Semoga dalam redhaNya

Wednesday, July 29, 2009

Saiful Adli bin Md Jamal

Assalamualaikum..
ibu takde idea ni, ntah nak tulis aper.. tiba2 ibu teringat kt ayah..
hari ni 29hb Julai, ayah ke PD (tak igt nm tempat), kursus, kul640pm tadi ibu hantar ayah kt ESSO, dekat ng econsave cheras, ayah tumpang kwn ayah ke PD (jimat kos). Slalunya kalau ayah outstation ibu OK jer, (ayah selalu jg keluar bermalam dlm n luar KL utk prog)tapi kali ni ibu rasa cm berat hati sgt (mainan emosi je kut, sbb ibu cuti 3hr + 2hr weekend)..semoga ayah selamat smpai n selamat pulang nnt..kursus nnt elok2 jgn 'fail' lg...so ibu upload gmbr ayah ng kite la kt sini..

22hb ogos 2008 :ibu ayah n mukhlis ke hulu yam, family day pejabat ibu..masa ni mukhlis 2 bulan 11 hari..ibu baru abes pantang bersalin kt mukhlis, gemuk kan ibu..ayah senyum je dukung mukhlis tak sedar kot anak tuh nak nangis...

1hb ogos 2008 : 1st time ayah mandikan mukhlis (masa ni umur mukhlis 1 bulan 19hari), mukhlis masa ni baru cecah 3kg... diam je ayah mandikan, biasanya melalak2 mukhlis menangis..masa umur 3bulan ke bawah, mukhlis cukup pantang klu buka baju, sejuk kot sbb mukhlis kecik je (lahir pun 2.29kg je), ibu kadang2 tak smpai hati nak tukar pampers or mandikan die sbb die menangis kuat sgt..tp bile masuk 4bulan mukhlis ok. tu yang pelik bile ayah cuba2 nak mandikan mukhlis, mukhlis diam..erm anak ayah la katakan...

ibu ayah n mukhlis keluar g kenduri tok Mas (pakcik mas al manar, kelantan), masa ni ibu dalam pantang lg, baru 27hari, kuar ng ayah mukhlis n Tok...dekat je rmh Tok Mas, jalan B, rmh kite Jalan C

mukhlis (20hari) - like father like son, ayah n mukhlis sama2 botak..1julai, ayah cukur rmbut mukhlis, 2 julai ayah pegi cukur rmbut ayah, barula sama gang botak hehehe..

Ayah & mukhlis... sama tak muka? mukhlis manja sangat ng ayah die. Klau tgh nyusu kt blek n bunyi pintu die berhenti nyusu n tk arah pintu n cakap 'ayyaahhh'....sbb ayah die slalu buka pintu kuat2....

ayah tgh drive WRX 6759

ayah ibu n mukhlis kt PD kenduri kawin makcik anor(adik pakcik Jal)..dh ngantuk mukhlis tuh..pakai overall je, tshirt dh bukak sbb panas..



mukhlis tgh tgk ayah, 'posing kemain ayh ni, kalah mukhlis, ayah oo ayah..ayah!! ayah!!ayah!! tgk tuh mukhlis panggil pun tak pandang dh, dok je pandang kamera ibu'


Mukhlis (1thn sebulan)..termenung jauh, mukhlis pantang nmpak handphone, mesti die amik n lekatkan kt telinga die n tersengih2 (seolah2 bercakap la konon)..tp kadang2 die baling, so kalau die amik HP kite lama sket kene alert la bile die cakap 'tho..tho..' (throw) sbb die akan balin HP tuh. HP ayah dh banyak kali ken baling, penah gak masuk 'klinik' (kedai HP), haritu makcik nyer HP masuk 'klinik'..sape lg klau bukan anak kesayangan ayah ni yg baling...huhuhu sia makcik, sebagai denda makcik kata nak gigit pipi mukhlis tiap2 hari selam seminggu....

19 julai 2009, Mukhlis, Ibu & Ayah (blkg tuh abg luqman, sempat lg interframe yer) semasa birthday dalila 15julai, abg luqman+pakcik Jal+baba nurul 20 julai, Ayah 14 julai, mak jah 10 julai.. birthday party versi ekonomi ni, jimat..6 dalam 1..
ayah dapat hadiah kopiah tu (tgh akai tu) dari tok, mukhlis dapat party pack (ada chocolate erm..)

ni kad hari lahir ayah, ibu n mukhlis tulis, tulisan mukhlis la tu, kemain susah lg nak pgg tgn mukhlis n calitkan tulisan kt kad tuh, tau sajer la mukhlis tuh aktif terlebih, boy la katakan.... "happy birthday ayah..mukhlis sayang ayah" (signature...yg sentiasa berubah2 hehehe)

ayah, ibu & mukhlis..kat sekolah ayah, sek keb setapak indah, Danau Kota..masa ni ada KEM BISTARI SOLAT kt sekolah ayah, ibu n mukhlis saje je nak lawat sekolah ayah heheh..ayah naik moto pegi dlu, ibu n mukhlis naik avanza..pegi kemudian..balik dari sekolah ayah, kete kancil himpit kite, kite ketepi sket utk elak n belah kiri avanza kene dahan pokok calar sket (4garis) huhuhu jahat kancil tuh...tp ayah kat takpe, nnt ada duit kite repair skali ng yg kemek kt depan belah kanan (ayah sandar n menggeliat smpai kemek kete huhuhu ayah ayah...)

siapa kata ayah tak blh jaga anak, tgk gmbr2 ayah & mukhlis ni, perasan tak kebanyakan gmbr2 ni ayah y dukung mukhlis..ayah mmg cmtu, kalau keluar bersama ibu n mukhliske mana2 kejap atau lama, ayah akan jaga mukhlis(dukung, tolak stroller, melayan karenah, bagi makan, bagi susu botol, pujuk mukhlis,dll)..ibu & ayah mmg sayangkan mukhlis, tp perhatian yang ayah tunjukkan kt mukhlis mmg cukup menyenangkan ibu..ayah boleh diharapkan la untuk jaga mukhlis..thanks ayah sbb sama2 ng ibu jaga anak kite

anak lelaki & perempuan ; berbeza?

Petikan dari blog kenalan ibu.. menarik sangat...sori yer puan anfal saari, copy paste sket jer heheheh.jom para ibu bapa, kite baca sama2....

Subhanallah Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza sesuai dengan fungsinya dalam kehidupan.
  • Lelaki mempunyai penglihatan 'zoom' sedang perempuan melihat secara 'wide angle'. Jangan suruh anak lelaki cari barang dalam almari sebab dia susah nak jumpa kalau tak organize elok2. Hikmahnya, lelaki melihat dengan pandangan jauh ke hadapan.
  • Telinga lelaki hanya berfungsi di sebelah kanan sahaja. Bila beri arahan, sebut satu persatu perkara, bukan 4 perkara sekaligus sebab telinganya hanya menangkap 1 atau 2 perkara sahaja. Contoh, "Umar, tolong ambil baju kotor dan letak kat laundry bag."
  • Lelaki kurang empati kerana tiada emosi. Satu survey menggambarkan seorang anak perempuan ditinggalkan di tepi jalan dan kamera tersembunyi diletakkan dari satu sudut menunjukkan dari ramai orang yang lalu lalang, hanya 1% lelaki yang akan singgah dan bertanya kepada anak perempuan tersebut. Selainnya adalah wanita yang akan prihatin spt, "Are you okay? Where's your mom? Do you want me to accompany you?" Sebab itu anak lelaki jangan ditanya: "Umar, apa perasaan hari ini?" Heh..tak terjawab dia! Bayangkan kalau lelaki lebih emosi, nak sembelih lembu korban mesti tak sampai hati. ;)
  • Anak lelaki sukakan BENDA, sedang anak perempuan suka pada ORANG. Sebab itu anak lelaki suka main robot, kereta, plane etc. Anak perempuan suka main doll, main masak2 etc. Apabila meningkat dewasa, lelaki memang lebih suka bermain berbanding perempuan.
  • Anak lelaki tidak mempunyai density color yang tinggi pada mata berbanding anak perempuan. Oleh itu, lelaki suka simple color (putih, hitam, biru, merah), dan perempuan appreciate more colors (sebab tu suka shopping!!)
  • Anak lelaki mempunyai energy yang banyak..sebab tu tak leh dok diam.
  • Anak lelaki berumur 7 tahun ke atas sangat memandang tinggi pada bapa. Maka, bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan peribadi anak lelaki.
Dengan memahami ciri khusus anak lelaki, maka kita perlu mengubah cara pandang dan metod pembelajaran anak lelaki seperti;
  • Skema jawapan anak lelaki dan perempuan tidak sama. Jangan bandingkan result mereka.
  • Mengiktiraf anak lelaki sebagai ketua atau menghargai keupayaannya memimpin dalam sebarang hal. Contoh: "Umar, Ummi nak Umar jadi imam solat sebab hari ni Ummi tak boleh solat. Ulya dan Ulwan ikut belakang ye."
  • Beri reward seperti stiker pada 'performance chart' bagi sebarang kebaikan atau peningkatan yang dilakukan
  • Dedahkan anak lelaki dengan aktiviti lasak agar tenaganya dialirkan, spt berenang, martial art dll.
  • Disiplinkan anak lelaki (dan perempuan juga) untuk meletak barang pada tempat yang spesifik. Reward setelah good habit ini berterusan.
  • Anak lelaki belajar dengan bermain. Oleh itu terapkan permainan yang sesuai untuk mencapai objektif pembelajaran. Anak boleh bermain kereta atau robot dalam proses mempelajari matematik.
  • Disebabkan anak lelaki cepat rasa jemu, biarkan dia bergerak/bermain seketika selepas 30 minit belajar.
  • Gunakan PETA MINDA (teknik Tony Buzan) untuk memudahkan ilustrasi pelajaran.
  • Jangan belajar di depan TV atau dengan keadaan bunyi TV. Disebabkan pendengaran anak lelaki kurang berbanding perempuan, maka dia perlu FOKUS dan tidak boleh ada gangguan.

Sunday, July 26, 2009

Hari Raya Pertama Mukhlis (1hb 10 2008)

hari raya puasa yg pertama mukhlis..1hb10 2008 (mukhlis 4bulan), 2nd time ibu n ayah beraya sebagai 1 keluarga..malam raya tuh kite gerak balik kelantan lak.. keluarga mak ngah takde sbb makngah beraya ng tok ayah di semenyih..
berdiri dari kiri : baba nurul, umi ya dukung maryam, ibu dukung mukhlis, ayah, makcik, pakcik Jal dukung dalila,
duduk di kerusi dari kiri : bob @ tok cak man, nenek, tok riba abang anas,
bawah dari kiri : abang luqman, kak ayesha, abang ammar


mukhlis (4bulan) & dini dalila(3 bulan) di pagi raya, nyenyak sungguh tdo, tak pedulik dh pagi raya ke ape ker.. masa ni mukhlis tembam bam bam yg amat heheheh


mukhlis & 'girafe' nya(jiraf)..hadiah dari pakcik nuaym dan makcik nawwar masa umur mukhlis 27hr..best jiraf ni, tarik ekor die bunyi, tp smpai sekarang mukhlis tak reti tarik heheh

2hb 10 '08 ; semalam di melawati KL, ni di KB plak hehehe beraya dgn family belah ibu plak..n seperti biasa rutin ktrg, hari raya ke2 mesti g pantai, bersantai2 sekeluarga..tu yg pakaian pn santai habis tuh....ni ibu & ayah....

mukhlis, ibu & ayah..di pantai irama, bachok kelantan

'Mini pool' tok

"erm mana abg2 n kakak2 ni" agaknya itulah yg mukhlis fikirkan tuh..menung panjang jer..
mula-mula berendam sorang2 jer.. 'float' ben 10 ni tok beli masa g kuantan ng makcik sekeluarga...mukhlis seronok jer, dok kuak kuak air ng tangan kecik die.

pastu start nangis sbb boring sorg2 jer, dalila tak join sbb selsema tak baik2 lg..

dh ada kwn senyum la..kak nucah yg tak penah jemu melayan mukhlis..

tgk la betapa happy nyer diorg, dalila pun ta lepas peluang, akhirnya walaupun selsema dalila pn join jg.
agaknya aper yg mukhlis n kak nucah tgk tuh yer...

dh lama ibu n ayah plan nk bw mukhlis mandi sungai or pantai tp asyik tak bkesempatan jer, KL n ada laut so sungai jer la pilihan. hrtu awal bulan6 ms balik kota bharu kenduri kawin mok yu, kite tak sempat pun ke pntai. ta sabar nk tgk gelagat mukhlis dlm air, cmner la agaknya yer. Petang 4hb julai sebaik saje balik dr tmn tasik ampang ibu minta ayah tadah air dlm 'mini pool' tok.. Blh la jg mukhlis merasa berendam dlm air walaupun bukan sungai atau pantai hehehe, jom tgk gelagat mukhlis n abang kakak...

taman tasik ampang

sampai taman tasik ampang, letak mukhlis dalam stroller, ape lg excited la mukhlis nak jalan tu. ayah tgk lock kete mukhlis sibuk dh dok tunjuk arah pintu masuk. sebelum tu macam biasala, mukhlis akan minta 'kuh kuh kuh' (shoes) ng ibu heheheh..manja manja ibu...

mukhlis tgh merangkak dalam 'tunnel' kt playground tasik ampang. Bukan senang nk pujuk die suh merangkak...

muncung jer mulut tuh, mukhlis marah sbnrnya tuh, die nak naik 'baby swing'... jap yer sayang mukhlis, nnt kite naik 'baby swing'

mukhlis dan ayah

yei yei yei.akhirnya dapat naik 'baby swing'.. tgk tu beza betul kan ng td, td muncung er, ni dh senyum sket....

Fashion & Dressmaking

Hari ni 26 julai, bermakna 26hari juga ibu bergelar 'student' kembali. Last kerja 30jun dan 1julai ibu mula masuk kelas.. Ibu amik kursus 'Pembuatan Pakaian Wanita' (Fashion & Dressmaking nama omputih nyer).. Rutin ibu pun dah berubah, dulu keje dekat je dengan rmh tok (taman melawati) keje 9am-6pm, 5min dh smpai pejabat, jadi pagi ibu sempat mandikan mukhlis seawal jam 750am @ 8am, kemudian susukan mukhlis (kadang-kadang smpai mukhlis tertido), tengahari ibu balik lunch kt rumah tok (sbnrnya untuk tgk mukhlis n susukan mukhlis, alang2 tuh makan je la terus kt rumah tok). Petang balik keje 6pm, bawa mukhlis jalan kt depan rumah tok (tunjuk 'bird' dan 'cat' kt mukhlis sambil sembang2 ng mukhlis).
Sekarang kelas ibu 8am-5.15pm, isnin-jumaat, tapi ibu kene ada kt kelas 15min sebelum kalau tak kene denda ng tenaga pengajar heheheh..kelas ibu kt cheras jadi ibu kene kuar rmh seawal 7am n selewat2nya 715am sebab jalan 'jam' kt ampang dan 'simpang pelik + tak sekolah' nak masuk ke cheras tuh..ibu tk sempat nak mandikan mukhlis pagi2 (minta tolong tok mandikan, kadang2 ayah mandikan) sebab sebelum kul7 tu awal sgt nak kejut mukhlis, sian kt mukhlis. Kadang2 ibu nak pergi kelas tuh mukhlis pun tak bangun lagi(erm klau mukhlis tak bangun lagi ibu mesti teringat2 kt mukhlis masa dalam kelas, rindu kan 'muah muah' mukhlis hehehe)..

Inilah pengorbanan yang ibu kena buat untuk masa depan kite, sekarang mungkin ibu n ayah susah sikit sebab income hanya dari ayah jer, nak bayar kete lg,n sara hidup kite bertiga lg. Alhamdulillah, suka ibu katakan kite merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah tu lg tersusun dan baik belaka. Allah dan susun perjalanan hidup kite, cantik sekali, kite hanya perlu berusaha jer. Ibu taknak selamanya kerja dengan org dan bercadang nak ada bisnes sendiri, kecil-kecilan pun takpe selagi mana ibu dapat income sendiri(mungkin bermula dari rumah je, buat permulaan) sbb ibu nak pantau anak2 ibu sendiri. Ibu kene buat sesuatu yang ibu minat (dan ada kemahiran sikit2) iaitu menjahit, jadi ibu nak jadikan itu kerjaya ibu. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup ibu.