Semoga dalam redhaNya

Friday, July 30, 2010

mukhlis dan cerita air terjun nya




Malam tadi bersembang dengan Mukhlis, masa tu nak tidurkan mukhlis (ayah mukhlis kat depan dengan kawan-kawan. Situasi masa ni, dah tutup lampu, dah baringkan mukhlis atas bantal hello kitty die, mukhlis dah kenyang minum susu dan tengah rilek-rilek sambil peluk bantal strawbery dan pegang jam tangan ‘woody’ (hadiah ummi dalila sempena ulangtahun ke2 baru-baru ni, jadi feveret mukhlis sebelum tido sebab ada lampu yg kuar gambar woody)..


Mukhlis : ibu mukhlis ‘tingat’ (teringat) ibu

Ibu : teringat ibu? Ni ibu ada dengan mukhlis..

Mukhlis : mukhlis mandi air ‘tujun’ (air terjun)

Ibu : bile?waw best nyer..lagi..

Mukhlis : ada batu besar..besar sangat..

Ibu : iyer

Mukhlis : herm... sejuk sangat..

Ibu : waw best nyer.. (saje nak galakkan die bercerita, n luahkan ape yg die nak luah hehehe)

Mukhlis : air ‘tujun’ (terjun) sejuk sangat.

Mukhlis : erm mukhlis mandi dengan dalila

Mukhlis : ada fish ‘manyak-manyak’ (banyak)

Ibu : iyer? Fish tu warna ape?

Mukhlis : warna yellow, cantik, ‘manyak’ (banyak) fish ‘benang-benang’ (berenang-renang)

Mukhlis : mukhlis duduk kat batu besar.. besar sangat..


Lepas tu, mukhlis golek-golek kiri kanan, ibu pun sama, ibu zikir kat mukhlis sket-sket dan mukhlis pun ikut zikir sama pastu ibu tertidur.. Mukhlis plak ibu tak pasti kul berapa mukhlis tido...


Erm bertuah sungguh anak ibu ni, mana penah mandi air terjun la, kita pernah mandi sungai dan laut jer heheh, Cuma mukhlis pernah tengok air terjun masa zikir di astro oasis dan ibu perasan mukhlis suka tengok air terjun tu, dan mesti cakap “oooo sejuknya air ‘tujun’ (terjun) tu..cantik nya..”. Pandai mukhlis mereka cerita, ibu suka mukhlis bercerita macam ni sebab nanti ‘words’ mukhlis akan bertambah sebab sambil-sambil mukhlis bercerita ibu akan betulkan ayat penceritaan mukhlis tu, alhamdulillah mukhlis tak pelat sangat so senang ibu nak faham bile sembang dengan mukhlis. Tapi ayah tak bagi ibu layan sangat cerita-cerita mukhlis yang macam ni sebab nanti menggalakkan mukhlis berimaginasi.. Pada ibu, alah budak 2tahun nak belajar bercerita dan berkongsi perasaan / fikiran die dengan ibu, ape salahnya


Dahi (yg jatuh basikal tu), masih lagi membiru dan sakit (mukhlis cakap la), dagu masih calar.. Erm tambah plak seketul merah kat pipi, kena ‘cium’ ngan nyamuk ke gatal-gatal ke tak pasti...







Wednesday, July 28, 2010

jatuh basikal

Malam tadi ibu tengah sibuk goreng cekodok pisang untuk ayah dan kawan-kawan ayah, Mukhlis datang kat ibu dan suh ibu tolong angkat Mukhlis naik basikal, basikal tu agak tinggi untuk Mukhlis si katik ibu ni..

Mukhlis : "ibu tolong la angkat Mukhlis ni.. Mukhlis nak naik basikal" (ayat die seperti biasa mendayu-dayu hehehe)

Lepas angkat, die kayuh slow2, belum boleh kayuh 1pusingan lagi sebab kaki tak sampai, so cara Mukhlis kayuh tekan paddle depan, tekan paddle belakang dan tekan depan balik.. jalan la basikal tu heheheh tengok panjang nyer akal die, nak naik basikal punya pasal (basikal hadiah birthday Mukhlis yg ke-2 tahun, boleh tengok entry sebelum ni, betapa basikal tu tinggi untuk Mukhlis yg katik). kalau ada tetamu memang basikal tu ibu letak kat dapur sebab ruag tamu agak sempit, atau sorok kat bilik kecik, kalu tak camni la sibuk nak naik n nak menunjuk betapa terer Mukhlis kayuh basikal dan pusing2. (Mukhlis dah pandai pusing kanan dan kiri dengan arahan, bila ibu cakap 'turn right' Mukhlis pusing kanan). Dah naik basikal kat dapur sibuk plak nak pegi tunjuk kat pakcik (kawan-kawan ayah). Mukhlis pun kayuh basikal ke depan, tersangkut kat pintu dapur, bising lagi mulut tu.. "ibu, Mukhlis nak pegi kat pakcik, nak macam mana ni" (maksud nak macam mana tu "nk pegi macam mana, roda basikal tersangkut")

Pegi la si Mukhlis ni kayuh basikal die kat depan tuh, tunjuk la skill mengayuh basikal die tu... Ayah dok sembang lagi ngan kawan2, tetiba kedegangggg..... bunyi grill kena langgar, rupa2nya Mukhlis terlanggar grill rumah dengan kuat nya, pastu menangis la dengan kuatnya.. Ayah bawa Mukhlis datang dapur, berdarah bibir (pecah), dagu calar dan bengkak, dahi lebam benjol bengkak... sian anak ibu, pujuk2 jap, lap darah kat mulut Mukhlis dan tuam dengan ais lepas tu Mukhlis diam, cuma tak nak turun dari dukungan ibu. kena la menggoreng sambil dukung die, dah la berat 12.3kg.. Dah siap goreng cekodok, ibu buatkan susu anmum 200ml, bawa Mukhlis masuk bilik konon-konon nak suh Mukhlis tido la (erm bertuah sangat die nak tido), ais tadi ibu baluut ngan towel kecik dan ikat getah (sebab Mukhlis nak tuam sendiri, tak kasi ibu tuam, macam besar sangat dah la tu).. Lepas minum susu, Mukhlis kuar balik join ayah dan kawan2 ayah sambil pegang ais yang berbalut tadi hehehe, pandai tuam sendiri..

Lama tu ayah anta Mukhlis ke bilik sebab nampak macam mengantuk. Ibu tengah baca majalah pa&ma, ada gambar baby comel2, Mukhlis tengok gambar baby tu dan cakap

Mukhlis : "comel baby tu"
ibu : " comel macam saper?"
Mukhlis : "comel macam mukhlis la" (ewah perasan anak bujang ku ini heheheeh)

Mukhlis : "good boy la baby tu ,macam Mukhlis" (lg 1 ayat perasan Mukhlis heheh)

Alhamdulillah walaupun dahi bengkak, bibir pecah, dagu calar, dah pipi sket la calar, Mukhlis tak la meragam, menangis kejap je sebab mungkin terkeut dan sakit sikit je, lepas tu dah boleh sembang macam biasa dah, cuma sesekali Mukhlis tuam bibir tu dengan ais yang ibu balut (pedih lagi kot).. Dan alhamdulillah sekarang Mukhlis dah boleh jadi teman bersembang ibu di saat-saat ibu keboringan. Herm dah petah bercakap, tak pelat (perkembangan yang membanggakan seorang ibu seperti ibu sebab padahal usia Mukhlis baru dua tahun sebulan, alhamdulillah sangat2 berbanding dengan kanak-kanak seusia yang masih lagi pelat).


ni bantal feveret Mukhlis - sarung bantal hello kitty pink
kalau bagi susu botol mesti cari bantal ni dulu...

