Sabtu, 10 julai,
Hari ini, ayah ada kokurikulum kt sekolah, lepas tu ayah akan ke nur bukit unggul, ada camping, ahad pagi baru ayah balik..so ibu dan mukhlis plan nak keluar dgn kawan2 ibu.. Lebih kurang pukul 1130, kita pegi amik kawan ibu kat kg. Wira damai, sri gombak (raja adyani raja hassan, kawan ibu masa kt uitm dulu, sekarang kak long baru je seminggu di uitm shah alam, utk MBA die), lepas tu contact k’jun (janji nak jumpa di titiwagsa, tapi diorang dah balik ke melawati, so jumpa di melawati untuk pegi makan ikan bakar di keramat.. lokasi pertemuan, pejabat lama ibu, di taman melawati, lama juga menunggu sebab kak su balik rumah die dulu (bagi makan anak kucing katanya), lebih kurang 130pm gerak ke keramat..naik kete kjun sebab kat ikan bakar tu parking susah, kawasan sempit.. sampai je sana kami amik 4jenis ikan sebab nak merasa semua jenis ikan (masuk ni dah kali ke-4 ibu makan kat sini, Cuma nak bawa kawan2 je try...). kita amik ikan keli, terubuk, pari dan kembung.. wah semua makan tak hingat punya sampai licin dan sambil lap2 hidung sebab ai asam die yang power giler... kjun, kzila dan ksu ni actually ‘gang jalan2 cari makan’, so mana tempat makan sedap diorang pasti akan pegi.. dan untuk kedai ikan bakar yg ibu perkenalkan ni (sebenarnya tok ayah semenyih yang perkenalkan kat ibu dan ayah hehehe) diorang kata best giler dan bagi markah 100%...
Agenda seterusnya, ziarah ex kawan pejabat, kmoon (munirah), kat taman gombak permai, tapi ibu tengok mukhlis macam mengantuk jer dan mukhlis belum makan lagi, tadi masa ibu makan mukhlis meragam (selalunya mukhlis ok, tapi tadi mukhlis macam nampak ‘sesuatu’ kat dinding kedai tu huhuhuhu horor nya, kalau malam confirm ibu blahhhh....), so ibu mukhlis n kawan ibu, kaklong, tak join.. lepas amik kereta kat depan pejabat lama ibu kita balik ke rumah tok. Di samping tu mukhlis nak jumpa BoB yang baru datang dari Penang. Seronok la mukhlis jumpa BoB, siap dapat hadiah ‘ultraman’ lagi.. rindu betul mukhlis kat BoB, asyik tnya je “BoB mana?BoB kawin?” herm die tanya die jawab heheheh...
Ibu cadangnya nak jalan2 ngan kaklong, samada pegi JJ or carefour.. dalam pada tu tok tanya nak ikut tok tak pegi carefour?erm pikir2 cam best juga pegi ramai2 (tok, umi dalila, dalila, BoB dan tok cak, so tambah ibu,mukhlis dan kaklong, penuh la 1 avanza kita heheh), so kita join la tok dan semua2... tok cak nak beli baju untuk kenduri kawan BoB, esok kat sunway (kita tak ikut la sebab esok ayah balik n of course ayah nak spend masa dengan mukhlis dan ibu).. lepas maghrib ibu anta kaklong ke sri gombak, mukhlis tak ikut sebab malam2 ni kot mukhlis meragam sebab jalan ke sri gombak tu agak sunyi dan gelap.. dah la malam tu hujan lebat yang amat....
sori gambar takde sebab lupa nak snap, sebenarnya ibu lupa yang ibu bawa camera hehehe, hp punya camera hhermmm dah full, tak transfer / delete gambar2 masa mukhlis kecik.. so baca jela entri ni...
Ok, hari tu ibu ada ceritakan pasal kawan2 sekolah menengah, so kebetulan minggu ni jumpa kaklong, ibu nak crita la sedikit tentang kawan2 masa diploma dulu, dua tiga orang saje la... ramai-ramai karang lenuh tangan ni menaip hehehe.. kepada yang tak tersenarai ampun bebanyak lainkali insyallah akan tulis juga, insyaallah..
Kak long @ raja adyani raja hassan
Lama tak jumpa kaklong, last jumpa kaklong masa umur mukhlis 2bulan, masa tu kita balik kampung.. ini kebetulan kaklong dah mula sambung belajar, buat master kat uitm shah alam, insyaallah la kalau kak long sudi, kita akan kerap berjumpa la...lagi pun rumah mak die di sri gombak je. Kaklong ni roomate ibu selama 3tahun masa diploma dulu. Pada ibu kaklong ni agak kurang independent sket, terlalu bergantung kat che dan abah die (mak&ayah sedara, tapi penjaga kaklong sejak kaklong baby lagi), sorry kaklong eh kalau terbaca.. seorang yang ceria, dan mudah mesra la pendek kata. sekali tengok memang macam orang yang tiada masaalah langsung la, tapi hakikatnya selagi bernama manusia kite tak lepas dari masalah dan dugaan hidup... kaklong berazam untuk jadi macam nasha aziz suatu hari nnti hehehe...
Nazi @ nazida zahdi @ che moh siput sedut
Sekarang nazi dan nikah dengan usop, dah pregnant dah pun, lebih kurang 2bulan la, baru lagi. Nazi pun roomate ibu sejak semester1-6.. nazi plak pling banyak penyakit hehehe kejap sakit kepala, kejap sakit perut, macam-macam la, dan ubat-ubatan memang sentiasa jadi stok die.. dari kurus jadi semakin keding, ini dah prgnnt ni tak tau la, agaknya makin keding..die kata nak jadi macam adibah noor suati hari nanti hehehe, pakatan dengan kaklong tuh. nazi seorang yang lemah lembut, baik ati dan rajin. Ibu dan kaklong selalu juga pegi rumah die sebab kitorang baik dengan family die, Cuma sejak nazi mula couple dengan suami die skrg kitorang dah kurang pegi ziarah family die sebab hubungan cinta terlarang dek family (layanan family die dah lain dah sebab mungkin family die igt kami bersubahat menyembunyikan rahsia nazi ni, mmg la, takkan nak g bagitahu fmly nazi plak nazi bercinta, adat la tu remaja bercinta....Cuma di sebabkan nazi ni anak bongsu, family die cukup jaga die betul2). Masa semester 1, ibu kaklong dan nazi pernah naik ketepi dari tanah merah-pasir mas, pegi rumah nazi, padahal bukan jauh sangat, saje nak rasa pengalaman naik ketapi..jakun sungguh kami hehehe.. rumah nazi best, banyak buah2an, parent die baik sangat, kakzah pun baik..rindu la kat diorang ni. Nazi sekarang keje dengan bank rakyat kat pasir mas, sungguh susah nak contact die, hp je la...iyer la FB pun takde, blog pun takde, emel pun tak aktif huhuhuhu pendek kata memang susah la, abes2 pun sms je la dan call...
Erm dua orang dulu la, ibu dah penat la menaip, nanti lainkali ibu topup lagi yer... Ok perut sudah kelaparan (sentiasa lapa tak kira masa huhuhu), ibu nak merayap cari makanan jap...aci tak? Heheheh... bye bye
No comments:
Post a Comment