Semoga dalam redhaNya

Wednesday, November 23, 2011

toilet training

Salam ukhuwah.. lama tak bertemu tanpa suara bersua tanpa wajah.. seperti selalunya kalau ibu update blog ibu tak lain tak bukan adalah mengenai anak2 ibu… harap2 tidak jemu hehehe.

Alhamdulillah semalam adalah hari ketiga mukhlis di ‘toilet train’. Susahlah juga tapi tak sebagaimana yang ibu jangkakan. Ibu memang dah tekad cuti sekolah kali ni nak tak nak mukhlis memang kena train sebab next year dah masuk sekolah (3tahun setengah), sian la teacher die nanti kalau masih pakai pampers.. ibu tanpa bantuan sesiapa kuatkan semangat memula kn misi ini (toilet training untuk mukhlis hehe cam misi besar sangat la) ibu sorang2 kat rumah ayah ngaja tuisyen time cuti sekolah macam ni, takde sape2 nak tolong, ibu kena masak (kalau tak camne nak makan), ibu kena kemas rumah, walaupun selepas ibu kemas tak sampai beberapa minit adik dan mukhlis akan menyepahkan kembali, hurm adat la tu budak2 la katakan (tp kekadang ibu naik angin juga) Di samping itu cabaran terbesar kena jaga adik mawaddah lagi, adik mawaddah plak pantang tak nampak ibu menjerit ler. Dah la suara boleh tahan. Part tu ibu cerita nanti la, part ni cerit pasal toilet training abang mukhlis dulu.

dalam toilet, muka marah bila ibu snap gambar

Di sebabkan ini 1st time mukhlis di ‘train’ utk ke toilet, jadi mukhlis macam confuse dan sekejap2 die pegi ker toilet, dlm sehari tu berkali2 die ulang alik ke toilet kadang2 tak kuar ape2 pun tapi mukhlis rasa macam nak yak @ kencing, dan bile mukhlis berjaya yak atau kencing ibu akan upah something yang die suka (maruku @ coklat), dan sentiasa ibu ingatkn mukhlis kalau rasa nak buang air terus pegi toilet dan dah kuar yak @ kencing cepat2 panggil ibu jangan keluar sendiri biar ibu wash dulu. Ibu dok ‘nyanyi’ itu la setiap masa dalam sehari tu kat die, agar die tak leka, yerla baru nak belaja la katakan. Untuk memudahkan mukhlis ke toilet ibu turn on lampu toilet siap2 dan buka selak, rapatkan pintu je sebab takut adik jatuh, so bila mukhlis rasa nak ke toilet tp pada masa tu ibu tengah menyusu adik or adik mengamuk, mukhlis boleh pegi sendiri n ibu dah pesan kalau keluar kencing n yak baru panggil ibu, kalau tak keluar ape2 mukhlis keluar dan pakai seluar semula. Oh ya mukhlis dah pandai pakai seluar dan seluar kecik sendiri hehehe yang tu dah lama tahu. So itu menyenangkan ibu juga. Tapi mukhlis ni kekadang buat ibu naik angin, sebab bila keluar toilet die memain tak nak pakai seluar n berlari2 tanpa seluar tu, sabar je la. Bila marah die gelak2, kdg2 die gelak tu lagi ibu naik angin. Kalau kat toilet lama2 pun ibu kena jenguk2 sbb suka main air. Sebelum die main air dan basah baju (of course la ibu akan mengamuk) baik ibu stop kn awal2, karang tak pasal2 sia2 kena marah..

Mukhlis mula di kuarantin kat rumah 3 hari

Hari pertama, 20hb nov 2011 (day 1) mukhlis masih tak guna toilet bowl (walaupun ada potty kecik yang tok beli warna kegemaran mukhlis –yellow- ibu letak je atas toilet bowl tu dan letak satu kerusi untuk mudahkan mukhlis turun dari toilet, naik senang jer mukhlis panjat) sebab mukhli tak mau, so ibu biar kan je die kencing or yak kat lantai.. sekali die yak banyak plak tu nasib baik yak cair, ibu suruh die tengok betapa susahnya ibu nak bersihkan dan buat2 muka kesian di samping cakap2 ngan die (of course la ayat2 jiwang yang buat die kesian), lepas tu jer die semangat nak guna toilet bowl tu huhuhu alhamdulillah ayat2 cinta ibu mengena. Tapi tido siang ibu pakaikan pampers bila mukhlis dah tido. Dan malam juga pakaikan pamper. Ibu tak sanggup cuci tilam king size kami kalau mukhlis tercicir atas tuh..

Hari kedua, 21hb nov 2011 (day 2), sama seperti semalam mukhlis bangun pagi2 kul83o dan sarapan dulu pastu ibu mandikan dan start progam sama, toilet training. Namun hari ni mukhlis tercicir sekali depan TV, masa tu tengah syok main mainan die sambil tgk TV tetiba ‘ibu, mukhlis bocor la’..adoiii seb baik adik tido masa tu dan ibu tak la kelam kabut buat keje rumah cuma tengah masak je, ibu pun pegi cek.. Sekali dengan ter ‘yak’ sekali..alamak, kena la mengangkat mukhlis yang 14kg++ tu.. Takpe la, ibu kena bersabar, ibu bagi moral support kat mukhlis. Adat la baru nak toilet train, dan selepas tu memang takde cicir dah, mukhlis akan bagitahu ibu dan pergi ke toilet kalau terasa nak buang air.

Hari ketiga,22hb nov 2011 (day 3) ibu dan ayah bawa anak2 ke playground terdekat, petang dah so pakaikan la pampers sebab risau mukhlis tak pandai control dan tahan yak atau kencing bila kat luar. 3hari tak kuar rumah mukhlis pun dah buat perangai keboringan die, bila ayah kuar pegi ngaja je die mengamuk nak keluar jg. Opss tapi tengahari tadi ikut ayah pegi kedai tanpa pampers heheheeh kira mukhlis berjaya free diaper la yer… Ok berbalik cerita kat playround tadi, masa tengah main tu mukhlis tanya, “ek mukhlis pakai pamper ket tak ni, mukhlis rasa macam nak berak la”.. alert juga rupanya Alhamdulillah. Cuma tengahari tadi mukhlis terkencing depan pintu toilet sementara menunggu tetamu yang datang ke rumah keluar dari bilik air, ibu suruh pegi bilik air ibu ayah tapi die tak mai sebab tak de yellow toilet seat die. Dan hari ni mukhlis dah tahu pergi sendiri kalau ibu lupa nak ingatkan mukhlis untuk ke toilet, bila terasa nak buang air mukhlis lari cepat2 ke toilet…

bergaya dengan helmet warna kegemaran

Dan hari ini, 23hb nov 2011(day 4), ibu akan teruskan perjuangan ibu untuk potty training mukhlis. InsyAllah Allah berikan ibu kekuatan. Cuma yang ibu risaukan hari ni ibu nak bawa anak2 ibu keluar. Nak belanja mukhlis sebab dah berjaya ke toilet, di samping adik cecah umur 1tahun hari ni.. Ya Allah bantulah ibu dan mukhlis ya Allah…

kat sepang ni, pantai, takut laut so main pasir jer la abang...

Mungkin sebab mukhlis sememangnya dah bersedia untuk ke bilik air. Hari pertama, mukhlis tak sekali pun ‘cicir’, satu perangsang buat ibu untuk meneruskan niat ibu..hari kedua tercirit depan TV, agaknya syok sangat main sampai terlupa, dan hari ketiga sekali terkencing depan toilet, tak tahan sangat agaknya… Takpe la di maafkn sebab masa tu ada tetamu dan tetamu tu kat bilik air mukhlis. Umur mukhlis sekarang 3tahun 5bulan, sepatutnya setahun yang lalu ibu train mukhlis ke toilet, tapi setahun yang lalu ibu tengah sarat pregnant adik, masa tu kita kat rumah sewa dan toilet die toilet cangkung, ibu tak larat pun nak uruskan mukhlis, pastu bersalin dan adik kecik lagi memerlukan perhatian ibu.

bila main, tak penah lupa adik..ajak adik join sama... walaupun kekadang buli adik huhuhu sabar jer la ibu

Ibu tak kisah ape orang nak kata (yer ker tak kisah?eh tipu dosa…ibu kisah sebenarnya dan ibu kecil hati. Tapi biar je la, nanti kena kat diri sendiri padan muka..),orang kata lambat toilet train la, membazir duit beli pamper la, mukhlis boleh bercakap awal sepatutnya dah boleh cakap nak ke toilet la, memang la tapi tak semudah yang orang cakap. Yer orang mudah bercakap tapi tak berada di situasi kita, masalahnya ibu sorang2 dan ada anak kecik ni hah.. Cuti sekolah 2mgu masa bulan6 ibu memang nak train tapi masa tuh ibu dan ayah kena jaga anak angkat kakak ayah(masa tu kakak baru amik anak angkat seminggu kalau tak salah, then kakak pegi umrah, anak2 lain hantar ke kampung sebelah ayah, masa tu plak yang lain semua pergi bercuti yang tinggal hanya kami dan kami pun kena tangguh rancangan untuk balik kelantan), cabaran besar jg menjaga Fendi, 6tahun, selama 4hari. Ibu dah warning ayah nak jaga boleh tapi jangan tinggalkan semuanya dengan ibu, so bila ayah nak pegi masjid atau keluar ayah akan bawa mukhlis. Dengan situsi kite tak kenal die, dengan keadaan die sakit jantung dan kami terlalu concern kt die sampai mengabaikan mukhlis. Sejak itu juga kami perasan mukhlis berubah, tapi tak pe itu mematangkan mukhlis. Ibu stress betul2 stress masa tuh,rasa nk marah jer semua orang, ibu belaja ikhlaskan diri, tapi bila balik kg jer anak2 ibu semua makcik2 yang jaga hahaha…Hilang stress balik kg, tu yang ibu suka…

Dari segi makan, alhamdulillah sekarang dah senang sket makan walaupun kena paksa. Mukhlis suka kari dan lauk kurma, kalau selain kari dan kurma, kena letak sambal svet baru la laju mukhlis makan. Dan makan masih lagi bersuap, kalau tak suap mukhlis horey horey tak makan dan main2 jer mkn. Kalau kat rumah kami masa sarapan mukhlis makan sendiri, cuma makan nasi tengahari dan malam masih bersuap. Susu masih lagi dan akan teruskan sampai dewasa, susu bagus ape untuk tulang. Mukhlis minum susu dutch lady 123 honey, sehari paling kurang 2botol (200ml) tapi selalunya 3-4botol la.. mukhlis anak yang aktif sangat dan lasak. Of course la banyak complaint pasal mukhlis, I know my son so nak buat macam mn, biar kan jer la hehehe.. tahun depan dah sekolah harap2 dengan ada nya aktiviti kat sekolah balik rumah mukhlis dah penat kurangla sket lasaknya heheh hopefully la..

demam masa ni, susu jer peneman setia... makan tak mau langsung, dah la masa tu susah makan.. sekarang lega sket ibu... tak perlu terjerit2 cam langsuir bila nak uh mukhlis makan..

si bujang ibu yang tersenyum manis, alahai cair hati ibu..

sama-sama lasak..

Monday, July 25, 2011

anak-anak ibu

.Salam di hulur pembuka bicara....alhamdulillah..sedar tak sedar ramadhan hampir menjelma lagi.. terasa baru sebentar sahaja ramadhan yang lepas meninggalkan kita...hem bagaimana agaknya suasana ramadhan tahun ini.. ramadhan tahun ini ibu sambut berempat.. tapi yang puasa 0f c0urse la ibu dengan ayah saje sebab abang mukhlis dan mawaddah kecik lagi... lama ibu tak update cerita mengenai anak-anak ibu.. di kesempatan waktu yang singkat ini ibu sedaya usaha meng 'update' sedikit cuma perkembangan anak-anak ibu sekadar untuk tatapan ibu anak beranak suatu hari nnt..

hari ini 25 julai 2011, abang mu
khlis dah hampir 3tahun 2bulan. Lasaknya abang mukhlis ni masyAllah, cukup menguji kesabaran ibu, tambah lagi sejak ada adik, penat sungguh ibu, tetapi ape2pun ibu terhibur dengan telatah mukhlis, c0mel anak ibu. mukhlis dah semakin bijak dan matang (erm matang ker?hahahah b0leh la..). insyAllah selepas raya nnti mukhlis akan ke nursery(sek0lah) dan tahun depan akan masuk tadika. tak sabar2 ibu nak teng0k mukhlis berseragam sek0lah tahun depan, mesti c0mel anak ibu nnt. dari segi pemakanan, mukhlis masih lagi susah makan, tak tau la kenapa.. waktu makan adalah waktu yang cukup mencabar buat ibu dan ayah, memang la kesian asyik kena marah saje waktu nak suap makan tapi nak buat macam mana itu saje la cara nak bgi dia makan. puas sudah kami buat gaya helic0pter la aer0plane la train la herm tak jalan jugak... tapi ibu ayah perasan mukhlis akan 0k makan kalau agak pedas sedikit (tapi akan makan sulam ngan plain water la).. dan ape yang mukhlis paling suka adalah MARUkU... dan susu... dalam sehari paling kurang 3b0t0l susu dri pagi sampai ke malam mukhlis minum (1b0t0l = 200ml).. sejak pindah ke taman pes0na villa mukhlis akan bangun seawal 6am untuk bersiap2 ke rumah t0k.. kalau mukhlis sihat (tak demam 0r batuk 0r etc) ibu akan mandikan mukhlis siap2 macam nak pegi sek0lah, s0 t0k dan bibik tak la terkejar2 sangat...sejak ibu ngajar tadika ni, banyak masa terluang ibu dengan mukhlis dan adik, dan cuti sek0lah adalah satu b0nus untuk kami sebab masa tu kami spend m0re time dengan family. dan nnti mukhlis akan masuk tadika tempat ibu keje la, raudhah adni melawati (under sek0lah islam adni taman sri ukay)..mukhlis pun alhadulillah tak sabar2 nak ke sek0lah.. 0k cukup dulu pasal abang, sekarang citer pasal adik pula....

dan mawaddah aaliya baru saja cecah 8bulan..c0mel dan tembam.. lahir cuma 2.57
kg, dan sekarng 8bulan 9.8kg, teng0k sajer la gambar die.. seusia 4bulan mawaddah dah b0leh meniarap, dan 2minggu lepas tu mawaddah dah b0leh guling-guling, abes satu rumah mawaddah 'm0p' hehehe.. setiap pelusuk rumah mawaddah jelajah. kalau nak amik s0mething yang agak jauh dari die mawaddah akan guling-guling heheheh pandai anak dara ibu ni..cecah 6bulan mawaddah dan b0leh reverse. 7bulan lebih, selepas itu mawaddah dah pandai merangkak.. herm dah pandai merangkak ni maklum saje la laju saje la die cari ibu.. 0000 mawaddah dah nangis, ibu sambung lainkali....

mukhlis (3thn) dam mawaddah aaliya (8bln)





Wednesday, June 29, 2011

mawaddah aaliya (jun '11)

suka simpul mulut

wah ibu, mawaddah dah bleh driving la

princess ibu

minum plain water

si manis ibu

mukhlis potong rambut

peace..taraaa...
dah siap p0t0ng rambut..ensem tak anak ibu dan ayah

alm0st d0ne...

mengantuk sudah....mata kuyu

penggeli...terutamanya telinga

muka c0nfuse

Sunday, May 1, 2011

permata hati

baju sama di usia yang sama cuma tahun dan tarikh berbeza.. mukhlis tahun 2008 dan mawaddah tahun 2011

abang mukhlis, hensem boy heheheh...30 april 2011

one in million...

lena..

teruja