Malam nk tido kan Mukhlis pun senang je, tapi bersyarat,
syarat pertama : mesti la kat bilik dan
syarat kedua : berbantalkan bantal bucyuk hello kitty kesayangan die,
syarat ketiga : gelap (tutup lampu dan pintu bilik la)
syarat keempat : zikir la sket2

(zikir2 yg di suka, tapi kalau die susah lelap mata, sebab tak ngantuk sangat ke hape ker Mukhlis akan request zikir2 yg die suka), jap je tak yah lama, dua tiga kali ulang pastu die termenung jap dan tido sendiri.. tepuk punggung, bahu ke ape ke tak main la, die tepis tangan kita lagi ada la klau tepuk juga (usap rambut ok).. itu la syarat2 nak suh die tido mlm, senang kan... tak meragam dah sekarang. kadang-kadang kalau ibu penat dan mengantuk sangat, ibu bawa masuk bilik baringkan kat bantal hello kitty (pink lagi tau hehehe) bagi susu sebotol, tutup lampu dan abaikan Mukhlis, (baring sebelah Mukhlis dan buat-buat tido) confirm Mukhlis akan tido sendiri. Tapi sambil2 baring minum susu botol tu confirm tangan die tepuk2 ibu, usap2 pipi ibu, (konon dodoikan ibu la hehehe). Tak lama tu condirm Mukhlis tertidur la, pendek kata tidur malam memng takde masalah. Heheheeh sweet kan..erm rindu kat Mukhlis...

p/s : badan mukhlis banyak bintik2 merah, gegata tok cakap, sapu losyen calomin (betul ke ejaan tuh, lantak la hehehe), mula tu ibu igt kena gigit semut/nyamuk, so ibu sapu krim 'moz-bite'. hari ni masih belum berkurangan bintik2 merah tu, bertambah2 pulak dengan dahi bengkak bibir pecah dagu calar heheheh, sian Mukhlis tu.. Ape2pun anak ibu ni strongggg boyyyy.... kan sayang....

Saturday, July 24, 2010

riadhah taman tasik perdana

24 julai 2010
pepagi lagi, (takde la pagi pun), usai ayah balik dari sekolah, kita beriadhah di taman tasik perdana, yer la asyik ke titiwangsa je sesekali berubah angin la.. Laluan masuk kerete / kenderaan di tutup sebab tengah buat 'construction' lanskap dalam taman tasik tu, so kena park kereta kat luar dan jalan kaki masuk ke dalam kawasan taman.. Tak la jauh pun, sambil2 exercise (kata datang taman tasik tu nak exercise heheh).. Mukhlis excited la, mulut pot pet pot pet cakap itu ini, macam mak nenek...heheheh...

Gerak dari rumah dalam kul930am, jalan agak 'jam', mungkin ada yang bekerja weekend ni (sabtu).. Mukhlis sarapan mee goreng dalam kereta, bila dah nak sampai Mukhlis muntah berlambak la plak, busuk tak citer la, semerbak 'kasturi' bau nya... Lap je la seadanya dengan kain yang ada.. Erm makan tak minum air rupanya, tercekik la tu... Sampai je kat sana Mukhlis berak la pulak, adoiiii mukhlis o mukhlis hehehe... Mesti cari toilet dulu, takut bocor / kena ruam lagi.. Dah la ruam dan melecet (dah seminggu) tak baik-baik lagi ni.. Tukar diapers dulu kat toilet.

Aktiviti pertama kita, naik sampan mengelilingi tasik. Bayaran die rm3.00/setengah jam, sama je dengan sampah kayuh di tasik tititwangsa (under DBkL, sama je rate die). Tasik die tak luas macam tasik titiwangsa, cuma tasik perdana ni panjang (walaupun sempit), best juga sambil mendayung sampan (ayah je la mendayung, ibu dan Mukhlis jam 'boss besar' hehehe) sambil tengok pemandangan. Mukhlis sebuk dok tunjuk air 'fountain' yang ada kat tengah-tengah tasik tu (ada la 3biji) dan bila menghampiri 'pulau kecil' (ada macam pulau je la, bukan pulau betul2 pun) yang ada beberapa ekor itik dan angsa Mukhlis ape lagi pot pet pot pet la..

Mukhlis : "duck, minum la air tu" (kebetulan itik tu tengah minum air pun),
Mukhlis : "duck..duck nak mandi ngan Mukhlis tak?nak tak?" (ada pulak berckp dgn itik hehehe),
ibu : "Mukhlis nak mandi dengan duck kat mana?"
Mukhlis : "kat air tu la" (tunjuk kat air tasik)..

Adoii mukhlis, mandi pool rumah tok pun menjerit-jerit ada hati nak mndi tasik yang luas tuh.. Semangat tu besar heheheh..

Setelah setengah, kita naik ke daratan (ceh daratan....), dan ayah sambung plak mendayung kayak, sama juga bayaran die RM3.00/ setengah jam. Mukhlis dan ibu masa tu pegi kafe depan tu je (tepi tasik juga) untuk makan dan minum, ingat nak bagi Mukhlis makan roti sebab mee goreng tadi pun Mukhlis tak abes makan, tapi Mukhlis awal-awal minta keropok ubi yang tergantung kat cashier kafe tu, erm terpaksa ibu mengalah (kalau tak Mukhlis tak kan makan pe2), pastu selesai ibu makan roti dan minum air, kite lepak tepi tasik (tempat naik sampan / kayak / sampan kayuh / basikal air) tepi-tepi die ada kerusi panjanh. Melepak kat situ sambil tunggu ayah sambil makan keropok ubi. Nampak Mukhlis happy betul, dapat berjalan dengan bebas, melompat, menjerit, gelak heheheh (tapi dengan pengawasan ibu la , sebab takut jatuh tasik plak). Sebaik je nampak ayah, Mukhlis menjerit pangil "ayah...ayah..", ayah tercari-cari dan bila nampak kita baru ayah lambai.

Lepas tu bawa Mukhlis main-main kat playground sebelum balik. Banyak la pilihan kat playground ni berbanding tasik titiwangsa. Menarik dan pelbagai. Walaupun tak seluas playround tasik titiwangsa tapi playground die ada beberapa kelompok. Masa main buai, Mukhlis nyanyi lagu buai laju-laju sekuat hati, ada kakak sorang tu gelak kan Mukhlis heheheh, pastu zikir la, hape la, Mukhlis ni suka sangat nyanyi kuat-kuat... kemudian naik buaian pusing, gelak sakan Mukhlis, maklum saja 1st time jumpa buaian pusing, ibu rekod masa mukhlis main buaian pusing tu. Pastu main-main permainan lain.. Pukul1230tghr ayah ajak balik sebab takut tak sempat solat zohor si masjid.. dan seperti biasa Mukhlis akan 'jiwang' lebih la sebab tak nak balik hehehe lenkali kita datang lagi yer sayang.. Sini best kan???

Balik rumah, bagi Mukhlis makan (1 jam baru siap seperti biasa la...), mandi (jap je sebab pagi tadi dah mandi proper), dan minum susu 200ml sambil tengok TV (kartun of course) pastu Mukhlis tido (dalam kul3pm), ibu join sekali, terlelap.. Dan ayah depan laptop, blogging, facebooking dan buat keje sket.. Lepas asar ayah pegi swimming, Mukhlis masih tido, ibu plak sambung blogging...

Ok, setakat ini laporan untuk hari minggu ni, erm gambar dalam HP ayah, ayah lupa nak transfer, jadi baca je la entry tanpa gambar ni.. Lainkali insyaAllah ibu upload gambar plak yer...
Assalamualaikum... bye bye

Thursday, July 22, 2010

maksud di sebalik nama

UMMU MUKHLIS
UUntung
MMesra
MMenawan
UUlung
MManis
UUtuh
KKomited
HHarum
LLemah-lembut
IIkhlas
SSuci
Apa ada pada nama?

Sekadar Perkongsian





Sifat pemarah merupakan 1 psikologi & gejala emosi yg di rasai sejak fasa pertama kelahiran berlanjutan sehingga meninggal dunia.

Sifat pemarah bukanlah sesuatu yang negatif kerana semasa penciptaan manusia, Allah telah meletakkan perasaan2 & kecenderungan ini pada diri manusia itu.

Pelbagai manfaat terdapat pada sifat2 marah ini antaranya :
1) Memelihara diri
2) Memelihara agama
3) Memelihara kehormatan
4) Memelihara negara islam drpd tipudaya musuh.

Tapi marah yg bermanfaat ini adalah marah yg terpuji sepertimana Rasulullah s.a.w.

Di antaranya, seandainya hukum2 Allah di persendakan / diremehtemehkan.
cth: apabila pembesar melakukan kesalahan maka didiamkan sahaja, tetapi apabila orang biasa buat salah maka di gembar gemburkan contohnyan dalam bab mencuri...

Rasulullah pernah berkata ‘demi Allah sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri, akan kupotong tangannya’

Rasulullah amat marah dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara2 yg melibatkan hukum2 Allah.

Para sosiologi dan pedagogi menganggap marah itu perbuatan tercela. Tetapi marah yg di maksudkan mereka itu adalah marah yang negatif. Contohnya :
1) Marah kerana gejolak emosi
2) Marah atas kepentingan2 ind.
3) Ego

Ini kerana marah yg negatif itu boleh merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat. Contohnya :
1) Suami yg suka marah2 tanpa sebab yg munasabah, r/tangga tidak akan aman. Isteri memendam rasa, & anak2 mjadi stress. Ini boleh menghancurkan keharmonian r/tangga tersebut.

2) Guru / pendidik yg suka marah2 @ menengking tanpa alasan yg kukuh, sudah tentu pelajar2 nya hilang rasa sayang & rasa hormat padanya.

3) Pemimpin yg suka marah2 di sebabkan ego dalam dirinya, staff bawahan pasti hilang kepercayaan dan buat kerja pun tidak ikhlas.

Rasulullah amat memuji orang2 yg mampu menguasai diri ketika sedang marah. Orang yang paling kuat adalah orang yg mampu menguasai marahnya, bukan fizikal.


41 : 34 “dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan dgn cara yg lebih baik, maka tiba2 org yg ada permusuhan seolah2 menjadi sahabat setia..

25:63 3:134 42:37


Marah yg tercela ini mempunyai pengaruh yg negatif terhadap keperibadian, akal & keseimbangan manusia. Ia merosakkan ikatan persaudaraan, kemasyarakatan dan diri sendiri.

Ibubapa harus memainkan peranan yg penting dalam usaha mengekang wujudnya sifat2 pemarah dalam diri individu sejak dari bayi, kanak2 hinggalah ke usia remaja. Antaranya :
1) Menghindarkan faktor2 & punca2 penyebab yg menimbulkan rasa marah agar tidak menjadi kebiasaan pada diri anak tersebut


Antara faktornya adalah :
1) Lapar;
Beri makan pada anak secara teratur (ontime). Kerana bersikap remeh temeh dlm bab pemakanan boleh mendatangkan penyakit fizikal & gangguan emosi. Berdosa bagi ibubapa / penjaga yg mengabaikan hak anak2.

2) Mencemuh / menghina anak
Ibubapa yg selalu menghina, merendah2kan kebolehan & keupayaan anak2 dgn kata2 @ perbuatan sebenarnya mengganggu psikologi anak2 dan mencambah perasaan marah negatif dlm diri anak tersebut

3) Ibubapa yg garang / pemarah
Ibubapa adalah role model anak2. Anak2 meniru apa yg ibubapa buat, kerana pada mereka apa yg ibubapa buat adalah betul. Contohnya : dalam bab marah2.

4) Memanja2 terlampau / beri kesenangan
Jangan terlampau memanjakan anak, sesekali ajar mereka berdikari. Tidak membezakan anak. Tidak memewahkan anak.

5) Ejek / gelaran yg tidak sepatutnya
Ibubapa tidak seharusnya menggelarkan anak dgn gelaran yg die tak suka. Contohnya : gemuk, gagap, bodoh dll


Cara dan kaedah yg di gunakan oleh Rasulullah untuk mengawal rasa marah :

1) Ubah posisi tubuh orang yg sdg marah
Imam Ahmad & lainnya meriwayatkan Rasulullah bersabda ‘apabila seseorang diantara kamu sedang marah, dan ketika itu die sedang berdiri maka hendaklah die duduk, tapi kalau marah juga hendaklah die berbaring....’

2) Berwudu’
Marah itu drpd syaitan, syaitan itu drpd api, api dapat dipadamkan dgn air, maka berwudu’lah.

3) Diam / bertangguh
Ucaplah “ auzubillahi minas syaitoni rojim”




Penutup :
1) Ibu bapa / pendidik harus menggunakan kaedah tersebut dalm mendidik anak2 untuk membiasakan mereka dgn sifat2 lemah lembut dan menahan nafsu marah.

2) Ibubapa / pendidik harus memberi gambaran buruk kpd anak2 jika marah. Antaranya :
- Mata akan terbuntang luas, menjadi merah
- Airmuka berubah menjadi buruk dan merah menyala-nyala
- Suara menjadi kasar
Dan gambaran2 visual sebenar yg logik yg boleh diterima akal mereka (jgn menipu @
mereka2)

3) Ibubapa/ pendidik sentiasa mengingatkan impak & bahaya akibat marah yg negatif

4) Sekiranya semua itu (didikan baik) terterap dlm jiwa anak2 sejak dari kecil, insyaAllah mereka akan membesar menjadi individu yg sukses dlm mengawal emosi marah

5) Macam mana pun cabaran dunia hari ini sekalipun, seandainya anak2 terdidik dgn pendidikan psikologi & kaedah islam insyAllah anak2 ini akan menjadi generasi berkeperibadian mulia dan sempurna, lantas terselamat dari bahaya2 psikologi

6) Jika ibubapa/pendidik berusaha keras dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, maka tidak sukar bagi Allah untuk merealisasikan / mewujudkan semua itu


Wednesday, July 14, 2010

14 julai 2010


hari ini 14 julai 2010, adalah ulang tahun kelahiran ayah yang ke-28. Dah tua rupanya ayah mukhlis ni hehehe. selamat hari lahir ayah (dari ibu dan mukhlis) semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.. Semoga sentiasa dalam redha Ilahi.. Ibu dan Mukhlis tak buat ape2 surprise pun sempena birthday ayah ni, maklumla weekday dan ayah pun takde kat rumah malam tadi, pegi ziarah kawan ayah sakit kat shah alam, lewat tengahmalam baru balik.. Masa tu ibu dan Mukhlis dah lena di ulit intan hehehe.. Tapi awal2 lagi ibu dan Mukhlis belikan ayah hadiah. Seluar poket banyak2 kat tepi die tuh.. (ape nama ntah), 2helai (1 dari ibu, dan 1 dari Mukhlis), ayah yang pilih sendiri.. Tapi ayah kata tak nak pakai lagi sebab nak pakai raya nanti.. ape2 la ayah, dah jadi suar ayah tuh, sukati ayah la, kan Mukhlis kn..

Selalunya pun kita tak biat sambutan ape2 pun kalau birthday ni, biasanya kalau sambut pun kita bertiga je. Cuma masa birthday Mukhlis yang ke-2 tahun hari tu je ibu teringin buat sket2 sebab Mukhlis dah pandai nyanyi lagu 'Birthday' dan selalu bila nampak kek je ingat tu kek birthday die hehehe, walaupun 11jun hari tu tak ramai yang hadir tapi ape2pun anak ibu sukerrr je. Ayah plak (erm dah tua-tua ni tak payah la kek bagai), ibu ada belikan moist kek kecik, cuma tak sempat makan je lagi, takpe malam ni lepas ngaja kak nadhira kita makan sama2 eh, (cucuk la lilin 28 bijik, hancur kek nanti dah la kecik je ngeh ngeh ngeh)..

Ibu plan nak ajak ayah kuar makan je, tapi selalu sangat tak free, ayah selalunya malam-malam full, ngaja tuisyen la ape la itu la ini la.. Nanti la bila2 free kite kuar makan, makan fast food je, yang penting kite kuar bertiga..

ayah dah lulus
Hari ni ayah amik cuti untuk ambil lesen motor B full, alhamdulillah lulus (ala dah biasa pun bawa motor berkuasa besar baba nurul, kalau tak lulus juga memang malu la heheheh.. ini hadiah ayah untuk diri ayah sendiri sempena ulang tahun kelahiran ayah hhehehe betul tak ayah????



Esok 15 julai, bawa Mukhlis pegi monthly check up kat kkia (klinik kesihatan ibu dan anak), Gombak Setia.. ambil ubat cacing sekali....





amalan ibu mengandung

AMALAN-AMALAN YANG PATUT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

1 ) Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.
Ibu hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung. Ibu hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Doanya yang bermaksud :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

2 ) Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.
Ibu hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat. Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu hamil adalah digalakkan untuk sentiasa membaca ma’thurat terutamanya setiap kali selepas solat.

3) Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Ibu-ibu mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

4) Sentiasa berakhlak yang baik.
Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepada jiran tetangga, tidak suka berbual kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempengaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berbual kosong. Demikianlah amalan yang dituntut bagi ibu hamil untuk diamalkan, semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.


Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Suami mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik sewaktu isteri mengandung. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

a. sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
b. sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
c. jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
d. Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
e. jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
f. hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
g. bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
h. cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
i. berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
j. bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

a. menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami.
b. menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
c. Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
d. jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
e. hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
f. apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
g. berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
h. jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
i. jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
j. jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
k. jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

wallahua'lam..se
kadara perkongsian, petikan dari internet

Monday, July 12, 2010

makan ikan bakar



Sabtu, 10 julai,

Hari ini, ayah ada kokurikulum kt sekolah, lepas tu ayah akan ke nur bukit unggul, ada camping, ahad pagi baru ayah balik..so ibu dan mukhlis plan nak keluar dgn kawan2 ibu.. Lebih kurang pukul 1130, kita pegi amik kawan ibu kat kg. Wira damai, sri gombak (raja adyani raja hassan, kawan ibu masa kt uitm dulu, sekarang kak long baru je seminggu di uitm shah alam, utk MBA die), lepas tu contact k’jun (janji nak jumpa di titiwagsa, tapi diorang dah balik ke melawati, so jumpa di melawati untuk pegi makan ikan bakar di keramat.. lokasi pertemuan, pejabat lama ibu, di taman melawati, lama juga menunggu sebab kak su balik rumah die dulu (bagi makan anak kucing katanya), lebih kurang 130pm gerak ke keramat..naik kete kjun sebab kat ikan bakar tu parking susah, kawasan sempit.. sampai je sana kami amik 4jenis ikan sebab nak merasa semua jenis ikan (masuk ni dah kali ke-4 ibu makan kat sini, Cuma nak bawa kawan2 je try...). kita amik ikan keli, terubuk, pari dan kembung.. wah semua makan tak hingat punya sampai licin dan sambil lap2 hidung sebab ai asam die yang power giler... kjun, kzila dan ksu ni actually ‘gang jalan2 cari makan’, so mana tempat makan sedap diorang pasti akan pegi.. dan untuk kedai ikan bakar yg ibu perkenalkan ni (sebenarnya tok ayah semenyih yang perkenalkan kat ibu dan ayah hehehe) diorang kata best giler dan bagi markah 100%...


Agenda seterusnya, ziarah ex kawan pejabat, kmoon (munirah), kat taman gombak permai, tapi ibu tengok mukhlis macam mengantuk jer dan mukhlis belum makan lagi, tadi masa ibu makan mukhlis meragam (selalunya mukhlis ok, tapi tadi mukhlis macam nampak ‘sesuatu’ kat dinding kedai tu huhuhuhu horor nya, kalau malam confirm ibu blahhhh....), so ibu mukhlis n kawan ibu, kaklong, tak join.. lepas amik kereta kat depan pejabat lama ibu kita balik ke rumah tok. Di samping tu mukhlis nak jumpa BoB yang baru datang dari Penang. Seronok la mukhlis jumpa BoB, siap dapat hadiah ‘ultraman’ lagi.. rindu betul mukhlis kat BoB, asyik tnya je “BoB mana?BoB kawin?” herm die tanya die jawab heheheh...


Ibu cadangnya nak jalan2 ngan kaklong, samada pegi JJ or carefour.. dalam pada tu tok tanya nak ikut tok tak pegi carefour?erm pikir2 cam best juga pegi ramai2 (tok, umi dalila, dalila, BoB dan tok cak, so tambah ibu,mukhlis dan kaklong, penuh la 1 avanza kita heheh), so kita join la tok dan semua2... tok cak nak beli baju untuk kenduri kawan BoB, esok kat sunway (kita tak ikut la sebab esok ayah balik n of course ayah nak spend masa dengan mukhlis dan ibu).. lepas maghrib ibu anta kaklong ke sri gombak, mukhlis tak ikut sebab malam2 ni kot mukhlis meragam sebab jalan ke sri gombak tu agak sunyi dan gelap.. dah la malam tu hujan lebat yang amat....


sori gambar takde sebab lupa nak snap, sebenarnya ibu lupa yang ibu bawa camera hehehe, hp punya camera hhermmm dah full, tak transfer / delete gambar2 masa mukhlis kecik.. so baca jela entri ni...


Ok, hari tu ibu ada ceritakan pasal kawan2 sekolah menengah, so kebetulan minggu ni jumpa kaklong, ibu nak crita la sedikit tentang kawan2 masa diploma dulu, dua tiga orang saje la... ramai-ramai karang lenuh tangan ni menaip hehehe.. kepada yang tak tersenarai ampun bebanyak lainkali insyallah akan tulis juga, insyaallah..


Kak long @ raja adyani raja hassan

Lama tak jumpa kaklong, last jumpa kaklong masa umur mukhlis 2bulan, masa tu kita balik kampung.. ini kebetulan kaklong dah mula sambung belajar, buat master kat uitm shah alam, insyaallah la kalau kak long sudi, kita akan kerap berjumpa la...lagi pun rumah mak die di sri gombak je. Kaklong ni roomate ibu selama 3tahun masa diploma dulu. Pada ibu kaklong ni agak kurang independent sket, terlalu bergantung kat che dan abah die (mak&ayah sedara, tapi penjaga kaklong sejak kaklong baby lagi), sorry kaklong eh kalau terbaca.. seorang yang ceria, dan mudah mesra la pendek kata. sekali tengok memang macam orang yang tiada masaalah langsung la, tapi hakikatnya selagi bernama manusia kite tak lepas dari masalah dan dugaan hidup... kaklong berazam untuk jadi macam nasha aziz suatu hari nnti hehehe...


Nazi @ nazida zahdi @ che moh siput sedut

Sekarang nazi dan nikah dengan usop, dah pregnant dah pun, lebih kurang 2bulan la, baru lagi. Nazi pun roomate ibu sejak semester1-6.. nazi plak pling banyak penyakit hehehe kejap sakit kepala, kejap sakit perut, macam-macam la, dan ubat-ubatan memang sentiasa jadi stok die.. dari kurus jadi semakin keding, ini dah prgnnt ni tak tau la, agaknya makin keding..die kata nak jadi macam adibah noor suati hari nanti hehehe, pakatan dengan kaklong tuh. nazi seorang yang lemah lembut, baik ati dan rajin. Ibu dan kaklong selalu juga pegi rumah die sebab kitorang baik dengan family die, Cuma sejak nazi mula couple dengan suami die skrg kitorang dah kurang pegi ziarah family die sebab hubungan cinta terlarang dek family (layanan family die dah lain dah sebab mungkin family die igt kami bersubahat menyembunyikan rahsia nazi ni, mmg la, takkan nak g bagitahu fmly nazi plak nazi bercinta, adat la tu remaja bercinta....Cuma di sebabkan nazi ni anak bongsu, family die cukup jaga die betul2). Masa semester 1, ibu kaklong dan nazi pernah naik ketepi dari tanah merah-pasir mas, pegi rumah nazi, padahal bukan jauh sangat, saje nak rasa pengalaman naik ketapi..jakun sungguh kami hehehe.. rumah nazi best, banyak buah2an, parent die baik sangat, kakzah pun baik..rindu la kat diorang ni. Nazi sekarang keje dengan bank rakyat kat pasir mas, sungguh susah nak contact die, hp je la...iyer la FB pun takde, blog pun takde, emel pun tak aktif huhuhuhu pendek kata memang susah la, abes2 pun sms je la dan call...


Erm dua orang dulu la, ibu dah penat la menaip, nanti lainkali ibu topup lagi yer... Ok perut sudah kelaparan (sentiasa lapa tak kira masa huhuhu), ibu nak merayap cari makanan jap...aci tak? Heheheh... bye bye