Semoga dalam redhaNya

Tuesday, May 27, 2014

Frasers Hill


Frasers Hills (3– 4hb Mei 2014)

Alhamdulillah buat kesekian kali menjejak kaki sekali lagi ke bukit fraser (frasers Hill) ini, bezanya 7 tahun yang lepas kami hanya ibu dan ayah, kini kami berlima (ibu, ayah, mukhlis, mawaddah, dan baby dalam perut). Kami setia memilih Shahzan Inn, seperti mana 7 tahun lepas. Selepas beberapa survey yang ayah buat.

Perancangan asal nak ke Cameron Highland memandangkan ibu cuti 4hari straight (1hb labor day, 2hb event holiday, 3hb & 4hb adalah weekend sabtu ahad). So plannya boleh la lama sikit, ayah cuba2 la apply cuti 2hb tu. Konon2 la hahah macam la dapat kalau ayah apply cuti pun. (memang tak dapat pun sebenarnya). Ibu pun survey la hotel2 dan homestay2 kat Cameron highland. Most of the hotel & homestay fullbooked, adala beberapa hotel dan homestay yg kosong lagi, tapi ayah kata kalau hotel&homestay dan full macam tu, jalan mesti jam tak hengat punya. Erm betul la, nanti banyak masa habis ngadap jam je. So discuss lagi dgn ayah, mana nak cari tempat sejuk ni. Last choice adalah book mana2 hotel tengah2 kl nun, hah duduk la dalam hotel tu, sejuk, rileks. Namun ntah macam mana plan tu berubah ke Frasers Hill. Hehehe maka sampai la kami di sini. Ibu pun memulakan misi mencari info pasal Frasers Hill, rata2 blog dan page yg ibu baca mengatakan 2hari 1malam cukup kalau nak jalan2 di frasers hill, nak pegi balik hari pun ok.. Tapi kami nak rileks dan santai maka pilihan 2hari 1malam adalah tepat.

Bertolak pagi sabtu, dalam 830am lebih kurang menuju ke Frasers Hill ikut jalan ulu yam. Singgah breakfast di ulu yam (dekat sejam juga stop, maklum la anak-anak santap lama heheh) seterusnya meneruskan perjalanan ke Frasers Hill. Anak-anak lena kat seat belakang. Ayah drive pun santai2 sebab Shahzan Inn blh check inn pukul 3pm. Lebih kurang pukul 1130 kami sampai di Tower Clock Frasers Hill, singgah bergambar kat Tower Clock dan sekitarnya, beli fridge magnet dan baju untuk mukhlis dan mawaddah sorang sepasang, lepas tu sambung bergambar. Ayah call Shahzan Inn, staff diorg kata dah boleh check in pukul12 sebab bilik dah ready, Alhamdulillah dapat la rehat sekejap, solat dan lain2. Dapat kunci bilik 339, kami terus ‘operasi’kan bilik  tersebut. Dapat 2single bed, kami cantum dua tu lepas tu tolak ke tepi, jadi la king size, hah luas ruang untuk solat dan anak2 boleh main dengan gumbiranya hahah. Plan nak amik extra bed utnuk mukhlis, tapi selalunya die tak mo tidur bed sendiri, nak juga berkepit bawah ketiak ayah. Memandangkan ‘operasi’ ubahsuai katil tu Berjaya, so takpayah la extra bed utk mukhlis. Cuma kami minta 2pcs extra pillow dan kipas.. oo ya kenapa kipas? Frasers Hill ni kategori sejuk so kat bilik2 Shahzan Inn ni takde la letak aircond ke ape kan,  tp sekarang ni musim panas dan ibu mengandung plak tu memang panas aje la manjang. Ayah dan anak2 kata tak panas, ibu je rasa panas. Itu yang minta stand fan tu, baru la selesa. 

Ok la sambung lagi, kami golek2 kat bilik kejap, tapi mukhlis terlelap kepenatan, lepas tu ayah join mengeruh. Aih dah semua tido, ibu pun terlelap juga. Mawaddah tak tau la tido ke tak sebab masa ibu terjaga, mawaddah dok terkebil2 lagi hehehe.. selepas tu kami bersiap2 untuk santap tengahari, makan kat foodcourt, nasi campur. Dapat plak ikan keli goreng fevered ibu dan mawaddah, nasi buh kuah kari sikit, licin menjilat jari ibu dan mawaddah makan. Abang mukhlis makan nasi dengan ayam goreng feveret, ayah akan lauk ikan. Ape yg best kat foodcourt ni? Ahah air oren, sirap dan air kosong die free. Pegi la amik sendiri, self service. Nasi kena bayar la. Lepas tu, jalan2 kejap sekitar situ. Pegi horse riding (abang mukhlis dan ayah je naik kuda, mawaddah takmo dekat langsung, takut). Lepas horse riding, ayah pegi archery dan menyumpit. Ibu pun try menyumpit sekali hahaha ada gaya orang asli la kami masa tu hehehe. Selepas menyumpit kami jalan2 pusing Frasers Hill tu, singgah bergambar di banglo2 tinggalan penjajah, mana tempat yg kami rasa cantik menarik tertarik daboom tu kami berenti dan amik gambar. Lepas tu anak2 lepas kan gian regangkan urat2 dan otot2 di playground sebelah food court. 

Maghrib balik bilik, mandi & solat lepas tu keluar makan malam. Survey tempat makan, pilihan hati di food court juga tp bukan kedai makcik yg tengahari tadi, sebelah die. Makan chicken chop marveles heheh. Lepas makan, balik bilik rehat, ye la tadi dah sakan round satu frasers hill, kepenatan dah. Layan cite hantu omputih sampai terlena. Keesokan pagi, breakfast kat shahzan inn lepas tu jalan2 kat playground sebelah shahzan Inn, bagi anak2 rileks pulak. Diorg ni kalau kat playground doploh kali pegi pun takpe, lama pun xpe. Lagi satu playground kat sini, main lama pun tak berpeluh. Ayah rileks santai je tunggu anak2 main, selalunya kejap je pastu ajak balik sebab panas dan melekit2 badan dah. Jalan2 lagi, pusing tempat sama, ye la mana la ada tempat nak jalan lagi, Frasers Hill ni tempat untuk rileks bukan untuk jalan2 dan shopping2, dan mmg nya kami nak rileks je pun heheheh. Tengahari check out, pastu pegi makan eskrem kat food court sebab dan janji dengan mawaddah, lepas tu turun la kami menuju ke KL semula. Anak2 tidur, macam biasa kereta jalan je, anak2 bergaduh jap kat belakang lepas tu lena la semua. Singgah solat di rawang jap, leaps tu ayah buat surprise kat abang mukhlis, ape surprise tu? Hahaha tengok wayang cerita spiderman. 

Online ticket, elok2nya kami sampai wangsa walk 4pm, wayang start 410pm. Seronok la abang mukhlis dapat tengok cerita feveret die. Habis cerita tu baru kami balik rumah, maghrib juga la kot. Makan malam, ayah beli bungkus, pastu rehat depan tv jap, then masuk bilik tidur, esok keje.
Best juga trip unplanned macam ni hehehe, kadang yang plan tu tak jadi. insyaAllah next plan ke pulau tioman, tunggu ibu bersalin dan baby besar sikit(6bln ke atas dah ok dah baby).

Apa-apa pun jom layan gambar kami…


 on the way ke Frasers Hill, lepas berakfast je lena la diorg ni, alhamdulillah la, kalau tak diorg berperang je dalam keta.. pening ibu

 hah tu die hero kita, hero pun lentok

 clock tower, frasers hill

 bergambar sepuas2 dlu sementara tgu masa nak check in

 eh gambar langkau2 plakhehehe xpela,
ni our hero, naik kuda sambil tersengih2

 mawaddah tak naik kuda, takut.

 archery

 menyumpit

 kami berempat

 hah tu dia, punya excited anakanda berdua nih

 hasil operasi, 2 single bed akhirnya jadi king size, space untuk solat dan anak2 main jadi luas

 jalan-jalan petang. masa ni la mawaddah terlentang jatuh kat kedai belakang tu sebab main lari2, heheeh pastu kena marah dengan ayah

 muka manja, baru lepas kena pujuk dgn ayah. ayah ni senang marah tapi lepas tu cepat sejuk, hah pujuk la anak tu, itu yang buat anak2 close dengan ayah diorg

 tengok la manja busyuk masyam ayah tu, melekat terkelepek kat bahu ayah

lobby shahzan Inn
 lobby shahzan Inn

taman tepi shahzan Inn..



Ok la itu dulu la, gambar lain menyusul kemudian, penat tunggu internet slow sket, guna hotspot je la katakan huhuhhu, apepun alhamdulillah ada juga internet.. ok assalamualaikum

Saturday, April 5, 2014

Assalamualaikum.. Salam pagi sabtu nan indah.. Memang la indah sebab cuti hahaha.. Namun ape yang tak indah, cuaca kat luar mendung dalam masa yang sama ibu baru siap basuh baju dua round dan dah jemur pun, nampak gaya cuaca bila2 je akan hujan so ibu stand by untuk angkat balik baju jemuran tu huhuhhu. berjemur la bawah kipas duhai baju-baju sekalian nanti yer... Apa-apa di musim catuan air ni, hujan mmg di nanti2kan. Ibu je yg salah timing basuh baju, sendiri salah...

Ok hari ni bukan nak cerita pasal cuaca, bukan nak cerita pasal basuh baju, bukan nak cerita pasal ibu, tapi macam biasa nak cerita pasal anak2 ibu dan nak tayang gambar anak2 ibu..

Jom sama-sama... hheheeh

 haruslah gambar ibu dan anak dara (mawaddah aaliya) memulai acara hehehe..

kemain manis anak dara ibu ni pakai tudung heheh.. Inner tudung blink2 brown tu ibu beli untuk ibu sebenarnya, murah je rm1.70, kat jalan TAR tapi ibu terbeli yg kecik, so rezeki mawaddah la.. mawaddah bila ibu pakaikan inner ni die terus jatoh centa dgn inner ni.. Ooo tudung mawaddah tu beli kat tempat sama RM3.60 kalau tak salah.. Murahkan, dan selesa..


 berdua beradik di jetty pulau pangkor(Dis 2013)

sementara tunggu ferry, anak2 layankan aje permintaan ibu amik pic diorg.. (ish tak perasan botol mineral kosong siapa ntah, buang merata-rata, padahal ada je tong sampah gedabak depan tu je..). Anak2 macam serabai sikit sebab kita sampai sana dalam jam 1tengahari dari kelantan.. perjalanan lebih kurang 6-7 jam juga.. So keayuan kehenseman anak2 dah jadi tak teurus sebab lama sangat dalam keta.


 bersantai berdua sambil tengok kartun..

 abang mukhlis, baca Iqra'

 Kakak Mawaddah pose lepas solat heheheh

 Kakak Mawaddah dengan topi Dora tak dapat dipisahkan..

 special pose : 

Masa ni kat genting highland, saja nak bawa mawaddah merasa naik cable car. Tak sangka mawaddah berani. Abg Mukhlis dah pernah naik cable car ni dlu. Masa tu ibu prgnant kan mawaddah. Mawaddah plak naik masa ibu prgnt kan baby baru hehehe.. Eh macam kebetulan plak, tiapkali prgnat la ibu naik cable car Genting Highland heheheh. masa ni Chinese New Year, cuti tak pegi mana, nak balik kampung pun cuti sekejap sangat, so bawa anak2 jalan je la. So ape yang terlintas di fikiran terus jalan pegi, standby juga bawa baju extra mana tahu boleh bermalam kat sana hehehehe (tapi tak pun, balik hari je).. Plan nak pegi walk in cameron Highland, bermalam sana. Tapi kawan2 dok cerita jam sangat2 sbb cuti CNY semua org pakat dok panjat cameron tuh. Takpe la next time la kita pegi. plan betul2 dulu, plan duit juga.

 turun dari Genting Highland singgah mini cameron jap. Singgah bergambar, beli tea, dan strawberry.. Pastu balik KL.. Nice. yang penting masa kami terisi. family happy..


 Berdua lagi
adik paksa abang main baby doll. Sebab takde kawan lain. Abg layankan aje tapi mata tak lepas dari TV heheheheheh


 berbasikal depan rumah tok..
Rumah kita apartment, space utk riadhah tu xde. So ayah amik semua basikal abg n mawaddah, letak kat rumah tok, Kalau rasa nak berbasikal kita pegi rumah tok. Di samping tu ada kawan nak main sama2. kalau kat rumah, mawaddah dan mukhlis je la.

 abg mukhlis dengan LEGO hadiah dari ayah..
mawaddah main game kat tablet..
kedua-duanya kusyuk dengan 'mainan' masing-masing

mawaddah dan abang mukhlis.. sama tak serupa, seluar sama baju tak serupa heheheh..sorang keding sorang tembam
 Art craft time..
straw blowing & painting.. Mawaddah tersangat enjoy buat art nih. mukhlis dah selalu buat artcarft kat sekolah, tapi bila buat ni dengan ibu dan adik tetap mukhlis rasa enjoy juga


 suatu hari di hujung minggu, we are ready to go out, yeahaaaa, semua masa ni tengah tunggu ayah yang btengah bersiap macam putera kayangan.. Lamaaaaaa sangat..

 bersiap nak ke sini je pun hehehe..
Kidzoona Mini di Jusco Au Setiawangsa. Anak2 memang suka ke sini. Macam-macam boleh main dengan hanya rm10/pax/entry untuk weekend. kalau weekday rm5/pax/entry.. Anak-anak main, ibu baca buku, majalah, atau layan interternet hehehe.. Kalau lapa, keluar je dari Kidzooan, cari la makanan ape2 makan, pastu boleh masuk balik selagi mana ada gelang sticker kat tangan anak2. Dalam ni fully aircond, foam mat (so anak kalau terjatuh mmg xde hal la), dan banyak mainan..


 si kecut dan si kembang tengah pose manja dengan tok ayah, masa ni kita ke rumah tok ayah di Semenyih, pastu ajak tok ayah cari ABC di pekan semenyih. Kat area tecso semenyih banyak kedai2 makan. Pilih aje. Kami singgah kedai makan yg ada ABC la of cos heheheh

 huish kepenatan si abang nih...

si adik tembam pun terlena sama...

selesai sudah sesi upload gambar kali ni.. lainkali akan menyusul.. Best betul sejak ada keyboard baru untuk laptop ni, nak menaip pun laju je.hehehe..

Ok la semoga berjumpa lagi di entry akan datang.. bye

Wednesday, April 2, 2014

wajah2 kesayangan

 Jalan-jalan di Bukit Bendera (2013)


 most important persons in my life, luv u till jannah


 
si bulat dan si kecut di tepi pool


 peace dari anak-anak utk ibu..

 kami di bukit bendera..
selalu pergi penang, rmh sedara. tapi ini la 1st time jejak kaki ke bukit bendera


 Astaka Bukit Bendera

 dalam train (cable car) menuju puncak bukit bendera.. orang ramai so meh la kita pakat2 berdiri hehehe


 adik dan abang



 dah nak turun dah...


 puas ati abang mukhlis dok depan sekali..


 eh terselit satu gambar kat atas bukit tadi


abg dan spiderman (at toy museum)

Today is my birthday (2nd April)

Today is my birthday..hehehe tajuk tak hengat bajet sweet 17 la tuh padahal dah masuk angka 30 dah..ohh yes, tahun ni genap 30 tahun (2/4/1984), maka bermakna sudah 30 tahun hidup di bumi Allah ini. Alhamdulillah sepanjang 30 tahun ini Allah kurniakan keluarga yang sederhana namun meriah adik beradik (ramai) satu ibu satu bapa..

Allah kurniakan suami yang baik di usia 23tahun, kemudian setahun selepas itu Allah kurniakan lagi si manja sulung yang soleh insyAllah (abg Mukhlis), next 2y Allah kurniakan mujahidah solehah, kakak Mawaddah Aaliya.. tahun ini Allah kurniakan seorang lagi mujahid soleh penyeri hidup kami sekeluarga, insyaAllah akan lahir 1 ogos 2014 ni.. syukur atas nikmat Mu ya Allah semoga nikmat kebahagiaan ketenangan ini berkekalan ke akhir usia sehingga ke syurga.. Amin ya rabbal alamin..

Hari ni seperti tahun2 sebelumnya, ayah memang tidak pernah miss wish birthday utk ibu, dan akan ada hadiah, terima kasih abang... :-)

sorry ye bukan nak menunjuk hadiah, maaf kalau ada yang menganggap ini riak, bukan ye bukan...hehehehe.. cuma ini sebagai tanda ibu terlalu menghargai ape jua hadiah yang ayah bagi.. Bukan nilaian jadi ukuran tapi tanda ingatan tu yg penting.

Tengahari ibu ada meeting jap kat sekolah sebelum balik rumah, sampai kat rumah dalam 330pm, ayah wassap tanya dah sampai rumah ke belum sebab ayah mungkin lambat sket ada kej katanya. Ibu baring2 kat bilik (tak mandi lg), patu terlena. Mawaddah terlena kat sofa, Mukhlis tgk TV. Lama tu dengar mcm ayah balik, ibu baring2 lg n sempat lelap lagi. tak lama tu masuk la 3 beranak tu ke bilik sambil nyanyi lagu happy birthday berserta hadiah ni.. (mawaddah masuk bilik pastu sambung tidur sebelah ibu. Mukhlis & ayah je nyanyi heheh).. Taadaa ayah bagi hadiah kat ibu, terima kasih.. Ayah suh teka dulu, clue die, ibu pernah tgk dlu masa kat jusco tapi harga mahal sangat so tak jadi beli... So ibu teka handbag la.. heheh.. Jom tengok apakah hadiah yang best itu...

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

 taadaaaa.. ini la hadiahnya...
dan apakah isinya..jom tengok.. 

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>


 taadaaa.. betul tekaan ibu..
carlo rino handbag.. brand feveret ayah dan ibu, handbag+kasut hantaran nikah 7tahun lepas pun carlo rino juga.. herm thank lagi sekali..


bukan itu sahaja, dalam handbag tu ada satu lagi hadiah, vietnam cotton.. 

Model kat belkang tu (abang Mukhlis) tak termasuk dalam pakej hadiah ni, itu hadiah ibu untuk ayah 6tahun lepas heheheh..

nnt lepas bersalin boleh buat baju kurung.. Sekarang kalau buat bkn boleh pakai, sebab booncit... kalau buat besar plak, dah bsalin dah slim gedabak sangat plak nak pakai (kot la slim hahaha, insyaAllah slim semula)




Apa pun syukur ya Allah,
Kekalkan kebahagiaan ibu dan ayah selama2nya sehingga akhir nyawa kami yaAllah..
kurniakan kami anak2 yg soleh solehan penyejuk mata kami penawar hati kami..
jangan kau uji kami dengan sesuatu yang kami tak mampu dan kami tak mahu yaAllah..
hanya Mu ya Allah yang megerti hati kami...

i love my family