Semoga dalam redhaNya

Sunday, July 26, 2009

Fashion & Dressmaking

Hari ni 26 julai, bermakna 26hari juga ibu bergelar 'student' kembali. Last kerja 30jun dan 1julai ibu mula masuk kelas.. Ibu amik kursus 'Pembuatan Pakaian Wanita' (Fashion & Dressmaking nama omputih nyer).. Rutin ibu pun dah berubah, dulu keje dekat je dengan rmh tok (taman melawati) keje 9am-6pm, 5min dh smpai pejabat, jadi pagi ibu sempat mandikan mukhlis seawal jam 750am @ 8am, kemudian susukan mukhlis (kadang-kadang smpai mukhlis tertido), tengahari ibu balik lunch kt rumah tok (sbnrnya untuk tgk mukhlis n susukan mukhlis, alang2 tuh makan je la terus kt rumah tok). Petang balik keje 6pm, bawa mukhlis jalan kt depan rumah tok (tunjuk 'bird' dan 'cat' kt mukhlis sambil sembang2 ng mukhlis).
Sekarang kelas ibu 8am-5.15pm, isnin-jumaat, tapi ibu kene ada kt kelas 15min sebelum kalau tak kene denda ng tenaga pengajar heheheh..kelas ibu kt cheras jadi ibu kene kuar rmh seawal 7am n selewat2nya 715am sebab jalan 'jam' kt ampang dan 'simpang pelik + tak sekolah' nak masuk ke cheras tuh..ibu tk sempat nak mandikan mukhlis pagi2 (minta tolong tok mandikan, kadang2 ayah mandikan) sebab sebelum kul7 tu awal sgt nak kejut mukhlis, sian kt mukhlis. Kadang2 ibu nak pergi kelas tuh mukhlis pun tak bangun lagi(erm klau mukhlis tak bangun lagi ibu mesti teringat2 kt mukhlis masa dalam kelas, rindu kan 'muah muah' mukhlis hehehe)..

Inilah pengorbanan yang ibu kena buat untuk masa depan kite, sekarang mungkin ibu n ayah susah sikit sebab income hanya dari ayah jer, nak bayar kete lg,n sara hidup kite bertiga lg. Alhamdulillah, suka ibu katakan kite merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah tu lg tersusun dan baik belaka. Allah dan susun perjalanan hidup kite, cantik sekali, kite hanya perlu berusaha jer. Ibu taknak selamanya kerja dengan org dan bercadang nak ada bisnes sendiri, kecil-kecilan pun takpe selagi mana ibu dapat income sendiri(mungkin bermula dari rumah je, buat permulaan) sbb ibu nak pantau anak2 ibu sendiri. Ibu kene buat sesuatu yang ibu minat (dan ada kemahiran sikit2) iaitu menjahit, jadi ibu nak jadikan itu kerjaya ibu. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ibu.

No comments: