Assalamualaikum..
Seperti yang dijanjikan gambar-gambar semasa di Pulau Perhentian telah menyusul... Gambar taklah banyak, ada la untuk kenangan. seperti yang ibu katakan ini kali kedua kita kesana (Pualau Perhentian) so kita tak teruja bergambar sangat.. gambar lama (2012) memang la tersangat banyak..Masa 2012 takde dalam blog sebab masa tu lupa password, sekarang dah jumpa balik dah pssword tu, hayya jauh password lari, setahun lebih tak update blog ni..
OK enjoy da pic...
ini gambar kat Jetty Kuala Besut.. dah siap sarapan.. tunggu bot samudera beach chalet yang masih tak kunjung tiba.. so let berfoto dulu heheheheh..
Makcik, akcik jal, Lala & iman dah naik bot Arwana Resort..
tengok betapa excited nya mukhlis dan ayah naik bot. Bot agak kecik berbanding masa pergi tahun 2012. Masa balik Alhamdulillah dapat bot besar. Bot besar tu kurang sket mlambung
Taaddaaa..
Anak2 ibu dah berani main air (pool & laut)..
Kami setia dengan Samudra Beach Chalet..
Herm walaupun kali ni tak dapat seaview, tapi family room pun tak la jauh mana dari pantai, dan family room besar ada 2 queen bed.
bergambar berdua..
orange life jacket : day 2, kat romantic island, masa ni pegi dgn bot samudera, terbaik la samudera
red life jacket : day 3, kat tempat snorkeling ape ntah nama die, dgn bot abang Halim
day 2 : dah seronok main ujan pulak huhuhu. tak plan nak mandi pantai ni, plan pegi sarapan ye tetiba hujan, tgu kat kedai tu dulu. Aish tetiba anakanda sekalian main ujan pastu main pantai tepi2 tu
mukhlis dan putera, sibuk dok kutip batu coral ni
saksi kan aksi anak dara ibu ayah yg asalnya penakut air, mawaddah tetiba jadi berani bila ada gang. Kawan mawaddah tu anak tokey kedai makan yang kami singgah makan tu, memang anak pulau la adik ni heheheh.. lupa nama die
ibu dan ayah..
bergambar depan jetty flora@fauna beach chalet (aisy boleh lupa la plak)
sorry ibu agak berisi sebab pregnant 5month ni..selera makan pun masayAllah.. Awal prncy hari tu asyik tak lalu je makan, sekarang pantang nampak makanan heheh
Kampung nelayan..
sempat makan ABC kat sini, plan esok tu nak makan tengahari sini tapi hampeh betul bot abg halim, cakap tak serupa bikin huhuhu. Mukhlis muka sedih sebab masa naik bot, mukhlis naik bot satu lg, tak naik dgn kami. Ombak plak kuat dan bot melambung2, mukhlis nangis.. Sian dia, kalau naik satu bot dgn ibu ayah, boleh la ibu ayah peluk, ini hanya mampu tgk je la anak menangis dari jauh huhuhuh (ouh so jiwang la ibu ni)... sampai je di kampung nelayan tu, ibu peluk mukhlis kuat2, pujuk die heheh, anak manja ibu, tp lasak tuh..
kampung nelayan.. tengok mukhlis, still bad mood
3 of us
mukhlis masih badmood
Lata Air Berani
Last 2 year ibu dan mawaddah tak datang sini sebab mawaddah mengamuk dan ibu mabuk laut. masa tu mawaddah kecik lagi, naik bot je nangis. Masa singgah snorkeling n tengok penyu, mawaddah meronta2 atas bot, ibu pening la pastu minta bot samudera hantar balik chalet, yang lain2 terus ke lata air berani.
kali ni dapat juga singgah, mawaddah paling seronok sebab air mata air kat situ mmg sejuk yg amat. Mukhlis plak pantang jumpa tulisan, mesti nak baca walaupun kadang bunyi macam pelik sikit heheheh
day 3, dengan bot abg halim...
4 of us..eh 5 of us la, satu lagi 5bln dalam perut ibu. Mukhlis dah ok sket masa ni, dah minta ibu bawa ketengah sket nak apungkan badan dalam air hehehe, sayang manja ibu ni
adik dah kelam kanut nak pegi main pasir
bos besar, bersantai depan pantai..
Thanks bos besar bawa kami jalan-jalan, next trip ke mana kita??heheheheh tgu baby lahir atau sebelum baby lahir?
1 comment:
salam nk tnye.. sis ok ke preggy naik speed boat ni? sy pon nk pergi sane ujung bln 9 nnt time tu baru nk masuk 4bln preggy.. bahaya x?
Post a Comment