Semoga dalam redhaNya

Saturday, January 18, 2014

tahun baru 2014

alhamdulillah tahun 2014 menjelma jua. Sekejap sahaja setahun berlalu. Umur semakin meningkat, anak2 semakin membesar n aktif.Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan rezeki dan kesihatan buat kami sekeluarga sepanjang tahun 2013. Banyak dugaan dan cabaran yang mematangkan dan mendewasakan, semoga tahun ini diberi lebih kesihatan dan rezeki..

Bercakap tentang rezeki, since ramai orang dah tahu, Alhamdullillah tahun ini 2014 Allah kurniakan kami rezeki anak ke3, seperti yang kami rancang..masih baru lagi, kira2 12minggu. Saya tak announce kat sesiapa, mana yang tahu atau bertanya (sebab melihat saya tak sihat n lemah) baru saya akan mengiyakan, tapi untuk menghebahkan tidak sama sekali. Saya taknak nanti ada yang bersedih, sebab tidak semua Allah berikan rezeki ini. Masih ramai sahabat di luar sana yang ternantikan kehadiran cahaya mata, namun Allah punya percaturan sendiri, belum masa nya lagi la tu. Alhamdulillah, kami dari segi rezeki harta benda kami mencukupi, tapi rezeki anak2 kami dimurahkan.

Berbalik kepada bakal adik mawaddah dan mukhlis ni, kami suami isteri merancang untuk tambah anak tahun 2014 ni memandangkan nov 2014 kakak mawaddah genap 4tahun dan jun 2014 abang mukhlis genap 6tahun maka sudah selayaknya dapat adik baru. 15hb 12 2013 ibu buat UPT sendiri sebanyak 4kali (mesti pelik kan, kenapa sampai 4X) sebab line kedua tu tak jelas sangat. kali ke4 baru la kami tersenyum, melalui perkiraan sendiri usia kandungan masa tu dalam anggaran 8minggu, terus kami kongsi berita gembira itu dengan kakak mawaddah dan abang mukhlis, dan ternyata keduanya gembira dan bersedia, kami suami isteri juga bersedia. 

kami teruskan kehidupan macam tiada ape2 perbezaan sehinggalah mawaddah membocorkan berita gembira ni kepada tok dan makcik2 sebelah melawati ni, masa tu tiada lagi rahsia hehehehe . 8 jan 2014,  minggu lepas, ibu dan ayah ke klini kesihatan gombak setia (kkIA) utk 1st check up dan buat buku merah@pink.. masa ni usia baby 12minggu. Macam biasa la darah ibu cair, HB rendah 10.1 sahaja pun, xla rendah sangat.. dan insyAllah due baby ni 1hb8 2014 dua hari selepas raya (raya 28 julai 2014)..sempat la ibu puasa penuh, itu pun kalau diberi kesihatan yang baik atau pun bersalin pada tarikh due, kalau bersalin awal, puasa kena la ganti..

Perbezaan pregnant kali ini dengan sebelumnya? Ya memang berbeza. Masa abang mukhlis, masa tu hanya tertumpu kepada kesihatan sendiri dan rehat mm secukupnya, masa tu juga kerja pejabat menhadap komputer sahaja dan belum ada rumah sendiri, kami menumpang rumah mertua, segala kerja2 rumah bibik yang siapkan. Masa mawaddah, Alhamdulillah kami dah mula menyewa rumah sendiri, wlaupun kecil tapi kami bahagia. Bermula cabaran sebab semua kerja rumah diuruskan sendiri disamping menguruskan abang mukhlis yang masih kecil, umur belum masuk 2tahun. Penat memang penat. Namun kali ini lebih mencabar sebab anakanda berdua tu dah besar dan lasak, ibu kena uruskan kerja2 rumah disamping kerja ibu sekarang sebagai guru tadika, Masya Allah penat tak usah cerita la, kat sekolah anak2 sebaya 6tahun seramai 18orang, dirumah anak 6tahun dan 4tahun yang boleh tahan aktif nya. Besar pahala ibu mengandung ni. Abang mukhlis banyak membantu uruskan mawaddah, tolong lap dan pakaikan seluar slepas keluar toilet, basuhkan tangan selepas makan, dan yang paling terharu keduanya rajin memicit kaki dan kepala ibu, anak soleh solehah, alhamdulillah, ibu sayang anak2 ibu. 

Ibu tak larat sangat, next time insyaAllah ibu sambung cerita lagi..
banyak nak share, pasal kakak mawaddah pasal abang mukhlis..insyaAllah semoga Allah berikan ibu kesihatan yang baik..

~ummu mukhlis dan family

Wednesday, October 16, 2013

salam aidil adha 2013/1434H

salam aidil adha semua...tahun ni, mukhlis  & mawaddah sambut raya haji kat tmn melawati sbb cuti tak panjang..hari raya kedua ayah dah keja..tema raya haji kami adalah jubah..ooo gmbr tak upload sbb ibu update ni guna tablet..lambat@tak reti? heheheh tak reti kot .....

pagi2 kami dh siap mandi n minum,terus menuju ke masjid alhidayah baru, taman melawati..alhamdulillah mawaddah nak solat sunat aidil adha, n langsung tak kacau ibu@nangis...lepas solat kita ke rumah tok.dekat je..lepas tu ayah ke masjid B, tolong2 kat sana..tengahari ayah rest kejap, lepas tu kita ziarah tok ayah di semenyih...sebelum ke semenyih kita singgah cheas, kawan ayah buat korban n jemput makan...

raya aidil adha tak banyak masa utk ziarah menziarahi sbb mostly ramai yg dh start kerja hari kedua atau ketiga raya...macam ibu sendiri, ibu start keja hari raya ketiga..


p/s : best lagi update blog klau ada pic kan? huhuhuhu laptop kenapa kamu rosak?huhuhu

Monday, September 16, 2013

password oh password

alhamdulillah dh jumpa password blog ummumukhlis ni..lama sungguh x update sbb lupa password..insya allah ummumukhlis akan cuba update blog ni di lain masa..pasal maaddah sikit sangat dlm blog ni kan kan kan

Wednesday, December 7, 2011

Cameron Highland 2011

Salam sahabat2.. Alhamdulillah bertemu lagi kita di pertemuan tanpa wajah n bicara tanpa suara ini.. Lama ibu dan ayah tak bawa anak2 bercuti @ makan angin.. Setelah di syurakan kan kami bersepakat sebulat suara untuk singgah di Cameron Highland masa on the way back to kuala Lumpur dari kota Bharu, herm alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami anak beranak.. kami balik ke kotha bharu pada 27hb 11 dan 3hb12 pukul8pg kami gerak dari kota bharu menuju ke cameron highland dan sampai tengahri di sana. Check in di krs pines guest house di Tanah Rata.. Okla sebelum ibu membebel panjang, di persilakan tengok gambar2 kami anak beranak..