Malam tadi bersembang dengan Mukhlis, masa tu nak tidurkan mukhlis (ayah mukhlis kat depan dengan kawan-kawan. Situasi masa ni, dah tutup lampu, dah baringkan mukhlis atas bantal hello kitty die, mukhlis dah kenyang minum susu dan tengah rilek-rilek sambil peluk bantal strawbery dan pegang jam tangan ‘woody’ (hadiah ummi dalila sempena ulangtahun ke2 baru-baru ni, jadi feveret mukhlis sebelum tido sebab ada lampu yg kuar gambar woody)..
Mukhlis : ibu mukhlis ‘tingat’ (teringat) ibu
Ibu : teringat ibu? Ni ibu ada dengan mukhlis..
Mukhlis : mukhlis mandi air ‘tujun’ (air terjun)
Ibu : bile?waw best nyer..lagi..
Mukhlis : ada batu besar..besar sangat..
Ibu : iyer
Mukhlis : herm... sejuk sangat..
Ibu : waw best nyer.. (saje nak galakkan die bercerita, n luahkan ape yg die nak luah hehehe)
Mukhlis : air ‘tujun’ (terjun) sejuk sangat.
Mukhlis : erm mukhlis mandi dengan dalila
Mukhlis : ada fish ‘manyak-manyak’ (banyak)
Ibu : iyer? Fish tu warna ape?
Mukhlis : warna yellow, cantik, ‘manyak’ (banyak) fish ‘benang-benang’ (berenang-renang)
Mukhlis : mukhlis duduk kat batu besar.. besar sangat..
Lepas tu, mukhlis golek-golek kiri kanan, ibu pun sama, ibu zikir kat mukhlis sket-sket dan mukhlis pun ikut zikir sama pastu ibu tertidur.. Mukhlis plak ibu tak pasti kul berapa mukhlis tido...
Erm bertuah sungguh anak ibu ni, mana penah mandi air terjun la, kita pernah mandi sungai dan laut jer heheh, Cuma mukhlis pernah tengok air terjun masa zikir di astro oasis dan ibu perasan mukhlis suka tengok air terjun tu, dan mesti cakap “oooo sejuknya air ‘tujun’ (terjun) tu..cantik nya..”. Pandai mukhlis mereka cerita, ibu suka mukhlis bercerita macam ni sebab nanti ‘words’ mukhlis akan bertambah sebab sambil-sambil mukhlis bercerita ibu akan betulkan ayat penceritaan mukhlis tu, alhamdulillah mukhlis tak pelat sangat so senang ibu nak faham bile sembang dengan mukhlis. Tapi ayah tak bagi ibu layan sangat cerita-cerita mukhlis yang macam ni sebab nanti menggalakkan mukhlis berimaginasi.. Pada ibu, alah budak 2tahun nak belajar bercerita dan berkongsi perasaan / fikiran die dengan ibu, ape salahnya
Dahi (yg jatuh basikal tu), masih lagi membiru dan sakit (mukhlis cakap la), dagu masih calar.. Erm tambah plak seketul merah kat pipi, kena ‘cium’ ngan nyamuk ke gatal-gatal ke tak pasti...
No comments:
Post a Comment