Semoga dalam redhaNya

Showing posts with label porch rumah Tok. Show all posts
Showing posts with label porch rumah Tok. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Sepetang bersama Mukhlis

Petang semalam, bawa Mukhlis jalan-jalan depan halaman rumah Tok, main buai, main basikal, dan sembang-sembang. Mukhlis cerita pasal butterfly, dan macam-macam la. Pastu tetiba cakap nak naik moto, ish ni mesti kes teringat masa dulu-dulu tiap-tiap petang after balik keje ibu bawa jalan-jalan depan rumah then bila ayah balik keje ayah bawa kita jalan-jalan naik moto, kan..... Herm sekarang ibu tak larat bawa jalan-jalan depan rumah (dalam halaman rumah jer larat) sebab Mukhlis nanti akan berlari-lari dan ibu tak larat nak lari kejar Mukhlis, dulu Mukhlis lari tak laju sangat dan ibu 'slim' hehehe.. Petang semalam ayah takde tuisyen so kul630pm dh sampai rumah, sempat la Mukhlis round-round naik moto ngan ayah jap heheheh, suka la tu Mukhlis.

percubaan untuk buka pagar rumah tok.. ohohoho sudah tentu nya gagal sebab pagar tu berat heheheh.. masa ni kat porch kete rumah tok

muka budak notty..sebuuukk minta HP ibu bila ibu amik gambar die

dah botak heheheh....notty kan muka mukhlis kalau botak

konon nak repair moto

tarik baju..muka dah boring tunggu ayah tak balik-balik lg.... ayah kata "10minit"

men basikal, dan sembunyi-sembunyi belakang kete Tok, masa ni baru lepas main buaian (kat tepi rumah Tok)

Lunch tengahari semalam balik rumah sendiri (rumah sewa kat Klang Gate).. Rindu :-).. Kemas-kemas rumah sket. Termenung sorang-sorang heheheh jiwang.. Belek mainan Mukhlis. (Mukhlis mesti rindu mainan-mainan die. Malam tadi Mukhlis tanya pasal otromen die. Ibu cakap ada kat rumah kita, pastu Mukhlis cakap “oo kat rumah kita eh, ibu tak bawa yer” herm sib baik die faham. Bukan taknak bawa ke rumah Tok, tapi macam ibu cakap sebelum ni la, mainan kat rumah Tok dah melambak-lambak, itu pun tak larat nak kemas, tambah nak bawa lagi huhuhu migrain Tok nanti. Dah bawa patung IPIN -upin&ipin- , sebab Mukhlis dok sebut-sebut, rindu juga la tu ;p pastu pandai plak kedekut si Mukhlis ni, selalunya OK jer, agaknya dah rindu sangat ngan IPIN hinggakan bila Dalila nak pinjam die tak bagi, siap cakap kat ibu “nanti kita bawak balik rumah kita yer ibu” hehehehe). Ibu sebenarnya rindu nak duduk rumah kita tu, yer la semak ke kecik ke hape ke, ibu selesa dan tenang di rumah sendiri. Tapi keadaan tak mengizinkan, bebila je adik baby nak keluar ni.. Minggu ni dah masuk 36 minggu dah, sedar tak sedar cepat masa berlalu kan. Mukhlis 2-3 hari ni manja lelebih plak, jangan la risau sayang, dah ada adik nanti pun kasih sayang dan perhatian ibu kat Mukhlis takkan kurang punya. Mukhlis tetap kesayangan ibu sampai bila-bila. Mukhlis sekarang suka ngendeng-ngendeng manja kat ibu dan buat muka manja dan panggil “mama..mama..” ngader, sape la ngaja panggil MAMA tu, haaaaa iklan la tuh, ish kuat betul pengaruh iklan. Tapi ape-ape pun Mukhlis tetap comel heheh, sekarang dah botak, bukan botak licin, ala-ala askar gitu, lagi la nampak bertambah notty huh.


Friday, September 3, 2010

Ini budak yang sangat susah nak makan nasi

Siapa kah yang susah nak makan nasi itu? herm scroll down.. (harap bersabar)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Bukan budak ini, ini ibu budak yang susah nak makan nasi tuh.. sajer interframe hehehe.. kalau ini ibu budak sangat la feveret makan nasi sebab memang setiasa kelaparan nak nak lagi di usia baby girl 26week ni huhuh, lapar memanjang, tapi alhamdulillah puasa penuh tanpa was-was walaupun kekadang emo dan moody terlebih sebab keletihan hehehe, dan baby girl pun alhamdulillah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha ibu menyempurnakan ibadah puasa ini. Harap-harap bertahan hingga ke ramadhan terakhir. Walaupun keinginan makan membuak-buak dan melampau-lampau (semua makanan teringin nak makan, masa pregnant Mukhlis dulu semua makanan tak teringin nak makan huhuhu terbalik la pulak) namun berjaya di kawal dengan jayanya, sesekali tertewas heheheh tapi tak de la borong makanan selambak, cukup sekadarnya.. Alhamdulillah tiada pembaziran sepanjang ramadhan ini..

Muka keboringan.... Dan gemuk huhuhuhu.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

harap bersabar yer......

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
ini die rupa-rupanya buda
k yg sangat susah sangat sangat dan teramat-amat sangat susah nak makan nasi huhuhu..... Mukhlis Bin Saiful Adli nama die....
Ini gambar petang semalam, 2 sept, masa ni tengah bagi Mukhlis makan petang/malam. Herm memang bercinta lah nak bagi si Mukhlis ni makan, tengahari tadi Tok kata 3jam setengah baru habis, sampai dah terlentok2 mengatuk tapi tak sudah2 makan lg. Tok bergilir2 ngan nenek suap makan sebab Tok nak masak untuk berbuka lagi (selalunya bibik yang melayan Mukhlis makan, tapi sekarang bibik dah balik jawa barat, kg halaman bibik). Tapi ibu pelik kalau bg kopok alahai kejap kejap dah habis dan minta lg... Salah satu usaha ibu nak suap makan Mukhlis adalah seperti di gambar2 ini, makan kat porch rumah....

Sambil2 tu layan la die main, jap naik beskal ni (kak nusrah punya, tapi skrg makngah letak kat rumah Tok, so saper2 cucu2 Tok boleh la 'merempit' dgn beskal ni..) jap Mukhlis ajak naik buaian kat tepi rumah.. Herm ikutkan jer la, janji Mukhlis nak makan, tapi yg ibu hangin sesangat hampir setengah jam lebih kat luar tu Mukhlis cuma makan 3 suap, dok kulum jer nasik tuh pastu mula la nak main tanah dalam pasu bunga Tok..

Tengok pipi tu kembung jer, sebab kulum nasi.. Huhuhu sabor je la ibu ni huhuhuh.. Nasib baik anak sendiri, kalau anak orang lain tak kuasa nak tunggu mengadap bagi makan 3jam lebih (padahal semangkuk jer pun nasi nyer..). Tak sampai sejam kat luar, ibu dah mula nak naik angin dah. Pastu bawa Mukhlis masuk rumah, sambung makan kat dalam sambil tengok TV. Sabar sabar sabar..Tak boleh marah-marah sbb nanti kang marah-marah mula la tangan nak naik ke Mukhlis, semalam dah makan penampar ibu sekali, dan cubit 2X.. kesian tapi puasa2 ni ibu tak larat, ngan pregnant lagi, Mukhlis plak buat perangai tak nak makan la mengamuk la masa nak makan hah merasa la penampar ibu, selepas tu ibu mula la emo hehehe kesian kat Mukhlis... Pastu ayah balik sambung bg Mukhlis makan.. So hari ni ibu suap dan try untuk bersabar huhuhuh....


-wassalam-