Semoga dalam redhaNya

Wednesday, July 29, 2009

Saiful Adli bin Md Jamal

Assalamualaikum..
ibu takde idea ni, ntah nak tulis aper.. tiba2 ibu teringat kt ayah..
hari ni 29hb Julai, ayah ke PD (tak igt nm tempat), kursus, kul640pm tadi ibu hantar ayah kt ESSO, dekat ng econsave cheras, ayah tumpang kwn ayah ke PD (jimat kos). Slalunya kalau ayah outstation ibu OK jer, (ayah selalu jg keluar bermalam dlm n luar KL utk prog)tapi kali ni ibu rasa cm berat hati sgt (mainan emosi je kut, sbb ibu cuti 3hr + 2hr weekend)..semoga ayah selamat smpai n selamat pulang nnt..kursus nnt elok2 jgn 'fail' lg...so ibu upload gmbr ayah ng kite la kt sini..

22hb ogos 2008 :ibu ayah n mukhlis ke hulu yam, family day pejabat ibu..masa ni mukhlis 2 bulan 11 hari..ibu baru abes pantang bersalin kt mukhlis, gemuk kan ibu..ayah senyum je dukung mukhlis tak sedar kot anak tuh nak nangis...

1hb ogos 2008 : 1st time ayah mandikan mukhlis (masa ni umur mukhlis 1 bulan 19hari), mukhlis masa ni baru cecah 3kg... diam je ayah mandikan, biasanya melalak2 mukhlis menangis..masa umur 3bulan ke bawah, mukhlis cukup pantang klu buka baju, sejuk kot sbb mukhlis kecik je (lahir pun 2.29kg je), ibu kadang2 tak smpai hati nak tukar pampers or mandikan die sbb die menangis kuat sgt..tp bile masuk 4bulan mukhlis ok. tu yang pelik bile ayah cuba2 nak mandikan mukhlis, mukhlis diam..erm anak ayah la katakan...

ibu ayah n mukhlis keluar g kenduri tok Mas (pakcik mas al manar, kelantan), masa ni ibu dalam pantang lg, baru 27hari, kuar ng ayah mukhlis n Tok...dekat je rmh Tok Mas, jalan B, rmh kite Jalan C

mukhlis (20hari) - like father like son, ayah n mukhlis sama2 botak..1julai, ayah cukur rmbut mukhlis, 2 julai ayah pegi cukur rmbut ayah, barula sama gang botak hehehe..

Ayah & mukhlis... sama tak muka? mukhlis manja sangat ng ayah die. Klau tgh nyusu kt blek n bunyi pintu die berhenti nyusu n tk arah pintu n cakap 'ayyaahhh'....sbb ayah die slalu buka pintu kuat2....

ayah tgh drive WRX 6759

ayah ibu n mukhlis kt PD kenduri kawin makcik anor(adik pakcik Jal)..dh ngantuk mukhlis tuh..pakai overall je, tshirt dh bukak sbb panas..



mukhlis tgh tgk ayah, 'posing kemain ayh ni, kalah mukhlis, ayah oo ayah..ayah!! ayah!!ayah!! tgk tuh mukhlis panggil pun tak pandang dh, dok je pandang kamera ibu'


Mukhlis (1thn sebulan)..termenung jauh, mukhlis pantang nmpak handphone, mesti die amik n lekatkan kt telinga die n tersengih2 (seolah2 bercakap la konon)..tp kadang2 die baling, so kalau die amik HP kite lama sket kene alert la bile die cakap 'tho..tho..' (throw) sbb die akan balin HP tuh. HP ayah dh banyak kali ken baling, penah gak masuk 'klinik' (kedai HP), haritu makcik nyer HP masuk 'klinik'..sape lg klau bukan anak kesayangan ayah ni yg baling...huhuhu sia makcik, sebagai denda makcik kata nak gigit pipi mukhlis tiap2 hari selam seminggu....

19 julai 2009, Mukhlis, Ibu & Ayah (blkg tuh abg luqman, sempat lg interframe yer) semasa birthday dalila 15julai, abg luqman+pakcik Jal+baba nurul 20 julai, Ayah 14 julai, mak jah 10 julai.. birthday party versi ekonomi ni, jimat..6 dalam 1..
ayah dapat hadiah kopiah tu (tgh akai tu) dari tok, mukhlis dapat party pack (ada chocolate erm..)

ni kad hari lahir ayah, ibu n mukhlis tulis, tulisan mukhlis la tu, kemain susah lg nak pgg tgn mukhlis n calitkan tulisan kt kad tuh, tau sajer la mukhlis tuh aktif terlebih, boy la katakan.... "happy birthday ayah..mukhlis sayang ayah" (signature...yg sentiasa berubah2 hehehe)

ayah, ibu & mukhlis..kat sekolah ayah, sek keb setapak indah, Danau Kota..masa ni ada KEM BISTARI SOLAT kt sekolah ayah, ibu n mukhlis saje je nak lawat sekolah ayah heheh..ayah naik moto pegi dlu, ibu n mukhlis naik avanza..pegi kemudian..balik dari sekolah ayah, kete kancil himpit kite, kite ketepi sket utk elak n belah kiri avanza kene dahan pokok calar sket (4garis) huhuhu jahat kancil tuh...tp ayah kat takpe, nnt ada duit kite repair skali ng yg kemek kt depan belah kanan (ayah sandar n menggeliat smpai kemek kete huhuhu ayah ayah...)

siapa kata ayah tak blh jaga anak, tgk gmbr2 ayah & mukhlis ni, perasan tak kebanyakan gmbr2 ni ayah y dukung mukhlis..ayah mmg cmtu, kalau keluar bersama ibu n mukhliske mana2 kejap atau lama, ayah akan jaga mukhlis(dukung, tolak stroller, melayan karenah, bagi makan, bagi susu botol, pujuk mukhlis,dll)..ibu & ayah mmg sayangkan mukhlis, tp perhatian yang ayah tunjukkan kt mukhlis mmg cukup menyenangkan ibu..ayah boleh diharapkan la untuk jaga mukhlis..thanks ayah sbb sama2 ng ibu jaga anak kite

anak lelaki & perempuan ; berbeza?

Petikan dari blog kenalan ibu.. menarik sangat...sori yer puan anfal saari, copy paste sket jer heheheh.jom para ibu bapa, kite baca sama2....

Subhanallah Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza sesuai dengan fungsinya dalam kehidupan.
  • Lelaki mempunyai penglihatan 'zoom' sedang perempuan melihat secara 'wide angle'. Jangan suruh anak lelaki cari barang dalam almari sebab dia susah nak jumpa kalau tak organize elok2. Hikmahnya, lelaki melihat dengan pandangan jauh ke hadapan.
  • Telinga lelaki hanya berfungsi di sebelah kanan sahaja. Bila beri arahan, sebut satu persatu perkara, bukan 4 perkara sekaligus sebab telinganya hanya menangkap 1 atau 2 perkara sahaja. Contoh, "Umar, tolong ambil baju kotor dan letak kat laundry bag."
  • Lelaki kurang empati kerana tiada emosi. Satu survey menggambarkan seorang anak perempuan ditinggalkan di tepi jalan dan kamera tersembunyi diletakkan dari satu sudut menunjukkan dari ramai orang yang lalu lalang, hanya 1% lelaki yang akan singgah dan bertanya kepada anak perempuan tersebut. Selainnya adalah wanita yang akan prihatin spt, "Are you okay? Where's your mom? Do you want me to accompany you?" Sebab itu anak lelaki jangan ditanya: "Umar, apa perasaan hari ini?" Heh..tak terjawab dia! Bayangkan kalau lelaki lebih emosi, nak sembelih lembu korban mesti tak sampai hati. ;)
  • Anak lelaki sukakan BENDA, sedang anak perempuan suka pada ORANG. Sebab itu anak lelaki suka main robot, kereta, plane etc. Anak perempuan suka main doll, main masak2 etc. Apabila meningkat dewasa, lelaki memang lebih suka bermain berbanding perempuan.
  • Anak lelaki tidak mempunyai density color yang tinggi pada mata berbanding anak perempuan. Oleh itu, lelaki suka simple color (putih, hitam, biru, merah), dan perempuan appreciate more colors (sebab tu suka shopping!!)
  • Anak lelaki mempunyai energy yang banyak..sebab tu tak leh dok diam.
  • Anak lelaki berumur 7 tahun ke atas sangat memandang tinggi pada bapa. Maka, bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan peribadi anak lelaki.
Dengan memahami ciri khusus anak lelaki, maka kita perlu mengubah cara pandang dan metod pembelajaran anak lelaki seperti;
  • Skema jawapan anak lelaki dan perempuan tidak sama. Jangan bandingkan result mereka.
  • Mengiktiraf anak lelaki sebagai ketua atau menghargai keupayaannya memimpin dalam sebarang hal. Contoh: "Umar, Ummi nak Umar jadi imam solat sebab hari ni Ummi tak boleh solat. Ulya dan Ulwan ikut belakang ye."
  • Beri reward seperti stiker pada 'performance chart' bagi sebarang kebaikan atau peningkatan yang dilakukan
  • Dedahkan anak lelaki dengan aktiviti lasak agar tenaganya dialirkan, spt berenang, martial art dll.
  • Disiplinkan anak lelaki (dan perempuan juga) untuk meletak barang pada tempat yang spesifik. Reward setelah good habit ini berterusan.
  • Anak lelaki belajar dengan bermain. Oleh itu terapkan permainan yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran. Anak boleh bermain kereta atau robot dalam proses mempelajari matematik.
  • Disebabkan anak lelaki cepat rasa jemu, biarkan dia bergerak/bermain seketika selepas 30 minit belajar.
  • Gunakan PETA MINDA (teknik Tony Buzan) untuk memudahkan ilustrasi pelajaran.
  • Jangan belajar di depan TV atau dengan keadaan bunyi TV. Disebabkan pendengaran anak lelaki kurang berbanding perempuan, maka dia perlu FOKUS dan tidak boleh ada gangguan.

Sunday, July 26, 2009

Hari Raya Pertama Mukhlis (1hb 10 2008)

hari raya puasa yg pertama mukhlis..1hb10 2008 (mukhlis 4bulan), 2nd time ibu n ayah beraya sebagai 1 keluarga..malam raya tuh kite gerak balik kelantan lak.. keluarga mak ngah takde sbb makngah beraya ng tok ayah di semenyih..
berdiri dari kiri : baba nurul, umi ya dukung maryam, ibu dukung mukhlis, ayah, makcik, pakcik Jal dukung dalila,
duduk di kerusi dari kiri : bob @ tok cak man, nenek, tok riba abang anas,
bawah dari kiri : abang luqman, kak ayesha, abang ammar


mukhlis (4bulan) & dini dalila(3 bulan) di pagi raya, nyenyak sungguh tdo, tak pedulik dh pagi raya ke ape ker.. masa ni mukhlis tembam bam bam yg amat heheheh


mukhlis & 'girafe' nya(jiraf)..hadiah dari pakcik nuaym dan makcik nawwar masa umur mukhlis 27hr..best jiraf ni, tarik ekor die bunyi, tp smpai sekarang mukhlis tak reti tarik heheh

2hb 10 '08 ; semalam di melawati KL, ni di KB plak hehehe beraya dgn family belah ibu plak..n seperti biasa rutin ktrg, hari raya ke2 mesti g pantai, bersantai2 sekeluarga..tu yg pakaian pn santai habis tuh....ni ibu & ayah....

mukhlis, ibu & ayah..di pantai irama, bachok kelantan

'Mini pool' tok

"erm mana abg2 n kakak2 ni" agaknya itulah yg mukhlis fikirkan tuh..menung panjang jer..
mula-mula berendam sorang2 jer.. 'float' ben 10 ni tok beli masa g kuantan ng makcik sekeluarga...mukhlis seronok jer, dok kuak kuak air ng tangan kecik die.

pastu start nangis sbb boring sorg2 jer, dalila tak join sbb selsema tak baik2 lg..

dh ada kwn senyum la..kak nucah yg tak penah jemu melayan mukhlis..

tgk la betapa happy nyer diorg, dalila pun ta lepas peluang, akhirnya walaupun selsema dalila pn join jg.
agaknya aper yg mukhlis n kak nucah tgk tuh yer...

dh lama ibu n ayah plan nk bw mukhlis mandi sungai or pantai tp asyik tak bkesempatan jer, KL n ada laut so sungai jer la pilihan. hrtu awal bulan6 ms balik kota bharu kenduri kawin mok yu, kite tak sempat pun ke pntai. ta sabar nk tgk gelagat mukhlis dlm air, cmner la agaknya yer. Petang 4hb julai sebaik saje balik dr tmn tasik ampang ibu minta ayah tadah air dlm 'mini pool' tok.. Blh la jg mukhlis merasa berendam dlm air walaupun bukan sungai atau pantai hehehe, jom tgk gelagat mukhlis n abang kakak...

taman tasik ampang

sampai taman tasik ampang, letak mukhlis dalam stroller, ape lg excited la mukhlis nak jalan tu. ayah tgk lock kete mukhlis sibuk dh dok tunjuk arah pintu masuk. sebelum tu macam biasala, mukhlis akan minta 'kuh kuh kuh' (shoes) ng ibu heheheh..manja manja ibu...

mukhlis tgh merangkak dalam 'tunnel' kt playground tasik ampang. Bukan senang nk pujuk die suh merangkak...

muncung jer mulut tuh, mukhlis marah sbnrnya tuh, die nak naik 'baby swing'... jap yer sayang mukhlis, nnt kite naik 'baby swing'

mukhlis dan ayah

yei yei yei.akhirnya dapat naik 'baby swing'.. tgk tu beza betul kan ng td, td muncung er, ni dh senyum sket....

Fashion & Dressmaking

Hari ni 26 julai, bermakna 26hari juga ibu bergelar 'student' kembali. Last kerja 30jun dan 1julai ibu mula masuk kelas.. Ibu amik kursus 'Pembuatan Pakaian Wanita' (Fashion & Dressmaking nama omputih nyer).. Rutin ibu pun dah berubah, dulu keje dekat je dengan rmh tok (taman melawati) keje 9am-6pm, 5min dh smpai pejabat, jadi pagi ibu sempat mandikan mukhlis seawal jam 750am @ 8am, kemudian susukan mukhlis (kadang-kadang smpai mukhlis tertido), tengahari ibu balik lunch kt rumah tok (sbnrnya untuk tgk mukhlis n susukan mukhlis, alang2 tuh makan je la terus kt rumah tok). Petang balik keje 6pm, bawa mukhlis jalan kt depan rumah tok (tunjuk 'bird' dan 'cat' kt mukhlis sambil sembang2 ng mukhlis).
Sekarang kelas ibu 8am-5.15pm, isnin-jumaat, tapi ibu kene ada kt kelas 15min sebelum kalau tak kene denda ng tenaga pengajar heheheh..kelas ibu kt cheras jadi ibu kene kuar rmh seawal 7am n selewat2nya 715am sebab jalan 'jam' kt ampang dan 'simpang pelik + tak sekolah' nak masuk ke cheras tuh..ibu tk sempat nak mandikan mukhlis pagi2 (minta tolong tok mandikan, kadang2 ayah mandikan) sebab sebelum kul7 tu awal sgt nak kejut mukhlis, sian kt mukhlis. Kadang2 ibu nak pergi kelas tuh mukhlis pun tak bangun lagi(erm klau mukhlis tak bangun lagi ibu mesti teringat2 kt mukhlis masa dalam kelas, rindu kan 'muah muah' mukhlis hehehe)..

Inilah pengorbanan yang ibu kena buat untuk masa depan kite, sekarang mungkin ibu n ayah susah sikit sebab income hanya dari ayah jer, nak bayar kete lg,n sara hidup kite bertiga lg. Alhamdulillah, suka ibu katakan kite merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah tu lg tersusun dan baik belaka. Allah dan susun perjalanan hidup kite, cantik sekali, kite hanya perlu berusaha jer. Ibu taknak selamanya kerja dengan org dan bercadang nak ada bisnes sendiri, kecil-kecilan pun takpe selagi mana ibu dapat income sendiri(mungkin bermula dari rumah je, buat permulaan) sbb ibu nak pantau anak2 ibu sendiri. Ibu kene buat sesuatu yang ibu minat (dan ada kemahiran sikit2) iaitu menjahit, jadi ibu nak jadikan itu kerjaya ibu. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ibu.

Sunday, July 12, 2009

Anugerah Yang Tak Ternilai

Assalamualaikum.. kat bawah ni ibu masukkan gmbar mukhlis sejak lahir sehingga la 11bulan, dengan pakaian 'uniform' mukhlis ;p masa umur setahun mukhlis pakai costum leopard (1st birthday). Tujuan nya utk lihat tumbesaran mujahid ibu setiap bulan (macam lucu kan, tiap2 11hb setiap bulan mukhlis akan pakai 'uniform' kuning feveret ibu ni).

Mukhlis Bin Saiful Adli, di lahirkan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pd 11hb Jun 2008 tepat jam 0455am, sebenarnya due kelahiran mukhlis 4 Julai 2008 tetapi mungkin mukhlis tak sabar nak lihat dunia n jumpa ibu n ayah, ahamdulillah perancangan Allah baik belaka. Pagi sebelum mukhlis lahir (10 jun), ibu pergi check up bulanan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) di Gombak Setia, n 'misi' cakap baby dh turun elok dh serta bergurau 'sehari dua lagi bersalin la ni', namun ibu anggap tu semua gurauan 'misi' la.. Petang ibu ke pejabat seperti biasa, rasa perut kejap2 tegang tapi ibu ignore je, yela sbb due lambat lg kan, lagi sebulan. Malam tu, ibu terpaksa stay kt pjbt sbb meeting DANA (ish ibu cukup tak suka meeting yg melibat bukan waktu keje sbb ofis ibu takde kira OT, tp terpaksa la).


Meeting berlanjutan smpai pukul 12mlm, 11 jun, huhuhuh, ayah amik ibu..balik rumah ibu solat isya' berjamaah ng ayah pastu tilawah dua helai, n masuk tidur. Tapi ibu tak lena sangat sbb kejap2 ibu sakit perut memulas macam nak buang air besar, dua kali ibu masuk toilet n buag air besar. Yang lawak nya bile ibu kejut ayah, ayah suh sapu minyak angin 'cap kapak', dua tiga kai cmtu n ayah tolong ibu sapu minyak n suh ibu tido lg (mn blh tdo ayah oiii ibu sakit sgt ni. Kemuncak kul3am 11jun, ayah call Ummi Ya, masa tuh ibu kt toilet buang ai besar lg, masa tu dh kuar darah sket ibu tak syak ape2 igt biasa je, pastu ummi Ya suh g HUKM sbb katanya tu tanda2 awal nak bersalin, alamak awalnya, ibu tak bersedia lg, ibu takut sgt rasa nak nangis sgt2 huhuh.. Ayah call tok utk temankan ke HUKM. Ibu siap, ayah mandi, ibu dh lemah lutut dh sbb sakit bercampur takut. Pengalaman pertama, almaklum la..


4.00am, 11 jun. Dalam kereta, ibu dh tak tahan sgt dh, sakit sgt. Tok bagi air yasin, ayah suh zikir buat je la. Alhmdllh jalan lengang. Kalau 'jam' esar kemungkinan ibu bersalin dalam kereta kot. Sampai HUKM, kene ikut prosedur biasa, daftar n check up, (Tok tolong parking kereta), masa tu ibu dh tak larat sgt, kejap2 contraction. Masa tgh daftar, ibu sakit sgt n terduduk atas lantai sambil berlunjur kaki, ayah marah ibu heheheh, ibu dh hilang rasa malu dh. Nurse suruh baring atas katil utk check bukaan rahim. Ibu dh tak keruan dh, sakit oooo. Masa diorg check bukaan rahim dh 9cm, panik diorg n terkejar2 diog tolak ibu ke labor room. Ayah terlari2 smbil bawa beg pakaia kite..


4.55am, 11 jun. Alhamdulillah, dengan sekali 'push' maka lahirlah seorg mujahid kecil penyeri hidup ayah & ibu. Kehadiran yg membibitkan kecintaan, kasih sayang, penuh kesyukuran, atas anugerahNya yang tak ternilai.Moga besarnya jadi anak yg soleh. Kata ayah, mukhlis tak menangis masa keluar. 10min jugak la. Ibu tak laratdh masa tuh, cuma yg ibu tahu anak ibu BOY (masa scan 4X, tak nmpak jantina, so ibu n ayah andaikan anak ibu n ayah GIRL la). Berat mukhlis 2.29kg, ringan n kecik jer, mukhlis lahir awal 4minggu. Pastu proses jahitan, yg menyakitkan, diorang potong 2cm (erm patut tak yah ptong sbb mukhis kecik jer n bukaan rahim ibu dh 9cm masa smpai meja pendataran td.


Subuh, ayah g solat subuh n ibu masih di labor room, proses jahitan yg tak sudah2 g tuh, ibu tepis2 tgn diorg tuh sbb sakit pastu diorg bagi gas ape ntah untuk kurangkn sakit, t tak kurang pun, sama jer sakit jugak. Bila ayah balik dari solat subuh, nurse tgh ajar ibu cara lekapan yg betul utk menyusukan mukhlis. Semua tuh pengalaman yg baru utk ibu. Sempat jugak kite bergambar beberapa keping kt labor room tu, dh hilang sakit timbul perasaan halus dalam hati ibu 'alhamdulillah dh jadi ibu' syukur... Ibu kongsi kan berita gembira ni dgn family di kelantan n kawan2 yg ada dlm senarai HP ibu. Banyak sekali ucapan tahniah dari teman2. Ibu dimasukkan ke Wad Intan katil 19. Hujung sekali. Erm org tak lalu lalang sgt, boleh la rehat sket...



Uniform 1

11hb 6 2008, 4.55am (HUKM) -2.29kg

11hb7 2008 (1 bulan) - 3.3kg

11hb 8 2009 (2bulan) -4.4kg

11hb 9 2008 (3 bulan) -5.7kg

Uniform 2

11hb 10 2008 (4 bulan) - 6.5kg
dh tak pakai mitten dh

11hb 11 2008 (5 bulan) - 7.2kg
good mood + montel hehehe

11hb 12 2008 (6 bulan)
perjalanan balik dari Kota Bharu, kelantan ke melawati, KL

11hb 1 2009 (7 bulan) -8.0kg
yang putih2 kt muka n badan mukhlis tu bukan bedak sejuk tp calemin lotion, mukhlis kene rashes seluruh badan..

uniform 3

11hb 2 2009 (8bulan)

11hb 3 2009 (9 bulan) -8.6kg

11hb 4 2008 (10bulan)
- ayah tgh dukung mukhlis

12hb 5 2009 (11bulan) -9kg
ni mukhlis baru-baru blaja 'kemas' meja solek ibu..erm anak bertuah..marah je nangis tp dlm dok nangis tuh tangan gerak laju je amik bedak ibu..

21hb jun

Mukhlis bahagia atas buaian..Tak nak turun tu...marah bile ibu nak amik die..

21hb Jun '09 (8am), Ibu n ayah bawa mukhlis ke TTT(tmn tasik titiwgsa), saje jer riadhah ng kawan2 ibu & ayah, dalam masa tu terjumpa makcik Jun n makcik Misah RS. Masa nak balik singgah la playround n letak mukhlis atas benda alah tu/favourite mukhlis (baby swing), ape lg seronok tak igt la Mukhlis anak ibu sorang nih...Lama pastu ayah dh tak tahan panas n ajak balik, masa nak angkat mukhlis tuh mukhlis nangis n cakap "no no no, amo amo amo" (no no no, tak mau tak mau tak mau).. Amboi pandai betul si kecik ibu ni, dh pandai buat pilihan sendiri. Camtu la mukhlis sekarang...

Petang balik keje kul 6pm ibu akan bawa mukhlis jalan kt depn rumah jap, saje jer nak suh mukhlis tgk alam n tadabbur alam (cewah mcm la mukhlis pandai sgt), n bile dh jadi rutin cm tu tiap ptg la kene bw kuar. (Tapi ibu tak kisah...)Mukhlis dh tau dh kul6pm mesti ibu balik, n bawa mukhlis keluar, kalau ibu balik tp duduk dlu n lmbt sket kuar sbb penat dll, mukhlis tarik ibu n tunjuk ke arah pintu "tuh tuh tuh" smbil jari telunjuk halus menunjuk lurus ke arah pintu..smpai kt pintu jari mulus mukhlis tunjuk arah rak kasut plak n cakap "khuh khuh khuh" (shoes/kasut)

Kalau dukung mukhlis nak kuar bilik, jari kecik tuh dok tunjuk arah suis kipas/lampu n cakap "pu pu pu" (suruh tutup lampu) n lepas ibu tutup lampu plak die tunjuk lg n cakap "pah pah pah" (kipas) pastu baru die senyum... mcm tu juga kalau masuk bilik....alhamdulillah iimat letrik betul mukhlis ni hehehhe. Masa mukhlis baby ibu pernah terbaca dalam buku, kalau kite nak buat ape2 cth nya nak tutup suis n anak ada skali, kite cakap la "ibu nak tutup suis lampu/kipas ni'..dan ibu try la praktik kt mukhlis hehehhe dan jeng jeng jeng hasilnya...mukhlis tak penah miss suh ibu tutup lampu/kipas. nak masuk bilik air pun sebuk tgn mulus die tuh dok tunjuk2 suis...


mukhlis & ayah


ni ibu selitkan satu gmbr, Reem Mursyida...anak susuan ibu,
adik 'instant' mukhlis la ni...
comei kan..baik jer die..pipi boleh tahan bam bam bam...



Mukhlis berlari2 anak smbil di pimpin kwn ibu, mama ajun.
masa ni 28hb jun sabtu, kt KClub depan rumah kite,
g tgk kwn PJIM main boling n ibu pun main sekali ler heheheh,
seronok la mukhlis ada yg melayan die. terkekeh2 gelak..tgk tuh..