Semoga dalam redhaNya

Friday, June 26, 2009

Harga Sebuah Iman

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!


Sahabat-sahabatku sekalian... Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang, mereka yang masih belum memeluk Islam akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam. Moga akhlak mulia yang kita pamerkan akan menjadi wasilah da’wah yang paling berkesan dan berbekas di hati-hati mereka..
Kuasa Seorang Perempuan!!
www.iluvislam.com

KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

Sekadar perkongsian bersama

Dengan kesusahan-kesusahan disekeliling kita sebenarnya kita di didik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain.

Ujian-ujian yang dihadapi anggaplah sebagai didikan untuk kita agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

mulia nya wanita

Mulianya Wanita
www.iLuvislam.com

Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita.
Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-quran dengan menamakan surah -an nisa’-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha-.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anha yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang mafhumnya, “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.

Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya
“Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.

Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah maha besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.



Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita ? .
But for sure
, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya ,
Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

Wednesday, June 24, 2009

sejenak menjengah kenduri kakak ibu (5hb6 2009)

pengantin menjenguk tok ayah (datuk ibu), tok ayah dh tak sihat.
ni gmbar pengantin, Mok Yu & Pok Yeh (mok yu@mak ayu ni kakak sulung ibu, alhmdlh mok yu di pertemukan jodoh dgn pilihan hatinya di usia awal 30-an.

ni plak skill baru ayah, ayah pinjam camera makngah. dalam diam rupanya ayah ada bakat ehem ehem ehem jgn perasan yer ayah..cuba mukhlis tgk gmbr bunga hiasan n background blkg tu, satu blur satu jelaskan, hah itula skill ayah.background blkg tuh sentuhan kreatif ibu n ayah, cantikkan.. Nanti ayah blh la buat bisnes side income ni, tp kene beli camera sndiri dlu la, takkan nak pinjam sajer, kan makngah kan hehehehe....


mukhlis seronok sgt rmai 'dayang2' melayan eh..klu balik kg (kota bharu) ibu mmg relaks la sbb ada saje makcik2 mkhlis yg ofer nk jaga mukhlis, tgk la gmbr kt atas ni, mok ja@mak ija & moksu@maksu riba mukhlis atas pelamin mok yu @mak ayu..


'ooo..ooo..ooo' itula yg mukhlis sebut agaknya, atuk wan pasti rindukan keletah mukhlis.tk wan tu ayah ibu merangkap atuk mukhlis..mukhlis cucu ketiga tok wan (pertama kak cheda @nurshamsuhaida anak mok ji -kakak ibu- &pakcik sham, kedua kak erin @ nursalshamila ezureen anak pakcik iman - abg ibu- & makcik zura)
mukhlis satu2nya cucu laki buat masa ni, bulan7 nnt mukhlis dpt sepupu br heheheh

hari minggu bersama family

kak raudhah n kak nusrah tgh tunjuk skill naik'moto', heheheh comel kan....
ni turn mukhlis plak naik 'moto'..bismillahirrahmanirrahim vrrooommm.... vroommm.....
muka cm takut tp sbnr mukhlis suka sgt,kan anak ibu??

gmbr ni ibu snap ms kite (mukhlis, ibu, ayah, Tok, makngah, kak raudhah n kak nusrah) ke jusco Keramat, (sblm tu kite g kenduri kawin anak kwn Tok kt tmn melati n pastu ke dewan besar UTM, kenduri ank COO pjbt ibu& makngah). Mula2 kak raudhah n kak nusrah aik moto ni (masuk je duit 50sen, 'jalan' la moto tu), then ibu n makngah cuba2 nk letak mukhlis plak, igtkn mukhlis takut tp rupanya mukhlis excited sgt, letak je atas moto tu mukhlis dh tau mn nak letak kaki n tangan (hehehe maklumla tiap2 ptg ayah bw naik moto ayah sekitar taman rmh Tok) dh besar ank ibu rupanya..
p/s : hrni jg ayah hadiahkan ibu buku jahitan, ayah mmg tau ibu minta menjahit heheheh jazakallah ayah...

'motor bike' hadiah dari Tok

hadiah 'moto bike' dari Tok
kad birthday yg pertama dari ibu utk kesayangan ibu, mukhlis tomei tomei...

ni plak hadiah dari Tok 'motor bike'. Thanks Tok... mukhlis excited sgt masa dapat moto ni, dalila (spupu mukhlis, muda sebulan 4hr dr mukhlis), pun excited jg tak sangka dalam diam2 rupanya ank ibu pandai dh main mainan cmni
(basikal@moto hadiah dr Tok ng kete@push car hadiah ibu ng ayah)

hadiah dari ibu ng ayah


Push car ni hadiah ibu & ayah utk mukhlis sempena umur mukhlis setahun (11 jun 2009), cewah pandai anak ibu posing ng push car baru die.. beli kt jusco.. ada dua tiga pilihan la, n yg ni berjaya menambat hati mukhlis tomei tomei ibu ni,
ibu ng ayah letak mukhlis kt lantai n beberap apilihan push car dpn mukhlis, n ternyata citarasa mukhlis sama ng kami, masa nak angkat mukhlis tu die nangis marah2 heheheh
"sabar sayang mukhlis yer, mmg ibu n ayah nak beli utk muklis, kene bayar dlu, kite naik kt rmh nnt yer"

Semoga kebahagiaan mengiringi kita

Kisah yang dititip daripada Menantumu Mertuamu,
www.iluvislam.com, kelopak_mawar
Editor:afdhal87

Semoga menjadi penghayatan buat kita semua bahawa perkahwinan
bukanlah mudah seperti apa yang diperkatakan namun
menjadi indah andai ikatan yang terbina itu terbit dari rasa kasih kerana
ALLAH Yang Esa..

Moga Redha Allah sentiasa bersama kita.




“Mama letihla uteh..”
“Semua anak-anak mama tak nak dengar isi hati mama..”
“Bila anak-anak mama balik boleh naik darah tinggi mama ni..”

Pelbagai ungkapan kata-kata daripada mulut mungil mama kudengar semenjak aku pulang daripada bercuti. Mama mama. Rindu sebenarnya mahu mendengar celoteh seorang ibu ini, sebab itulah aku mengambil keputusan tidak mahu mencari kerja sambilan pada cuti semester ini seperti cuti-cuti yang lalu, ditambah lagi dengan kesibukan pelbagai program yang aku ikuti menyukarkanku sekiranya aku bekerja sambilan. Untuk mengelakkan kebosanan, aku duduk di rumah sambil melayan karenah adik-adikku yang masih kecil juga anak saudaraku yang masih merah di buaian.

Suatu hari, ketika aku baru pulang daripada mengikuti program di luar daerah, aku lihat raut letih mamaku.Tentu sekali letih menguruskan rumah sepanjang hari ditambah karenah anak-anak yang semakin nakal. Letihnya menjadi seorang ibu. Aku yang baru sahaja menyandang gelaran tidak rasmi itu semenjak bercuti juga turut berasakan betapa penat dan lelahnya. Ya, terlalu penat sebenarnya. Sebab itulah kadang-kadang mama beremosi, mungkin mahu melampiaskan kepenatan dan tekanan yang dilalui mama hari-hari di rumah. Tetapi, aku kagum dengan ketabahan mama mendidik kami, menguruskan kebajikan ayah dan rumah tangga. Sangat teliti. Ah, mama, pengorbananmu itu sukar untukku balas.

“Mama kecil hati uteh..”
Suatu hari mama meluahkan perasaannya padaku sewaktu kami sama-sama duduk beristirahat. Waktu itu, hanya aku dan mama. Adik-adikku keluar mengikut ayah ke bandar.

“ Menantu tak sama dengan anak…”
oh, itu rupanya yang menyebabkan mama kerunsingan dan bersedih hati. Pastinya hati mama terluka. Aku sebagai anak yang rapat dengan mama cuba berkongsi masalah hati yang melanda wanita kesayanganku ini.

“Mama anggap semua anak dan menantu mama sama, tapi entahlah… Kadang abang kamu tu lebihkan isteri daripada mama..”
Ini punca mama bersedih dan berkecil hati. Mama rasa tersisih daripada kasih sayang seorang anak yang dijaga dan ditatang selama ini setelah anak mama berkeluarga. Rumit untuk aku rungkaikan masalah mama kali ini kerana aku belum pernah mengalaminya. Aku belum berkeluarga. Mungkin sekali perspektifku berbeza dengan mereka yang mengalaminya. Aku masih setia mendengar luahan hati mama. Bagiku kini, menjadi seorang pendengar yang setia kini adalah jalan yang paling terbaik bagi situasiku dengan mama. Walau tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya aku dapat mendengar masalah mama. Jika mama memendam perasaan lagilah akan membahayakan kesihatan mama yang menghidap hypertension.

Mama menyatakan rasa kurang senangnya melihat abangku kini senantiasa melebihkan hal isteri berbanding dengan permintaan mama. Jika mama berkirim sesuatu dengan abang, abang selalu sahaja lupa atau terlewat memenuhi permintaan mama tetapi jika isterinya, sekejapan sahaja permintaan itu ditunaikan. Ah, bagaimana caranya untuk aku jernihkan hubungan mereka ini. Aku khuatir, seandainya abang secara tidak sedar mengguris hati mama dengan cara seperti ini, lama-kelamaan hati mama akan terluka teruk dan jadilah abang di antara ahli-ahli yang tidak dapat mengecap nikmat syurga lantaran melukai hati seorang ibu. Na’uzubillah!

Aku cuba membelai hati mama dengan kata-kata manis bagi meredakan kemarahan mama. Lantas diceritakan kisah sahabat Rasulullah S.A.W yang telah menerima azab sewaktu menghadapi sakaratul maut lantaran telah mengecilkan hati si ibu tua dengan melebihkan sedikit sahaja perhatian kepada isterinya daripada ibunya sedangkan beliau seorang yang sangat abid, taat dan merupakan sahabat nabi S.A.W. Mama hanya mendengar sahaja cerita, namun kutahu, mama mengerti maksud yang ingin disampaikan. Kukatakan lagi bahawa sesungguhnya darjat seorang ibu itu terlalu tinggi sehinggakan seandainya ibu dan ayah memanggil secara serentak, hendaklah dahulukan panggilan ibu dahulu barulah ayah.

Perbincanganku bersama ibu terhenti di situ setelah ayah dan adik-adikku pulang. Aku tahu hati seorang ibu ini terlalu sensitif. Aku khuatir kerana kelalaian abangku yang sedikit cuma tapi mampu menghindarkan dirinya daripada menjejakkan kaki ke taman-taman yang dijanjikan Khaliq buat yang taat menunaikan perintahnya. Laman sesawang kubuka seusai solatku di tengah malam. Waktu inilah waktu yang paling sesuai untukku mencari dan menelaah beberapa perkara yang kurang kufahami memandangkan waktu siangku agak terganggu dek kenakalan adik-adikku dan tugas sampingan lain yang kulakukan.

Aku membaca satu artikel berkenaan luahan seorang suri yang terasa hati dengan mentuanya yang dikatakan terlalu mengambil hal-hal peribadi mereka sedangkan anak lelakinya itu telah berkeluarga. Setiap hari si isteri menjeruk rasa melihat si suami sentiasa melebihkan ibunya berbanding dirinya. Ah, masalah yang sama cuma berlainan situasi. Abangku melebihkan isteri dan membuatkan mama berkecil hati, kisah ini pula si isteri menjeruk rasa memandangkan si suami sentiasa mengikut kata ibu. Kubaca pula pandangan seorang moderator tentang masalah yang dihadapi oleh si isteri ini. Aku cuba aplikasikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh mamaku kini. Nah, nyata permasalah yang sama walaupun situasi berbeza tetapi insya-Allah boleh diselesaikan dengan cara yang sama.

Aku cuba menggunakan penyelesaian ini untuk merungkaikan masalah hati mamaku ini. Alhamdulillah, kini mama tersenyum dan semakin mesra dengan menantu-menatu mama yang merangkap kakak-kakak iparku sehingga kadang-kadang mama melebihkan mereka berbanding diriku. Mama pun tidak segan silu untuk menegur seandainya kakak iparku melakukan kesilapan serta tidak lokek berkongsi ilmu dengan menantu-menantu mama. Aku tersenyum puas dengan perubahan ini.

“Betullah Uteh… Orang kata dekat bau tahi, jauh bau bunga..”
Aku tersenyum cuma mendengar ungkapan mama. Hati seorang ibu, terlalu sensitif tetapi jika kena dengan caranya, Insya-Allah hati itu mampu kita jaga. Kini, mama tidak lagi berkecil hati dengan menantu-menantu mama, malah hampir saban minggu abang-abangku akan membawa keluarga mereka bertandang ke rumah mama dan ayah. Makan bersama-sama dan solat jemaah bersama-sama. Alangkah indahnya situasi seperti ini.

Syukur, rupa-rupanya langkah yang diambil dahulu telah membuahkan hasil yang amat manis. Untuk mengelak permasalahan hati mama dengan menantunya, aku cuba berdiplomasi dengan abangku bagaimana cara untuk membina sebuah institusi keluarga yang bahagia. Tidak lupa diselitkan kisah-kisah tauladan yang boleh menjadi pedoman buat abang. Mungkin abang juga berfikir demi masa depan sebuah kelurga yang baru sahaja dibina dan juga ukhuwah kekeluargaan kami ini, abang memohon restu mama dan ayah untuk berhijrah daripada rumah mama dan ayah dengan alasan untuk berdikari.

Pada mulanya, mama sukar untuk melepaskan abang lantaran khuatir abang semakin melupai mama namun disisipkan kata-kata perangsang buat mama agar meyakini keputusan yang abang lakukan buat keharmonian keluarga kami bersama. Tak lupa juga dimohon mama mengiringi doa penghijrahan abang agar abang menjadi seorang khalifah yang adil dan saksama bagi memimpin keluarga yang baru dibinanya berlandaskan syariat islami.

Kini, tiap kali aku pulang bercuti tiada lagi rungutan dari mama, tiada lagi rintihan hati seorang ibu yang memendam rasa. Yang kudengar hanyalah pujian dan ungkapan rindu kepada anak-anaknya. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa kami sekeluarga.

Buat pasangan yang mengalami permasalah seperti yang keluargaku alami ini, sebelum berkeluarga penuhilah diri dengan ilmu munakahat terlebih dahulu agar tidak terjadi permasalahan di antara menantu dan keluarga mentua. Jalinkan ukhuwah kekeluargaan berdasarkan syariat islami, insya-Allah ukhuwah yang terjalin pasti diredhai.


:: Seeloknya buat bakal suami ( atau yang sudah menyandang gelaran ini) , ketahuilah apa yang wajar dan tidak wajar untuk dilakukan demi kemashlahatan bersama.

:: Buat isteri juga yang bakal bergelar isteri, jagalah tingkah lakumu, jika suamimu lupa, jadikanlah dirimu sebagai pengingat yang setia, supaya kelak kau kan sama-sama mendapat manfaatnya.


SELAMAT BERBAHAGIA

lagi gmbr 'mukhlis & uniform'

ni tambahan gmbr 'mukhlis & uniform' ;-)

1) 11 nov '08, tersenyum manis, posing la tuh konon
2) 11 Okt '08, erm yg muncung tuh ntah la ape yg marah sgt tuh, tak suka ibu snap gmbr kot..

Tuesday, June 23, 2009

mukhlis & 'uniform'














sblm tu ibu minta maaf klu susunan ayat ibu berterabur,
susunan citer mgkin kelam kabut sket....

okeh ibu mulakan....
setiap 11hb mukhlis akan pakai baju kuning ni..
ibu & ayah nk tgk tumbesaran mukhlis sejak 1bln - 1thn..
seronok tgk anak m'besar depan mata nih..
1) 11 jun '08, baru lahir je ni
2) 11 julai '08 (umur sebulan, kt atas 'bouncer' hadiah dr mak ngah)
3) 11 ogos '08 (kt blek ng ibu)

semuenye gmbr tgh tdo..biasala baby,
paling suka snap gmbr ms mukhlis tdo sbb cute sgt mukhlis tdo

11 jun 2009 - mukhlis genap setahun




assalamualaikum,
dh lama ibu impikan sbuah blog utk coretkan kisah mukhlis spnjg pmbesaran mukhlis,
namun masih blum bkesempatan..
alhamdulillah hari ni 23hb jun (umur mukhlis setahun & 12hr) ibu diberikan kelapangan waktu oleh Nya.
di sini jg ibu sisipkan bberapa gambar 11 jun 2009, masa ni kite (ibu ayah & mukhlis) ke marrybrown, raikan mukhlis sempena birthday mukhlis yg pertama (hehehe ibu ng ayah je makan, mukhlis bukan ada gigi pun nk makan)