Semoga dalam redhaNya

Friday, July 9, 2010

beratnya mata ni

Mengantuk tak leh handle ni...

Tengahari jumaat (sebab lunch break lama sket, sket je la) seperti biasa ibu akan balik rumah tok, di samping jumpa budak busuk masam kesayangan ibu (mukhlis la sape lg), ibu akan makan tghr juga, kt rumah tok, save heheheh...

Hari ni lauk ayam masak paprik,telur sambal, sup ayam...... huhu sedap tok masak, ibu n ayah makan, mukhlis dan dalila pun nak makan, erm bg la budak comel berdua ni makan (makan sendiri plak tu,ok la walaupun bersepah2 nasi kat bawah meja, tp ok la blaja makan sndiri)... Pandai diorang makan cuma mukhlis seperti biasa la kena paksa sket bab makan nasi ni, kena "hep" sket..

Tetiba nenek n tok offer plak pulut + durian, feveret ibu..tanpa segan silu ibu melantak lg sekali, dan natijahnya huhuhu ini kat ofis ni tengah mengatuk tahap haper ntah, tersengguk2 kekenyangan, ngantuk tahap tak leh handle punya la....

Ada sesiapa yg boleh bg petua nak hilangkan ngantuk yg teramat sangat ni selain dari jawapan "TIDO" ?????
????
????
????
????


Masih menunggu jawapan itu.........................
????
????
????
????
????




Thursday, July 8, 2010

bosannnnn....

hari ni hari khamis herm....
selalunya kat ofis baru ni (baru mula keje akhir mei hrtu) memang ibu akan sorang2 melainkan ada staff marketing yang masuk (itupun sekejap je), bos yang 3orang ni pun jarang-jarang masuk sebab ada ofis lain kat melaka..erm sampai bile ibu kene dok ofis sorang-sorang? keje ibu tak la banyk, cuma membosankan bile kite buat sesuatu benda yg sama berulang-ulang setiap hari. hari2 mengadap laptop je...bukan ada orang nak bersembang pun, alih-alih mati keras kejong ibu sorang2 kat sini..nak bersembang ngan saper?dinding?batu?kerusi?meja..aduhhhh bosannya...
1st week keje hari tu bos cakap akan ada 2org bahagian marketing akan masuk ofis pagi, setiap hari, petang baru keluar buat marketing, tp ini dah sebulan lebih dah, takde sorang pun staff kt pejabat (staff marketing kat luar ramai la cuma diorang ni tak waib masuk pejabat melainkan meeting je...) booosannnnn....
mula tu cakap, gaji akan naik ikut performance ibu, macam mana ibu nak perform kalau macam ni caranya..seolah2 ibu ni 'jaga' ofis ni je, keje nyer?erm takde kaitan ngan post ibu sekarang...(nasib baik bayar salary, kalau tak memang ibu blah dah...kat ofis rasa bosan sgt balik rumah mula stress la..huhuhu tolong tolong tolong....
perlu ke ibu cari keje lain?ohh tidak... tkkan lagi sekali....

Tuesday, July 6, 2010

pagi tadi

selalu nya setiap pagi sebelum pergi ofis, ibu akan hantar mukhlis ke rumah tok mukhlis, dan biasanya mukhlis masih tido la (kadang-kadang je jaga).. tapi pagi ni ayah offer nak pegi anta sebab kebetulan ayah ada urusan. ibu pun sembang la ng mukhlis sementara tunggu ayah bersiap-siap..

ibu : mukhlis, hari ni ayah anta mukhlis pegi rumah tok tau...

mukhlis : (diam, tengok ibu, sambil tangan pegang mainan)

ibu : ayah anta dengan moto, best naik moto.

mukhlis : nanti ujan..nak macam mana? (nak macam mana tu sebenarnya "macam mana" je, alah ayat budak dua tahun)

terkedu jap ibu...erm tetiba tergelak sorang2..yerla selalu nya ibu yang cakap camtu kat mukhlis time mukhlis nak ikut ayah pegi solat magrib dengan moto. bila ayah nak pegi ngan kete sebab ujan mukhlis nangis tak mo..nak naik moto juga then ibu cakap la "mana boleh naik moto, tu ujan tu nanti mukhlis basah..pastu demam..macam mana?" heheheh

ibu : tak la, pagi ni tak ujan, petang je ujan selalunya kan..

mukhlis : (diam, macam mikirkan ape yg ibu cakap tadi)

ibu : ok jom ibu tunjuk kat luar, ujan ke tak..

ikut belakang ibu....terkedek-kedek...

ibu : hah tak ujan kan?boleh la naik moto...

mukhlis : ibu, tak uajn lebat2...nak nek moto dgn ayah la...

erm itu la mukhlis, sekarang dah pandai sgt membebel mcm org tua, pepagi sebelum salam (kadang-kadang mood die masa bgn tdo ni pelik sket, tak nak salam la ape la), kena pujuk dulu pastu mukhlis mesti kata nak cuit pipi ibu dulu, hah bagi je la..pastu baru sengih dan sua sua tangan nak salam..pastu cium pipi..

Monday, July 5, 2010

31 ogos 2007

Tiba-tiba rasa nak upload gambar nikah 3tahun yang lepas, rasanya kawan2 pun ramai yang tak tengok lagi heheh, gambar pengantin 3tahun lepas, ada banyak lagi gambar cuma tak jumpa mana CD die.. kena balik cari lagi ni. CD yang ada gambar2 persalinan masa kat sebelah pengantin perempuan, huhuhuhu, ada ni cuma salah letak je.. nanti kalau dah jumpa, saya masukkan kat blog ni ye..

terima la bunga ini..agaknya itu yang ayah cuba nak bgth ibu tuh...

posing sekejap...

lagi kami posing, dulu sorang2, masa ni berdua, sekarang bertiga (dengan mukhlis), nanti berempat berlima berenam bertujuh plak heheh..doa2 la...

lagi gambar kawin...

kenduri di taman melawati..

dalam WHB 2559, dalam perjalanan ke sawah, ambil gambar je...bukan nak bersawah heheh

saat di ijab kabulkan

antara gambar dalam album kawin (custom album)

aksi di tepi sawah padi..masa ni macam pelakon rasanya hahahaha

Ok cukupla setakat ini dulu, lainkali ada masa dan dah jumpa CD nikah&persalinan di kota bharu, ibu upload lagi untuk tatapan mukhlis dan sapa2 yang baca blog ni terutamanya kawan-kawan ibu, terima kasih....assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh...
31 ogos setiap tahun adalah ulangtahun pernikahan ibu dan ayah mukhlis....

Thursday, July 1, 2010

Sifat Pemarah memakan diri

Mengendali Marah

Marah termasuk sifat yang tercela. Siapa yang suka marah ia terjangkit sifat tercela. Marah sebahagian dari fitrah manusia. Marah di sebabkan karena keinginannya yang di halang-halangi atau keinginannya tertambat. Marah juga muncul jika harga dirinya di hina. Demikian juga, marah juga datang di sebabkan pendapatnya atau nasihatnya tidak di dengar dan di perhatikan. Marah boleh, tetapi tercela jika marah itu melampaui batas. Marah yang berlebih-lebihan mendorong orang untuk berbuat derhaka. Allah tidak suka pada pemarah. Sering marah banyak menimbulkan kekecewaan. Marah adalah sifat dan perbuatan syaitan. Karena itu, dalam salah satu hadits Rasululah pernah di tanya: “Ya Rasulullah saw, amal apa yang paling utama?” Maka beliau menjawab: “Jangan marah!” Jawapan itu di ulang sampai 3X.

