|
Trimester ke 3 (29-40 minggu)
Pada Trimester ke tiga ini perut sudah membesar. Bersisap sedia lah untuk kehadiran ahli baru dalam keluarga. Mungkin anda akan merasakan berbagai perasaan emosi yang berbeza-beza. Kegembiraan untuk bertemu ahli baru. Mungkin anda juga khuatir dengan kesihatan bayi anda. Anda mula terfikir tentang proses bersalin. Dengan perubahan emosi ini, tubuh secara fizikal juga mengalami perubahan pada trimester akhir ini.
Beberapa perubahan yang terjadi pada kehamilan trimester ke tiga:
SAKIT PUNGGUNG
Sakit pada punggung, hal ini kerana anda meningkatnya beban berat yang anda bawa iaitu bayi dalam kandungan.
Pakailah kasut/selipar tumit rendah; Elakkan mengangkat benda yang berat; Berdiri dan berjalan dengan punggung dan bahu yang tegak; Mintalah pertolongan untuk melakukan pekerjaan rumah anda sehingga anda tak perlu kerap membongkok; Pakailah pakaian yang bersesuaian.
PAYUDARA
Keluarnya cairan dari payudara iaitu kolustrum yang mana adalah makanan bayi pertama yang kaya akan protein.
KONSTIPASI
Pada trimester ke tiga ini konstipasi juga kerana tekanan rahim yang membesar ke usus selain peningkatan hormone progesterone. Atasi dengan memakan makanan berserat, buahan dan sayuran serta minum air yang banyak, serta senaman.
PERNAFASAN
Pada kehamilan 33-36 minggu ramai ibu hamil akan merasa susah bernafas, ini kerana tekanan bayi yang berada dibawa diafragma menekan paru-paru ibu. Tapi setelah kepala bayi sudah turun ke rongga pinggul (biasanya pada 2-3 minggu sebelum proses bersalin) maka anda akan merasa lega dan bernafas lebih mudah . Selain itu juga rasa terbakar didada(heart burn) biasanya juga ikut hilang.
KERAP KENCING
Pembesaran rahim dan ketika kepala bayi turun ke rongga pinggul akan makin menekan kantung kencing anda.
MASALAH TIDUR
Setelah perut anda besar anda dan bayi anda menendang di malam hari anda akan rasa susah untuk tidur nyenyak. Cubalah untuk menyesuaikan posisi tidur anda .
VARISES
Peningkatan tekanan darah dan alirannya selama kehamilan akan menekan daerah pinggul dan vena di kaki, yang menyebabkan vena menonjol. Dan pada akhir kehamilan kepala bayi juga akan menekan vena daerah pinggul. Varises juga dipengaruhi faktor keturunan. Angkatlah kaki keatas ketika anda berehat atau tidur; Jangan berdiri atau duduk terlalu lama, cubalah untuk berjalan-jalan sambil meregang otot-otot.
KONTRAKSI PERUT
Braxton-Hicks kontraksi atau kontraksi palsu. Kontraksi berupa rasa sakit yang ringan, tidak teratur, dan hilang bila anda duduk atau berehat
BENGKAK
Pertumbuhan bayi akan meningkatkan tekanan pada kawasan kaki dan pergelangan kaki anda, kadang tangan bengkak juga. Ini disebut edema, disebabkan oleh perubahan hormonal yang menyebabkan retensi cairan.
KRAM KAKI
Ini sering terjadi pada kehamilan trimester ke 2 dan 3, dan biasanya berhubungan dengan perubahan sirkulasi, tekanan pada saraf dikaki atau kerana rendahnya kadar kalsium.
CAIRAN VAGINA
Peningkatan cairan vagina selama kehamilan adalah normal. Cairan biasanya jernih, pada awal kehamilan biasanya agak kental dan mendekati persalinan lebih cair. Yang terpenting adalah tetap menjaga kebersihan anda. Hubungi doktor anda bila cairan berbau, terasa gatal, sakit.
No comments:
Post a Comment