
Assalamualaikum,hari ini 1ohb jun...
Cuti sekolah telah bermula 5jun - 20jun, selama 2 minggu, walaupun Mukhlis kecik lg n tak terlibat dgn cuti sekolah tapi jangan lupa ayah Mukhlis kan cikgu (^-^) heheheheh..
Banyak yg kite plan sempena cuti sekolah ni, antaranya bercuti ke Pangkor dgn tok n dalila sekeluarga pada 12-14jun ni, namun ape kan daya kekangan ekonomi kite tidak mengizinkan, sbb 11hb ibu n ayah nak celebrate hari lahir mukhlis yg ke-2..ibu n ayah harus memilih antara 2 (bercuti n wat mkn ni). Kalau bercuti mmg best la sbb blh spend masa dgn family tp tak adil untuk Mukhlis, 11hb jun hanya datang setahun sekali je, bercuti mgkin kite blh pegi time cuti yg lain kan sayang kan...
Dahulu ibu selalu terfikir best jadi anak, anak sulung selalu istimewa. Boleh marah adik-adik. Boleh arah adik2 itu dan ini, ibu bapa selalu menangkan anak sulung. Ibu tak suka sangat. Namun, sekarang ibu faham & mengerti.
Mukhlis..
Sebagai anak sulung mukhlis memang istimewa, dilahirkan dalam segala kekurangan kerana kekurangan ibu & ayah. Membesar dalam segala kekalutan ibu & ayah menstabilkan hidup berkeluarga, pasangan muda, kahwin awal. Mukhlis ISTIMEWA dan akan selalu ISTIMEWA di mata dan hati ibu & ayah. Apa yg ibu nak muhlis tahu bahawa ibu tersangat sayang kt Mukhlis walaupun kadang2 Mukhlis banyak menguji kesabaran ibu dgn kelasakan Mukhlis menginjak usia 2tahun (11jun, esok la tu hehehe)....
Mukhlis suka tengok orang naik basikal
Mukhlis : ibuuuu.. mukhlis nak basikal.... boleh? (alhmdllh pertuturan mukhlis dh semakin jelas sekarang, dh kurang pelat dh)
Ibu : minta la dgn ayah nnt ibu takde duit..
Tak lama tu, bila ayah balik....
Mukhlis : ayahhhhh.. mukhlis nak basikal.... boleh?
Herm...ibu & ayah tersenyum dan dah dapat idea ape hadiah yg nak bg kt mukhlis 11hb jun ni..
8hb jun ibu MC sebab tak sihat, balik klinik, ayah ajak ibu n tok ke kedai kt Cheras, (EVERGREEN nama kedai tu), kite pilih basikal kecik untuk mukhlis heheheh, tapi yang ada warna PINk je, takpe la pink pun pink la (siapa kata lelaki tak boleh warna pink, tak berdosa pun....huh)
Alhamdulillah dengan bajet yang tak banyak ibu & ayahgembira kan hati anak sulung ibu & ayah, belikan basikal sempena 2nd birthday, tapi mukhlis belum tau lg itu hadiah mukhlis heheheh..mukhlis tgk n test naik je.. tp mukhlis tau birthday mukhlis tak lama lagu sebab mukhlis selalu nyanyi “ happy birthday to U, happy birthday to U, happy birthday to Mukhlis, happy birthday to U (tepuk tangan sendiri n cakap..) pandai......” hehehe comel anak soleh ibu ni...
Terima kasih sayang sebab sudi jadi permata hati ibu, anak soleh ibu, penyejuk hati ibu & ayah... walaupun kekadang mukhlis banyak menguji ibu, tapi ibu tetap sayang mukhlis, tidak berkurangan walau sedikit pun sayang... Walau bagaimanapun, ibu teringin juga bercuti, tak dapat jauh, dekat pun jadi la... herm...sabar yer ibu ekonomi kite tak mengizinkan huhuhuh....
Dalam kesempitan ni, tetiba ibu dapat sms dari makcik Shaini (kawan ibu kt inkubator Cheras) “Murni, cek elaun dh ada, blh datang ambil dgn akak”.... alhamdulillah...rezeki kite, walau tak banyak cukup la untuk cover banyak benda antaranya top up sket utk celebrate birthday anak ibu nanti, n balik kelantan (insyaallah plannya 17hb-20hb) mungkin kita naik bas je utk save cost..lagipun mukhlis belum pernah naik bas lagi kan sayang... kite jadikan ‘percutian’ kite ni suatu yg menarik dan jadi pengalaman baru buat mukhlis.. Best best best best.....
Kite merancang Allah juga merancang namun perancangan lebih baik, dan inilah perancangan Allah untuk kite. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment