beli baju raya (kain ela untuk baju melayu Mukhlis dan ayah, dan kain pasang untuk baju ibu), theme color kita untuk tahun ni adalah “kelabu”. Tok beli 2 pasang baju kurung ready made untuk tok dan ummi dalila, pastu survey langsir ready made, ada yang berkenan. Tahun lepas ungu, 2 tahun lepas jubah (ayah jubah putih, ibu jubah maroon, mukhlis tshirt je sebab masa tu Mukhlis br 4 bulan, nak pakaikan jubah takut panas plak, dahla masa tu mukhlis ‘sihat’ yg amat heheh). Seperti tahun sebelum nye, kita memang amalkan kesederhanaan dalam berbelanja untuk raya sebab ekonomi kita pun sederhana, so ikut kemampuan sahaja.


Sampai rumah petang dah, so tak larat dah nak ke mana-mana, cadangnya nak ke jusco wangsa maju beli booster seat untuk Mukhlis, car seat nak simpan untuk adik Mukhlis nanti. Lagipun Mukhlis dah besar, dah boleh duduk booster seat dah. Tapi sebab kepenatan, so tak pergi, esok je la. Boleh survey-survey tshirt dan seluar raya mukhlis sekali nanti. Malam kita makan dominos pizza. Beli yang regular je, dan garlic bread. Itu pun tak abes, simpan untuk sarapan pagi plak. Herm yer la masing-masing dah kenyang sebab sebelum balik dari Nilai dan Seremban tadi kita singgah Bangi, makan cendol best dan laksa merveles hehehe sungguh maveles la laksa die. Tok dan nenek (yg terer masak) kata best, maknanya memang best la hehehe..


Pagi ahad, ayah ke kubur klang gate, bersihkan kubur arwah tok (tok ayah semenyih punya ayah), lepas tu ayah balik rumah kita bersihkan rumah sket-sket sempena nak menyambut Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, ibu dengan mukhlis dok rumah Tok. Lepas zohor kita ke jusco, belikan booster seat mukhlis. Murah je rm47.92 (20% diskaun daripada rm59.90). Warna kelabu+biru sama macam carseat dulu juga warna die, brand pun sama sweet cherry. Carseat dulu pun sama juga, ibu dan ayah beli masa sales. Dah ada boosterseat ni Mukhlis dah tak pakai carseat dah la yer sayang. Kita simpan untuk adik nanti yer.. Nati senang la nk travel ke mana-mana, ibu tak la lenguh tangan ni, Mukhlis duduk dalam booster seat Mukhlis, adik duduk dalam carseat. Dua –dua dok kat belakang, sembang sama-sama nanti tau.


Sambil-sambil tu tengok-tengok baju raya Mukhlis. Erm harga pun ok sebab ada sales, 50% lagi tuh. Beli 2 helai tshirt untuk Mukhlis, 1 berkolar oren+krim, 1 round neck hijau+krim, dan sehelai seluar jeans 3/4. Jenama kiko. Ummi Ya kata, dekat-dekat raya nanti jusco akan buat sales juga, 70% tuh.. tapi ibu dan ayah malas la nak shopping time bulan puasa ni, penat, lagipun confirm ramai orang punya la. Malas nak bersesak-sesak berhimpit-himpit nanti, karang ibu naik angin sebab rimas heheheh.. Kasut dan stokin dah beli awal-awal hari tu. Cukup la untuk raya, lagi pun Mukhlis banyak lagi baju yang orang bagi belum pakai (sebab besar). Sebelum ni pun ibu ada beli sehelai dua kat kedai “World of Babies” kat Melawati. Ayah pun sempat la sambar 2 helai tshirt (hijau putih dan oren krim), pun sales 50% juga, seluar raya ayah dah beli 2 helai hari tu. So baju ibu je la belum. Ibu ingat nak beli blaus yang boleh pakai time pregnant ni dan sesuai juga untuk lepas bersalin nanti heheh.. Seperti sebelum ni, pregnant kat Mukhlis, ibu suka beli baju/blaus kat Leena’s Collection. Cantik dan yang penting murah. Dan ibu pun harus belum yang ada warna krim oren juga la, baru la match dengan ayah dan Mukhlis hehehe.


Tahun ni turn raya ni kl. Beberapa hari sebelum raya insyaAllah kita akan balik kelantan sebelum raya, sebab raya tak sempat balik, ayah mula keje raya ke4.. Tahun ni adalah tahun ke4 ibu dah ayah beraya berdua, dan tahun ke3 bertiga (dengan Mukhlis). Ini adalah raya ke3 Mukhlis la kan sayang..

First time raya bertiga , tahun 2008
(raya yg
kedua buat ibu dan ayah) masa ni turn Melawati. Tema 'jubah'. Mukhlis tak pakai jubah la sebab kecik lagi, baru 4 bulan masa ni.

2nd time raya bertiga, tahun 2009
(ibu & ayah
kali ketiga beraya bersama), turn kota bharu, tapi gambar kat kota bharu takde Mukhlis sebab mukhlis tido masa bergambar. Ni bergambar masa dah balik melawati. Tema 'purple'..

tahun ni tema '
kelabu'.. gambar baju?
herm belum buat lagi, baru beli
kain, lepas raya ibu upload gambar...

-wassalam-

Mukhlis 2tahun 2 bulan (26bulan)

Ibu dan ayah gembira sekiranya Mukhlis macam ni.. tersenyum gembira selalu. Aktif dan sihat. Normal la naluri seorang ibu macam ni, betul tak? Bersemangat hari-hari yg ibu dan ayah lalui.. Tidak sesaat pun masa bersama Mukhlis di sia-siakan...

Namun, seandainya Mukhlis macam ni, sedih sakit tak sihat meragam, ibu dan ayah susah hati risau gundah, akan sedaya upaya untuk buat Mukhlis gembira dan sihat.. walaupun terpaksa bersengkang mata siang malam, hanya untuk memastikan kesihatan & kesejahteraan anak tercinta, penghibur di kala duka.... Semoga Allah memberi Mukhlis kesihatan berpanjangan.. Ameennn...

kecintaan ibu&ayah : Mukhlis Bin Saiful Adli
main buli-buli dengan ayah
senyuman @ sengihan istimewa dari Mukhlis (abang Mukhlis)

Friday, August 6, 2010

karenah si Mukhlis

Usai solat subuh, ibu 'iron' baju kerja ayah dan ibu. Ayah lepak-lepak kat depan sementara tunggu pukul7 sebab ayah nak pergi rumah tok, nak 'jogging&walking' kat treadmil rumah tok. Ibu selesai gosok baju, ayah dah pergi rumah tok.. Ibu sarapan la sorang-sorang, Mukhlis lena di ulik mimpi lagi. Erm nak biat ape lg ni?? Boringnye.. nak siap-siap g keje awal lg ni.. Ibu baring jap sebelah Mukhlis, erm dah namanya baring-baring haruslah terlelap heheheh.. Dari kul 715 sampai la kul830 (lama tuh..hasilnya ibu terlewat masuk ofis hari tu huhuhu)..

Masa terlelap tu ibu rasa ada tangan kecil mulus mengusap pipi ibu, pastu main-main rambut ibu.. Ibu bukak mata tengok mukhlis (masih lagi terbaring macam ibu jg), mukhlis senyum kat ibu... Bermula la dialog antara ibu dan Mukhlis...

Mukhlis : Ibu, bangun la...
Ibu : Eh, mukhlis dah bangun, tido la lagi, jap je lagi.. Ibu nak baring jap ni
Mukhlis : Mukhlis tak mau... Mukhlis nak duduk je..
Ibu : Ok, ibu tido jap tau..jap jer....

Mukhlis bangun dan turun dari katil perlahan-lahan

Mukhlis : Ibu tido tau tau..Mukhlis nak kuar jap nak tengok kartun tau tau... (tapi tak boleh keluar pun sebab pintu bilik tertutup dan Mukhlis tak reti nak buka pintu, tutup pintu je tau..

Mukhlis : Ibu, bangun la, alaaaa... Tolong buka pintu.. Mukhlis nak kuar tengok kartun..

Erm kalau namanya dah bangun buka pintu, takde makna nya nak sambung baring-baring golek-golek lagi dah. Haruslah buka TV kat mukhlis, capai tuala dan mandi, siap-siap beg mukhlis, hantar pegi rumah tok dan pergi keje..

