Sepanjang minggu ini, kita bermalam di Melawati, rumah Tok, sebab ayah kata in case ibu bersalin awal (malam) senang, tak yah nak angkut Mukhlis tengah tido. Kehidupan kita agak kelam kabut heheh, rumah Klang Gate pun kelam kabut, mana taknya baju-baju bertimbun heheheh. Weekend ni ibu balik kemas sket-sket sekadar termampu sebab ibu pun bukan larat sangat, ayah pulak keje sabtu, ahad nak ke Damansara tengok baby cot adik. Huhuhu sungguh kelam kabut hidup ni. InsyAllah minggu depan bila dah angkut sket-sket barang keperluan (baju, kelengkapan dll) kita dah tak kelam kabut hehehe.
Teringin nak bermalam di 'istana' sendiri (rumah kita la tuh). Walaupun rumah kita tak besar dan lengkap macam rumah Tok, tapi kita selesa kan kat rumah kita. Masa mula-mula hari tu, Mukhlis ada minta ngan ibu nak balik rumah kita. Dua ke tiga hari dok minta nk balik. Mukhlis cakap rumah kita cantik hehehe. Alah macam ibu tak tau Mukhlis rindukan mainan-mainan Mukhlis. Sayang, bukan ibu taknak bawa ke rumah Tok mainan-mainan Mukhlis tu, tapi kat rumah Tok tu dah berlambak mainan turun-temurun, belum lagi mainan Dalila yang selambak tu. Nanti sape nak kemas. Nak harap Mukhlis kemas herm.... Pengsan nak menyuruhnya..
Satu malam tu, balik dari rumah Tok su (makan-makan sempena birthday Tok Su Janggut), kita balik ambil baju kerja ibu ayah dan beg bersalin ibu, Tok ummi dalila dan Dalila ikut sama.. Mukhlis pun tanya “ibu, kita nak balik rumah kita ker?” sebab Mukhlis dah biasa jalan nak balik ke rumah. Contohnya kalau dah sampai depan kubur tu Mukhlis dah boleh bagi direction untuk sampai ke rumah kita. Naik atas situ, pastu pusing situ, pastu turun situ, pastu hahah tu rumah kita, dah sampai hehehehe.. Comel sangat... Bila tau nak balik rumah kita, Mukhlis pun sembang la.. “erm, rumah Mukhlis cantik sangat..” Sesampai rumah kita, ibu sorang je masuk, the rest tunggu jer dalam keta. Mukhlis pun tak masuk rumah, sebab karang taknak keluar plak, tengok dari luar jer..
31hb okt
Around kul11am kite (ibu, ayah, Mukhlis & Tok) kuar ke Damansara, beli baby cot untuk adik baby. Used baby cot, tapi still cantik dan elok. Baik betul seller tu, friendly sangat. Die buat macam open garage sket la hehehe, banyak barang-barang anak2 die, cuma yang kita ambil baby cot, mattress (latex lagi tau, safe n sound, baru dalam RM300++, die bagi kita RM90 je), baby playmat (boleh tambah playmate ABC Mukhlis yang dah sedia ada, banyak gila tapi diorang bagi RM5 jer), dan bath tuh + pelapik.. Pun die bagi murah2. Sebab memang diorang nak clear kan stor, lagipun diorang cakap cukup la anak 2orang heheheh.. Lepas tu kita pergi kedai perabot untuk survey Tok nak beli katil + tilam Queen untuk letak kat bilik lama kita untuk kegunaan ibu dan baby masa dalam pantang nanti, dan selepas tu boleh jadi bilik tetamu la.. Dua kedai jer pergi, kat greenwood dan ampang. Pastu pegi kedai Twin Baby, Tok nak hadiahkan Bedding Set untuk adik baby, Tok kata dah tengok hari tu, then hari ni nak suh ibu pilih color jer. Yang ibu dan ayah pilih tu pun sama dengan yang Tok berkenan pun hehehe. Banyak baju2 baby cantik-cantik, tapi itu lah, kalau pergi dengan ayah memang takde chance la nak window shopping.. Menyampah... Malam, katil sampai, dan kita rasmi tido katil baru, actually ayah dengan Mukhlis la rasmi, ibu tido atas katil single jer hehehe takpe bagi chance kat ayah dan Mukhlis, ibu bersalin nanti hah ibu dengan adik baby la tido situ plak.
No comments:
Post a Comment