Semoga dalam redhaNya

Wednesday, September 29, 2010

sudah 30 weeks

Semalam (28hb 9) pergi check up kat HUKM, KKIA Gombak Setia suruh refer hospital sebab masa last check up di KKIA, doktor sana kata air ketuban macam sikit je dan size baby kecil berbanding usia die, takut baby bermasalah. Dan doktor kata mungkin baby boy, tak confirm juga sebab alat scan tu tak jelas, lama punya la katakan. Herm sedar tak sedar usia baby dah masuk 30minggu. Kul830 am hantar Mukhlis rumah Tok (mula tu plan nak bawa jer tapi ayah kata takut tak terkawal sebab Mukhlis memang suka melasak), appointment ummi Ya dah set kan, kul9am.. Alhamdulillah result OK jer, memang la air ketuban tu agak sikit namun tak membahayakan, cuma kena banyak minum air kosong dan banyak berehat. (berehat??huhu dengan si Mukhlis yang notty tengah nak membesar tuh? Sempat ke ibu rehat? Melainkan kalau ayah ada kat rumah selalu..) Masa scan tu doktor cakap “baby girl” huhuhuh nampak jelas, tapi ayah kata “janganla yakin sangat nanti frust plak dan ibu jadi tak sayang baby ni nanti” herm jarang ibu yang tak sayang anak ni, anak yang tak sayang ibu memang banyak tak terkira.. ibu tak kisah girl ke boy, mana2 pun tak kisah janji anak ibu sihat walafiat dan soleh/solehah, tapi disebabkan dah ada boy (Mukhlis) sorang tuh ape salahnya ibu mengidam anak girl pulak. Baru la sepasang hehehe..

Dah 30minggu, rasa macam sekejap jer masa berlalu, abang Mukhlis dulu lahir masa 36minggu, kalau adik baby ni lahir 36minggu juga maknanya lagi 6minggu la. Wahhh sekejapnya masa berlalu, Mukhlis dah nak jadi abang la.. Mukhlis nampak macam suka,slalu jer cakap “ibu, nak tengok adik baby”. Pastu ibu dekatkan perut ibu dengan Mukhlis, Mukhlis pegang perut ibu dan berbisik “adik, jangan nangis tau, tido baik2 tau, jangan nangis tau” pastu senyum sorang2. Harap2 la sayang kat adik tu sampai biler2, jangan pula adik keluar nanti abang Mukhlis buli adik yer..

Erm baju-baju boleh recycle abang Mukhlis punya jer, dah besar sket baru kite beli baju yg ala-ala girl gitu yer. Lagipun baju-baju abang Mukhlis elok2 lagi. Lagipun ekonomi tak memberangsangkan ni heheh, kita beli ape yang betul2 perlu sahaja dulu.

P/s : Next check-up kat HUKM adalah 12hb oktober, dan di KKIA 7hb oktober, oh boss ku jangan la marah banyak sangat time slip / MC yer heheheh. Dah masuk 30minggu ni check up every 2weeks la plak, erm letih juga menunggu bukan nya sekejap, lama tuh hampir setengah hari tuh. Dan kat HUKM nanti kena repeat scan...

p/s : sahabat ibu,Ummi Ayu selamat melahirkan mujahid yang comel malam tadi, so adik Reem dah jadi kakak la.. Herm belum berkesempatan lagi ziarah kedua2nya di hospital selayang..

Monday, September 27, 2010

Gambar scan adik si Mukhlis

5minggu + 6 hari..erm lebih kurang 6minggu la (bersamaan sebulan lebih, dikesan cewah dikesan pada 21hb April 2010). Gambar ni ibu snap dgn HP jer, mana ada scanner.. Nampak titik hitam tu hah itu la adik baby Mukhlis tau..

ini di scan pada 8hb jun 2010. Dah nampak dah fizikal baby.. Masa ni jantina dah nampak.. katanya girl la, insyAllah dan aminnn...

Tengok si pipi tembam tuh hehehe. Doktor kat kuss semangat, pipi memang tembam walaupun air ketuban aga sedikit. Di scan pada 2hb 8 2010 lebihkurang seminggu sbelum puasa (puasa 11hb8)

Lastweek (Thursday 23rd) – rutin, monthly check-up adik Mukhlis.

Check-up untuk pregnant kali ini, ibu memang pergi sorang jer sebab kalau pergi dengan ayah pagi dan akan bawa si abang (Mukhlis) yang lasak, semua benda die nak explore dan berlari2 sana sini sorang2 tanpa mempedulikan keadaan dan orang sekeliling (itula si abang, terlampau tak makan saman heheheh). Masa pregnant kan Mukhlis memang ayah sentiasa menemani ibu cuma kali ni rasanya better tak perlu sebab ibu akan makin stress dengan ke'notty'an Mukhlis, dan dulu ibu prefer pagi, namun kali ni ibu lebih selesa petang sebab tenang dan tak ramai sangat orang. Pagi pergi keje seperti biasa, kul 1pm keluar ofis. Sebelum ni pergi makan sorang2, rileks2 dan dekat2 pukul2 baru terus ke klinik, tambah pula klinik dgn ofis lebih dekat berbanding dari rumah ke klinik (jimat minyak kereta dan tenaga berbanding kalau balik rumah dulu kemudian pergi klinik). Namun kali ni, ibu balik rumah Tok sebab nak tengok2kan Mukhlis (oh ya bibik + maid ummi Ya masih balik kampung dan 5orang anak2 ummi ya pun bawah pengawasan Tok, pagi ayah Mukhlis tolong2 jaga juga, bila ayah ke sekolah tengahari tu Tok sorang2la jaga 7orang -anak2 ummi Ya, mukhlis dan dalila. Fuhhh sorang2 boleh tahan lasaknya, bergaduh berebut bercekau tak yah citer la, Mukhlis yang notty suka mengusik mengacau gegirl, dalila yg mengkontrol mainan+barangan, maryam yang menjaga barangan+mainan, lastly hang cepuk aku, aku cepuk hang hahahah nasib la korang dah la sebaya tiga2 orang tu. Erm tambah2 lagi Mukhlis susah nak makan, stress Tok nanti.

Pregnant kali ni memang tak dinafikan ibu agak stress dan penat sebab Mukhlis sedang membesar dan melasak, dan kita sekarang menyewa rumah sendiri berbanding pregnant kali pertama (Mukhlis), masa tu menumpang rumah Tok, ada bibik yang tolong sedikit sebanyak meringankan urusan kita. Kali ni ibu kena uruskan sendiri, kemas rumah (walaupun sekejap sahaja kemas nya pastu akan bersepah balik), basuh baju (alhamdulillah ayah banyak membantu), lipat baju (kadang2 jer ayah membantu huhuhu sebab ayah cakap ibu suka membebel sebab ayah lipat tak elok), gosok baju (hah yang ni memang ibu kena buat sorang untuk mengelakkan ayah menghanguskan baju2 yang di gosok sebab ayah memang fail bab gosok2 baju ni), urusan2 di dapur (selalunya kita amik lauk kat rumah tok, tok memang masak everyday so kita tumpang la skali untuk 3 mulut ni hah). Apa yang penatnya? Herm cuba la pregnant dan ada anak lelaki yang lasak tengah membesar dan pot pet pot pet. Dan uruskan la rumah tangga sendiri. Dan ibu juga stress memikirkan ekonomi family kita. Dulu tak terasa sangat sebab gaji ibu RM1k ++ dan kita menumpang rumah Tok, sekarang ni kerja baru ibu ni offer less than RM1k (mungkin sebab ibu pregnant dan menganggur untuk tempoh masa hampir setahun sewaktu kursus jahitan kat MARA hari tu. Susah untuk ibu cari kerja lain dalan keadaan ibu yang lebih kurang 30week sekarang ni, so bersabar je dengan kerja sekarang). Expenses kita sekarang bertambah, dengan sewa rumah, bil api+air, kereta, belanja dapur, susu+diaper Mukhlis. Dulu Mukhlis breastfeed sekarang dan minum susu formula, jadi perbelanjaan kita bertambah la lagi :-) Dan untuk baby yang bakal lahir ni belum ada ape2 persediaan lagi. Alhamdulillah banyak lagi barangan Mukhlis sewaktu baby masih elok dan boleh digunakan untuk adik nanti. Jimat. Mungkin faktor-faktor itu juga memberi efek kepada kesihatan ibu kali ini.

Last check up tempoh hari, doktor nasihatkan ibu refer ke hospital sebab ada masalah sket. (Sebelum ini, sebelum puasa, pernah ke klinik Taman Permata dan doktor kat situ dah inform air ketuban macam kurang sikit dan nasihatkan ibu suruh banyak berehat dan minum air kosong.) Doktor bagi reference letter suruh ke Hospital Selayang, tapi kita refer kat Ummi Ya untuk ke HUKM la, jauh sket tapi ayah kata senang kot ape2hal ummi Ya ada kat sana. Ummi Ya dan set kan appointment (Selasa, 28hb. Rasanya kena bawa Mukhlis sama la sebab nanti tak la Tok terkejar2 jaga ketujuh2 cucu yang lasak tu, tambah pula ummi dalila tak sihat kat rumah.). Ummi ya cakap potensi untuk bersalin awal tu ada (Mukhlis awal 4minggu, sebab hB rendah juga) dengan keadaan kesihatan ibu yang macam sekarang ni. Ibu risau juga ni herm.. Harap-harap selepas sempat la bibik/maid Ummi Ya datang sebelum ibu bersalin. Ini bukan bermaksud ibu terlalu bergantung kepada pembantu, terlalu bergantung kepada Tok, cuma sebagai ibu muda (26tahun) ibu rasa kemampuan ibu terbatas. Ok cuba bayangkan ibu berpantang sendiri dengan Mukhlis yang lasak tu kat rumah (ayah of course la pergi kerja). Kalau kat rumah tok (tanpa bibik) lagi la haru biru. Tapi kalau bersalin awal macam yang ummi ya cakap herm, ayah kena amik cuti sebulan la jaga ibu kat rumah. Nak hantar Mukhlis ke nursery, masalah financial la pulak, maunya rm250++ pulak nanti. Dan macam mana diorang treat Mukhlis nanti. Ibu cuma risau bab makan sahaja sebab Mukhlis memang susah makan, dan bila Mukhlis lapar Mukhlis akan meragam dan masa tu sape pu akan stress. Lagi pula sekarang banyak kes penderaan kanak2 bawah jagaan (tak kira la pengasuh ke nursery ke). Tapi masalah utama ada financial la :-) sebab kalau tanpa masalah financial ni kita boleh jer ada pembantu sendiri, takpun kalau ayah mampu dari segi financial ibu jadi la full time housewife, tapi ayah kena bagi la sket tiap2 bulan, so that nanti ibu ada juga simpanan sendiri. Tak la tiap kali nak something kena meminta2 dari ayah.

Dulu plan ibu berhenti kerja dan ambil kursus jahitan tu untuk mulakan bisnes sendiri. Ibu boleh jaga anak2 ibu sendiri disamping menjana income family kita, tapi ilmu jahitan ibu terbatas dan ibu tak kuat untuk berdikari dan berkerjaya sendiri. Ibu kena timba lebih banyak pengalaman lagi dalam bidang jahitan. Akhirnya ibu dan ayah sepakat, buat masa sekarang ni bidang jahitan ada secara sampingan, kena ada networking dulu untuk mulakan sesuatu bisnes (walaupun kecil-kecilan, dan networking ibu ada kurang buat masa sekarang hanya mengharapkan kawan2 ayah, keluarga dan lain-lain)...


- to be continue sebab dah lunch time, ibu lapar huhuhu...

Monday, September 20, 2010

Tak pernah berhenti merindui si busyuk ini...

the best picture - pagi syawal.. comel, berbaloi walaupun agak susah untuk menanti pose mcm ini dari Mukhlis









Saturday, September 18, 2010

raya aidilfitri - sept 2010

Tahun ni adalah tahun ke-4 ibu dan ayah beraya bersama-sama dan tahun ke-3 bersama-sama Mukhlis. 2007 di kelantan, 2008 di melawati, 2009 di kelantan dan tahun ni 2010 1st day raya di melawati. Tahun ni bertiga dan insyAllah tahun depan berempat. Tak banyak yg dapat ibu celotehkan sebab tanpa gambar tak best hheheh, layan jer bebelan ibu yang tak seberapa nih... Lepas maghrib kite gerak balik kelantan, alhamdulillah jalan clear sajer.. Dalam kul230am kita sampai rumah atok we..

Malam raya kite bertiga (eh berempat la + adik baby yg dalam perut ibu ni hehehe) tidur kat rumah Tok (padahal rumah dekat je), sebab nak merasa suasana beraya bersama-sama family. Ummi Ya sekeluarga pun stay kat rumah Tok sampai kul12 (hampir2 la) selepas berbuka puasa. Lepas maghrib, ibu dan ayah keluar jap sebab Tok minta tolong beli lemang tepi MRR2 (lemang pak ajai yang femes sebab sedap dan fresh), Mukhlis tinggal jap kat rumah Tok. Sambil2 tu agenda main bunga api oleh kanak2 ribena (Mukhlis dan sepupu2nya, semua berkumpul kat rumah Tok kecuali mak ngah, kak Raudhah dan kak Nusrah).. ooo sebelum terlupa BoB dan isteri dari Penang turut beraya dengan kita di rumah Tok tahun ni, herm seronok la cucunda-cucunda sekalian sebab diorg mmg sayang sangat kat BoB ni (BoB ni tok sedara ayah, Tok punya abang)

Pagi raya, selepas solat subuh (dalam kul630am camtu la), lepak2 jap depan TV dengar takbir raya kat TV, pastu panaskan kuah kacang, kuah lontong dan tolong nenek potong nasi impit. Tak lama tu Tok turun, ibu pun masuk bilik untuk siapkan Mukhlis dan diri sendiri sebab kul8am nak pegi solat raya. kita bertiga ke masjid B (sekarang dh jadi surau selepas ada masjid baru), best masjid ni sebab tak sesak sangat dan Mukhlis ada space untuk merayau-rayau. Tapi Mukhlis mula tu macam bad mood sket mungkin sebab ibu kejut awal dan mandikan awal sangat hehehe. 1st rakaat tu terpaksa solat sambil dukung Mukhlis yang 12.5kg tu, 2nd rakaat herm dah jumpa kawan, boleh la sembang2 (erm anak ibu ni memang peramah hehehe, kakak tu mau2 jer masa Mukhlis tegur2 nak berkawan), ibu pilih lovasi yg strategik pun, sebelah tingkap so Mukhlis boleh jenguk2 kat luar masa ibu dan jemaah lain dengar khutbah raya. Tok dan yang lain solat kat masjid baru.

Balik solat raya, bermaaf-maafan dan sesi bagi duit raya kat anak2 buah, makan2 dan bergambar jap pastu lama tunggu Tok bersiap, kita pegi ziarah kubur. So takde la potrait family besar tahun ni, gambar kita bertiga ada cuma masih dalam kamera BaBa Nurul, belum ambil lagi. Lepas balik kubur, pergi ziarah tok Mas (ayah punya bapa angkat), pastu balik rumah. Tolong2 ummi ya (ummi ya buat makan2 untuk kawan2 baba nurul kat rumah Tok). Lepas zohor kite ke semenyih rumah tok ayah, beraya dengan tok ayah pulak. Malam selepas maghrib bertolak balik ke kelantan. Mukhlis bad mood sangat hari ni sebab bangun awal lepas tu makan tak proper (untuk yang belum mengetahui hehehe masa mukhlis makan adalah 3jam lebih, tapi bile ramai2 berkumpul raya kat rumah tok adalah menjadi lebih susah untuk die makan sebab tu perut die lapar dan die maragam dan ibu yang susah sebab kena melayan ragam die, tambah pulak tak tidur siang huhuhuhu jenuh ibu..sbr je la) Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik ke kelantan, Mukhlis tidur lena dan jalan tak jam (belum jam lagi kot)
bile di suruh senyum

dengan adik Ikmal Hafiz (sepupu Mukhlis)

ayah posing dengan HP kesayangan nya.. tapi HP tu dh hilang huhuhu tercicir masa on da way pergi masjid kelang gate

Salah satu di antara baju raya Mukhlis, cantikkan..ibu dan ayah yg pilihkan. Ibu berkenan jeans 3/4 tu hehehe, comel bile Mukhlis pakai..

posing lagi

ayah dengan ibu (ibu yg semakin membulat)

dengan spek hitam, on da way pegi rumah sedara sebelah Tok Ma


di pagi syawal di melawati, seronok sangat la tu sebab abang sedara ada sama..

macam budak baik, padahal notty nya ya Allah..... baju melayu raya Mukhlis, hah tema kita tahun ni kan warna kelabu. Gambar kite sekeluarga dalam kamera baba nurul

tersenyum + sengih...

malam raya, main bunga api, bile asap dah berkepul2 banyak datang cari ibu sebab pedih mata. Pastu pegi join main lg. Oh sebenarnya malam tu Mukhlis pakai kurta, tapi disebabkan metabolisma Mukhlis tinggi so Mukhlis berpeluh2 melampau dan nampak macam kerimasan jer.... So ibu tukarkan baju seksi tu kat Mukhlis

1st time main bunga api, herm berani anak ibu, cuma bile asap banyak sangat baru la surrender (space tepi rumah tok tak besar sangat so bile semua main bunga api asap memenuhi ruang dgn cepat dan BoB berkurung dalam bilik sebab semput asap...

Ni lagi aksi Mukhlis. kat Hp ibu gambar blur la, Hp ayah camera cantik sket, cuma itu la sayang seribu kali sayang gambar tak sempat transfer dan kamera ayah dah tercicir huhuhu, banyak gambar raya kite dalam tu. dah la masa kat kelantan HP ibu rosak dah tak boleh ambil gambar, bateri kamera kita pulak buat hal (kena tukar bateri baru) so harapkan HP ayah jer la ambil gambar semua2..

Tahun ni ibu rasa raya tahun yang penuh dugaan bagi kite kan Mukhlis. Tapi insyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmah die. Sebelum balik raya, keta avanza buat hal, kena tukar tayar bagai dekat RM500 habes (licin duit raya ayah), pastu HP ibu rosak, pastu HP ayah hilang. Mukhlis pulak tak sihat. Berjangkit dengan kudis dengan abang2 sedara tiri semenyih. Dah la kulit sensitif, tinggal parut nanti tak tau la camner.. Makcik Mukhlis bergurau "Mukhlis tak boleh raya rumah Tok tahun ni sebab nanti berjangkit dengan yang lain"... Ibu tak kisah, boleh jer balik beraya di kelantan sebab family sana tak kisah. Dah la 8bulan dah tak balik kelantan ni huhuhuuh Ish emosi pulak raya-raya ni heheheh...

Tuesday, September 7, 2010

Mukhlis berbaju punjabi

bersedia untuk keluar iftar dgn alumni adni (bekas anak murid ayah...) mulut mukhlis seperti biasa pot pet pot pet membebel, siap ejek ayah lagi bila ayah tercakap gagap heheheh afwan ayah yer

mulut muncung, penuh emosi dalam percubaan memakai kopiah ayah, padahal dah pakai kopiah sendiri

kopiah dua lapis heheh..mukhlis's style..

ayah mukhlis

hah ni die hero kami, Mukhlis bin Saiful Adli, 2tahun lebih.. Tegak jer (walaupun blur tapi nampak kan?), terpaku tengok kartun kat astro 613..feveret...

atas booster seat dalam kereta, ready untuk keluar...

dengan ibu yang semakin membulat...

pura-pura busy (tiru gaya ayah bercakap di HP)

Friday, September 3, 2010

Suka-suka

Apakah yang best ini?

Ape yang best tuh??? Wah...viennetta yummy yummy.. Setelah sekian lama mengidam nak merasa aiskrim viennetta ni, setelah dok hint-hint ayah berkali-kali tapi ayah tak faham (ker buat2 tak faham...sebab ayah kata ini aiskrim orang kaya hehehe mahal la maksudnya tuh..) akhirnya malam tadi berjaya juga aiskrim ini menjadi habuan perut ibu. Lepas buka puasa rumah Tok, balik tu ibu dengan Mukhlis singgah kedai, mula tu teringin nak makan aiskrim biasa je (Mukhlis yang minta sebenarnya, dah janji dengan die kalau pandai makan nasi dan habis semangkuk tu ibu upah aisrim, so janji mesti ditepati la kan). Dok jenguk2 dalam peti ais aiskrim tu amik la 1 aiskrim walls (kon), Mukhlis dah pegang tak mau lepas dah siap nak buka pembalut sendiri tapi sempat ibu tahan sebab belum bayor hehehe. Sambil tu mata ibu melilau tengok asikrim lain untuk ayah dan ibu (padahal yang dengan Mukhlis tu ibu akan bedal juga pun, bukan abes Mukhlis makan sorang).. Tetiba mata terpandang aiskrim viennetta ni, dan air liur seakan2 nak mencurah2 hehehe (over ayat tu...), erm tanpa pikir panjang amik jer la, padahal duit dalam purse berapa ringgit je ada (alah...cukup la setakat aiskrim 2 jenis dan coklat kinder bueno..alhamdulillah..).. Terus bayar (takut terpandang aiskrim lain plak hehehe) dan terus balik untuk menunaikan hajat makan aiskrim bersama-sama Mukhlis.. Oh ya ayah masa ni masih kat sekolah, ada program berbuka puasa bersama guru dan pelajar, berterawih kat sana la kot.. Sampai rumah kita, mandikan Mukhlis, pakai baju bedak losyen minyak vicks dan semua, pastu bermula la operasi makan aiskrim viennetta. Mukhlis suka sangat ball yang kecik2 atas aiskrim tu. Pandai plak makan aiskrim, sekejap2 minta suap. Comot sangat heheh lupa snap gambar. Pastu dah abes sepotong, minta tambah, yang tambah ni ibu dah tak larat nak makan, Mukhlis perabiskan (dan hasilnya sebelum tido ayah terpaksa melayan Mukhlis sampai pukul12 sbb Mukhlis terlampau hyperaktif akibat aiskrim coklat yang manis muahahahah sesekali ayah oiiii..ibu? tido...bbzzzzzzz....)

Separuh dari tu ibu dan Mu
khlis makan dan separuh lagi ayah makan sorang. Ayah kata "laa...masa ibu sms td kata makan aiskrim, ingatkan aiskrim biasa kalau yang ini abang pun nak huhuhu yummy....."

kinder bueno dan 1 lg aiskrim esok ke bile2 ker yer Mukhlis.. karang tak cukup katil melompat heheheh... Ayah la melayan ibu tido la, esok nak bangun awal untuk panaskan lauk sahur...

p/s : baby girl..herm alhadulillah a
ktif terlebih malam tadi (penangan viennetta juga ker?huhuhu), sekali tu abang Mukhlis tersondol perut ibu herm baby girl tendang balik, nampak perut ibu bergerak2.. Amboi garangnya heheheh..

p/s : teringin makan kfc, fries dan lepak sambil rileks2 depan TV kat rumah kite dengan Mukhlis dan ayah... herm bile tu? Weekend ni boleh tak ayah? Prgnnt kali ni banyak sangat ibu teringin nak makan tapi alhamdulillah terpenuhi semuanya, sebab ape yg ibu teringin nak makan tu adalah makanan yang termampu oleh ibu dan ayah alhamdulillah rezeki Allah bagi... :-)


-wassalam-

Ini budak yang sangat susah nak makan nasi

Siapa kah yang susah nak makan nasi itu? herm scroll down.. (harap bersabar)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Bukan budak ini, ini ibu budak yang susah nak makan nasi tuh.. sajer interframe hehehe.. kalau ini ibu budak sangat la feveret makan nasi sebab memang setiasa kelaparan nak nak lagi di usia baby girl 26week ni huhuh, lapar memanjang, tapi alhamdulillah puasa penuh tanpa was-was walaupun kekadang emo dan moody terlebih sebab keletihan hehehe, dan baby girl pun alhamdulillah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha ibu menyempurnakan ibadah puasa ini. Harap-harap bertahan hingga ke ramadhan terakhir. Walaupun keinginan makan membuak-buak dan melampau-lampau (semua makanan teringin nak makan, masa pregnant Mukhlis dulu semua makanan tak teringin nak makan huhuhu terbalik la pulak) namun berjaya di kawal dengan jayanya, sesekali tertewas heheheh tapi tak de la borong makanan selambak, cukup sekadarnya.. Alhamdulillah tiada pembaziran sepanjang ramadhan ini..

Muka keboringan.... Dan gemuk huhuhuhu.....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

harap bersabar yer......

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
ini die rupa-rupanya buda
k yg sangat susah sangat sangat dan teramat-amat sangat susah nak makan nasi huhuhu..... Mukhlis Bin Saiful Adli nama die....
Ini gambar petang semalam, 2 sept, masa ni tengah bagi Mukhlis makan petang/malam. Herm memang bercinta lah nak bagi si Mukhlis ni makan, tengahari tadi Tok kata 3jam setengah baru habis, sampai dah terlentok2 mengatuk tapi tak sudah2 makan lg. Tok bergilir2 ngan nenek suap makan sebab Tok nak masak untuk berbuka lagi (selalunya bibik yang melayan Mukhlis makan, tapi sekarang bibik dah balik jawa barat, kg halaman bibik). Tapi ibu pelik kalau bg kopok alahai kejap kejap dah habis dan minta lg... Salah satu usaha ibu nak suap makan Mukhlis adalah seperti di gambar2 ini, makan kat porch rumah....

Sambil2 tu layan la die main, jap naik beskal ni (kak nusrah punya, tapi skrg makngah letak kat rumah Tok, so saper2 cucu2 Tok boleh la 'merempit' dgn beskal ni..) jap Mukhlis ajak naik buaian kat tepi rumah.. Herm ikutkan jer la, janji Mukhlis nak makan, tapi yg ibu hangin sesangat hampir setengah jam lebih kat luar tu Mukhlis cuma makan 3 suap, dok kulum jer nasik tuh pastu mula la nak main tanah dalam pasu bunga Tok..

Tengok pipi tu kembung jer, sebab kulum nasi.. Huhuhu sabor je la ibu ni huhuhuh.. Nasib baik anak sendiri, kalau anak orang lain tak kuasa nak tunggu mengadap bagi makan 3jam lebih (padahal semangkuk jer pun nasi nyer..). Tak sampai sejam kat luar, ibu dah mula nak naik angin dah. Pastu bawa Mukhlis masuk rumah, sambung makan kat dalam sambil tengok TV. Sabar sabar sabar..Tak boleh marah-marah sbb nanti kang marah-marah mula la tangan nak naik ke Mukhlis, semalam dah makan penampar ibu sekali, dan cubit 2X.. kesian tapi puasa2 ni ibu tak larat, ngan pregnant lagi, Mukhlis plak buat perangai tak nak makan la mengamuk la masa nak makan hah merasa la penampar ibu, selepas tu ibu mula la emo hehehe kesian kat Mukhlis... Pastu ayah balik sambung bg Mukhlis makan.. So hari ni ibu suap dan try untuk bersabar huhuhuh....


-wassalam-

Wednesday, September 1, 2010

Rindu kat si busyuk ini....

bergaya sakan dengan spek hitam die...

ibu, Mukhlis dan ayah, masa ni Mukhlis belum setahunlai.. montel kan, gambar blur sebab Mukhlis tak reti dok diam

lagi sekali gambar Mukhlis blur, die nak berjalan tu tapi tak bagi sbb tak bw shoes (belum pandai jalan betul2 masa ni tapi boleh jalan laju kalau pimpin tangan Mukhlis)

dengan Ibu, muka terkejut, reaksi biasa Mukhlis masa baby bile amik gambar, membulatkan mata hahaha

Bibik Nawiyah

Cuba Mukhlis teka gambar siapa ni? (sori gambar blur sbb hp ibu ni mmg blur)..
Ini la gambar bibik Nawiyah (tok punya pembantu rumah). Dari Mukhlis baby sampai la dh 2tahun lebih ni bibik la yang banyak tolong tok, ibu dan ayah menjaga Mukhlis. Banyak jasa bibik kat kita kan. Bibik keje ngan Tok dah lama dari tahun 2006 sampai la 2010 (30 ogos 2010), lama kan. Bibik bagus, kerja cekap, tak pernah berkira lebih2 lagi kalau jaga Mukhlis dan Dalila yang lasak teramat huhuhuhu. 30hb8 2010 kul 6pm lebih kurang bibik siti dan Pak Parman (suami bibik siti) datang ambil bibik Nawiyah, mlm ni naik flight balik ke Jawa Tengah. Sedih juga la yer semua dah anggap bibik macam ahli keluarga sendiri setelah 4tahun kerja dengan Tok, lama tu.. Masa bibik datang dulu kak nusrah baru berumur 3bulan, sekarang dh umur 4tahun setengah dah. Tengok betapa setianya bibik ni.. Bukan senang nak kekalkan pembantu rumah selama itu.. Masa ibu suap Mukhlis makan petang, Mukhlis cakap "tak mo, nak bibik suap" ewah...nak manja2 ngan bibik la tuh.. Pastu masa hantar bibik kat kereta bibik siti, mula tu mula rengek nak buat drama sket hehehe, menangis la si Mukhlis ni, peluk bibik erat2 taknak lepas. Bibik pun peluk la Mukhlis dan cepat2 naik kereta, sedih juga la kot huhuhu, mana tak nyer Mukhlis ni makan bibik suapkan, bibik mandikan, bibik cebuk berak, bibik tidokan (siang jer masa ibu ayah pegi keje), pendek kata Mukhlis ni anak bibik la.. Yer la sapa yang sanggup nak suap Mukhlis mkn sejam paling cepat nak penah sampai 3jam, sebab Mukhlis memang susah nak makan, Tok pun surrender. Ayah ng ibu nak tak nak kena la sabar sebab anak kan hehehe karang tak kenyang@lapar Mukhlis meragam ibu dan ayah juga stress, so sabar je la suap makan anak soleh ni. kalau Mukhlis susah makan sangat bibik akan suap sambil dukung dan jalan2 kat belakang (mujur la Mukhlis ni ringan heheheh kalau tak patah pinggang bibik). Selalunya kalau tido tengahari dan Mukhlis terjaga (mengigau ke hape ker) Mukhlis akan cari bibik sampai depan bilik air sekalipun, Mukhlis akan duduk tunggu bibik sampai la bibik keluar bilik air dan tido kan Mukhlis semula. kalau balik rumah klang gate pun orang pertama yang Mukhlis teringat ialah bibik. Betapa rapatnya Mukhlis dengan bibik. Sebelum balik kita bagi gambar2 Mukhlis dan Dalila dari kecik sampai besar, bibik yang minta sebab pengubat rindu nanti (dan gambar family semua la)

Erm bibik kata balik sekejap je, 3-4bulan pastu nak datang keje dengan Tok lagi. Tapi tak tau la, tengok "apa kata rezeki" (ayat bibik tu). Selama 4tahun keje ngan Tok bibik tak pernah balik, itu yang kali ni bila balik bibik nak balik lama. Nanti kalau jadi bibik datang balik keje dengan tok maknanya akhir tahun ni atau awal tahun depan, masa tu Mukhlis dah ada adik Girl dah kan... Ok la nanti kita sambung lagi cerita pasal bibik dan kesetiaan die melayan karenah Mukhlis yang notty dan lasak ni

Gambar di ambil semasa hari terakhir bibik kat rumah Tok.. Tengok la betapa manja nya Mukhlis dan Dalila dengan bibik Nawiyah..