Sifat pemarah merupakan 1 psikologi & gejala emosi yg di rasai sejak fasa pertama kelahiran berlanjutan sehingga meninggal dunia.
Sifat pemarah bukanlah sesuatu yang negatif kerana semasa penciptaan manusia, Allah telah meletakkan perasaan2 & kecenderungan ini pada diri manusia itu.
Pelbagai manfaat terdapat pada sifat2 marah ini antaranya :
1) Memelihara diri
2) Memelihara agama
3) Memelihara kehormatan
4) Memelihara negara islam drpd tipudaya musuh.
Tapi marah yg bermanfaat ini adalah marah yg terpuji sepertimana Rasulullah s.a.w.
Di antaranya, seandainya hukum2 Allah di persendakan / diremehtemehkan.
cth: apabila pembesar melakukan kesalahan maka didiamkan sahaja, tetapi apabila orang biasa buat salah maka di gembar gemburkan contohnyan dalam bab mencuri...
Rasulullah pernah berkata ‘demi Allah sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri, akan kupotong tangannya’
Rasulullah amat marah dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara2 yg melibatkan hukum2 Allah.
Para sosiologi dan pedagogi menganggap marah itu perbuatan tercela. Tetapi marah yg di maksudkan mereka itu adalah marah yang negatif. Contohnya :
1) Marah kerana gejolak emosi
2) Marah atas kepentingan2 ind.
3) Ego
Ini kerana marah yg negatif itu boleh merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat. Contohnya :
1) Suami yg suka marah2 tanpa sebab yg munasabah, r/tangga tidak akan aman. Isteri memendam rasa, & anak2 mjadi stress. Ini boleh menghancurkan keharmonian r/tangga tersebut.
2) Guru / pendidik yg suka marah2 @ menengking tanpa alasan yg kukuh, sudah tentu pelajar2 nya hilang rasa sayang & rasa hormat padanya.
3) Pemimpin yg suka marah2 di sebabkan ego dalam dirinya, staff bawahan pasti hilang kepercayaan dan buat kerja pun tidak ikhlas.
Rasulullah amat memuji orang2 yg mampu menguasai diri ketika sedang marah. Orang yang paling kuat adalah orang yg mampu menguasai marahnya, bukan fizikal.
41 : 34 “dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan dgn cara yg lebih baik, maka tiba2 org yg ada permusuhan seolah2 menjadi sahabat setia..
25:63 3:134 42:37
Marah yg tercela ini mempunyai pengaruh yg negatif terhadap keperibadian, akal & keseimbangan manusia. Ia merosakkan ikatan persaudaraan, kemasyarakatan dan diri sendiri.
Ibubapa harus memainkan peranan yg penting dalam usaha mengekang wujudnya sifat2 pemarah dalam diri individu sejak dari bayi, kanak2 hinggalah ke usia remaja. Antaranya :
1) Menghindarkan faktor2 & punca2 penyebab yg menimbulkan rasa marah agar tidak menjadi kebiasaan pada diri anak tersebut
Antara faktornya adalah :
1) Lapar;
Beri makan pada anak secara teratur (ontime). Kerana bersikap remeh temeh dlm bab pemakanan boleh mendatangkan penyakit fizikal & gangguan emosi. Berdosa bagi ibubapa / penjaga yg mengabaikan hak anak2.
2) Mencemuh / menghina anak
Ibubapa yg selalu menghina, merendah2kan kebolehan & keupayaan anak2 dgn kata2 @ perbuatan sebenarnya mengganggu psikologi anak2 dan mencambah perasaan marah negatif dlm diri anak tersebut
3) Ibubapa yg garang / pemarah
Ibubapa adalah role model anak2. Anak2 meniru apa yg ibubapa buat, kerana pada mereka apa yg ibubapa buat adalah betul. Contohnya : dalam bab marah2.
4) Memanja2 terlampau / beri kesenangan
Jangan terlampau memanjakan anak, sesekali ajar mereka berdikari. Tidak membezakan anak. Tidak memewahkan anak.
5) Ejek / gelaran yg tidak sepatutnya
Ibubapa tidak seharusnya menggelarkan anak dgn gelaran yg die tak suka. Contohnya : gemuk, gagap, bodoh dll
Cara dan kaedah yg di gunakan oleh Rasulullah untuk mengawal rasa marah :
1) Ubah posisi tubuh orang yg sdg marah
Imam Ahmad & lainnya meriwayatkan Rasulullah bersabda ‘apabila seseorang diantara kamu sedang marah, dan ketika itu die sedang berdiri maka hendaklah die duduk, tapi kalau marah juga hendaklah die berbaring....’
2) Berwudu’
Marah itu drpd syaitan, syaitan itu drpd api, api dapat dipadamkan dgn air, maka berwudu’lah.
3) Diam / bertangguh
Ucaplah “ auzubillahi minas syaitoni rojim”
Penutup :
1) Ibu bapa / pendidik harus menggunakan kaedah tersebut dalm mendidik anak2 untuk membiasakan mereka dgn sifat2 lemah lembut dan menahan nafsu marah.
2) Ibubapa / pendidik harus memberi gambaran buruk kpd anak2 jika marah. Antaranya :
- Mata akan terbuntang luas, menjadi merah
- Airmuka berubah menjadi buruk dan merah menyala-nyala
- Suara menjadi kasar
Dan gambaran2 visual sebenar yg logik yg boleh diterima akal mereka (jgn menipu @
mereka2)
3) Ibubapa/ pendidik sentiasa mengingatkan impak & bahaya akibat marah yg negatif
4) Sekiranya semua itu (didikan baik) terterap dlm jiwa anak2 sejak dari kecil, insyaAllah mereka akan membesar menjadi individu yg sukses dlm mengawal emosi marah
5) Macam mana pun cabaran dunia hari ini sekalipun, seandainya anak2 terdidik dgn pendidikan psikologi & kaedah islam insyAllah anak2 ini akan menjadi generasi berkeperibadian mulia dan sempurna, lantas terselamat dari bahaya2 psikologi
6) Jika ibubapa/pendidik berusaha keras dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, maka tidak sukar bagi Allah untuk merealisasikan / mewujudkan semua itu
No comments:
Post a Comment