Semoga dalam redhaNya

Wednesday, November 11, 2015

cerita tentang Miqdad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pic : baru keluar dari perut ibu..

dah xnangis dah

hai..banyak kali promise nk share cerita mengenai anakanda yang ketiga ni (miqdad)..kali ni ibu share sikit2,sedaya yg mampu..

anakanda ketiga kami ini adalah seperti berikut :

nama : miqdad bin saiful adli
d.o.b : 24hb julai 2014(ramadhan 25) = 39week
due = 1hb ogos
tempat lahir : GMC(gombak medical centre),sri gombak
doktor : dr.noor hamizah

miqdad lain sikit dari kakak n abang.kulit die lain..kulit si tampuk manis :-) berbanding kakak n abang yg cerah sikit..muka miqdad iras kakak mawaddah..

nama miqdad di ambil dr nama seorang sahabat nabi MIQDAD AL -ASWAD..yg juga merupakan emel address ayah sejak zaman bujang.ayah berkenan nama miqdad lama dah.akhirnya dgn lahirnya miqdad maka tertunai la impian ayah menamakan anak lelaki ayah dengan nama emel address ayah..miqdad..

sebelum kelahiran miqdad ibu amik cuti awal 2minggu atas nasihat doktor..mula cuti,14hb julai,hari lahir ayah yg ke-32..dalam bulan puasa..
seminggu dok rmh tok,incase bersalin awal mcm kakak n abg,xde la kelam kabut mengangkut anak2..selepas seminggu xjuga bsalin,ibu request kat ayah,ibu nk balik rmh kita.dekat je pun 10min je dari rumah tok.lagi pun duduk rumah sendiri more comfortable for ibu..mmg la penat,sebab nak kena urus makan pakai kakak & abg.nak urus rumah.nk prepare sahur n iftar.walaupun amik cuti awal,tp xla rehat pun.cuma bezanya ibu xkelam kabut pagi2 bersiap ke tempat kerja.tu je..rutin lain sama sahaja..bangun pagi siapkan ayah n abg mukhlis (masa tu kakak blom sekolah),lepas tu anta abg sekolah..

ramadhan 24,dari tghr rasa xselesa,contraction sikit2..pengalaman 2anak sebelum ni,menguatkan naluri ibu yg ibu akan bersalin hrtu walaupun due sebenar lagi seminggu iaitu 1hb ogos.ibu biarkan dlu..xbagitahu ayah,bia ayah tido dlu..lebih kurang pukul 5,keluar lendir berserta darah..ibu kejut ayah n kami siap2 ke GMC,drop kakak n abang di rumah tok..
kul6 ptg menghala ke gombak,jalan jam.masing2 nak balik berbuka puasa..contraction makin mcm memuncak..
smpai di GMC,reg n ke labor room.buat CTG scan n ve test..CTG ada contraction,ve 2cm..nurse suruh balik.tp bila nurse call dr.hamizah,dr suruh stay..ok stay la ibu n ayah menemani ibu..ayah berbuka puasa dgn ibu(walaupun ibu dh break puasa kul5ptg td heheh)

contraction on off..ayah solat terawih kat bilik kita je(kt pusat bersalin tu)..sakit sesekali masih blh tahan lagi :-)
kul 11mlm,rasa nk ke toilet,turun katil tetiba ketuban pecah.penuh 1 bilik.
nurse check ve..5cm..rehat dikatil dulu..ooo lepas pecah ketuban mmg seksa.sakit xigt punya..lama tu,nurse dtg check lg,7cm..so ke labour room la kami..alhamdulillah proses bersalin miqdad mudah.kul11 pecah ketuban, 12.05am 24hb julai 2014 lahirlah mujahid kecil comel ibu ayah..seberat 2.85kg..
macam kakak juga,sebaik lahir tu miqdad menangis nganga2 mulut..(beza abg mukhlis,lahir uwek uweekk kejap pastu tido).

Dr.hamiza dapat call dr gmc terus dtg ke gmc.kat labor room tu,nurse n ayah je ada.sebaik sahaja dr.hamiza smpai miqdad pun keluar ke dunia.kalau la dr.hamiza terlambat,rasanya nurse n ayah je la yg sambut miqdad..dr.hamizah smpai,pakai glove lepas tu miqdad keluar,terus doc potong tali pusat then skin to skin..susukan miqdad..cium miqdad..pastu miqdad di bawa ke nursery..bersalin miqdad walaupun besar berbanding abg kakak,tp xde jahit.xde luka.

nurse bersihkan ibu n ibu dibawa ke bilik ibu.rehat..ayah temankan ibu sekejap lepas tu ayah balik ke rumah tok sbb kena jaga abg n kakak,disamping xselesa bermalam ni ward walaupun bilik tu ada 2 single bed.tinggal la ibu sorg2 sobs sobs..hahah jgn ngengade..tido je la..

ibu minta miqdad dari nursery sbb ibu nk jaga sendiri.herm mcm bermimpi pula rasanya masa tu hehehhe..sebelum ni anak 2org,sekarang dh 3org..makan bermalam la ibu n miqdad di wad gmc..miqdad baik je.xmeragam pun.minum susu n tido..
keesokan hari,nurse ambil miqdad n minta ibu rehat.ibu bantai tido la apa lag sebab malam td xlena tido :-)

bangun tido ibu pegi jenguk miqdad di nursery..nampak tag 'susu ibu sahaja' di cot miqdad.seperti yg kami request..

tghr ayah bawa kakak n abang,ambil ibu n miqdad blk rmh tok.n ibu berpantang di rumah tok selama sebulan sebelum balik ke rumah kita sendiri..kakak n abg seronok sangat 1st time jumpa adik baru..

..to be continue...

No comments: