Semoga dalam redhaNya

Wednesday, September 1, 2010

Bibik Nawiyah

Cuba Mukhlis teka gambar siapa ni? (sori gambar blur sbb hp ibu ni mmg blur)..
Ini la gambar bibik Nawiyah (tok punya pembantu rumah). Dari Mukhlis baby sampai la dh 2tahun lebih ni bibik la yang banyak tolong tok, ibu dan ayah menjaga Mukhlis. Banyak jasa bibik kat kita kan. Bibik keje ngan Tok dah lama dari tahun 2006 sampai la 2010 (30 ogos 2010), lama kan. Bibik bagus, kerja cekap, tak pernah berkira lebih2 lagi kalau jaga Mukhlis dan Dalila yang lasak teramat huhuhuhu. 30hb8 2010 kul 6pm lebih kurang bibik siti dan Pak Parman (suami bibik siti) datang ambil bibik Nawiyah, mlm ni naik flight balik ke Jawa Tengah. Sedih juga la yer semua dah anggap bibik macam ahli keluarga sendiri setelah 4tahun kerja dengan Tok, lama tu.. Masa bibik datang dulu kak nusrah baru berumur 3bulan, sekarang dh umur 4tahun setengah dah. Tengok betapa setianya bibik ni.. Bukan senang nak kekalkan pembantu rumah selama itu.. Masa ibu suap Mukhlis makan petang, Mukhlis cakap "tak mo, nak bibik suap" ewah...nak manja2 ngan bibik la tuh.. Pastu masa hantar bibik kat kereta bibik siti, mula tu mula rengek nak buat drama sket hehehe, menangis la si Mukhlis ni, peluk bibik erat2 taknak lepas. Bibik pun peluk la Mukhlis dan cepat2 naik kereta, sedih juga la kot huhuhu, mana tak nyer Mukhlis ni makan bibik suapkan, bibik mandikan, bibik cebuk berak, bibik tidokan (siang jer masa ibu ayah pegi keje), pendek kata Mukhlis ni anak bibik la.. Yer la sapa yang sanggup nak suap Mukhlis mkn sejam paling cepat nak penah sampai 3jam, sebab Mukhlis memang susah nak makan, Tok pun surrender. Ayah ng ibu nak tak nak kena la sabar sebab anak kan hehehe karang tak kenyang@lapar Mukhlis meragam ibu dan ayah juga stress, so sabar je la suap makan anak soleh ni. kalau Mukhlis susah makan sangat bibik akan suap sambil dukung dan jalan2 kat belakang (mujur la Mukhlis ni ringan heheheh kalau tak patah pinggang bibik). Selalunya kalau tido tengahari dan Mukhlis terjaga (mengigau ke hape ker) Mukhlis akan cari bibik sampai depan bilik air sekalipun, Mukhlis akan duduk tunggu bibik sampai la bibik keluar bilik air dan tido kan Mukhlis semula. kalau balik rumah klang gate pun orang pertama yang Mukhlis teringat ialah bibik. Betapa rapatnya Mukhlis dengan bibik. Sebelum balik kita bagi gambar2 Mukhlis dan Dalila dari kecik sampai besar, bibik yang minta sebab pengubat rindu nanti (dan gambar family semua la)

Erm bibik kata balik sekejap je, 3-4bulan pastu nak datang keje dengan Tok lagi. Tapi tak tau la, tengok "apa kata rezeki" (ayat bibik tu). Selama 4tahun keje ngan Tok bibik tak pernah balik, itu yang kali ni bila balik bibik nak balik lama. Nanti kalau jadi bibik datang balik keje dengan tok maknanya akhir tahun ni atau awal tahun depan, masa tu Mukhlis dah ada adik Girl dah kan... Ok la nanti kita sambung lagi cerita pasal bibik dan kesetiaan die melayan karenah Mukhlis yang notty dan lasak ni

Gambar di ambil semasa hari terakhir bibik kat rumah Tok.. Tengok la betapa manja nya Mukhlis dan Dalila dengan bibik Nawiyah..

No comments: