Semoga dalam redhaNya

Saturday, September 18, 2010

raya aidilfitri - sept 2010

Tahun ni adalah tahun ke-4 ibu dan ayah beraya bersama-sama dan tahun ke-3 bersama-sama Mukhlis. 2007 di kelantan, 2008 di melawati, 2009 di kelantan dan tahun ni 2010 1st day raya di melawati. Tahun ni bertiga dan insyAllah tahun depan berempat. Tak banyak yg dapat ibu celotehkan sebab tanpa gambar tak best hheheh, layan jer bebelan ibu yang tak seberapa nih... Lepas maghrib kite gerak balik kelantan, alhamdulillah jalan clear sajer.. Dalam kul230am kita sampai rumah atok we..

Malam raya kite bertiga (eh berempat la + adik baby yg dalam perut ibu ni hehehe) tidur kat rumah Tok (padahal rumah dekat je), sebab nak merasa suasana beraya bersama-sama family. Ummi Ya sekeluarga pun stay kat rumah Tok sampai kul12 (hampir2 la) selepas berbuka puasa. Lepas maghrib, ibu dan ayah keluar jap sebab Tok minta tolong beli lemang tepi MRR2 (lemang pak ajai yang femes sebab sedap dan fresh), Mukhlis tinggal jap kat rumah Tok. Sambil2 tu agenda main bunga api oleh kanak2 ribena (Mukhlis dan sepupu2nya, semua berkumpul kat rumah Tok kecuali mak ngah, kak Raudhah dan kak Nusrah).. ooo sebelum terlupa BoB dan isteri dari Penang turut beraya dengan kita di rumah Tok tahun ni, herm seronok la cucunda-cucunda sekalian sebab diorg mmg sayang sangat kat BoB ni (BoB ni tok sedara ayah, Tok punya abang)

Pagi raya, selepas solat subuh (dalam kul630am camtu la), lepak2 jap depan TV dengar takbir raya kat TV, pastu panaskan kuah kacang, kuah lontong dan tolong nenek potong nasi impit. Tak lama tu Tok turun, ibu pun masuk bilik untuk siapkan Mukhlis dan diri sendiri sebab kul8am nak pegi solat raya. kita bertiga ke masjid B (sekarang dh jadi surau selepas ada masjid baru), best masjid ni sebab tak sesak sangat dan Mukhlis ada space untuk merayau-rayau. Tapi Mukhlis mula tu macam bad mood sket mungkin sebab ibu kejut awal dan mandikan awal sangat hehehe. 1st rakaat tu terpaksa solat sambil dukung Mukhlis yang 12.5kg tu, 2nd rakaat herm dah jumpa kawan, boleh la sembang2 (erm anak ibu ni memang peramah hehehe, kakak tu mau2 jer masa Mukhlis tegur2 nak berkawan), ibu pilih lovasi yg strategik pun, sebelah tingkap so Mukhlis boleh jenguk2 kat luar masa ibu dan jemaah lain dengar khutbah raya. Tok dan yang lain solat kat masjid baru.

Balik solat raya, bermaaf-maafan dan sesi bagi duit raya kat anak2 buah, makan2 dan bergambar jap pastu lama tunggu Tok bersiap, kita pegi ziarah kubur. So takde la potrait family besar tahun ni, gambar kita bertiga ada cuma masih dalam kamera BaBa Nurul, belum ambil lagi. Lepas balik kubur, pergi ziarah tok Mas (ayah punya bapa angkat), pastu balik rumah. Tolong2 ummi ya (ummi ya buat makan2 untuk kawan2 baba nurul kat rumah Tok). Lepas zohor kite ke semenyih rumah tok ayah, beraya dengan tok ayah pulak. Malam selepas maghrib bertolak balik ke kelantan. Mukhlis bad mood sangat hari ni sebab bangun awal lepas tu makan tak proper (untuk yang belum mengetahui hehehe masa mukhlis makan adalah 3jam lebih, tapi bile ramai2 berkumpul raya kat rumah tok adalah menjadi lebih susah untuk die makan sebab tu perut die lapar dan die maragam dan ibu yang susah sebab kena melayan ragam die, tambah pulak tak tidur siang huhuhuhu jenuh ibu..sbr je la) Alhamdulillah sepanjang perjalanan balik ke kelantan, Mukhlis tidur lena dan jalan tak jam (belum jam lagi kot)
bile di suruh senyum

dengan adik Ikmal Hafiz (sepupu Mukhlis)

ayah posing dengan HP kesayangan nya.. tapi HP tu dh hilang huhuhu tercicir masa on da way pergi masjid kelang gate

Salah satu di antara baju raya Mukhlis, cantikkan..ibu dan ayah yg pilihkan. Ibu berkenan jeans 3/4 tu hehehe, comel bile Mukhlis pakai..

posing lagi

ayah dengan ibu (ibu yg semakin membulat)

dengan spek hitam, on da way pegi rumah sedara sebelah Tok Ma


di pagi syawal di melawati, seronok sangat la tu sebab abang sedara ada sama..

macam budak baik, padahal notty nya ya Allah..... baju melayu raya Mukhlis, hah tema kita tahun ni kan warna kelabu. Gambar kite sekeluarga dalam kamera baba nurul

tersenyum + sengih...

malam raya, main bunga api, bile asap dah berkepul2 banyak datang cari ibu sebab pedih mata. Pastu pegi join main lg. Oh sebenarnya malam tu Mukhlis pakai kurta, tapi disebabkan metabolisma Mukhlis tinggi so Mukhlis berpeluh2 melampau dan nampak macam kerimasan jer.... So ibu tukarkan baju seksi tu kat Mukhlis

1st time main bunga api, herm berani anak ibu, cuma bile asap banyak sangat baru la surrender (space tepi rumah tok tak besar sangat so bile semua main bunga api asap memenuhi ruang dgn cepat dan BoB berkurung dalam bilik sebab semput asap...

Ni lagi aksi Mukhlis. kat Hp ibu gambar blur la, Hp ayah camera cantik sket, cuma itu la sayang seribu kali sayang gambar tak sempat transfer dan kamera ayah dah tercicir huhuhu, banyak gambar raya kite dalam tu. dah la masa kat kelantan HP ibu rosak dah tak boleh ambil gambar, bateri kamera kita pulak buat hal (kena tukar bateri baru) so harapkan HP ayah jer la ambil gambar semua2..

Tahun ni ibu rasa raya tahun yang penuh dugaan bagi kite kan Mukhlis. Tapi insyaAllah setiap yang berlaku pasti ada hikmah die. Sebelum balik raya, keta avanza buat hal, kena tukar tayar bagai dekat RM500 habes (licin duit raya ayah), pastu HP ibu rosak, pastu HP ayah hilang. Mukhlis pulak tak sihat. Berjangkit dengan kudis dengan abang2 sedara tiri semenyih. Dah la kulit sensitif, tinggal parut nanti tak tau la camner.. Makcik Mukhlis bergurau "Mukhlis tak boleh raya rumah Tok tahun ni sebab nanti berjangkit dengan yang lain"... Ibu tak kisah, boleh jer balik beraya di kelantan sebab family sana tak kisah. Dah la 8bulan dah tak balik kelantan ni huhuhuuh Ish emosi pulak raya-raya ni heheheh...

No comments: