Semoga dalam redhaNya

Wednesday, November 11, 2015

cerita tentang Miqdad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pic : baru keluar dari perut ibu..

dah xnangis dah

hai..banyak kali promise nk share cerita mengenai anakanda yang ketiga ni (miqdad)..kali ni ibu share sikit2,sedaya yg mampu..

anakanda ketiga kami ini adalah seperti berikut :

nama : miqdad bin saiful adli
d.o.b : 24hb julai 2014(ramadhan 25) = 39week
due = 1hb ogos
tempat lahir : GMC(gombak medical centre),sri gombak
doktor : dr.noor hamizah

miqdad lain sikit dari kakak n abang.kulit die lain..kulit si tampuk manis :-) berbanding kakak n abang yg cerah sikit..muka miqdad iras kakak mawaddah..

nama miqdad di ambil dr nama seorang sahabat nabi MIQDAD AL -ASWAD..yg juga merupakan emel address ayah sejak zaman bujang.ayah berkenan nama miqdad lama dah.akhirnya dgn lahirnya miqdad maka tertunai la impian ayah menamakan anak lelaki ayah dengan nama emel address ayah..miqdad..

sebelum kelahiran miqdad ibu amik cuti awal 2minggu atas nasihat doktor..mula cuti,14hb julai,hari lahir ayah yg ke-32..dalam bulan puasa..
seminggu dok rmh tok,incase bersalin awal mcm kakak n abg,xde la kelam kabut mengangkut anak2..selepas seminggu xjuga bsalin,ibu request kat ayah,ibu nk balik rmh kita.dekat je pun 10min je dari rumah tok.lagi pun duduk rumah sendiri more comfortable for ibu..mmg la penat,sebab nak kena urus makan pakai kakak & abg.nak urus rumah.nk prepare sahur n iftar.walaupun amik cuti awal,tp xla rehat pun.cuma bezanya ibu xkelam kabut pagi2 bersiap ke tempat kerja.tu je..rutin lain sama sahaja..bangun pagi siapkan ayah n abg mukhlis (masa tu kakak blom sekolah),lepas tu anta abg sekolah..

ramadhan 24,dari tghr rasa xselesa,contraction sikit2..pengalaman 2anak sebelum ni,menguatkan naluri ibu yg ibu akan bersalin hrtu walaupun due sebenar lagi seminggu iaitu 1hb ogos.ibu biarkan dlu..xbagitahu ayah,bia ayah tido dlu..lebih kurang pukul 5,keluar lendir berserta darah..ibu kejut ayah n kami siap2 ke GMC,drop kakak n abang di rumah tok..
kul6 ptg menghala ke gombak,jalan jam.masing2 nak balik berbuka puasa..contraction makin mcm memuncak..
smpai di GMC,reg n ke labor room.buat CTG scan n ve test..CTG ada contraction,ve 2cm..nurse suruh balik.tp bila nurse call dr.hamizah,dr suruh stay..ok stay la ibu n ayah menemani ibu..ayah berbuka puasa dgn ibu(walaupun ibu dh break puasa kul5ptg td heheh)

contraction on off..ayah solat terawih kat bilik kita je(kt pusat bersalin tu)..sakit sesekali masih blh tahan lagi :-)
kul 11mlm,rasa nk ke toilet,turun katil tetiba ketuban pecah.penuh 1 bilik.
nurse check ve..5cm..rehat dikatil dulu..ooo lepas pecah ketuban mmg seksa.sakit xigt punya..lama tu,nurse dtg check lg,7cm..so ke labour room la kami..alhamdulillah proses bersalin miqdad mudah.kul11 pecah ketuban, 12.05am 24hb julai 2014 lahirlah mujahid kecil comel ibu ayah..seberat 2.85kg..
macam kakak juga,sebaik lahir tu miqdad menangis nganga2 mulut..(beza abg mukhlis,lahir uwek uweekk kejap pastu tido).

Dr.hamiza dapat call dr gmc terus dtg ke gmc.kat labor room tu,nurse n ayah je ada.sebaik sahaja dr.hamiza smpai miqdad pun keluar ke dunia.kalau la dr.hamiza terlambat,rasanya nurse n ayah je la yg sambut miqdad..dr.hamizah smpai,pakai glove lepas tu miqdad keluar,terus doc potong tali pusat then skin to skin..susukan miqdad..cium miqdad..pastu miqdad di bawa ke nursery..bersalin miqdad walaupun besar berbanding abg kakak,tp xde jahit.xde luka.

nurse bersihkan ibu n ibu dibawa ke bilik ibu.rehat..ayah temankan ibu sekejap lepas tu ayah balik ke rumah tok sbb kena jaga abg n kakak,disamping xselesa bermalam ni ward walaupun bilik tu ada 2 single bed.tinggal la ibu sorg2 sobs sobs..hahah jgn ngengade..tido je la..

ibu minta miqdad dari nursery sbb ibu nk jaga sendiri.herm mcm bermimpi pula rasanya masa tu hehehhe..sebelum ni anak 2org,sekarang dh 3org..makan bermalam la ibu n miqdad di wad gmc..miqdad baik je.xmeragam pun.minum susu n tido..
keesokan hari,nurse ambil miqdad n minta ibu rehat.ibu bantai tido la apa lag sebab malam td xlena tido :-)

bangun tido ibu pegi jenguk miqdad di nursery..nampak tag 'susu ibu sahaja' di cot miqdad.seperti yg kami request..

tghr ayah bawa kakak n abang,ambil ibu n miqdad blk rmh tok.n ibu berpantang di rumah tok selama sebulan sebelum balik ke rumah kita sendiri..kakak n abg seronok sangat 1st time jumpa adik baru..

..to be continue...

Tuesday, November 10, 2015

miqdad 0-12 month old

assalamualaikum...kita menjamu mata dlu dgn gambar anakanda ketiga..miqdad bin saifuladli (24th of july 2014)

gambar2 dari lahir sehingga umur 12bulan..pakai baju sama setiap 24hb selama setahun..sama macam abg mukhlis n kakak mawaddah,ada 'uniform' masing2 :-)
 miqdad 0-4 month

 miqdad 6month

 miqdad 7month
 miqdad 8month..with luvly ayah

 miqdad 9month
 miqdad 10month

 miqdad 11month

miqdad 12month a.k.a 1years old

besar dah anak ibu..

Thursday, November 5, 2015

assalamualaikum...
selamat petang..ibu kat skolah ni stranded..ujan lebat sangat..so sambil2 tgu ujan reda sikit,ibu up bbrp gmbr2 kita berlima yg ada dlm hp ibu..

 gambar raya haji 2015..
bukan senang tau nak ambil gmbr berlima..10x snap blom tentu elok salah satu nya hahahhaha

 ni gambar berlima,masa ni kita ke museum 3D kat lukut,PD..
masa ni jerebu teruk sgt n cuaca panas..so anak2 macam meragam la.tambah pula anal2 dh penat travel dr kl pagi,smpai PD terus p jalan,xcheck in hotel lg msa ni...

 berlima di farm in the city..
mawaddah n mukhlis seronok sgt kalau outdoor xtvt cm ni..miqdad xfaham lagi,cuma masa kat rabbit village tu miqdad dgn sangat berani bagi makan rabbit..heheh good boy ank ibu ni

balik kg raya puasa 2015..
abg mukhlis mana? hurm cm biasa la..balik kg ada saja xtvt outdoor mukhlis n cousins :)
dlm gmbr atas ni,wefie ibu n adik beradik ibu..mostly perempuan




Tuesday, November 3, 2015

minyak cap kapak

hahhh..tajuk tu refer kat miqdad..pagi2 tadi ibu kelamkabut nk siap2 pegi keje, tetiba miqdad nangis n tunjuk2 mulut die..laaa die minum minyak cap kapak ayah pulak dah..

adik ooo adik :-)
 ni die budak yg minum minyak cap kapak pagi2 hari


 miqdad & mukhlis


alhamdulillah diberikan keskesihatan yg baik olehNya

gambar : sama xserupa

Monday, November 2, 2015

continue sikit...
actually baru berkesempatan sign in blog..kalau nak kata sebelum ni busy,sekarang pun busy n kelam kabut..end of the year la katakan..dengan anak2 exam.. anak2 kat kelas pun exam heeee..sebab tu celoteh xpanjang.gambar je berlambak2 heheh


 sama baju..sedondon lagi

 miqdad xfaham pun masa bawa pi tgk wayang ni..abang mukhlis excited..kakak mawaddah ok ok je..cuma kakak mawaddah kata,next time tgk citer gegirl la pula hehehe

 hurm..posisi masing2 dalam kereta.. selalu juga bergaduh mawaddah n mukhlis sebab berebut nk duduk sebelah miqdad

 swim with ayah @ splash kota bharu

 kakak..newborn until 5y

 abg mukhlis 2y vs 7y

 mukhlis baby vs miqdad skrg

prince miqdad comey..

tadaaa..


2015 bakal melabuhkan tirainya..

assalamualaikum..
lama xmenjengah ke blog ni..bersawang dh heheh..jom lap lap habuk dulu.. last mencoret disini baby miqdad blom lahir lagi. 
and now baby miqdad dh setahun 3bulan..alhamdulillah diberi kesihatan yg baik olehNya.amin ya rabb

di sebabkan lama xbersua tanpa wajah n berbicara tanpa suara,meh la ibu hidangkan gambar2 permata hati ibu di ruangan ni..


masa ni miqdad baru 2bln lbh..manis sungguh miqdad..yg ni banyak gen ayah..muka hidung smua macam ibu :-)
nnt ada masa ibu ceritakan keletah miqdad yg manis ni...

 kami berlima

 baju2 tu hasil keras tangan ibu
sedondon hehehe..

 permata hati ibu ayah

permata hati...mukhlis 7y,mawaddah 5y, miqdad 1y

 masa ni pegi museum 3D lukut dan upside down house PD
lama xbawa anak2 jalan..pegi 2hari 1 malam je..masa ni jerebu satu malaysia

 sweet heart..memang sweet sangat2...

farm in the city,seri kembangan...mukhlis pernah pegi school trip le sini lastbyear...
so kali ni,ibu ayah bawa mukhlis lagi + adik2 join skali..amik family package...


ok..cukup dlu menjamu mata..ada masa nnti ibu share lagi gambar2 anak2..
sayang anak2 ibu..may Allah grant us with jannah..aminn

Tuesday, May 27, 2014

Frasers Hill


Frasers Hills (3– 4hb Mei 2014)

Alhamdulillah buat kesekian kali menjejak kaki sekali lagi ke bukit fraser (frasers Hill) ini, bezanya 7 tahun yang lepas kami hanya ibu dan ayah, kini kami berlima (ibu, ayah, mukhlis, mawaddah, dan baby dalam perut). Kami setia memilih Shahzan Inn, seperti mana 7 tahun lepas. Selepas beberapa survey yang ayah buat.

Perancangan asal nak ke Cameron Highland memandangkan ibu cuti 4hari straight (1hb labor day, 2hb event holiday, 3hb & 4hb adalah weekend sabtu ahad). So plannya boleh la lama sikit, ayah cuba2 la apply cuti 2hb tu. Konon2 la hahah macam la dapat kalau ayah apply cuti pun. (memang tak dapat pun sebenarnya). Ibu pun survey la hotel2 dan homestay2 kat Cameron highland. Most of the hotel & homestay fullbooked, adala beberapa hotel dan homestay yg kosong lagi, tapi ayah kata kalau hotel&homestay dan full macam tu, jalan mesti jam tak hengat punya. Erm betul la, nanti banyak masa habis ngadap jam je. So discuss lagi dgn ayah, mana nak cari tempat sejuk ni. Last choice adalah book mana2 hotel tengah2 kl nun, hah duduk la dalam hotel tu, sejuk, rileks. Namun ntah macam mana plan tu berubah ke Frasers Hill. Hehehe maka sampai la kami di sini. Ibu pun memulakan misi mencari info pasal Frasers Hill, rata2 blog dan page yg ibu baca mengatakan 2hari 1malam cukup kalau nak jalan2 di frasers hill, nak pegi balik hari pun ok.. Tapi kami nak rileks dan santai maka pilihan 2hari 1malam adalah tepat.

Bertolak pagi sabtu, dalam 830am lebih kurang menuju ke Frasers Hill ikut jalan ulu yam. Singgah breakfast di ulu yam (dekat sejam juga stop, maklum la anak-anak santap lama heheh) seterusnya meneruskan perjalanan ke Frasers Hill. Anak-anak lena kat seat belakang. Ayah drive pun santai2 sebab Shahzan Inn blh check inn pukul 3pm. Lebih kurang pukul 1130 kami sampai di Tower Clock Frasers Hill, singgah bergambar kat Tower Clock dan sekitarnya, beli fridge magnet dan baju untuk mukhlis dan mawaddah sorang sepasang, lepas tu sambung bergambar. Ayah call Shahzan Inn, staff diorg kata dah boleh check in pukul12 sebab bilik dah ready, Alhamdulillah dapat la rehat sekejap, solat dan lain2. Dapat kunci bilik 339, kami terus ‘operasi’kan bilik  tersebut. Dapat 2single bed, kami cantum dua tu lepas tu tolak ke tepi, jadi la king size, hah luas ruang untuk solat dan anak2 boleh main dengan gumbiranya hahah. Plan nak amik extra bed utnuk mukhlis, tapi selalunya die tak mo tidur bed sendiri, nak juga berkepit bawah ketiak ayah. Memandangkan ‘operasi’ ubahsuai katil tu Berjaya, so takpayah la extra bed utk mukhlis. Cuma kami minta 2pcs extra pillow dan kipas.. oo ya kenapa kipas? Frasers Hill ni kategori sejuk so kat bilik2 Shahzan Inn ni takde la letak aircond ke ape kan,  tp sekarang ni musim panas dan ibu mengandung plak tu memang panas aje la manjang. Ayah dan anak2 kata tak panas, ibu je rasa panas. Itu yang minta stand fan tu, baru la selesa. 

Ok la sambung lagi, kami golek2 kat bilik kejap, tapi mukhlis terlelap kepenatan, lepas tu ayah join mengeruh. Aih dah semua tido, ibu pun terlelap juga. Mawaddah tak tau la tido ke tak sebab masa ibu terjaga, mawaddah dok terkebil2 lagi hehehe.. selepas tu kami bersiap2 untuk santap tengahari, makan kat foodcourt, nasi campur. Dapat plak ikan keli goreng fevered ibu dan mawaddah, nasi buh kuah kari sikit, licin menjilat jari ibu dan mawaddah makan. Abang mukhlis makan nasi dengan ayam goreng feveret, ayah akan lauk ikan. Ape yg best kat foodcourt ni? Ahah air oren, sirap dan air kosong die free. Pegi la amik sendiri, self service. Nasi kena bayar la. Lepas tu, jalan2 kejap sekitar situ. Pegi horse riding (abang mukhlis dan ayah je naik kuda, mawaddah takmo dekat langsung, takut). Lepas horse riding, ayah pegi archery dan menyumpit. Ibu pun try menyumpit sekali hahaha ada gaya orang asli la kami masa tu hehehe. Selepas menyumpit kami jalan2 pusing Frasers Hill tu, singgah bergambar di banglo2 tinggalan penjajah, mana tempat yg kami rasa cantik menarik tertarik daboom tu kami berenti dan amik gambar. Lepas tu anak2 lepas kan gian regangkan urat2 dan otot2 di playground sebelah food court. 

Maghrib balik bilik, mandi & solat lepas tu keluar makan malam. Survey tempat makan, pilihan hati di food court juga tp bukan kedai makcik yg tengahari tadi, sebelah die. Makan chicken chop marveles heheh. Lepas makan, balik bilik rehat, ye la tadi dah sakan round satu frasers hill, kepenatan dah. Layan cite hantu omputih sampai terlena. Keesokan pagi, breakfast kat shahzan inn lepas tu jalan2 kat playground sebelah shahzan Inn, bagi anak2 rileks pulak. Diorg ni kalau kat playground doploh kali pegi pun takpe, lama pun xpe. Lagi satu playground kat sini, main lama pun tak berpeluh. Ayah rileks santai je tunggu anak2 main, selalunya kejap je pastu ajak balik sebab panas dan melekit2 badan dah. Jalan2 lagi, pusing tempat sama, ye la mana la ada tempat nak jalan lagi, Frasers Hill ni tempat untuk rileks bukan untuk jalan2 dan shopping2, dan mmg nya kami nak rileks je pun heheheh. Tengahari check out, pastu pegi makan eskrem kat food court sebab dan janji dengan mawaddah, lepas tu turun la kami menuju ke KL semula. Anak2 tidur, macam biasa kereta jalan je, anak2 bergaduh jap kat belakang lepas tu lena la semua. Singgah solat di rawang jap, leaps tu ayah buat surprise kat abang mukhlis, ape surprise tu? Hahaha tengok wayang cerita spiderman. 

Online ticket, elok2nya kami sampai wangsa walk 4pm, wayang start 410pm. Seronok la abang mukhlis dapat tengok cerita feveret die. Habis cerita tu baru kami balik rumah, maghrib juga la kot. Makan malam, ayah beli bungkus, pastu rehat depan tv jap, then masuk bilik tidur, esok keje.
Best juga trip unplanned macam ni hehehe, kadang yang plan tu tak jadi. insyaAllah next plan ke pulau tioman, tunggu ibu bersalin dan baby besar sikit(6bln ke atas dah ok dah baby).

Apa-apa pun jom layan gambar kami…


 on the way ke Frasers Hill, lepas berakfast je lena la diorg ni, alhamdulillah la, kalau tak diorg berperang je dalam keta.. pening ibu

 hah tu die hero kita, hero pun lentok

 clock tower, frasers hill

 bergambar sepuas2 dlu sementara tgu masa nak check in

 eh gambar langkau2 plakhehehe xpela,
ni our hero, naik kuda sambil tersengih2

 mawaddah tak naik kuda, takut.

 archery

 menyumpit

 kami berempat

 hah tu dia, punya excited anakanda berdua nih

 hasil operasi, 2 single bed akhirnya jadi king size, space untuk solat dan anak2 main jadi luas

 jalan-jalan petang. masa ni la mawaddah terlentang jatuh kat kedai belakang tu sebab main lari2, heheeh pastu kena marah dengan ayah

 muka manja, baru lepas kena pujuk dgn ayah. ayah ni senang marah tapi lepas tu cepat sejuk, hah pujuk la anak tu, itu yang buat anak2 close dengan ayah diorg

 tengok la manja busyuk masyam ayah tu, melekat terkelepek kat bahu ayah

lobby shahzan Inn
 lobby shahzan Inn

taman tepi shahzan Inn..



Ok la itu dulu la, gambar lain menyusul kemudian, penat tunggu internet slow sket, guna hotspot je la katakan huhuhhu, apepun alhamdulillah ada juga internet.. ok assalamualaikum