Semoga dalam redhaNya

Friday, April 22, 2011

princess ibu

my little mujahidah, princess mawaddah aaliya binti saiful adli

gambar ni masa genap umur 4bulan (23hb mac 2011)

dah pandai tengok kamera budak2 sekarng (ewah mak nya buat2 tak tau padahal hr2 dok hala kamera kat anak)

masa ni ada muka abang mukhlis masa baby, mukhlis masa baby amik gambar mesti wat muka terkejut

puteri isap jari, dua jari

puteri berendam heheheh. tengok la lelemak dik tu dik, itu yg ibu rasa nak gigit2 jer..

puteri beradu

alalalalala anak ibu

ini versi tak isap jari

hamboi cam budak besar dik oii...

hobi mawaddah, isap dua jari, jari antu dan telunjuk, syok sangat isap sampai tertido selalunya

hiuh sape tak geram ng pipi mawaddah masa ni mmg ada something wrong la ng org tu hehehe

hasil tangan abang mukhlis.. mukhlis yang snap gambar ibu dan adik ni, ayah singgah solat kat masjid jap...pe lagi..ibu dan anak2 berposing la. dah boleh hrap la abang mukhlis amik gambar kalau ini gaya snap die hehehe

mawaddah syok main mainan dgn abang mukhlis

lena kat stroller jusco

mudah tersenyum

kena paksa meniarap heheheh,

sibuk isap bibir bawah sendiri dan kusyuk pintal2 tangan sendiri

Tuesday, April 12, 2011

Sekadar Perkongsian Jiwa

Ummu Sulaim Menanti Keislaman Abu Talhah

Sekilas Tentang Dia:

Nama sebenarnya ialah Ghumaisa’ Bintu Milhan. Ibu kepada Anas Bin Malik (ra). Berumur 40 tahun ketika Islam mula menyinari bumi. Memeluk Islam ketika dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah. Berkahwin dengan Abu Talhah selepas kematian suaminya yang pertama.

Kisah 1)

UMMU Sulaim ialah ibu kepada Anas bin Malik, salah seorang sahabat dan pembantu peribadi Nabi Muhammad SAW. Ummu Sulaim menyerahkan Anas bin Malik kepada Nabi Muhammad ketika berusia 20 tahun untuk melayan beliau. Dia memeluk agama Islam ketika Nabi Muhammad masih berada di Mekah. Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim bersama golongan Muslimin dan Muslimat Madinah menyatakan keimanan mereka di hadapan nabi Muhammad.

Suaminya, Malik bin Nadir rasa tercabar dan marah apabila isterinya sudah memeluk agama Islam. Dia tidak percaya dengan agama Islam dan Nabi Muhammad. "Adakah kamu sudah menjadi gila dengan mengakui agama Islam sebagai agama kamu,!" tengking suaminya dengan nada marah. "Saya tidak gila tapi beriman pada Allah dan rasulnya," jawab Ummu Sulaim dengan tegas.

Kemudian Ummu Sulaim mengajar anaknya Anas mengucap dua kalimah syahadah. Anas bin Malik menurut perintah ibunya lalu mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar. Malik menjadi berang dengan tindakan Ummu Sulaim itu dan memarahinya. "Jangan kamu rosakkan anak saya!," jerit Malik dengan nada geram. "Saya tidak merosakkan anak kamu," balas Ummu Sulaim dengan tenang.

Malik bin Nadir keluar dari rumahnya dengan perasaan tidak puas hati. Dia tidak faham mengapa isterinya sanggup meninggalkan agama nenek moyangnya yang menyembah berhala lalu menerima agama Islam. Hatinya panas dan geram dengan apa yang sudah berlaku di rumahnya tadi. Akhirnya dia membuat satu keputusan drastik setelah berfikir panjang. "Saya tak tahan dengan sikap isteri saya. Saya akan tinggalkan mereka berdua di Madinah dan berhijrah ke Syam". Malik bin Nadir memulakan perjalanannya ke Syam.

Apabila tiba di Syam, Malik terserempak dengan musuhnya. Musuhnya yang ingin membalas dendam telah menikamnya sehingga mati. Berita kematian Malik akhirnya tiba di telinga Ummu Sulaim dan dia berjanji tidak akan bernikah selagi Anas tidak meningkat dewasa. Apabila Anas memasuki alam dewasa, Abu Talhah al-Anshar datang melamarnya. Namun lamaran Abu Talhah ditolak oleh Ummu Sulaim kerana dia masih belum memeluk agama Islam.

Walaupun lamaran Abu Talhah ditolak, dia tidak berputus asa. Dia melamar Ummu Sulaim buat kali kedua. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Talhah sekali lagi kerana hatinya masih belum terbuka memeluk agama Islam. "Dengar sini Abu Talhah, adakah kamu tidak sedar bahawa apa yang kamu sembah itu adalah ukiran kayu yang tidak dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kamu?

"Apabila kamu menyalakan api di sekelilingnya, sudah pasti mereka hangus terbakar. Tidakkah kamu malu untuk menyembah semua itu? Jika kamu sedia memeluk agama Islam, maka saya bersedia untuk bernikah dengan kamu. Saya tak mengharap mas kahwin selain kamu menganut Islam," jelas Ummu Sulaim.

Setiap kali Abu Talhah melamar Ummu Sulaim, jawapannya sentiasa sama iaitu Abu Talhah harus memeluk agama Islam sebelum bernikah dengannya. Lama kelamaan jawapan Ummu Sulaim mempengaruhi fikiran Abu Talhah sehingga dia memeluk agama Islam. Ummu Sulaim gembira mendengar berita itu lalu bersetuju untuk menikahinya. Ummu Sulaim tidak meminta mas kahwin melainkan Abu Talhah memeluk agama Islam. Ummu Sulaim memperoleh mas kahwin yang lebih mulia dari mana-mana wanita pada ketika itu. Mas kahwinnya adalah Islam.

Ummu Sulaim turut serta dalam Perang Uhud bersama Aishah binti Abu Bakar. Mereka berdua mengangkut air di atas bahu lalu membahagikan kepada pasukan tentera Islam yang bertempur di medan peperangan. Setiap kali kehabisan air, Ummu Sulaim dan Aishah mengangkut air kembali untuk diberikan kepada tentera Islam yang kehausan.

Ketika Perang Hunain meletus, kaum wanita juga bergabung dengan pasukan tentera Islam untuk memerangi pihak musuh. Nusaibah membawa pedang pada tangannya dan Ummu Sulaim membawa pisau belati yang diikatkan pada pinggangnya. Hatinya bergelora berperang walaupun pada ketika itu dia mengandungkan Abdullah bin Abu Talhah.

"Saya tak berani nak menunggang unta dalam keadaan sebegini. Seandainya saya terjatuh, ia bahaya pada kandungan saya," bisik hati kecil Ummu Sulaim yang merapatkan mukanya ke badan unta. Tangan dimasukkan ke jalinan bulu yang diikatkan di hidung unta bersama tali kendali. "Ya Rasulullah, Ummu Sulaim datang membawa pisau belati di pinggangnya," ujar Abu Talhah kepada Nabi Muhammad ketika Ummu Sulaim menghampiri mereka. "Untuk apa pisau belati itu," tanya Nabi Muhammad dengan nada hairan. "Jika ada pihak musuh yang mendekati diri saya, maka saya akan robekkan perut mereka dengan pisau belati ini.

"Saya akan bunuh orang-orang Islam yang cuba melarikan diri daripada melindungi diri mu Rasulullah sebagaimana kamu membunuh orang-orang yang menentang kamu kerana mereka hanya layak untuk dibunuh," jawab Ummu Sulaim lalu memegang pisau belatinya.

"Sesungguhnya Allah memberikan kecukupan dan kebaikan, wahai Ummu Sulaim," balas Rasulullah sambil tersenyum mendengar jawapan Ummu Sulaim itu.

Begitulah kisah seorang wanita yang menyerahkan anaknya untuk dijadikan pelayan kepada Nabi Muhammad. Dia tidak gentar atau takut dengan suaminya yang memarahinya memeluk agama Islam. Dia hanya berkahwin dengan Abu Talhah setelah memeluk agama Islam. Mas kahwinnya adalah agama Islam. Walaupun dirinya sedang mengandung, Ummu Sulaim tetap menyertai Perang Hunain bagi menegakkan agama Islam.

Kisah (2) Yang Menjadikannya Istimewa:

Selepas keislamannya, suaminya Malik Bin Nadhr memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan. Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya. Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.

Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair.

Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”. Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”. Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan uslub yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya. Semoga kita dapat mencontohi pekerti Ummu Sulaim yang mulia ini, dan moga Allah mengurniakan kepada kita semua ketabahan iman dalam menempuhi liku-liku hidup ini. Allahumma Ameen.

www.mukmin.com

Sunday, April 10, 2011

abang mukhlis

permata hati ibu dan ayah...

sibuk dengan remote mp3

sangat manja dengan ayah

tetap comel dan sentiasa menjadi kesayangan ibu dan ayah selamanya...


assalamualaikum…
Lama ibu tak ber blog kan.. Tak berkesempatan sejak ada dua anak ni, dan kat rumah baru ni internet agak slow, boring jer..
Ok mulakan dengan crita pasal anak sulung ibu, Mukhlis, esok abang mukhlis genap 2tahun 10bulan. Lagi 2 bulan masuk 3tahun. Abang mukhlis semakin lasak sekarang, dan makin bijak bercakap juga, ada ada sahaja bebelan die. Abang juga suka kacau adik, normal la kot hehehe. Tapi ibu tau mukhlis sayang adik. Kalau adik kt bilik, tidur, dan mukhlis dengan ibu kat ruang tv, mukhlis akan sentiasa tanya ibu ‘bu, adik mawaddah mana?’. Dan selalu cakap ‘sayang adik mawaddah’..

Makan.
Masih lagi susah makan, ntah la ape yang mukhlis tak suka sangat dgn perkataan ‘makan’ huh. Tensen ibu. Bile nak bagi makan jer, mukhlis akan buat gaya samada tutup mulut dengan tangan, kadang-kadang sembam muka sambil menonggeng dan macam2 la. Ayah ada ‘rotan’ special, dan mukhlis selalu kena ugut nak pkul dgn rotan tu kalau susah sangat makan.. herm ‘rotan’ tu adalah curtain rod yg besi tu. Oooo ada mkanan yg mukhlis paling suka..teka? heheheh maruku. Dan ‘macam ayah makan’ (cereal, cornflakes) tanpa fresh milk.. pelik kan?itula mukhlis. Mukhlis paling suka nasi lemak tp itu pun berjam2 jg baru habis makan, sabar ibu sabar... suka juga roti gardenia kosong. Tapi ye la tak boleh ikutkan sangat si mukhlis ni, kena paksa makan jg walaupun terpaksa berkeras. Air feveret, air kosong...

Diapers.
Di usia ni, mukhlis belum lg ‘potty train’. Masih lagi pakai diapers. Ibu plan nak potty train mukhlis masa cuti skolah hari tu, tp tak sempat la, baru pindah rumah nak setel rumah dulu, pastu penat dah. dan ada beberapa aktiviti outing dengan makngah sekeluarga. Seminggu sekejap je masa berlalu. insyAllah next cuti sekolah la sayang yer. Namun sekarang pun mukhlis dah boleh bagi tau kalau nak wee wee dan poo poo, Cuma masalahnya anak ibu ni tak nak kat bilik air nak kat pampers juga huhuhu masalah betul, macam mana nak sekolah next year ni.

Rutin
Erm weekday sekarang mukhlis seawal 6am dah kena bangun tido dan mandikan dengan ibu. Pagi2 rutin ibu bangun dlm kul515 gosok baju2 kerja ibu dan ayah, siapkan cooler bag, siapkan beg kerja, letak tepi pintu siap2,masak air minum dan masak air mandi mukhlis, pastu buat air sarapan (kalau sempat), pastu kejut ayah. Pastu ibu mandi bilik air luar ayah mandi bilik air kat bilik, selalunya ibu siap mandi dulu (masak air mandi mukhlis sbb rumah takde water heater dan air memang sejuk sangat2, atas bukit la katakan). Lepas mandi ibu siap2 (takla pakai baju kerja lagi, pakai baju tido semula untuk siapkan mukhlis kalau tak lencun la baju ibu) ibu siapkan mukhlis, sambil mamai2 tu ibu angkat masuk bilik air terus, takdenya nak kejut2 dah sbb kalau kejut mukhlis akan mengamuk dulu seround dlu kat bilik. Tapi kalau angkat terus ke bilik air, mukhlis akan mengamuk kat bilik air (ada ibu kesahhh...ada?ada? heheheh). Mukhlis kena mandi secara paksa rela hehehe sian mukhlis, tapi takpe sayang practise untuk sekolah tahun depan kan kan kan... dan confirm la mukhlis menangis spanjang2 mandi tuh, anak manja ibu ayah la katakan..kdg2 jer goodmood.. lepas mandi, mukhlis duduk depan TV dan kul630am mukhlis tengok cerita barney and friend kat channel 613 astro sambil minum susu dutch lady 123,200ml. Kadang-kadang mukhlis terlelap/tertidur smula depan TV, nak keluar rumah ibu ayah kejut la, kadang2 ayah angkat masuk kereta. (oo sekarang mukhlis tak lagi minum anmum essential, start bulan mac 2011 hari tu mukhlis tukar susu, anmum mahal sangat...ibu ayah kesempitan sejak duduk rumah baru ni dan sejak bertambah ahli keluarga, alhamdulillah tak susah utk change susu mukhlis).. ok siap mukhlis, ibu pun tukar pakaian kerja. Tukar pampers adik (adik mawaddah sekarang ibu tak mandikan pagi2 dh sebab sian die sejuk pagi2. Alhamdulillah tok sudi tolong mandikan adik), pastu sarapan ape yang ada dngan ayah. Kul7 atau sebelum, kite kuar rumah, ayah ke sekolah terus. Ibu bawa adik dan mukhlis pegi rumah tok. 10-15min sampai rumah tok, dan ibu breastfeed adik sampai la kul730@740, then gerak ke sekolah. Rutin camtu la, kecuali hari rabu ibu tak sempat bagi susu adik sbb duty pagi.

Bersambung....

Monday, March 7, 2011

rumah kami syurga kami

assalamualaikum,,,

welcome to our home, taman pesona vila

ini wajah depan rumah sewa kami di klang gate

mission complete... ngemas rumah, basuh umah n touch up sket2, sebelum pindah masuk

ibu yg kepenatan + kerinduan pada amak2 sebab tiap2 ptg n mlm tinggalkan diorang ng tok, pagi ibu keje. tengahmalam baru jumpa anak2 huhuhuh sob sob sob sedih tu

muka seronok tuan rumah, penat juga tu pun

akhirnya, inilah hasilnya walaupun ruang tamu yang masih lg kosong, tema ruang tamu kami adalah white and grey

lorong masuk ke bilik kami

bilik ibu dan ayah, tema adalah white and peach

bilik abang mukhlis, tema white and soft blue. merangkap bilik tetamu.. alkisah nya asal plan nak warnakan dengan warna yellow yang striking, tapi harga boleh tahan so pilih soft yellow, tp takde stok plak.. ayah beli la soft blue..dan hasilnya memang cantik sbb kami belum penah tinggal di rumah or bilik bercat biru..

dapur yang blom lagi di kemas, berselerak kan?

dari pandangan sisi, lori sewa. selain lori, barangan2 kecik di angkut dengan avanza ayah, nissan navara tok ayah, dan kereta pakcik yop.. sebelum tu sket2 barangan ibu dan ayah dah angkut dah seminggu sebelum ni..
dari pandangan belakang lori...1 tan
hasilnya ini la, jimat kos hehehe hanya 1 trip lori 1 tan kami sewa, erm RM80 je alhamdulillah.. terima kasih kepada yang membantu iaitu pakcik badrul (kwn USANA ayah), pakcik faez (kawan sekolah ayah), pakcik yop (kwn melawati ayah), tok ayah dan staff tok ayah iaitu abang man.. di samping tuan rumah sendiri ibu dan ayah. thanks very very much buat tok dan bibik sebab tolong jagakan buah hati ibu dan ayah dua orang tuh, mukhlis dan mawaddah

barangan dapur.. 'post' dulu dengan avanza.
ini pun sakit pinggang ibu, tiap2 petang balik kej memang ibu buat operasi ni la, mengemas brg2 sket2

ini antara kotak2 buku ibu ayah.. yang ni pun 'post' dulu dengan avanza

proses mengangkut barangan rumah, tuan rumah busy sangat hingga tak perasan ibu snap gambar curi

master bedroom sudah kosong, wayar aircond berselirat.. huhuhu sayu hati tengok picture ni

master bedroom, dgn king size bed kami..mukhlis sedang bersenang lenang bergoloek2 sorang2 atas katil...

sudah kosong, clear..proses packing barang2 sudah bermula..

dapur yg masih semak samun, rumah sewa (feb 2010 - feb 2011) di klang gate, segala kenangan permulaan hidup berdikari di rumah sendiri bermula di sini..

ibu ayah dan anak-anak

Alhamdulillah akhirnya ibu berkesempatan mencoret sepatah dua kata disertai banyak2 gambar setelah hampir sebulan lamanya menyepi, busy sangat sebab kita nak pindah hari tu. 27hb Januari kite pindah dari rumah sewa di klang gate, ke apartment pesona villa saujana melawati. dekat jer, namun penatnya Ya Allah, Allah sahaja yang tahu. Tiap2 petang balik keje, ibu pack barang sket2 dan malam pegi kemas rumah sana, kemuncaknya adalah pagi 27hb ahad la, angkut semuanya huhuhuuh penat jg. Sehingga blog ni di tulis hari ni masih ada 1 kotak majalah2 yan belum unpack, tak sempat memanjang jer ibu ni..

ok la saksi kan lah gambar2 anak-anak ibu... nnt ibu upload gambar rumah plak

mawaddah sekarang dah 3bulan, herm 6kg lebih dah..tengok la lengan dan paha die huhuhu, tangan sentiasa aje nak sumbat dalam mulut tuh..

si notty mukhlis, cukup susah nak amik gambar mukhlis yang posing elok2 sekarang ni..

ayah mukhlis dan mawaddah aaliya

gaya tidur mukhlis...

gaya tidur mawaddah aaliya
eh sama la gaya tidur ngan abang mukhlis heheheh..

mawaddah lg besar dr mukhlis la

good mood, abang dan adik

fisherman..eh fisherboy hehehe

tepung gomak yg moody

tiger ibu ayah

adik tepung gomak dgn abang mukhlis

hamboiii.. gigit br tau

demboi ibu ayah.. stokin bug tuh abang mukhlis yg punya masa baby

gigi jer penuh namun makan nasi masih berjam lamanya

abang mukhlis, yg semakin meningkat usia dgn bermacam-macam ragam