Aku yang teruji.....
Bukan semua apa yang kita mahu kita akan dapat
Bukan semua apa yang di rancang akan terlaksana seperti yang di mahu
Bukan semua rezeki adalah milik kita
Banyak perancangan dan angan-angan di buat
namun semua nya seakan susah tercapai,
ada sahaja mehnah dan aral yang datang..
Mengapa susah sangat hari hari yang di lalui
Kenikmatan baru di hujung jari
Belum pun di genggam
Sudah pun terbang menghilang
Perit nya
Kenapa tidak semudah oranglain
Mungkinkah kita kurang mendekatkan diri pada Illahi?
Mungkinkah kita kurang bersyukur?
Mungkinkah kita sedang di uji?
Mungkinkah kita sedang di perhati?
Mungkinkah kita sedang di sayangi?
Ya Allah
Mengapa perjalanan hidup terlalu banyak liku?
Sejauh mana ingin kau uji hamba mu ini....
No comments:
Post a Comment