Di antara ciri orang yang mulia dan keperibadian yang luhur adalah tidak mudah marah. Jika keinginannya tidak dipenuhi ia tidak marah dan berserah kepada Allah dengan husnudzan kepada-Nya. Saat di fitnah atau dibicarakan kekurangannya ia tidak marah, karena ia menyedari bahwa dirinya memang penuh kekurangan dan memerlukan nasihat orang untuk pembaikan diri. Bersifat keterbukaan terhadap nasihat orang, dapat menghindarkan diri dari sifat pemarah. Pemarah akan di salut oleh sifat angkuh dan takabur. Rasulullah saw telah memberi teladan kepada kita agar tidak mudah marah. Beliau begitu lemah lembut terhadap siapa pun, baik sahabat atau keluarganya. Rasulullah bukan seorang pemarah, karena itu beliau di cintai oleh para sahabat, keluarga, dan seluruh umat. Keluhuran dan kehalusan budi Rasulullah menunjukkan betapa mulianya akhlak beliau. Beliau adalah orang lemah lembut, berkasih sayang, tawadhu’ dan menghargai siapa pun yang ada di hadapan beliau. Hubungan beliau dengan sahabat dan keluarganya terjalin atas dasar keimanan dan kasih sayang. Beliau selalu menyelesaikan masalah dengan cara yang baik. Kemashlahatan menjadi tujuan beliau dalam menyelesaikan masalah. Beliau mendahulukan kearifan dari kemarahan dan emosi.

Orang yang sedang marah, sesungguhnya ia bukan dirinya yang sebenarnya, tetapi ia telah menjadi orang lain yang telah dipengaruhi syaitan. Kebanyakan orang yang marah melempiaskan kemarahannya dengan perbuatan tidak elok. Pemarah tidak akan disukai ramai orang. Orang akan menjauhi sesiapa yang suka marah. Setiap orang yang ada dekatnya akan tersakiti, hatinya kecewa kerana terluka, tertekan, tidak tenteram di sisinya dan saat bersembang-sembang dengannya. Orang yang suka marah sering tidak terkendali. Ia sering berbuat zalim dan aniaya. Pemarah akan selalu merasakan penyesalan hidup. Perbuatannya akan berbekas di dalam hati nuraninya. Ia akan malu pada diri sendiri, pada orang lain, dan malu kepada Allah.

Seorang pemimpin yang suka marah-marah, tidak akan di sukai bawahannya. Mereka akan menjauhinya, sebab tiap kali berada di dekatnya merasa tertekan dan tidak tenteram, karena itu perintah-perintahnya tidak dihormati dan jika dilaksanakan itu pun dalam keadaan terpaksa. Ia tidak akan mendapat banyak sokongan dari orang bawahannya. Bahkan, mereka ingin agar ia segera diganti oleh pemimpin yang arif bijaksana dan tidak akan berjaya mengendalikan roda kepemimpinan.

Pemimpin yang pemarah, jika melakukan kesalahan ia akan mencari seseorang yang dapat di jadikan sebagai kambing hitam. Ia tidak mau mengakui kesalahan diri. Ia tidak mau mengakui kekurangan diri. Ia tidak malu-malu, melemparkan kesalahan dirinya pada orang lain, bahkan di khalayak umum. Sungguh ego dan angkuh pemimpin yang pemarah. Allah benci kepada pemimpin yang suka melukai hati bawahannya. Allah tidak suka pemimpin yang merampas kemerdekaan dan ketentraman bawahannya. Banyak akibat buruk yang akan menimpa pemimpin yang pemarah di dunia dan lebih-lebih di akhirat kelak. Seorang pemimpin yang ingin disegani, di hormati, dan semua programnya mendapat sokongan penuh dari bawahannya hendaknya menjauhi sifat pemarah.

Suami yang pemarah akan mengacaukan keharmonian rumah tangganya. Rumah yang seharusnya menjadi tempat berlindung dan berteduh, berubah menjadi tempat yang menyeramkan penghuninya.Isteri menjadi tertekan, anak-anaknya takut dan stress dengan sikap pemarah sang ayah. Anak dan istri teraniaya jiwanya akibat suami yang pemarah. Keluarga yang di pimpin oleh suami yang pemarah sukar menjadi keluarga yang berjaya. Anak-anaknya sukar menjadi orang yang sukses belajar, jika selalu mendengar pertengkaran dan marah orang tuanya. Suami yang ingin membangun keluarga mawadah warahmah, harmoni, sukses, maka hendaknya meninggalkan sifat suka marah-marah kepada keluarganya.

Seorang pedagang yang pemarah akan di jauhi pelanggannya dan akan banyak mengalami kerugian, sebab transaksi jual beli di akhirikan dengan marah-marah. Pembeli akan mencari penjual yang santun dan lemah lembut layanannya. Pembeli berfikir bahwa penjual itu bukan hanya satu, namun, banyak bertaburan di mana-mana. Maka mereka akan mencari pedagang yang dapat menenteramkan hati mereka. Harga bukan masalah, tetapi hati yang tenteram adala keutamaan. Pedagang yang ingin disukai oleh pelanggan dan keuntungan berlimpah, maka hendaknya ia jauhi sifat dan sikap pemarah.

Seorang guru yang pemarah tidak di sukai oleh murid-muridnya. Mereka belajar dengan hati yang tertekan. Mereka mengerjakan tugas dengan hati yang takut, maka hasilnya pun tidak maksima.Yang paling parah lagi, kemarahan guru itu membekas hingga mereka dewasa. Seorang guru yang ingin membentuk generasi yang berilmu, maka hendaknya ia jauhi sifat marah terhadap murid-muridnya.

Orang yang pemarah tidak di sukai jirannya. Pendapat tidak di endahkan. Kehadirannya meresah ramai orang. Jiran tidak merasa nyaman hidup berdampingan dengan seorang yang pemarah. Sehingga kewujudannya diangagap seperti tidak ada. Ia akan dipencilkan oleh jirannya. Isterinya malu berkumpul dengan kaum ibu yang lain, akibat suami pemarah. Orang yang ingin hidup tenang dan damai saat berdampingan dengan masyaraka, maka hendaknya jauhi sifat suka marah. Mengendalikan marah sangat penting bagi meneruskan kehidupan bermasyarakat.

Sungguh besar impak negatif dari sikap suka marah-marah. Marah seperti api yang menyala mudah membakar apa pun yang berada di dekatnya. Orang yang sedang marah, hatinya berkobar menyala-nyala karena syaian telah menguasai dirinya. Memang syaitan di ciptakan dari api dan manusia dari tanah. Firman Allah SWT bahwa syaitan pernah berkata, “Engkau ciptakan aku dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah.” (Al-A’raf: 12). Sifat tanah adalah diam dan tenang, sedangkan sifat api membara, menyala, bergerak-gerak, dan meliuk-liuk.

Selagi api marah semakin kuat dan berkobar, maka ia akan membuat seseorang menjadi buta dan tuli untuk mendengarkan nasihat. Sebab, marahnya itu sudah naik ke otak dan menutupi fikiran dan hatinya. Marah adalah musuh akal. Sebab marah orang tidak bisa berfikir tenang. Karena marah ia tidak merasa penderitaan orang lain. Marah boleh merosak iman sebagaimana racun merosak madu. Mengapa? Karena sebab marah syaitan dengan mudah menguasai dan mengendalikan manusia untuk berbuat derhaka kepada Allah. Orang yang terbawa emosi sebenarnya ia telah dipermainkan syaitan seperti kanak-kanak bermain bola. Ditendang ke sana ke mari sesuka hati. Kerana itu, Rasulullah saw bersabda dalam hadith riwayat Umar bin Al-Khathab r.a. berkata Rasulullah saw bersabda:

لَيْسَ الشَّدِيْدُ بِالصُّرْعَةِ ، إِنَّمَا الشَّدِيْدُ الَّذِيْ يَمْلِكُ نَفْسَهُ عَنْ الْغَضَبِ.

رواه أحمد و ابن حبان

“Orang yang kuat itu bukanlah karena bergelut, tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat menguasai diri saat marah.” (HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Marah dapat menjauhkan seseorang dari Allah. Marah termasuk perbuatan syaitan. Allah tidak menyukai perbuatan syaitan. Yakinlah bahwa marah dapat merosak suasana ketenteraman hati. Seorang muslim tidak akan berhenti memperbaiki dan mengendalikan diri saat mara muncul. Kalau diri sudah terkendali marah, maka ia akan selamat dari perbuatan buruk. Diri yang terkendali petanda ia mendapat pertolongan Allah. Karena itu, ketika kita akan marah maka segeralah memohon perlindungan kepada Allah dan segera berwudhu. Marah itu seperti api yang berkobar. Marah berasal dari syatan. Sedangkan syaitan itu diciptakan dari api. Karena itu, untuk meredakan gejolak amarah yang sedang memuncak, hendaknya segera berwudhu’.

Sabda Rasulullah saw:

إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَ إِنَّ الشَّيْطَانِ خُلِقَ مِنَ النَّارِ، وَ إِنَّمَا تُطْفِأُ النَّارُ بِالْمَاءِ، فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ. رواه أبو داود.

“Sesungguhnya marah itu dari setan, dan setan itu diciptakan dari api, hanya dengan air api itu akan padam, karena itu, jika seseorang di antara kamu itu sedang marah, maka berwudhu’lah!” (HR. Abu Dawud)

Dengan mengendalikan marah, insyaAllah Allah akan bersamanya dengan memberi pertolongan kepadanya. Semoga kita di selamatkan dari bahaya marah dan dapat mengendalikannya ketika akan muncul.


wallahu a'alam

Tuesday, June 29, 2010

rindu

tetiba teringat kawan-kawan semasa semasa sekolah menengah

tingkatan 1
-latifah ismail
kawan baik semasa mula-mula masuk sekolah, entah kenapa aku boleh rapat dengan die.. tapi aku suka gaya die, konon cam lelaki la, tapi tak pun, selembut maksud nama die..die anak kedua dari 3 beradik.. Masa tingkatan dua, latifah berpindah ke sekolah yg lebih dekat dengan rumah die, so kitorang kawan2 camtu je la lepas die pindah. Tapi masih keep in touch. Sesekali ziarah die kat kok lanas, dan yang pasti die tak pernah datang rumah ku, (of course la kawan2 aku tak penah datang rumah aku,mungkin sebab rumah ku jauh dari sekolah menengah, rata2 diorang ni tinggal area sekolah jer, jalan kaki je pegi sekolah berbanding aku yang kena naik transport).. Ah alasan semua tuh...

-nik safilah nik daud
1st day sekolah, Filah la yang tegur aku.. walaupun still berkawan juga tapi kami tak rapat sangat, ntah kenapa, mungkin sebab mula2 tu ku pendiam dan Filah ni tak friendly sangat so sembang2 camtu je la heheheh. Die suka jalan sorang-sorang tapi bukan sombong, mungkin die bahagia dengan cara die macam tu. Filah ni terer math, selalu dapat markah tinggi, die penah cakap kat die sepupu siti hajar sulaiman, kalau nak pandai math ni ape je ilmu (math) yang kita dapat kita kena ajar orang hehehe dan siti hajar praktis benda tuh dan terbukti betul.. Masa tingkatan 4 die pindah sekolah..

-tuan syarifah sarah
kawan dengan die sebab aku selalu lepak asrama sekolan..oooo lupa, Latifah tu duduk asrama sekolah juga..Pindah sekolah masa tingkatan dua.

-suraya abd ghani
pun sama.. warga asrama dan pindah sekolah masa tingkatan dua..ingat lagi kat kakak die, nur azura...

-wan hasmaizan
warga asrama juga hehehe, kakak die kak Jah baik sangat...pun pindah juga

-siti fatimah (fatin)
fatin, aku pernah bermalam rumah kakak die. Fatin ni pelik sket, bila die tak suka seseorang tu die mesti expect aku pun tak suka orang tu juga then aku tak boleh la berkawan ngan orang tu, ish pelik kan...dan aku rasa die ni agak perasan cun hahahah sori fatin kalau terbaca tulisan ni (aku rasa takka terbaca sebab kitorang memang totally lost contact sejak die pindah sekolah)

-siti nazihah mat esa
panggil die Ha. Die dah arwah, komplikasi buah pinggang, meninggal tahun awal 2007, ralat sangat sebab lama tak jumpa tiba-tiba dapat sms die dah arwah, terkilan juga la. Masa sekolah lagi die memang dah selalu sakit-sakit, dan selalu MC panjang. Semoga allah mecucuri rahmat ke atas arwah.

tingkatan2
-nor bahiyah abdullah @ angah
kenal angah masa mula-mula masuk sekolah lagi, Cuma tak rapat sebab aku rendah diri, angah cantik sangat, putih melepak, n masa tu die tak banyak cakap macam sekarang. Masa ni aku jadi penolong ketua kelas, aku macam pemalu sangat la masa tu heheheh sekarang dah tak tahu malu dah.. ada sorang ustazah selalu tak masuk kelas waktu(waktu lain die masuk), berlanjutan beberapa minggu, so angah tanya aku kenapa tak pegi cari ustazah sebab ustazah tu tak penah miss kelas die, ni mesti ada sumthing wrong..then die temankan aku pegi cari ustzah, rupanya clash jadual kelas..alkisahnya, bermula hari tu aku rapat dengan angah ni sampai la sekarang ni dah beranak pinak ni still contact walaupun jarang2. Die pindah sekolah masa tingkatan 4.

-muslida sulbani mohamad
muslida ni pelik sikit (ke aku je rasa die pelik), setiap hari datang sekolah mesti penuh dengan masalah la, ada saja masalah family die, sampai la tingkatan 5 dan dah masuk kolej still bermasalah family, aku jahat sket, aku selalu ignore die tapi aku sayang kawan2 aku sebenarnya, Cuma aku ego je n bosan dengar masalah sama die, bila nasihat kan die cakap semua orang tak faham masalah die. Satu lagi che da ni pantang kita silap sket die marajuk panjang ish tak kuasa aku nak pujuk, angah la jadi orang perantara masa tu ish tak kuasa aku layan orang suka merajuk.... (soriii che daa kalau terbaca hehehe, biasa la masa tu budak2 lai kita ni)

-nur haidar muhd yusoff
haidar ni cantik, die lembut sebenarnya, tapi die buat2 jadi kasar, die ramai peminat di kalangan senior hhehehe. Ingat lagi, kami penah sesekali lepak rumah die, mak die baik sangat n mak die pun cantik juga.

-nuru huda mohd yusoff
die baru masuk tahun ni (kalau tak salah, ingt2 lupa), tapi aku suka kawan dengan die. Dia baik dan tak memilih kawan, die tergolong dalam gang2 pandai dan aku golongan pertengahan (bukan bodoh tau, kalau bodoh aku tak masuk U). Asal lumut, ayah die peguam tentera. Adik die cantik2.

-siti nazihah mat esa
-wan nurul firdaus wan samsudin
-norzainizai zainudin

tingkatan 3
-nor bahiyah abdullah
-muslida sulbani mohamad
-nur haidar
-nuru huda mohd yusoff
-siti nazihah mat esa
-wan nurul firdaus wan samsudin
-Norzainizai zainudin

-noor fardini zakaria
hahaha fardini ni ada semacam pesen sket, die suka gelak besar-besar, n kalau kita tengok die memang macam tak penah ada masalah la, die selalu cerita pasal keluarga die terutamanya adik die yang sangat suka menyakat orang hhehe adik die pompuan, tiap kali balik kelas mengaji, die akan ketuk pintu rumah jiran2 dan lari sembunyi.


tingkatan 4
-muslida sulbani mohamad

-baitil asyikin muhd rusadi
Kenal dah lama Cuma rapat masa tingkatan 4 ni. Masani ramai yang berpindah sekolah, so gang2 yang konon dulu apat dah berpecah dan terbentuk la kumpulan sekawan yang baru ni sebab itu la nama-nama kawan aku tingkatan 4 ni lain dan ramai nama baru hehehe.. baiti @ nora ni, mak die meniaga kedai makan depan sekolah, so jadi port lepak la, selalu juga dapat makan free, femes kat kedai mak die ni nasi gulai serati, tapi aku tak suka sangat sebab dulu arwah nenek aku bela serati dan serati sangat la pengotor, suka duduk kat lumpur hiiiii bila teringat ish terus tak lalu makan serati..Banyak kenangan pahit manis dengan baiti ni, ish tak yah citer la hehehe kang patploh ari patploh malam tak abes lagi

-salwana yusoff
Ni sorang lagi budak perasan heheheh sori wana.... wana ni adik kaknatrah kawan kakak aku, dari tingkatan 1 lagi kenal die Cuma tak kawan sebab die konon2 pandai dan aku kurang pandai so tak boleh gang la, blah la kau wana...hah member dah pindah semua baru nampak aku yang tak berapa pandai tapi bijak ni heheheh perasan betul aku.. tapi dengan wana ni sampai hari ni masih contact, sekarang die jadi ustazah kat melaka, baru je kawin 8jun haritu.. lepas SPM aku ng die sama2 ke kl, keje sementara tunggu result, di sekolah islam adni, ampang, 2bulan je, tapi banyak kenangan dgn die masa ni,pahit manis suka duka, semua tu terpahat di ingatan...best kan masa tu, dengan kmala, ksara, klynn...

-siti hajar sulaiman
Hajar jiwang karat..masa tu die couple yang top kat sekolah, tapi pelajaran dia tak abaikan. Tapi jodoh diorang tak ke jinjang pelamin. Hajar berkahwin dgn oranglain masa belajar di uitm sabah.tu die berani mati, kawin masa belaja...

-noor mardhiah mustapha
Baru masuk tahun ni, adik ustazah makhairani.. die selalu kongsi masalah dgn aku, ala kira aku ni pendengar masalah yang terbaik la ihik ihik ihik....die suka kat sorang mamat tu, tapi mamat tu macam main tarik tali dgn die. Rupa-rupanya die juga adik kak bah (bekas tunang abg Pi, abg P ni jiran sekampung aku, meninggal muda ketika tidur lebih kurang dua tiga bulan sbelum nikah, huh sedih tu kak bah smpai sekarang teringat lagi kat arwah, abg Pi pekeje terbaik ayah aku kat kilang padi)

-nor hayati mohd nor
Pelajar baru juga. Yati ni tak banyak cerite sgt sbb kelas lain-lain. Tapi die jenis peramah n suka tegur. Die suka tolong orang.

-nareha
Pelajar baru juga. Tak igt sangat pasal die sebab die lebih kurang aku la, pendiam eceh ceh ceh.. pendiam sangat la...

-nurul hidayah
Dayah bengong.

-nur haidar muhd yusoff
-nor azira dollah
Jira heheh lawak ingat pasal jira ni, die ni selenga sket.

-siti nur azura
Minah kepoh, selalu bergaduh dengan ust sahaimi, mata die sepet, ust sahaimi usik suruh letak batang mancis tongkat kelopak mata die hehehe, angin betul die dgn ust tu.

ting katan 5
-muslida sulbani mohamad
-baitil asyi kin muhd rusadi
-salwana yusoff
-siti hajar sulaiman
-noor mardhiah mustapha
-nor hayati mohd nor
-nareha
-nurul hidayah
-nur haidar muhd yusoff
-nor azira dollah
-siti nur azura

Alkisah.....heheh kadang-kadang tersenyum sorang-sorang teringat peristiwa-peristiwa lucu bersama diorg, yang terbaik la korang ni... terima kasih sebab jadi kawan aku. Andai terbaca tulisan ni, maaf di pohon andai terguris hati hehehe blah la

berakhirnya bulan jun

السلام عليكم ورحمة اللة وبركة
Sedar tak sedar hari ni dah penghujung JUN, cepat betul masa berlalu tanpa kita sedari.. ramai ahli keluarga ibu lahir bulan JUN. Antaranya...
Mok ji (wan norazimah ) : 8jun 1980
Mok ink (wan noraini) : 4 jun 1988
Mok na (wan nor farhana) : 20 jun 1995
Mok kah (wan nurul syafiqah) : 14 jun 1997
Atuk we (wan awang): 18 jun 1952

erm....
mukhlis lahir 11 jun 2008
nusrah (anak makngah) : 21 jun 2006

(p/s : bulan 7 ni pun ramai, keluarga kita sebelah ayah mukhlis- termasuk ayah mukhlis 14julai 1982-, ada chance buat birthday party ekonomi + bajet macam tahun lepas ni ummi dalila, kan kan kan)

Kawan-kawan ibu plak
Kak long (raja adyani raja hassan) : 3 jun 19XX (rahsia la, kut die marah..entah la kawan ku ini ingat ke tak besday aku huhuhu)
Ina (zarina) : 3 jun 19XX (eh kebetulan..sama besday nga kaklong)

Erm itu aje la kot..ada lagi....???sori kalau terlupa

Kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga pun ramai di bulan jun ni, maklum saja cuti sekolah pertengahan jun hari tu... (boleh tgk entry lepas....)