Semoga dalam redhaNya

Saturday, August 15, 2009

playground taman melati

Kali ni gmbr mukhlis kt playground, 1hb ogos yg lepas ibu dan ayah bawa mukhlis ke playground kat taman melati, tempat die tak la seluas playground tmn tasik titiwangsa atau taman tasik ampang, tapi cukup la utk buat anak ibu dan ayah ni happy..dan yg penting ada 'baby swing' yg paling mukhlis suka...tepi playground ni ada padang rumput dan sekeliling padang rumput ada trek utk 'jogging' atau 'walking'. tak besar sangat tp ok sbb semua ada..

Mukhlis mula berjalan sendiri (bangun dan bertatih tanpa jatuh2) semasa umur die 1tahun 2minggu. Sebelum setahun lg mukhlis dh boleh berjalan klu kite pegang sebelah tangan die, kaki mukhlis dh kuat cuma mukhlis takut2 utk bjalan sndiri, takut jatuh, kalau tgh bjalan dan kite lepas tgn mukhlis akan stop melangkak heheheh...

1tahun sebulan mukhlis dh berjalan laju, dan berlari.. Boleh dikatakan setiap petang ibu bawa mukhlis jalan2 depan rumah. 'Bob' pun selalu juga bawa mukhlis jalan2, n yg comel nya kadang2 bob bawa dalila dgn 'tricycle' skali n mukhlis y tolak 'tricycle' dalila..comel..dh la mukhlis lg kecik dari dalila, n semua org igt mukhlis lagi muda dr dalila padahal mukhlis tua sebulan dari dalila.

Mulut mukhlis sekarang bisiiiinggg sgt cm bertih goreng..bercakap je...dan mukhlis suka ikut cakap kite, sebab tu kalau nak cakap ape2 depan mukhlis kena cakap yg elok2 je sbb die dgr dan akan ikut cakap kite..
antara perkataan yang selalu mukhlis sebut :
khuhh : shoe (kasut)
khok : sock (stokin)
air, mamam (makan), ayah, ibu, umi, tok, lalala (dalila), bebek (bibik), ninik (nenek), abang, kakak, ball, bas, car, ka (basikal) dan banyak lg
mukhlis dh boleh faham arahan pendek, cntohnya : mukhlis, amik..ball...ball...belakang..

mukhlis dh kenal orang yg selalu mukhlis jumpa. dan nak ibu bermain sekali ng die, klu kt bilik ibu baring je or duduk tgk die main, die tak kacau..tapi kalau ibu nak mula menjahit atau dok depan laptop hahh mulala mukhlis meragam. menangis la menjerit la (nak perhatian la tuh..anak soleh ibu ni alahai..)

feveret mukhlis, 'baby swing'..tgk tu tergelak2 die

penat berjalan

dengan ayah kt trek 'jogging' / 'walking'

mukhlis, ibu dan ayah

tarik tangan ibu suh ikut die berjalan

'huh penat la mukhlis ni, ibu'

sukanyer die berlari...jangan smpai jatuh yer sayang

mendaki..penuh semangat waja tu...

'erm boleh ke mukhlis daki tembok ni..hermmm minta tolong ayah la"

letak je kt padang rumput ni, mukhlis terus berlari, terkejar2 ayah ng ibu..ayah lencun berpeluh kepenatan, mukhlis rileks je suka lg ada la...

main jongkang jongkit kayu dgn ayah

naik gelungsur, tp ayah pegang la sbb tak berani lepas mukhlis takut terhentak kepala..kecik lg..

mula2 mukhlis taknak aik ni sbb nampak 'baby swing', pastu dh ok n siap goyang2 lg...tak cuba tak tau sayang, mana tau mainan lain pun best jg selain 'baby swing'.....

No comments: