Semoga dalam redhaNya

Saturday, January 18, 2014

tahun baru 2014

alhamdulillah tahun 2014 menjelma jua. Sekejap sahaja setahun berlalu. Umur semakin meningkat, anak2 semakin membesar n aktif.Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan rezeki dan kesihatan buat kami sekeluarga sepanjang tahun 2013. Banyak dugaan dan cabaran yang mematangkan dan mendewasakan, semoga tahun ini diberi lebih kesihatan dan rezeki..

Bercakap tentang rezeki, since ramai orang dah tahu, Alhamdullillah tahun ini 2014 Allah kurniakan kami rezeki anak ke3, seperti yang kami rancang..masih baru lagi, kira2 12minggu. Saya tak announce kat sesiapa, mana yang tahu atau bertanya (sebab melihat saya tak sihat n lemah) baru saya akan mengiyakan, tapi untuk menghebahkan tidak sama sekali. Saya taknak nanti ada yang bersedih, sebab tidak semua Allah berikan rezeki ini. Masih ramai sahabat di luar sana yang ternantikan kehadiran cahaya mata, namun Allah punya percaturan sendiri, belum masa nya lagi la tu. Alhamdulillah, kami dari segi rezeki harta benda kami mencukupi, tapi rezeki anak2 kami dimurahkan.

Berbalik kepada bakal adik mawaddah dan mukhlis ni, kami suami isteri merancang untuk tambah anak tahun 2014 ni memandangkan nov 2014 kakak mawaddah genap 4tahun dan jun 2014 abang mukhlis genap 6tahun maka sudah selayaknya dapat adik baru. 15hb 12 2013 ibu buat UPT sendiri sebanyak 4kali (mesti pelik kan, kenapa sampai 4X) sebab line kedua tu tak jelas sangat. kali ke4 baru la kami tersenyum, melalui perkiraan sendiri usia kandungan masa tu dalam anggaran 8minggu, terus kami kongsi berita gembira itu dengan kakak mawaddah dan abang mukhlis, dan ternyata keduanya gembira dan bersedia, kami suami isteri juga bersedia. 

kami teruskan kehidupan macam tiada ape2 perbezaan sehinggalah mawaddah membocorkan berita gembira ni kepada tok dan makcik2 sebelah melawati ni, masa tu tiada lagi rahsia hehehehe . 8 jan 2014,  minggu lepas, ibu dan ayah ke klini kesihatan gombak setia (kkIA) utk 1st check up dan buat buku merah@pink.. masa ni usia baby 12minggu. Macam biasa la darah ibu cair, HB rendah 10.1 sahaja pun, xla rendah sangat.. dan insyAllah due baby ni 1hb8 2014 dua hari selepas raya (raya 28 julai 2014)..sempat la ibu puasa penuh, itu pun kalau diberi kesihatan yang baik atau pun bersalin pada tarikh due, kalau bersalin awal, puasa kena la ganti..

Perbezaan pregnant kali ini dengan sebelumnya? Ya memang berbeza. Masa abang mukhlis, masa tu hanya tertumpu kepada kesihatan sendiri dan rehat mm secukupnya, masa tu juga kerja pejabat menhadap komputer sahaja dan belum ada rumah sendiri, kami menumpang rumah mertua, segala kerja2 rumah bibik yang siapkan. Masa mawaddah, Alhamdulillah kami dah mula menyewa rumah sendiri, wlaupun kecil tapi kami bahagia. Bermula cabaran sebab semua kerja rumah diuruskan sendiri disamping menguruskan abang mukhlis yang masih kecil, umur belum masuk 2tahun. Penat memang penat. Namun kali ini lebih mencabar sebab anakanda berdua tu dah besar dan lasak, ibu kena uruskan kerja2 rumah disamping kerja ibu sekarang sebagai guru tadika, Masya Allah penat tak usah cerita la, kat sekolah anak2 sebaya 6tahun seramai 18orang, dirumah anak 6tahun dan 4tahun yang boleh tahan aktif nya. Besar pahala ibu mengandung ni. Abang mukhlis banyak membantu uruskan mawaddah, tolong lap dan pakaikan seluar slepas keluar toilet, basuhkan tangan selepas makan, dan yang paling terharu keduanya rajin memicit kaki dan kepala ibu, anak soleh solehah, alhamdulillah, ibu sayang anak2 ibu. 

Ibu tak larat sangat, next time insyaAllah ibu sambung cerita lagi..
banyak nak share, pasal kakak mawaddah pasal abang mukhlis..insyaAllah semoga Allah berikan ibu kesihatan yang baik..

~ummu mukhlis dan family