Thursday, May 20, 2010
Sekadar Perkongsian Bersama
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan Allah;
1) iaitu engkau menyembah Allah,
2) jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu,
3) engkau mendirikan sembahyang,
4) menunaikan zakat,
5) berpuasa bulan Ramadhan dan
6) mengerjakan haji ke Baitullah.
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bermaksud:
(Tulang tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah
lakukan).
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya – atau Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.
Pengajaran hadis:
1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.
2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengahmalam.
3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. Ia dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.
4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.
5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.
Friday, May 14, 2010
Saturday, January 2, 2010
Anak Soleh
contohnya yang paling best n membanggakan ibu dan ayah :-
- kalau ibu @ ayah solat, mukhlis akan cepat2 cari sejadah kecik yg kami mmg khas kan untuk die (kdang2 kami pn gn je sejadah tu, tp mukhlis tahu tu sejadah die)
- kalau ibu & ayah tilawah quran, mukhlis akan duduk diam depan kami dgn penuh minat(10min je pastu die kacau la heheheh, budak2 la katakan), tapi mukhlis tahu itu quran sbb bile nampak quran die akan cakap 'quwan ama' (quran lama hehehe ada sebab kenapa mukhlis panggil quran lama)
- kalau nampak menara/kubah masjid atau yg iras2 mukhlis tahu itu masjid n pantas berkata "allah ajjan..allah ajjan..bu ayah allah ajjan" (allah ajjan maknanya masjid la heheheh bahasa budak2)
- kalau dengar azan kt TV mukhlis akan diam khusyuk mendengar azan. (kekadang turut ikut azan berlagu gaya die la 'allaahhhhhhhhu ahbah' -allahu akbar-) comel heheheh
- kalau nampak kopiah ayah pn die kata "allah ajjan" . mukhlis kenal n boleh bezakan kopiah ayah n kopiah mukhlis.....
- doa makan, mukhlis akan pastikan semua org sekeliling die turut menadah tangan heheheh lucu kan (tapi alhamdulillah ianya juga sebagai satu sindiran utk kite seandainya kita kerapkali terlupa baca doa makan heheheh betul kan?kan?kan? ;p)
-dan banyak lagi...alhamdulillah atas anugerah yg tak ternilai ini
Mungkin anak-anak lain pun sama macam mukhlis di usia mukhlis dan mungkin tak sama tapi sebagai ibu, pencapaian mukhlis membanggakan ibu dan ibu bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaan anak soleh n bijak spt mukhlis, alhamdulillah.
Di sini ada 10 langkah melahirkan anak soleh yg ibu petik dari internet, semoga dapat di kongsi bersama :
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh adalah :-
1- didik anak2 mengenal Allah
2- pastikan anak2 sentiasa solat & menjaga ibadat wajib yg lain
3- bekalkan ilmu agama yg cukup untuk anak2
4- hidupkan dalam rumah kita suasana islam (antaranya adalah selalu menbaca al-quran dirumah bersama anak2, membiasakan solat berjamaah dan solat sunat di rumah bersama anak2, hidupkan budaya memberi salam, & mempraktikkan adab-adab islam di rumah)
5- dekatkan anak2 dengan masjid, surau, musolla dan sewaktu dgn nya
6- tanamkan semangat jihad dan perjuangan islam dalam jiwa anak2
7- tanamkan sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8- perhatikan dengan siapa anak2 kite berkawan
9-mohon sentiasa dari Allah agar di kurniakan anak-anak soleh
10- sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak kite
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Lagu : Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
raya haji 27hb nov 2009
Friday, January 1, 2010
mukhlis - akhir tahun 2009
Saturday, November 7, 2009
sejenak bersama
sejenak bersama
motor lama ayah, LC135..dah jual dah..sekarang beli LC balik tp warna hitam putih...
sebelah tu plak, motor idaman ayah (naza blade), pernah memiliknya selama sebulan iaitu bulan julai 2009 hari tu, dan azam ayah nak milikinya plak bile sampai masanya
KEUTAMAAN BANGUN PAGI
Masa merupakan modal seorang muslim dan muslimah kerana ianya harus dijaga dan dioptimalkan untuk mengabdi pada Allah jika tidak kita akan di selubungi penyesalan.
Pepatah mengatakan : "Masa itu seperti pedang “
Di sebabkan betapa pentingnya masa, sehinggakan Allah banyak bersumpah dengan nama masa di dalam alQuran Allah
Di antaranya adalah Allah bersumpah dengan waktu fajar atau waktu pagi
“ Demi waktu fajar/pagi “ (Al Fajr :1 )
Banyak ayat dan hadist yang menerangkan tentang keutamaan bangun pagi , akan tetapi keutamaan – keutamaan itu dapat kita raih bukan semata- mata kita bangun pagi . Tetapi kita harus mengoptimalkan waktu pagi tersebut sesuai kehendak pencipta waktu pagi
1) Waktu pagi adalah waktu yang berkat kerana rasulullah telah bersabda
“ Ya Allah berkatilah umatku di saat pagi hari “ ( HR. Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Nasa’I Shahih )
2) Amal ketaatan diwaktu pagi akan mendapatkan berbagai keutamaan :
a. Shalat sunnah lebih baik daripada dunia dan seisinya
“ Dua rakaat solat fajar lebih baik dari dunia dan seisinya “ HR. Muslim)
Pahala solat subuh berjemaah seperti pahala solat malam satu malam penuh
“ Barangsiapa solat Isya’ berjemaah maka seakan – akan dia telah solat setengah malam dan barang siapa solat subuh berjemaah maka seakan – akan ia telah solat malam satu malam penuh ( HR. Muslim)
a. Mendapat perlindungan dari Allah
Barangsiapa yang salat subuh maka ia berada dalam perlindungan Allah (HR. Muslim )
b. Mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat
“ Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan ke masjid di kegelapan , baginya cahaya yang sempurna pada hari kiamat (HR. Ibnu Majah ,Abu Dawud –shahih ) Berjalan kemasjid dikegelapan maksudnya berjalan kemasjid untuk soat subuh dan isya’
c. Syurga dijanjikan
“Barangsiapa solat diua waktu yang dingin maka akan masuk syurga “ (HR. Bukhari )
“ Sesungguhnya kalian akan ( salat asar ). Maka kerjakanlah ,lalu beliau SAW membaca firman Allah melihat Rabb kalian seperti halnya kalian melihat bulan ini terhalang ketika melihatnya . Jika kalian bisa janganlah kalian lewatkan solat sebelum matahari terbit (solat subuh )dan sebelum matahari terbenam: “ Dan bertasbihlah dengan menuju Rabbmu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam (Thaha : 130 )
e. Disaksikan oleh para malaikat
“Sesungguhnya solat fajar itu disaksikan malaikat “ ( Al Isra : 78 )
IMPAK POSITIF BANGUN PAGI
1) Bagi rohani
Rasulullah selalu menganjurkan untuk tetap tinggal di masjid setelah subuh hingga waktu matahari terbit. Waktu ini digunakan untuk peningkatan keimanan dengan zikir (baca al matsurat ) yang mana mengandungi tahmid /pujian , tasbih/penyiucian bagi Allah serta rasa syukur dan istigfar. Inilah permulaan hari yang sangat indah untuk memperbarui ruhiyah kita. Ini merupakan awal yang bagus demi menapaki hari- hari kiat
2) Bagi kesehatan
Berjalan kaki menuju masjid itu menyihatkan. Udara pagi masih bersih dan segar sangat baik untuk kesehatan , kita memerlukan oksigen. Senaman / riadhah yang baik pada pagi hari
3) Bagi ekonomi
Shakr bin Wada’ah al Ghamidi menceritakan Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah berkatilah untuk umatku di pagi harinya “ Dan beliau mengutus pasukan , beliau mengutusnya pada awal siang /pagi hari . Dan adalah Shakr seorang pedagang ia mengirimkan perniagaannya dari awal siang /pagi , maka ia menjadi kaya raya dan banyak harta ( HR. Abu Dawud , no 2606,Tirmidzi, Ibn Majah , Ibn Hibban ,aTirmidzi berkata :Hadis ini hasan derajatnya
Itulah keberkahan waktu pagi dan sahabat Shakr telah membuktikannya
Ibnu Abbas melihat anak nya sedang tidur pagi , maka ia berkata : Bangunlah ! Apakah kamu tidur pada waktu disebarkan rezki ( Zd al Majid )
4)Bagi kemenangan umat Islam
-Rasulullah mengirim pasukan di pagi hari seperti hadis di atas
-Pengangkatan Umar menjadi khalifah terjadi di pagi hari
-Para sahabat menjadikan waktu pagi untuk menentukan keputusan – keputusan penting
-Orang soleh dari umat ini juga selalu memulakan perang setelah solat subuh , bukan sebelumnya , agar solat subuh tidak tertinggal. Kerana waktunya sangat singkat sehingga mendapat saat-saat yang di berkati,mereka menyempatkan diri memohon pada Allah untuk mendapat kemenangan
-Khalid bin Walid tidak memulakan peperangan kecuali setelah solat subuh
-Yusuf bin Tasyifin (Panglima perang sekaligus pemimpin daulah al murabbhitun di Maroko) tidak memulakan perang Zilaqoh kecuali setelah solat subuh dengan pasukannya
-Qurthuz r.a memulakan perang Ainun Jaluth melawan pasukan Tar – Tar langsung setelah solat subuh
Wallahu a’lam