Dah jadi habit mukhlis kot usap pipi ibu kalau Mukhlis tak boleh tido. Malam-malam pun camtu, kalau tak ngantuk sangat tapi kena paksa tido oleh ibu, tangan Mukhlis mesti cari pipi ibu heheh, sapu pipi ibi dahi ibu, kadang-kadang main rambut ibu (ish kekadang Mukhlis tarik rambut, pastu kena marah ngan ibu heheh sebab tarik rambut). Mukhlis suka bila ibu kembongkan pipi dan kedua-dua belah tapak tangan Mukhlis tekan pipi kembung ibu dan seharusnya ibu terpaksa mengeluarkan bunyi macam "preeppp" ke jelir lidah ke (janji ada reaksi la..) pastu Mukhlis akan tergelak la.. Dan berkali-kali ulang sampa ibu jemu huh.... Itu juga cara ibu bermesra dengan Mukhlis. Mukhlis dengan ayah plak lain, main tumbuk-tumbuk buli-buli.... kasar sket la lelaki dengan lelaki ni...

Ibu suka bila Mukhlis sembang dengan adik Mukhlis (Mukhlis panggil "adik baby" sebab belum bagi nama lg.. alah baru 22minggu, ada 18 minggu lg lebih kurang). Selalu juga bila ibu baring-baring depan TV, Mukhlis datng mengendeng2 dekat ibu dan baring sebelah ibu pastu cakap "erm..Mukhlis nak tido sebelah adik baby la", sambil-sambil tu Mukhlis cium perut ibu seolah-olah Mukhlis cium adik la.. kadang-kadang ibu tanya Mukhlis "Mukhlis, dah sayang adik baby belum hari ni?" pantas je Mukhlis datang kat ibu, peluk perut ibu dan cium perut ibu.. Ibu selalu galakkan Mukhlis cium "adik baby" dan bersembang dengan "adik baby" supaya bila adik dah keluar nanti Mukhlis dah bersedia untuk jadi abang, so Mukhlis tak boleh la jeles dengan adik nanti. Mukhlis kena tolong ibu jaga adik.. Tapi ibu tau, Mukhlis memang dah bersedia, sebab ibu perasan Mukhlis excited sangat nak jadi abang..

ni la mainan yg Mukhlis nak share dgn "adik baby" die

Satu hari tu, ibu keluarkan bakul mainan (jarang ibu keluarkn bakul sebab nanti Mukhlis sepahkan ibu juga yang penat mengemas, selalunya ibu pilih-pilih mainan sket dan bawa kuar untuk Mukhlis main). Malam tu ibu malas nak pilih-pilih, ibu keluarkan je bakul tu, hah Mukhlis pilih sendiri, dah main nanti kite kemas sama-sama. Erm semua mainan di punggahnya keluar dari bakul, bersepah ruang tamu (dah la space pn kecik huhuhu). Mukhlis terjumpa 1st mainan yang tok bagi kat Mukhlis masa Mukhlis baby, 'bird' yang kalau kite tekan tekan kuar bunyi pek..pek.. (macam rubber ducky tuuu), ayah cakap "eh, mainan tu masa Mukhlis baby sekarang Mukhlis dah besar, kena share ng adik la nnt yer". Mula tu Mukhlis ignore je ape ayah cakap, tetiba dalam 5minit lepas tu Mukhlis bangun bawa 'bird' tu dan datang ke arah ibu pastu cakap "nah adik baby, kite share..ok ok" wah abang yang penyayang... Alhamdulillah... Mukhlis anak yang soleh sangat... Amin...

Selepas main, namanya Mukhlis nak kemas bertuah sungguh la, lastly ayah yang tertonggeng-tonggeng mengemas, ibu tak kuasa sebab malam tu ibu penin kepala dan memulas perut.. So silakan lah ayah mejalankan operasi mengemas, sorang-sorang yer hehehe....


-sekian dulu-

Wednesday, August 4, 2010

Masa begitu pantas berlalu

Mukhlis Bin Saiful Adli (2tahun 2 bulan)
Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari, umur kita juga makin bertambah (tua....).. Sedar tak sedar beberapa hari lg umur Mukhlis sudah 2 tahun 2 bulan, dan selayaknya Mukhlis dapat adik (insyAllah hujung tahun ni Mukhlis dah 2tahu setengah masa tu bakal jadi abang kepada baby girl yang kini berusia 22 minggu dalam womb ibu hehehe alhamdulillah, dah scan dah, insyAllah girl, jadi sepasang la anak ibu. Mukhlis seronok sangat, hari-hari sembang dengan adik die, tanya adik macam-macam seolah-olah adik tu boleh bercakap hehehe, alhamdulillah moga Mukhlis jadi abang yang penyayang nnt, boleh tolong ibu jaga adik).

kat bawah ni ringkasan check up bulanan yang mana tercatat segala perkembangan berat & tinggi Mukhlis sejak di lahirkan 11jun 2008 sehinggalah last check up bulan lepas 15 julai 2010..

Tarikh
-Umur-Berat (kg)-Tinggi (cm)
11/6/2008 1 hr 2.29 kg
21/6/2008 10 hr 2.4 kg
14/7/2008 33 hri 3.3 kg 52cm
11/8/2008 2 bln 4.4 kg
16/9/2008 3 bln 5.7 kg
21/10/2008 4 bln 6.5 kg
25/11/2008 5 bln 7.2 kg 64cm
12/1/2009 7 bln 8.0 kg 69cm
10/3/2009 9 bln 8.6 kg 70cm
11/5/2009 11 bln 9.0 kg
11/6/2009 12 bln@1thn 9.2 kg 75cm
11/8/2009 14 bln 10.4 kg
6/10/2009 16 bln 10.1 kg 76cm
10/12/2009 18 bln@1thn stgh 10.6 kg 84cm
15/3/2010 21 bln 11.1 kg
15/7/2010 25 bln@2 thn 12.3 kg



-pose yang tak seberapa menjadi istimewa dari Mukhlis-

Alhamdulillah segala puji ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak ibu kesihatan yang baik, soleh dan 'hensem' (heheheh ibu ni perasan sungguh la...) walaupun kadang-kadang (eh selalu la) sejak akhir-akhir ni Mukhlis kurang berselera makan (hinggakan ibu tensen nak paksa Mukhlis makan), tapi carta berat badan Mukhlis di tahap yg memuaskan dan kesihatan Mukhlis pun alhamdulillah memberangsangkan.. Deman @ selsema biasa tu adalah, tapi tidak membantutkan "keaktifan" & kelasakan Mukhlis sehari-hari.

Ibu bersyukur kepada Yang Maha Pencipta atas anugerah yang tidak ternilai ini, akan ibu jaga amanah Allah ini sebaiknya. Di usia 2 tahun ni, makin menyerlah keinginan mukhlis untuk tahu sesuatu benda baru. Explore semua yang ada di sekeliling nya, oleh itu ibu dan ayah harus (eh wajib) menjaga adab dan tata tertib sebab mukhlis selalu meniru perbuatan ibu dan ayah (pada pandangan mata kasar ibu la). Contohnya dari segi percakapan, ibu perasan Mukhlis banyak meniru (cakap pun dah macam orang tua & tidak pelat). Tiap-tiap hari sembang dengan ibu, ada saja cerita yang ingin di sampaikan, terutamanya masa on da way back dari rumah tok (petang). kadang-kadang penat melayan Mukhlis bercakap, tapi ibu tak nak membantutkan perkembangan Mukhlis, jadi ibu layan je la.

Pemakanan
Dari segi pemilihan pemakanan Mukhlis tak cerewet (sesuai sangat sebab ibu memang tak pandai masak), cuma Mukhlis susah nak makan.. kena 'hepp..' sket ngan ayah baru la Mukhlis buka mulut, boleh makan bukan tak boleh cuma malas mengunyah.
Mukhlis suka makan cheese. Dan stok untuk cheese memang kena sentiasa ada. Itu la satu-satunya feveret die dari baby sampai sekarang. Mukhlis boleh habiskan 2 slices cheese dalam satu masa. Segala jenis jajan dan keropok adalah feveret mukhlis cuma ibu limit kan dan pantau mana yang boleh dan mana yang tidak boleh langsung. Yang mana mengandungi MSG tinggi memang di 'haram' kan (ibu la yg haramkan). Mukhlis paling suka jajan MARUkU, kEROPOk GORENG (keropok ikan), kEREPEk (tak kisah la pe2pn janji kerepek) dan lain lain la, banyak plak tuliskan jadi sesi makanan pulak..

Susu
Susu alhamdulillah tiada masalah, kalau buat 200ml tu sekejap je habis dan kadang-kadang minta tambah (kalau ibu, ibu buatkan ajer, bia je la dah mukhlis nak minum. kalau tak habes simpan dalam peti ais nanti minum lagi). Sebelum ni Mukhlis minum susu anmum essential, tapi mulai bulan ogos (mula 1 ogos yg lepas) ini ayah dan ibu dah tukar susu fernleaf (cut cost sket sebab susu anmum dah naik harga dari rm55 ke rm65, giler beza rm10). Mana-mana susu pun tak kisah sebab semua nya sama je yang penting sepanjang 10bulan pertama umur Mukhlis, Mukhlis full breastfeed, selepas tu campur-campur dengan dumex (duplo 6bln keatas & dugro 1thn keatas) sebab tak cukup susu. Umur setahun lebih baru Mukhlis tukar ke anmum essential dan sekarang tukar ke fernleaf. Alhamdulillah perut Mukhlis tak cerewet dan tekak Mukhlis pun tak cerewet, walaupun bertukar-tukar susu (baru 3X sepanjang umur Mukhlis) Mukhlis takde berak-berak keras, cirit, kembung, muntah-muntah ke...tak de langsung, dan mukhlis cepat menyesuaikan diri dengan susu baru (fernleaf). Cuma kadang-kadang Mukhlis tersasul cakap "nak susu anmum" padahal dah bagitahu susu dah tukar. Heheheh... Sukatan lebih kurang sama. Fernleaf 200ml X 4 scoop (37g/scoop), anmum 180ml X 4scoop (40g/scoop)

Rancangan TV kegemaran
Jangan tak tau Mukhlis pandai tengok TV (ibu perasan sejak usia Mukhlis 11bulan -lebihkuran la-), masa tu feveret die Mickey Mouse (ooo tuu ooo, trademark tu).. Masa tu Mukhlis pelat, so bila Mukhlis cakap "bu, oo tuu ooo" ibu tak faham sehinggala bile time iklan citer kartun Mickey Mouse Mukhlis tersengih-sengih tergelak-gelak, baru la ibu tau. Mulai hari tu ibu mula concern dengan ape yang Mukhlis suka dan tak suka (rancangan TV la...)
Ini sekarang dh besar lagi la banyak rancangan kartun kegemaran Mukhlis. kalau kat rumah tok (pagi) Mukhlis siap pilih lagi kartun yang best-best saje... Di antara kartun kegemaran Mukhlis selain Mickey Mouse adalah higglytown heroes, chunggington, pocoyo, timmy time, wordworld, handy manny, dibo the gift dragon, tiny planet (kartun pendek), danny&daddy (kartun pendek), jungle junction, my friend tigger & pooh, dan banyak lagi la termasuk UPIN & IPIN (idola mukhlis tuh, kadang-kadang nada cakap pun selalu tiru upin&ipin.. see pengaruh upin&ipin hehehe). kalau ibu nak g toilet lama sket memang ibu akan buka rancangan kartun kat Mukhlis, biar Mukhlis ralit, kalau tak asyik bergegar je pintu bilik air mukhlis ketuk.

Selain rancangan kartun, Mukhlis suka tengok alunan zikir-zikir di astro oasis, dan dah banyak mukhlis hafal zikor-zikir tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua zikir tu mukhlis hafal. (kalau suap makan nasi, time zikir @ kartun, laju je die makan). Tiap-tiap malam sebelum tidur pun ibu dan ayah dodoikan dengan alunan zikir (sumbangan suara ibu dan ayah la hehehe), dan ibu perasan dengan cara itu juga Mukhlis cepat tangkap/hafal zikir. Alhamdulillah anak ibu terang hati dan tidak pelat. Sekarang ayah ajar hafaz surah-surah pendek, dan Mukhlis dan boleh ingat surah al-fatihah, an-nas, al-ikhlas...

Tidak ketinggalan, AZAN. Lenggok azan dah betul dah cuma azan tunggang terbalik hehehe. Bila azan je mesti mukhlis menghadap TV, concerntrate betul... Selepas tu mengaminkan doa. kadang-kadang bukan time azan pun minta nak tengok azan, terpaksa la ayah / ibu alunkan azan kat die.. (tak boleh layan sangat bab ni, kang kita tak buat keje lain plak asyik ngadap Mukhlis je, biasanya pujuk Mukhlis suh tunggu masuk waktu azan baru ada azan)

Bahan Bacaan
Dari kecil ibu ada belikan Mukhlis buku, kalau pergi kedai buku ibu akan tengok-tengok jeling-jeling buku untuk Mukhlis juga. Antara buku yang Mukhlis ada ialah keluaran Glitter Book iaitu shape, color (& satu lagi tak ingat la). Ada juga buku binatang (beza anak dan ibu/ayah binatang tu), buku 1 2 3 bergambar, Aa Bb Cc bergambar, alif ba ta (arab) bergambar, alif ba ta (jawi), dan buku gambar buah-buahan (besar, tapi dah rosak kena air).. Buku-buku tersebut banyak membantu Mukhlis juga (di samping pembelajaran melalui pemerhatian, pergaulan dan percakapan seharian dengan ibu, ayah, tok dan lain-lain. Di usia 2 tahun ni Mukhlis dah boleh bezakan bentuk/shape (tapi tak semua la, sesetengah je, sesuai la ngan umur die), dah boleh mengenal warna (juga tak semua, warna yang selalu Mukhlis tengok Mukhlis kenal la..) boleh membezakan ABC, 123, dan alif ba ta...

-percubaan untuk mengoyakkan ekor fish, namun pantas di sedari ibu huhuhu-


Lagu-lagu
Wahahhaaa..anak ibu pun boleh nyanyi ker? camner tuh nyanyi sket ibu nak dengar hehehe... Antara lagu/nasyid/ape2la yang Mukhlis tahu adalah

Buai laju-laju, sampai pokok sena,
apa dalam baju, sebuah Quran lama

anak nabi kita ada 3 orang, 3 lelaki 4 perempuan,
qassim abdullah ibrahim fatimah
zainab umi kalthum siti rokiah
anak lelaki nya sungguh bertuah
mati kecil-kecil di kota mekah

alif ba ta.....(seterusnya...) hamzah ya
tenenenenekkkk...(siap ada muzik sendiri belakang tu hehehe)

nenek nenek si bongkok 3, siang ngantuk malam berjaga,
sembahyang tahajud tak pernah lupa
semoga nenek ku masuk syurga
(hah ni special tok yang ajar)

pak pak lang.....(seterusnya..ibu tak hafal sebab tok yg ajar heheh)
naik keta api pegi port dickson, jumpa opah lala jumpa atuk lala
pak pak lang...naik kapal terbang pegi kota baru
jumpa tok we mukhlis jumpa tok ma mukhlis
selepas itu naik bas express balik kuala lumpur
sampai rumah TOk.....
(lebih kurang macam tu lagu die, ibu tak tau sangat sebab tok yg ajar)

ndoi ndoi cak, cak makan padi
anak dok teriak, mak dia dok mandi
ndoi ndoi cak, cak maka padi,
anak dok teriak, mak dia tak balik lagi

