Semoga dalam redhaNya

Monday, June 21, 2010

trip - Genting Highland

gelagat mukhlis
1-masam je.. tengah tunggu bas (mana bas ni, lama mukhlis tunggu)
2-
konon nak pakai seat belt la
3-tersengih2 malu, nampa
k bas,

ni die wajah2 orang yang tak sabar2 nak naik bas...

dah sampai hentian bas kat cable car genting, excited mukhlis, tp sebab nampak bas banyak la (dari bawah ni belum nampak cable car lg, ni B4, kena naik T3 untuk ke cable car...

ni pose dalam bas, erm gambar tak ikut turutan hehehe takpe janji ada gambar

tuuu dia mukhlis dalam cable car.. good boy kan mukhlis ni, tk takut pun, yg muka masam mencuka je memula tu sbb marah ibu kejut dari tidur, hehehe lepas tu sengih2 tengok pemandangan kat luar.....best..sejukkk...

ibu & ayah....interframe sket hehehe...tiket sbg tanda/kenangan kita pernah naik bas n cable car..tiket lg 1 tu tiket train dalam genting...dan cafe 7 punya papan tanda....


Trip sempena Hari Bapa (20 jun 2010)

Selamat hari bapa kepada yang bergelar bapa....
Selamat hari bapa kepada ayah mukhlis, Saiful Adli bin Md Jamal...
Selamat hari bapa kepada tok ayah mukhlis, Md Jamal bin Suboh...
Selamat hari bapa kepada atuk we mukhlis, Wan Awang bin Wan Abd Rahman...
Dan..
Selamat hari bapa daripada mukhlis kepada bapa2 yang lain, baba nurul, pakngah sopi, pakcik Jal, tok su janggut, pakcik ime, pakcik syam, abi muadz, abi yop, dan semua yang mengenali mukhlis.

Hari ini ahad 20 jun sempena hari bapa, ibu dan ayah plan memenuhi agenda hari minggu kita dengan berjalan-jalan sambil rileks... Survey punya survey selama seminggu ibu dan ayah buat keputusan untuk bawa mukhlis naik bas eskpress dan cable car... Wuyooo best nya, kite ke genting highland dengan public transport. Ayah kata “huhh bestnye, selalunya tak dapat tengok view sebab driving, sekarang ni jadi penumpang, rileks rasanya, besttttttt...”, itu la lama dah ibu plan nak wat trip macam ni, hah ayah tu asyik busy jer manjang, sekarang tau pulak best....

Plan asal nak keluar pagi-pagi, tapi mukhlis bangun lambat, nak bagi mukhlis makan lagi, mandikan lagi, siapkan, isu n ayah bersiap n sarapan, makan masa tuu.. so kite keluar lambat la jawab nyer.... kul1200 tghr baru kite sampai di terminal putra lrt gombak, ayah parking kereta dan beli tiket bas ekspress 1230pm.. herm sekejap je tunggu. Mukhlis excited sangat tengok bas lalu lalang heheheh sibuk minta nak naik, sabar sayang jap lagi bas kita sampai. Tambang die murah je. Pergi-balik seorang rm16.00 je (bas ekspress dan cable car sahaja, pergi-balik), kanak-kanak bawah 3tahun f.o.c....

Sebaik saje naik bas, kite terus naik dan cari seat kite mukhlis yang tadi macam mengantuk (sebab tengahari memang time tido die), terus segar bugar, mata galak je tengok pemandangan dalam bas dan luar bas, sementara tunggu ayah masukkan stroller mukhlis dalam tempat luggage, mukhlis duduk kat seat ayah sekejap, sebaik je ayah nak duduk dan angkat mukhlis, mukhlis marah-marah “ayah, bangun la, ni mukhlis punya” heheheh bergaduh-gaduh dengan ayah, berebut seat.. sepanjang perjalanan mukhlis berdiri sebelah ayah (tengah2 laluan antara seat kiri dan kanan sebab seronok tengok jalan kat depan, almaklum saja la 1st time naik bas).

Sampai stesen cable car genting dalam kul100pm, bas berhenti kat stesyen di B4, singgah cafe 7, makan tengahari (fuhh boleh tahan harga die, 2X ganda harga makanan banding dgn kat bawah, makan je la, ibu makan nasi lemak biasa, kosong, share dengan mukhlis RM3.50, nasib baik sedap heheheh, ayah makan nasi goreng biasa RM4.00 dan milo O RM2.50). Pastu kita naik lif ke tingkat 3 (T3), stesyen cable car. Huyoo ramainya umat manusia, selautan gitu...sejam lebih menunggu giliran untuk naik cable car, lama sangat tunggu mukhlis pun tertidur setelah selamat minum susu anmum sebanyak 180ml heheheh kenyang+ngantuk+bosan tunggu lama = tidur yang nyenyak teramat hingga tak hingat dunia walaupun berpeluh-peluh lencun.... ahamdulillah mukhlis bagi ‘kerjasama’ yang marvelles sepanjang menunggu bas dan cable car... senang ibu dan ayah nak buat trip merapu macam ni lagi lainkali, yer sayang... (actually mukhlis tengah demam, selsema dan batuk2 time ni, tapi itu tak jadi hal la, kan sayang kan...)

Setengah perjalanan cable car ibu kejutkan mukhlis untuk join ibu & ayah tengok view dari gondola ni. Erm buka je mata mukhlis tersengih-sengih, syok + best kata mukhlis..
Tak la tinggi sangat cable car genting berbanding dengan cable car Gunung Mat Cincang kat Langkawi nun.. (ibu & ayah naik cable car gunung Mat Cincang selepas kahwin tahun 2009, lepas raya, masa tu pegi ziarah makngah yang baru kehilangan arwah pakngah, sambil2 tu pegi jalan dengan tok, ummi dalila &pakcik Jal: mukhlis & dalila takde lagi masa tu)

Sampai stesen genting, ibu & ayah solat lepas tu baru kita pegi jalan2. Naik tren merah yang bayar rm5.00/pax sahaja, pusing-pusing dalam genting tu.. Ayah sibuk ambil gambar, ibu pegang mukhlis yang tengah nak melasak tuhh.. Bahaya.. karang jatuh susah plak. Umat manusia tuu die…selautan, pening kepala ibu.. maklum saja cuti sekolah + cuti weekend (ahad) heheheh, kite tak main apa-apa pun, setakat ambil gambar dan jalan-jalan kat taman je sebab kite bajet nak turun sebelum pukul530 nak kejar bas balik pukul630pm ni.. Singgah minum coffee kat oldtown white coffee, lepak jap, pastu gerak untuk turun / balik.

Naik cable car kali kedua. Gondola untuk turun ni tak la ramai sangat orang, alhamdulillah, tak lama sangat menunggu turn kita. Naik gondola no. 8. Kali ni ibu & ayah biarkan mukhlis berdiri (masa naik tadi mukhlis duduk dalam stroller) sebab nak bagi mukhlis rasa pengalaman baru ni, ape lagi seronok la mukhlis, melompat-lompat dalam tu (cuak gak ibu, takut gondola tu terhenjut2 karang jatuh ke hape ke nauzubillahi min zalik), sekali marah mukhlis diam sekejap pastu lompat lagi hishh aktif betul anak ibu ni. Tunggu bas ekspress, masa ni mukhlis dah nampak restless dah, naik je bas mukhlis mengamuk nak susu, bising sangat, dah la duduk depan sekali belakang driver, heheh karang kena debik dengan pakcik driver sebab memekak, ganggu konsentrasi die bawa bas tuh, dapat susu diam la. Ayah pulak dok pening kepala penangan amukan mukhlis heheheh, sabar ayah yer, mukhlis penat la hari ni, lagipun mukhlis tak sihat ni…

Pukul7pm lebih kurang kita sampai terminal gombak, naik avanza n balik.. Malam kita tidur rumah tok kat melawati sebab ayah kata rindu la lama tak tidur rumah melawati.

Erm gambar-gambar yang kita ambil, tak sempat ayah upload dalam laptop, dan camera ibu plak dah kehabisan bateri tak sempat nak charge so tak dapat la nak share dalam entry ni, nanti esok ke lusa ke bila dah setel gambar tu ibu taruk dalam ni wokeh sayang..

Sekian sahaja la laporan ibu hari ini, terima kasih muahhhkkkssss hehehehe


Stesen lrt putra gombak- cable car genting :
bas ekspress seat no. 35 & 36
Cable car genting – genting highland :
gondola no.39
Genting highland – cable car genting :
gondola no: 8
Cable car geting – stesen lrt putra gombak :
bas ekspress seat no. 1 & 2

p/s : bulan depan insyAllah ayah cakap nak buat trip ke melaka plak, naik bas ekspress juga macam hari ni, heheheh best best best…

No comments: