Semoga dalam redhaNya

Tuesday, May 27, 2014

Frasers Hill


Frasers Hills (3– 4hb Mei 2014)

Alhamdulillah buat kesekian kali menjejak kaki sekali lagi ke bukit fraser (frasers Hill) ini, bezanya 7 tahun yang lepas kami hanya ibu dan ayah, kini kami berlima (ibu, ayah, mukhlis, mawaddah, dan baby dalam perut). Kami setia memilih Shahzan Inn, seperti mana 7 tahun lepas. Selepas beberapa survey yang ayah buat.

Perancangan asal nak ke Cameron Highland memandangkan ibu cuti 4hari straight (1hb labor day, 2hb event holiday, 3hb & 4hb adalah weekend sabtu ahad). So plannya boleh la lama sikit, ayah cuba2 la apply cuti 2hb tu. Konon2 la hahah macam la dapat kalau ayah apply cuti pun. (memang tak dapat pun sebenarnya). Ibu pun survey la hotel2 dan homestay2 kat Cameron highland. Most of the hotel & homestay fullbooked, adala beberapa hotel dan homestay yg kosong lagi, tapi ayah kata kalau hotel&homestay dan full macam tu, jalan mesti jam tak hengat punya. Erm betul la, nanti banyak masa habis ngadap jam je. So discuss lagi dgn ayah, mana nak cari tempat sejuk ni. Last choice adalah book mana2 hotel tengah2 kl nun, hah duduk la dalam hotel tu, sejuk, rileks. Namun ntah macam mana plan tu berubah ke Frasers Hill. Hehehe maka sampai la kami di sini. Ibu pun memulakan misi mencari info pasal Frasers Hill, rata2 blog dan page yg ibu baca mengatakan 2hari 1malam cukup kalau nak jalan2 di frasers hill, nak pegi balik hari pun ok.. Tapi kami nak rileks dan santai maka pilihan 2hari 1malam adalah tepat.

Bertolak pagi sabtu, dalam 830am lebih kurang menuju ke Frasers Hill ikut jalan ulu yam. Singgah breakfast di ulu yam (dekat sejam juga stop, maklum la anak-anak santap lama heheh) seterusnya meneruskan perjalanan ke Frasers Hill. Anak-anak lena kat seat belakang. Ayah drive pun santai2 sebab Shahzan Inn blh check inn pukul 3pm. Lebih kurang pukul 1130 kami sampai di Tower Clock Frasers Hill, singgah bergambar kat Tower Clock dan sekitarnya, beli fridge magnet dan baju untuk mukhlis dan mawaddah sorang sepasang, lepas tu sambung bergambar. Ayah call Shahzan Inn, staff diorg kata dah boleh check in pukul12 sebab bilik dah ready, Alhamdulillah dapat la rehat sekejap, solat dan lain2. Dapat kunci bilik 339, kami terus ‘operasi’kan bilik  tersebut. Dapat 2single bed, kami cantum dua tu lepas tu tolak ke tepi, jadi la king size, hah luas ruang untuk solat dan anak2 boleh main dengan gumbiranya hahah. Plan nak amik extra bed utnuk mukhlis, tapi selalunya die tak mo tidur bed sendiri, nak juga berkepit bawah ketiak ayah. Memandangkan ‘operasi’ ubahsuai katil tu Berjaya, so takpayah la extra bed utk mukhlis. Cuma kami minta 2pcs extra pillow dan kipas.. oo ya kenapa kipas? Frasers Hill ni kategori sejuk so kat bilik2 Shahzan Inn ni takde la letak aircond ke ape kan,  tp sekarang ni musim panas dan ibu mengandung plak tu memang panas aje la manjang. Ayah dan anak2 kata tak panas, ibu je rasa panas. Itu yang minta stand fan tu, baru la selesa. 

Ok la sambung lagi, kami golek2 kat bilik kejap, tapi mukhlis terlelap kepenatan, lepas tu ayah join mengeruh. Aih dah semua tido, ibu pun terlelap juga. Mawaddah tak tau la tido ke tak sebab masa ibu terjaga, mawaddah dok terkebil2 lagi hehehe.. selepas tu kami bersiap2 untuk santap tengahari, makan kat foodcourt, nasi campur. Dapat plak ikan keli goreng fevered ibu dan mawaddah, nasi buh kuah kari sikit, licin menjilat jari ibu dan mawaddah makan. Abang mukhlis makan nasi dengan ayam goreng feveret, ayah akan lauk ikan. Ape yg best kat foodcourt ni? Ahah air oren, sirap dan air kosong die free. Pegi la amik sendiri, self service. Nasi kena bayar la. Lepas tu, jalan2 kejap sekitar situ. Pegi horse riding (abang mukhlis dan ayah je naik kuda, mawaddah takmo dekat langsung, takut). Lepas horse riding, ayah pegi archery dan menyumpit. Ibu pun try menyumpit sekali hahaha ada gaya orang asli la kami masa tu hehehe. Selepas menyumpit kami jalan2 pusing Frasers Hill tu, singgah bergambar di banglo2 tinggalan penjajah, mana tempat yg kami rasa cantik menarik tertarik daboom tu kami berenti dan amik gambar. Lepas tu anak2 lepas kan gian regangkan urat2 dan otot2 di playground sebelah food court. 

Maghrib balik bilik, mandi & solat lepas tu keluar makan malam. Survey tempat makan, pilihan hati di food court juga tp bukan kedai makcik yg tengahari tadi, sebelah die. Makan chicken chop marveles heheh. Lepas makan, balik bilik rehat, ye la tadi dah sakan round satu frasers hill, kepenatan dah. Layan cite hantu omputih sampai terlena. Keesokan pagi, breakfast kat shahzan inn lepas tu jalan2 kat playground sebelah shahzan Inn, bagi anak2 rileks pulak. Diorg ni kalau kat playground doploh kali pegi pun takpe, lama pun xpe. Lagi satu playground kat sini, main lama pun tak berpeluh. Ayah rileks santai je tunggu anak2 main, selalunya kejap je pastu ajak balik sebab panas dan melekit2 badan dah. Jalan2 lagi, pusing tempat sama, ye la mana la ada tempat nak jalan lagi, Frasers Hill ni tempat untuk rileks bukan untuk jalan2 dan shopping2, dan mmg nya kami nak rileks je pun heheheh. Tengahari check out, pastu pegi makan eskrem kat food court sebab dan janji dengan mawaddah, lepas tu turun la kami menuju ke KL semula. Anak2 tidur, macam biasa kereta jalan je, anak2 bergaduh jap kat belakang lepas tu lena la semua. Singgah solat di rawang jap, leaps tu ayah buat surprise kat abang mukhlis, ape surprise tu? Hahaha tengok wayang cerita spiderman. 

Online ticket, elok2nya kami sampai wangsa walk 4pm, wayang start 410pm. Seronok la abang mukhlis dapat tengok cerita feveret die. Habis cerita tu baru kami balik rumah, maghrib juga la kot. Makan malam, ayah beli bungkus, pastu rehat depan tv jap, then masuk bilik tidur, esok keje.
Best juga trip unplanned macam ni hehehe, kadang yang plan tu tak jadi. insyaAllah next plan ke pulau tioman, tunggu ibu bersalin dan baby besar sikit(6bln ke atas dah ok dah baby).

Apa-apa pun jom layan gambar kami…


 on the way ke Frasers Hill, lepas berakfast je lena la diorg ni, alhamdulillah la, kalau tak diorg berperang je dalam keta.. pening ibu

 hah tu die hero kita, hero pun lentok

 clock tower, frasers hill

 bergambar sepuas2 dlu sementara tgu masa nak check in

 eh gambar langkau2 plakhehehe xpela,
ni our hero, naik kuda sambil tersengih2

 mawaddah tak naik kuda, takut.

 archery

 menyumpit

 kami berempat

 hah tu dia, punya excited anakanda berdua nih

 hasil operasi, 2 single bed akhirnya jadi king size, space untuk solat dan anak2 main jadi luas

 jalan-jalan petang. masa ni la mawaddah terlentang jatuh kat kedai belakang tu sebab main lari2, heheeh pastu kena marah dengan ayah

 muka manja, baru lepas kena pujuk dgn ayah. ayah ni senang marah tapi lepas tu cepat sejuk, hah pujuk la anak tu, itu yang buat anak2 close dengan ayah diorg

 tengok la manja busyuk masyam ayah tu, melekat terkelepek kat bahu ayah

lobby shahzan Inn
 lobby shahzan Inn

taman tepi shahzan Inn..



Ok la itu dulu la, gambar lain menyusul kemudian, penat tunggu internet slow sket, guna hotspot je la katakan huhuhhu, apepun alhamdulillah ada juga internet.. ok assalamualaikum