herm banyak juga lagu-lagu yang mukhlis hafal




Nampak nya entry kali ni agak panjang dan hanya menceritakan pasal Mukhlis, sebab kalau nak cite pasal adik Mukhlis susah jg sebab belum lahir lagi hehehe, takpe next year ibu citer asal adik Mukhlis plak (dengan Mukhlis sama la..). Bukan tujuan ibu nak berbangga-bangga dengan kebolehan anak ibu, cuma sekadar perkongsian, yer la mana tau suatu hari nanti (kalau la blog ini masih wujud) Mukhlis terbaca blog ibu ni, baru la Mukhlis tau bahawa ibu dan ayah sayangkan Mukhlis, concern kat Mukhlis dan setiap perkembangan Mukhlis. kami nak Mukhlis tahu Mukhlis adalah anugerah kami yang tak terbanding dengan ape pun di dunia ini, amanah Allah untuk kami yang akan kami jaga, didik dan corak dengan acuan yang betul iaitu islam. Coretan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali berbangga diri sebab ibu tahu setiap anak di lahirkan ada potensi masing-masing, kelebihan dan kekurangan. Jangan di banding-bandingkan. Cuma seandainya nampak potensi anak tu, cepat-cepat kita gilap. Macam Mukhlis ibu dan ayah nampak Mukhlis berminat dgn zikir-zikir (contohnya la..), so tiap kali zikir ibu dan ayah duduk sama dengan Mukhlis dengar zikir, alunkan zikir sama-sama. Appreciate minat Mukhlis.. Alhamdulillah Mukhlis terang hati. Ibu dan ayah tidak membanding-bandingkan Mukhlis dengan kawan sebaya Mukhlis sebab ibu dan ayah tahu, setiap kanak-kanak tidak sama perkembangan masing-masing. Macam Mukhlis & Dalila. Dalila pengemas orangnya, lepas main mainan Dalila akur kalau suruh kemas balik. Tapi Mukhlis herm... alamatnya pecah anak tekak la kalau suruh Mukhlis kemas balik, tapi takpe Mukhlis boleh belajar perlahan-lahan. . Heheheheh....
kalau ada yang pernah terfikir ibu suka-suka nak menunjuk-nunjuk pasal Mukhlis ni, ampun maaf (jutaan ribuan billion semua laa..) ibu pohon, sebab bukan itu niat ibu.. kenapa tak ramai yang tau pasal blog ni?? sebab pada ibu blog ni ada jurnal ibu (walaupun bukan jurnal harian).. ibu bukan berkongsi blog dgn sesiapa, sebab kalau untuk berkongsi dgn sesiapa ibu masuk kan je dalam FB hehehe.. Maaf yer sesiapa yang pernah terfikir begitu, ikhlas dari ummumukhlis dan abumukhlis dan mukhlis dan adik-adik (bakal adik-adik)....

Sekadar bersyukur atas nikmat yang Allah bagi ini....


Wassalam....



Monday, August 2, 2010

mukhlis & bas rapid

pagi tadi seperti biasa sebelum pegi keje ibu anta mukhlis ke rumah tok, dan ibu & mukhlis akn bersembang-sembang sehinggalah sampai rumah tok (kecuali la mukhlis masih tido, diam kesunyian la ibu sorang-hehehe macam la jauh sangat rumah kita dgn rumah tok hehehe)

mukhlis : ibu semalam kan, mukhlis naik bas rapid..

ibu : (terkejut???bile plak pernah naik bas ni, tapi saja nak tanya) iyer...mukhlis naik bas rapid pegi mana?

mukhlis : port dickson

ibu : (herm...berangan la tu, teringin sgt nak naik bas rapid, hari2 minta nak naik) oooo best nyer naik bas rapid.. naper tak ajak ibu skali..huhuhu

mukhlis : herm.....

ibu : lainkali ajak ibu skali tau, ibu pun teringin nak naik bas rapid dgn mukhlis

mukhlis : herm..ok..

hehehe...insyAllah ada kelapangan nanti kita naik bas rapid yer, (tp bukan ke PD sbb bas rapid tak pegi sampai PD nun, kita pusing-pusing kl je...



kisah 2 :
masa ni tengah siap-siap nak pegi keje, mukhlis baring atas katil.. tiba-tiba

mukhlis : ibu...mukhlis pening kepala la
ibu : hah (terkejut) kenapa sayang pening?
mukhlis : ibu..tolong picit sini jap (sambil tunjuk dahi die)

ibu pun picit la kepala mukhlis, sekali die tergelak dan tersengih-sengih.. hampeh betul, pagi-pagi dah di kenakan oleh si mukhlis ni.. nasib badan.. tipah tertipu hehehe...



kisah 3 :
masa ni pulak, malam lepas solat maghrib, ibu baring-baring kat katil (sebab pening, betul-betul pening bukan tipu-tipu cm mukhlis tu heheh).. baring plak atas bantal mukhlis, hello kitty, mukhlis baru balik dari masjid (solat maghrib di masjid dgn ayah), terus cari ibu kat bilik. Nampk ibu best je 'landing' atas katil, mukhlis pun join

mukhlis : ibu..tepi la..mukhlis nak tido sebelah juga (ayat terbalik..mukhlis nak share bantal dgn ibu)

pastu mukhlis pusing badan ke arah ibu, belek-belek muka ibu, spek ibu, tengok iibu.

mukhlis : ibu cantik..pipi ibu warna yellow..spek ibu warna red..hair ibu warna black (heheheh pandai plak die muji heheheh..tapi budak-budak tak reti menipu...)

ibu senyum je la, tak larat dah nak melayan mukhlis bercakap..non stop..bile cerita kat ayah, ayah mula la jeles dan saja provok mukhlis

ayah : mukhlis..mukhlis ni ensem la...
mukhlis : ayah ensem..

herm kembang kempis ayah mukhlis tuh...

Friday, July 30, 2010

mukhlis dan cerita air terjun nya




Malam tadi bersembang dengan Mukhlis, masa tu nak tidurkan mukhlis (ayah mukhlis kat depan dengan kawan-kawan. Situasi masa ni, dah tutup lampu, dah baringkan mukhlis atas bantal hello kitty die, mukhlis dah kenyang minum susu dan tengah rilek-rilek sambil peluk bantal strawbery dan pegang jam tangan ‘woody’ (hadiah ummi dalila sempena ulangtahun ke2 baru-baru ni, jadi feveret mukhlis sebelum tido sebab ada lampu yg kuar gambar woody)..


Mukhlis : ibu mukhlis ‘tingat’ (teringat) ibu

Ibu : teringat ibu? Ni ibu ada dengan mukhlis..

Mukhlis : mukhlis mandi air ‘tujun’ (air terjun)

Ibu : bile?waw best nyer..lagi..

Mukhlis : ada batu besar..besar sangat..

Ibu : iyer

Mukhlis : herm... sejuk sangat..

Ibu : waw best nyer.. (saje nak galakkan die bercerita, n luahkan ape yg die nak luah hehehe)

Mukhlis : air ‘tujun’ (terjun) sejuk sangat.

Mukhlis : erm mukhlis mandi dengan dalila

Mukhlis : ada fish ‘manyak-manyak’ (banyak)

Ibu : iyer? Fish tu warna ape?

Mukhlis : warna yellow, cantik, ‘manyak’ (banyak) fish ‘benang-benang’ (berenang-renang)

Mukhlis : mukhlis duduk kat batu besar.. besar sangat..


Lepas tu, mukhlis golek-golek kiri kanan, ibu pun sama, ibu zikir kat mukhlis sket-sket dan mukhlis pun ikut zikir sama pastu ibu tertidur.. Mukhlis plak ibu tak pasti kul berapa mukhlis tido...


Erm bertuah sungguh anak ibu ni, mana penah mandi air terjun la, kita pernah mandi sungai dan laut jer heheh, Cuma mukhlis pernah tengok air terjun masa zikir di astro oasis dan ibu perasan mukhlis suka tengok air terjun tu, dan mesti cakap “oooo sejuknya air ‘tujun’ (terjun) tu..cantik nya..”. Pandai mukhlis mereka cerita, ibu suka mukhlis bercerita macam ni sebab nanti ‘words’ mukhlis akan bertambah sebab sambil-sambil mukhlis bercerita ibu akan betulkan ayat penceritaan mukhlis tu, alhamdulillah mukhlis tak pelat sangat so senang ibu nak faham bile sembang dengan mukhlis. Tapi ayah tak bagi ibu layan sangat cerita-cerita mukhlis yang macam ni sebab nanti menggalakkan mukhlis berimaginasi.. Pada ibu, alah budak 2tahun nak belajar bercerita dan berkongsi perasaan / fikiran die dengan ibu, ape salahnya


Dahi (yg jatuh basikal tu), masih lagi membiru dan sakit (mukhlis cakap la), dagu masih calar.. Erm tambah plak seketul merah kat pipi, kena ‘cium’ ngan nyamuk ke gatal-gatal ke tak pasti...