Lastweek (Thursday 23rd) – rutin, monthly check-up adik Mukhlis.
Check-up untuk pregnant kali ini, ibu memang pergi sorang jer sebab kalau pergi dengan ayah pagi dan akan bawa si abang (Mukhlis) yang lasak, semua benda die nak explore dan berlari2 sana sini sorang2 tanpa mempedulikan keadaan dan orang sekeliling (itula si abang, terlampau tak makan saman heheheh). Masa pregnant kan Mukhlis memang ayah sentiasa menemani ibu cuma kali ni rasanya better tak perlu sebab ibu akan makin stress dengan ke'notty'an Mukhlis, dan dulu ibu prefer pagi, namun kali ni ibu lebih selesa petang sebab tenang dan tak ramai sangat orang. Pagi pergi keje seperti biasa, kul 1pm keluar ofis. Sebelum ni pergi makan sorang2, rileks2 dan dekat2 pukul2 baru terus ke klinik, tambah pula klinik dgn ofis lebih dekat berbanding dari rumah ke klinik (jimat minyak kereta dan tenaga berbanding kalau balik rumah dulu kemudian pergi klinik). Namun kali ni, ibu balik rumah Tok sebab nak tengok2kan Mukhlis (oh ya bibik + maid ummi Ya masih balik kampung dan 5orang anak2 ummi ya pun bawah pengawasan Tok, pagi ayah Mukhlis tolong2 jaga juga, bila ayah ke sekolah tengahari tu Tok sorang2la jaga 7orang -anak2 ummi Ya, mukhlis dan dalila. Fuhhh sorang2 boleh tahan lasaknya, bergaduh berebut bercekau tak yah citer la, Mukhlis yang notty suka mengusik mengacau gegirl, dalila yg mengkontrol mainan+barangan, maryam yang menjaga barangan+mainan, lastly hang cepuk aku, aku cepuk hang hahahah nasib la korang dah la sebaya tiga2 orang tu. Erm tambah2 lagi Mukhlis susah nak makan, stress Tok nanti.
Pregnant kali ni memang tak dinafikan ibu agak stress dan penat sebab Mukhlis sedang membesar dan melasak, dan kita sekarang menyewa rumah sendiri berbanding pregnant kali pertama (Mukhlis), masa tu menumpang rumah Tok, ada bibik yang tolong sedikit sebanyak meringankan urusan kita. Kali ni ibu kena uruskan sendiri, kemas rumah (walaupun sekejap sahaja kemas nya pastu akan bersepah balik), basuh baju (alhamdulillah ayah banyak membantu), lipat baju (kadang2 jer ayah membantu huhuhu sebab ayah cakap ibu suka membebel sebab ayah lipat tak elok), gosok baju (hah yang ni memang ibu kena buat sorang untuk mengelakkan ayah menghanguskan baju2 yang di gosok sebab ayah memang fail bab gosok2 baju ni), urusan2 di dapur (selalunya kita amik lauk kat rumah tok, tok memang masak everyday so kita tumpang la skali untuk 3 mulut ni hah). Apa yang penatnya? Herm cuba la pregnant dan ada anak lelaki yang lasak tengah membesar dan pot pet pot pet. Dan uruskan la rumah tangga sendiri. Dan ibu juga stress memikirkan ekonomi family kita. Dulu tak terasa sangat sebab gaji ibu RM1k ++ dan kita menumpang rumah Tok, sekarang ni kerja baru ibu ni offer less than RM1k (mungkin sebab ibu pregnant dan menganggur untuk tempoh masa hampir setahun sewaktu kursus jahitan kat MARA hari tu. Susah untuk ibu cari kerja lain dalan keadaan ibu yang lebih kurang 30week sekarang ni, so bersabar je dengan kerja sekarang). Expenses kita sekarang bertambah, dengan sewa rumah, bil api+air, kereta, belanja dapur, susu+diaper Mukhlis. Dulu Mukhlis breastfeed sekarang dan minum susu formula, jadi perbelanjaan kita bertambah la lagi :-) Dan untuk baby yang bakal lahir ni belum ada ape2 persediaan lagi. Alhamdulillah banyak lagi barangan Mukhlis sewaktu baby masih elok dan boleh digunakan untuk adik nanti. Jimat. Mungkin faktor-faktor itu juga memberi efek kepada kesihatan ibu kali ini.
Last check up tempoh hari, doktor nasihatkan ibu refer ke hospital sebab ada masalah sket. (Sebelum ini, sebelum puasa, pernah ke klinik Taman Permata dan doktor kat situ dah inform air ketuban macam kurang sikit dan nasihatkan ibu suruh banyak berehat dan minum air kosong.) Doktor bagi reference letter suruh ke Hospital Selayang, tapi kita refer kat Ummi Ya untuk ke HUKM la, jauh sket tapi ayah kata senang kot ape2hal ummi Ya ada kat sana. Ummi Ya dan set kan appointment (Selasa, 28hb. Rasanya kena bawa Mukhlis sama la sebab nanti tak la Tok terkejar2 jaga ketujuh2 cucu yang lasak tu, tambah pula ummi dalila tak sihat kat rumah.). Ummi ya cakap potensi untuk bersalin awal tu ada (Mukhlis awal 4minggu, sebab hB rendah juga) dengan keadaan kesihatan ibu yang macam sekarang ni. Ibu risau juga ni herm.. Harap-harap selepas sempat la bibik/maid Ummi Ya datang sebelum ibu bersalin. Ini bukan bermaksud ibu terlalu bergantung kepada pembantu, terlalu bergantung kepada Tok, cuma sebagai ibu muda (26tahun) ibu rasa kemampuan ibu terbatas. Ok cuba bayangkan ibu berpantang sendiri dengan Mukhlis yang lasak tu kat rumah (ayah of course la pergi kerja). Kalau kat rumah tok (tanpa bibik) lagi la haru biru. Tapi kalau bersalin awal macam yang ummi ya cakap herm, ayah kena amik cuti sebulan la jaga ibu kat rumah. Nak hantar Mukhlis ke nursery, masalah financial la pulak, maunya rm250++ pulak nanti. Dan macam mana diorang treat Mukhlis nanti. Ibu cuma risau bab makan sahaja sebab Mukhlis memang susah makan, dan bila Mukhlis lapar Mukhlis akan meragam dan masa tu sape pu akan stress. Lagi pula sekarang banyak kes penderaan kanak2 bawah jagaan (tak kira la pengasuh ke nursery ke). Tapi masalah utama ada financial la :-) sebab kalau tanpa masalah financial ni kita boleh jer ada pembantu sendiri, takpun kalau ayah mampu dari segi financial ibu jadi la full time housewife, tapi ayah kena bagi la sket tiap2 bulan, so that nanti ibu ada juga simpanan sendiri. Tak la tiap kali nak something kena meminta2 dari ayah.
Dulu plan ibu berhenti kerja dan ambil kursus jahitan tu untuk mulakan bisnes sendiri. Ibu boleh jaga anak2 ibu sendiri disamping menjana income family kita, tapi ilmu jahitan ibu terbatas dan ibu tak kuat untuk berdikari dan berkerjaya sendiri. Ibu kena timba lebih banyak pengalaman lagi dalam bidang jahitan. Akhirnya ibu dan ayah sepakat, buat masa sekarang ni bidang jahitan ada secara sampingan, kena ada networking dulu untuk mulakan sesuatu bisnes (walaupun kecil-kecilan, dan networking ibu ada kurang buat masa sekarang hanya mengharapkan kawan2 ayah, keluarga dan lain-lain)...
- to be continue sebab dah lunch time, ibu lapar huhuhu...
No comments:
Post a Comment