Semalam, 26hb ada rutin monthly check up ibu (twice a month dah sebenarnya). Dah 36weeks nanti bermula la check up seminggu sekali huhuhu... Macam yang pernah ibu bgth sebelum ni, ibu lebih selesa memilih sesi petang sebab tak ramai sangat dan lengang sahaja, best sket.. Pagi ke ofis macam biasa, keje half day je la hari ni. Kul1pm singgah MyMydin kat Platinum Walk 12 tu jap, beli diapers PetPet (rm32.90 sahaja) untuk Mukhlis selepas tu pegi lunch kat kedai feveret, sengaja makan lambat-lambat sebab nak tunggu kul2pm hehehe. Lepas makan terus, langsung ke klinik Kesihatan Gombak Setia. Dapat giliran 1st heheheh. Urin normal, berat 60.5kg huhuhuh (tp normal naik 1kg je, selalu 2kg atau lebih), hB tak dapat check sebab mesin die rosak.. Dan menurut perkiraan, usia baby sekarang 34 4/7 weeks, alah nak senang kira lagi 3hari genap la 35minggu... Huhuhu abang mukhlis dulu lahir masa 35 5/7 (hampir 36weeks), takut takut takut.... Bukan takut ape, takut tak sempat ke hospital sebab proses kelahiran Mukhlis hari tu cepat dan mudah sangat, itu anak sulung. Anak kedua ni mungkin lagi mudah dan cepat, takut tak sempat sampai ke hospital terus terbersalin dalam kereta, nauzubillahi minzalik.. Masa pregnant Mukhlis bila kandungan dah 34minggu berat ibu dah cecah 64kg dan 2 weeks after (36weeks) berat adalah statik, 64kg. Adik kali ni usia 35minggu tapi berat ibu 60.5kg, lebih ringan 3.5kg berbanding masa mengandung Mukhlis, erm adik ni lagi kecik ker? (ish tapi lasak nya kemain, asyik 'guling-guling' je heheheh, kalah abang Mukhlis).
Tok dan nenek kata muka dan kaki ibu dah nampak macam kembang/sembab (tanda-tanda awal dekat nak bersalin), ayah ape lagi risau la sebab ayah selalu kuar malam, program la hape la... So ayah menggunakan kuasa nya selaku ketua rumahtangga, mulai malam tadi (malam 26hb), kita tido kat rumah Tok sampai la ibu bersalin dan berpantang. Huhuhu leceh la nak mengangkut barang-barang, ibu bukan larat sangat nak ngemas-ngemas ni, rumah kita pun bersepah baju bergantungan tak bergosok (nak pakai baru gosok). Semalam ibu bawa baju untuk pakai hari ni je, ptg ni singgah amik untuk pakai esok dan lusa. Pastu weekend nanti baru 'gotong-royong' dengan ayah, kemas baju-baju yang mana nak bawa ke rumah Tok. Ibu pula, memang la sekarang ibu rasa macam berat sangat (berat perut hehehe), nak bergerak tu terbatas. Sakit+lenguh belakang tu biasa, tersalah pusing masa tido malam herm esoknya confirm lenguh belakang dan mangsanya adalah AYAH.. yer silakanlah urut+picit+sapu losyen gamat yer..hehehe TQ TQ TQ.. Pastu Mukhlis mula la sibukkk tanya “ibu sakit ker?herm..sakit kat belakang ker?” heheheh tomei tomei tomei.. Dua tiga menjak ni pun Mukhlis bila terjaga malam-malam memang akan cari ayah die, “ayah..ayah..ayah..nak tido kat bahu ayah..”, kekadang nak manja-manja ngan ibu.. Ok la nanti takde la nak berebut dengan adik die. Kaki pula kekadang rasa lenguh sesangat, rasa nak baring jer (tapi mana boleh malas-malas, karang Mukhlis jadi anak terbiar plak time ayah die takde heheh,rumah plak terbengkalai macam kena serang garuda plak, kena gagahkan juga buat kerja rumah dan jaga si Mukhlis).
Balik klinik, singgah Giant jap. Beli bakul baju baby dan renda tambahan untuk buat lapik baby. Cishhh kena saman parking plak, padahal tak sampai setengah jam letak keta huhuhu melayang duit (1st two weeks dari tarikh -26hb- kalau bayar terus dapat la diskaun bayar RM35.00 sahaj, lepas tu naik RM70.00, lepas tu RM100.00). Ape daa.. Tapi kan dah takde rezeki orang cakap, kalaula ibu awal seminit kuar dan orang MAPJ tu tak sempat print boleh tolak ansur lagi, ini die baru jer print ibu sampai huhuhu, kete BMW sebelah ibu pun kena, cuba teka sapa orang tu.. Johan raja lawak, heheheh die pun singgah jap untuk beli DVD je (die cakap kat pakcik MPAJ tu la, kalau die tipu ibu pun tipu la).. Herm..takpe la memang salah ibu pun, kalaulah ibu bayar paking RM0.50/jam (sahaja..tapi dah jadi habit tak bayar parking sebab ingta nak singgah sekejap jer..padan muka ibu), tentu tak melayang RM35.00 huhuhu beza banyak tuh....
Ooo ibu ada cakap tak yang ibu survey used wooden baby cot selama ini.. erm yang kat Shah Alam dah melepas sebab lambat (bukan rezeki adik baby). Kelmarin ibu tengok kat ebay Malaysia. Adalah uncle cina kat Damansara, nak let go anak die punya baby cot. White wooden baby cot, harga not bad sesuai dengan bajet ibu ayah, tak payah bid, beli terus dan COD only. Ayah dah setuju, dan dah tunjuk gambar kat ayah.. InsyaAllah this weekend (sunday afternoon) kita ke rumah uncle tu. Tapi w/out matress la. Matress nanti beli asing..
No comments:
Post a Comment