Ape yang best tuh??? Wah...viennetta yummy yummy.. Setelah sekian lama mengidam nak merasa aiskrim viennetta ni, setelah dok hint-hint ayah berkali-kali tapi ayah tak faham (ker buat2 tak faham...sebab ayah kata ini aiskrim orang kaya hehehe mahal la maksudnya tuh..) akhirnya malam tadi berjaya juga aiskrim ini menjadi habuan perut ibu. Lepas buka puasa rumah Tok, balik tu ibu dengan Mukhlis singgah kedai, mula tu teringin nak makan aiskrim biasa je (Mukhlis yang minta sebenarnya, dah janji dengan die kalau pandai makan nasi dan habis semangkuk tu ibu upah aisrim, so janji mesti ditepati la kan). Dok jenguk2 dalam peti ais aiskrim tu amik la 1 aiskrim walls (kon), Mukhlis dah pegang tak mau lepas dah siap nak buka pembalut sendiri tapi sempat ibu tahan sebab belum bayor hehehe. Sambil tu mata ibu melilau tengok asikrim lain untuk ayah dan ibu (padahal yang dengan Mukhlis tu ibu akan bedal juga pun, bukan abes Mukhlis makan sorang).. Tetiba mata terpandang aiskrim viennetta ni, dan air liur seakan2 nak mencurah2 hehehe (over ayat tu...), erm tanpa pikir panjang amik jer la, padahal duit dalam purse berapa ringgit je ada (alah...cukup la setakat aiskrim 2 jenis dan coklat kinder bueno..alhamdulillah..).. Terus bayar (takut terpandang aiskrim lain plak hehehe) dan terus balik untuk menunaikan hajat makan aiskrim bersama-sama Mukhlis.. Oh ya ayah masa ni masih kat sekolah, ada program berbuka puasa bersama guru dan pelajar, berterawih kat sana la kot.. Sampai rumah kita, mandikan Mukhlis, pakai baju bedak losyen minyak vicks dan semua, pastu bermula la operasi makan aiskrim viennetta. Mukhlis suka sangat ball yang kecik2 atas aiskrim tu. Pandai plak makan aiskrim, sekejap2 minta suap. Comot sangat heheh lupa snap gambar. Pastu dah abes sepotong, minta tambah, yang tambah ni ibu dah tak larat nak makan, Mukhlis perabiskan (dan hasilnya sebelum tido ayah terpaksa melayan Mukhlis sampai pukul12 sbb Mukhlis terlampau hyperaktif akibat aiskrim coklat yang manis muahahahah sesekali ayah oiiii..ibu? tido...bbzzzzzzz....)
Separuh dari tu ibu dan Mukhlis makan dan separuh lagi ayah makan sorang. Ayah kata "laa...masa ibu sms td kata makan aiskrim, ingatkan aiskrim biasa kalau yang ini abang pun nak huhuhu yummy....."
kinder bueno dan 1 lg aiskrim esok ke bile2 ker yer Mukhlis.. karang tak cukup katil melompat heheheh... Ayah la melayan ibu tido la, esok nak bangun awal untuk panaskan lauk sahur...
p/s : baby girl..herm alhadulillah aktif terlebih malam tadi (penangan viennetta juga ker?huhuhu), sekali tu abang Mukhlis tersondol perut ibu herm baby girl tendang balik, nampak perut ibu bergerak2.. Amboi garangnya heheheh..
p/s : teringin makan kfc, fries dan lepak sambil rileks2 depan TV kat rumah kite dengan Mukhlis dan ayah... herm bile tu? Weekend ni boleh tak ayah? Prgnnt kali ni banyak sangat ibu teringin nak makan tapi alhamdulillah terpenuhi semuanya, sebab ape yg ibu teringin nak makan tu adalah makanan yang termampu oleh ibu dan ayah alhamdulillah rezeki Allah bagi... :-)

-wassalam-
No comments:
Post a Comment