Semoga dalam redhaNya

Monday, March 31, 2014

balik kampung


Selasa 25hb, lepas check out dari Samudera Beach Chalet, kami naik bot menuju ke Jetty Kuala besut, tgu makcik sekeluarga sebab tok akan join makcik ke Kuala terengganu. kita meneruskan perjalan balik kampung ibu, Kota Bharu.. kat Kota Bharu tak banyak gambar, ape2 pun let share da pic..hehehe

 
 tiap kali cuti sekolah bandar kota bharu memang jam huhuhu.. dah la agak panas..


 misi mencari nasi dagang, ayah mengidam (ibu prgnt, ayah yg mengidam heheheh), pusing2 tak jumpa, keesokan tu kita g pasar siti khadijah, hah jumpa pun, macam macam ada..mai pilih mai pilih mai pilih..


 dua anak ibu yang comey..sayang kamu berdua muah muah muah


 ibu dan ayah
kedai pulut pauh, ayah ngidam jugak ni


 ni dia gabungan pulut pauh dengan ABC...mantopsss meletops...


si kembang dan si kecut ibu ayah.. dua2 dah hangus terbakar (sunburn) hasil 4hari 3malam di pulau perhentian

Pulau perhentian part 2

Assalamualaikum.. 
Seperti yang dijanjikan gambar-gambar semasa di Pulau Perhentian telah menyusul... Gambar taklah banyak, ada la untuk kenangan. seperti yang ibu katakan ini kali kedua kita kesana (Pualau Perhentian) so kita tak teruja bergambar sangat.. gambar lama (2012) memang la tersangat banyak..Masa 2012 takde dalam blog sebab masa tu lupa password, sekarang dah jumpa balik dah pssword tu, hayya jauh password lari, setahun lebih tak update blog ni..

OK enjoy da pic...

 ini gambar kat Jetty Kuala Besut.. dah siap sarapan.. tunggu bot samudera beach chalet yang masih tak kunjung tiba.. so let berfoto dulu heheheheh..
Makcik, akcik jal, Lala & iman dah naik bot Arwana Resort..


 tengok betapa excited nya mukhlis dan ayah naik bot. Bot agak kecik berbanding masa pergi tahun 2012. Masa balik Alhamdulillah dapat bot besar. Bot besar tu kurang sket mlambung


 Taaddaaa..
Anak2 ibu dah berani main air (pool & laut)..


 Kami setia dengan Samudra Beach Chalet.. 
Herm walaupun kali ni tak dapat seaview, tapi family room pun tak la jauh mana dari pantai, dan family room besar ada 2 queen bed.


bergambar berdua..
 orange life jacket  : day 2, kat romantic island, masa ni pegi dgn bot samudera, terbaik la samudera
red life jacket : day 3, kat tempat snorkeling ape ntah nama die, dgn bot abang Halim

 
 day 2 : dah seronok main ujan pulak huhuhu. tak plan nak mandi pantai ni, plan pegi sarapan ye tetiba hujan, tgu kat kedai tu dulu. Aish tetiba anakanda sekalian main ujan pastu main pantai tepi2 tu


 mukhlis dan putera, sibuk dok kutip batu coral ni


 saksi kan aksi anak dara ibu ayah yg asalnya penakut air, mawaddah tetiba jadi berani bila ada gang. Kawan mawaddah tu anak tokey kedai makan yang kami singgah makan tu, memang anak pulau la adik ni heheheh.. lupa nama die


 ibu dan ayah..
bergambar depan jetty flora@fauna beach chalet (aisy boleh lupa la plak)
sorry ibu agak berisi sebab pregnant 5month ni..selera makan pun masayAllah.. Awal prncy hari tu asyik tak lalu je makan, sekarang pantang nampak makanan heheh


 Kampung nelayan..
sempat makan ABC kat sini, plan esok tu nak makan tengahari sini tapi hampeh betul bot  abg halim, cakap tak serupa bikin huhuhu. Mukhlis muka sedih sebab masa naik bot, mukhlis naik bot satu lg, tak naik dgn kami. Ombak plak kuat dan bot melambung2, mukhlis nangis.. Sian dia, kalau naik satu bot dgn ibu ayah, boleh la ibu ayah peluk, ini hanya mampu tgk je la anak menangis dari jauh huhuhuh (ouh so jiwang la ibu ni)... sampai je di kampung nelayan tu, ibu peluk mukhlis kuat2, pujuk die heheh, anak manja ibu, tp lasak tuh..


 kampung nelayan.. tengok mukhlis, still bad mood


 3 of us
mukhlis masih badmood


 Lata Air Berani

Last 2 year ibu dan mawaddah tak datang sini sebab mawaddah mengamuk dan ibu mabuk laut. masa tu mawaddah kecik lagi, naik bot je nangis. Masa singgah snorkeling n tengok penyu, mawaddah meronta2 atas bot, ibu pening la pastu minta bot samudera hantar balik chalet, yang lain2 terus ke lata air berani.

kali ni dapat juga singgah, mawaddah paling seronok sebab air mata air kat situ mmg sejuk yg amat. Mukhlis plak pantang jumpa tulisan, mesti nak baca walaupun kadang bunyi macam pelik sikit heheheh


 day 3, dengan bot abg halim...
4 of us..eh 5 of us la, satu lagi 5bln dalam perut ibu. Mukhlis dah ok sket masa ni, dah minta ibu bawa ketengah sket nak apungkan badan dalam air hehehe, sayang manja ibu ni


 adik dah kelam kanut nak pegi main pasir


bos besar, bersantai depan pantai.. 

Thanks bos besar bawa kami jalan-jalan, next trip ke mana kita??heheheheh tgu baby lahir atau sebelum baby lahir?

Saturday, March 29, 2014

Pulau Perhentian(22-25 mac 2014)


Assalamualaikum wbt.semoga sentiasa sihat dan ceria hendaknya.. alhamdulillah anak2 ibu diberi kesihatan yang baik olehNya, termasuk baby dalam perut ni hehehe..
Buat kali kedua nya kami menjejakkan kaki ke pulau perhentian pada 22-25hb mac 2014 (cuti sekolah).. Kali pertama adalah pada jun 2012. Kali ni lebih meriah dan lebih ramai seramai 28 orang dewasa, kanak-kanak, dan baby. Kot hehehe ke salah kira...
Family kita (ibu, ayah, abg mukhlis, mawaddah & baby dalam perut ibu) + TOK
Family umi ya (baba, ummi ya,abg luqman, abg ammar, kak ayesha, abg fandi, abg anas, maryam (2012 haritu abg luqman, abg ammar & kak ayesha je join kita)
Famili makcik (makcik, pakcik Jal, kak LaLa, iman)
Famili mama fiza (mama fiza, uncle Akram, Kak Amirah, kak Maisarah) + Tok wan n mummy tok
Dan kawan ibu sefamili join kita (tc. Iza, uncle shah, putera, baby wira & helper diorang, kaklinda)
22hb malam, pukul 10 malam lebih kurang kita bertolak dari Melawati menuju ke jetty Kuala Besut. Perjalanan ok, smooth walaupun banyak kereta sebab 1st day cuti sekolah. Di samping itu, kita juga banyak berhenti (kalau ibu ng ayah je kami lebih suka jalan straight nonstop tapi bila konvoi kena tgu yang lain) Opss ummi ya n mama fiza bertolak sehari lebih lambat sbb baba ada meeting 22hb tu. Sampai di jetty Kuala Besut lebih kurang 8pagi, sarapan dlu sementara tunggu bot yang akan bawa kita ke pulau. Makcik & famili naik bot arwana resort sbb makcik stay kat arwana.. Kita, tok & family tc. Iza naik bot samudera sebab kita stay kat samudera beach chalet (tempat yg sama kita stay 2012 dlu). Samudera beach chalet dan arwana resort(hotel) sebelah menyebelah je, ibu lebih suka suasana chalet, baru la terasa suasana pulau heheh.
Percutian selama 4hari 3malam memang enjoy,  kali ni kami tidak terasa sangat keterujaan tu sebab dah pernah pergi, tapi apa yang best adalah suasana bila bercuti beramai-ramai.

1st day
sampai je kat pulau (turun kat jetty depan arwana resort) kami check in chalet dalam pukul 1230, lepas tu tukar baju swimming anak2 & ayah bawa anak2 ke pool. Ayah kata mukhlis buat sesuatu yang ibu tak kan sangka2…jeng jeng jeng meyelam kat pool (pakai goggle), wah anak ibu dah berani walaupun ibu still lagi takut. Ibu unpack baju2, bubuh dalam almari so senang nak amik baju nnt, tak la tiapkali nak cari baju kena selongkar beg, senang utk ayah jg blh cari sendiri baju, tak perlu asyik tanya ibu je(tapi tanya jg pun heheheh).. Tok (1st night bermalam kat chalet kita, 2nd night n seterusnya bermalam kat chalet ummi ya) pun ke pool sambil2 tgk bilik hotel makcik(tok etrlelap kat bilik makcik jg sekejap). Lepas unpack baju2 ibu sempat lelap setengah jam lebih, penat sangat di lambung bot 40min lebih kurang hahahah, bot kecik, sakit pinggang tok sah cakap la.. Petang kami hanya mandi pantai dan rehat2 di tepi pantai, ibu layan mawaddah main pasir je la sebab mawaddah ngamuk2 taknak jejak kaki ke pantai. Ayah sewa kayak, ibu sempat berkayak la sekejap. Eh lama jg. Mukhlis excited sangat berkayak dan tak takut air dah. Mawaddah je yang masih takut2 dan hanya main pasir kat tepi pantai, penakut sama macam ibu.. yoyo kita geng kan Mawaddah kan heheh. Malam kami berjalan menyusuri pantai pergi makan kat kedai hujung, kedai kampong milik abg halim n kak aida. 

2nd day,
kita berjalan lagi sarapan di kedai abang halim n kak aida, makcik sekeluarga sarapan kat arwana (pakej with breakfast), kita tak amik pakej breakfast. Makan roti canai pastu tgu ummi ya&family dan mama fiza&family sampai. Budak2 pegi swimmimg pool dgn ayah, ibu lepak bilik je rehat (penat tak mana pun hahaha rehat je lebih). Makan tengahri dulu kat fauna beach chalet dgn ummi ya yg baru sampai, lepas tu meneruskan aktiviti “island hoping”, sewa bot samudera 2 buah sebab kita ramai. Pusing2 pulau, tapi tak dapat ke Long Beach sebab angin tersangat kuat dan ombak pun kuat, tapi takpe la daripada gagah juga nak pergi pastu bot terbalik kea pa ke lagi susah sbb ada anak2 kecik dan ada yg tak tau berenang nih (heheheh ibu la tuh heheh). Pusing2 pulau, memang ombak agak kuat, agak kecut perut juga, tapi pujuk hati ‘alah org bot ni ok, terer punya, mesti tak jatuh) kami singgah kampong nelayan untuk bergambar dan jalan2 jap. Pastu mama fiza belanja makan ABC, singgah light house, ayah, pakcik jal, uncle shah, abg luqman dan abg ammar buat stunt 2X terjunan hehehe gayat ibu tengok. Singgah snorkeling jap kat Taman Laut, mana yang tak snorkeling macam ibu, mama fiza dan anak2 kami main2 tepi pantai dan apung2kan badan je (guna safety jacket, kalau takde safety jacket memang tak terapung la jawabnya, tenggelam terus hahahah). Singgah romantic Island, bergambar romantik2 hahahah konon pasangan romantik. Lepas tu singgah ke Lata Air Berani. Mawaddah masa ni dah mula berani main2 air dan masuk laut, Alhamdulillah. Masa kat Lata Air Berani  mawaddah punya la suka mandi situ sebab air situ sejuk yg amat. Balik dah petang, mandi, solat, siap2 nak g makan malam. Makan kat kedai abg halim lagi, makan kat luar tepi pantai tetiba hujan hahahah berlari semua masuk bawah kedai. Makan malam kami agak mahal huhuhuh ikan bakar.. ok boikot kedai abg halim hehehe

3rd day
snorkeling, sewa bot abg halim sebab diorg bagi murah, rm40/pax, masa ni mmg tak puas hati, hish dgn samudera lagi best. Dah la lambat sampai kami dok tgu2 lepas tu call diorg kata diorg tgu sana, eh janji dating amik depan samudera, ok takpela sambil2 sarapan kat samudera kita tgu je la. Sampai je tgk bot die kecik sikit banding bot samudera semalam, ok takpe la, insyAllah ombak ok hrni (pujuk diri) pastu boleh plak takde safety jacket utk kanak-kanak, kena la kanak-kanak riang ni pakai safety jacket org dewasa yang besar gedabak tu. Alaaa nak ikat pun susah tali berjuntai2 pastu kena belit2 bagai.  Anak2 nak duduk dalam bot pun leceh sebab jacket besar sangat.  Dan bila amik gambar, tak Nampak anak2, Nampak jacket je huhuhuh.. Ok la sampai pantai ape ntah lupa nama, yg mana nak snorkeling dok la snorkeling, yg “terer” snorkeling macam ibu botman drop tepi pantai jaga anak2 kecik ni. Lepas tu pegi taman laut snorkeling situ jg, ibu masa ni apung2kan diri je ng mama fiza, kami sama2 penakut.. Mukhlis mawaddah n si kecik2 yg xmo snorkeling dok tepi pantai, dekat je.. Tak lama tu mukhlis minta pakaikan jacket sbb nak masuk air sama dgn ibu, wah satu perkembangan yang bagus, dh berani, ibu ikat tali safety jacket tu ketat dan bawa mukhlis ke tempat dalam sket, gelak2 mukhlis bila terapung.  Pastu pegi satu tempat lagi ape ntah nama die, snorkeling lg, ibu mcm biasa apung2kan diri je. Pastu botman kata, masa utk balik.. semua macam tak puas ati la sbb dah janji akan singgah kampong nelayan utk makan tengahari. Dia kata abg halim tak cakap dgn die pun akan singgah kampung, lagi pun die ada trip lain kul2,abg halim pun satu janji pungpangpungpang tapi jadinya lain. Botman kata klau cakap nak makan tghr kat kampong blh cut masa snorkeling, mana kami tau bang sbb abg halim janji blh. Lepas tu, bila tanya abg halim salahkan botman, botman salahkan abg halim.. frust.. ibu ok je sebab last 2 year yg kita datang kita dh lunch kat kampong tu (masa tu sewa bot samudera, best), tapi sian kat yang lain2 yang baru 1st time datang la.. Tak merasa makan tengahri yg maveles kat kampong tu. Balik teluk dalam, lunch kat fauna beach chalet, boleh tahan masakan die, masa tu semua terfikir nape la kita pegi makan yg jauh tu padahal fauna beach chalet sebelah mi pun sedap jg masakan die, lagi variety. Mandi pantai jap, pastu ke pool pastu balik bilik. Rehat, tido sebenarnya sebab kepenatan seharian kat laut. Pastu kita bersidai kat balkoni ummi ya punya arwana seaview chalet. Malam, makan kat flora beach chalet, makan western kita malam ni( 2y lepas,  makan western kat alu2 dive, best.. tp kali ni macam tak meriah la tempat die. Org pun tak ramai). Sedap juga kat flora beach chalet ni, chalet pun cantik. Ummi ya kata next time datang nak duduk situ, arwana service kureng sket, ummi ya kata la. Hari tu masa ayah nak book chalet, semua penuh, flora beach ni antara yg ayah survey jg. Tapi full. Samudera beach chalet pun last minit baru dapat. Balik dalam kul11, tido..

4th day
Last day, xblh buat banyak  aktiviti sangat sebab kul12 kena check out, bot ke ke jetty kuala besut pun kul12 tu. Pagi sarapan di Samudera je, lepas tu anak2 main tepi pantai, mandi pantai n mandi pool lepas tu bersidai tepi pantai.. Ayah berkayak dgn abg luqman. Ibu dan anak2 balik bersiap, dan packing beg2. Kul12 tghr kita check out balik ke jetty kuala besut. Bot dok tgu2 kita, bagus bot samudera ni, on time.. balik ke jetty kuala besur kami naik bot besar sket daripada yg datang hari tu, so tak sakit belakang sangat, perjalanan balik dalam 20min. Mawaddah terlena start naik bot sehingga sampai ke jetty kuala besut. Sampai sana kita lunch dlu, sementara tunggu makcik& family punya bot(bot arwana), bot tak datang2, smpai la kul2. Uncle shah n family gerak dulu ke kota bharu rmh sedara uncle shah, kita tgu makcik sebab tok akan join makcik ke kuala Terengganu. Sambil tgu sempat la ibu shopping baju tshirt kat mukhlis n mawaddah, beli sikit2 hadiah utk sepupu belah kelantan..Kul3 lebih kurang makcik n family sampai, dan masing2 gerak ke destinasi masing2.  Kami meneruskan perjalanan balik kampong, kota bharu. Makcik sefamili dan tok, meneruskan perjalanan ke kuala Terengganu nbermalam di sana satu malam dan shopping sblm balik kl, tc iza sefamili ke rmh sedara di kota bharu.. ummi ya n mama fiza sefamily stay lagi satu malam di perhentian island

·        gambar insyaAllah ibu upload kemudian sebab masih kat hp, tak transfer lg.