Semoga dalam redhaNya

Wednesday, July 28, 2010

jatuh basikal

Malam tadi ibu tengah sibuk goreng cekodok pisang untuk ayah dan kawan-kawan ayah, Mukhlis datang kat ibu dan suh ibu tolong angkat Mukhlis naik basikal, basikal tu agak tinggi untuk Mukhlis si katik ibu ni..

Mukhlis : "ibu tolong la angkat Mukhlis ni.. Mukhlis nak naik basikal" (ayat die seperti biasa mendayu-dayu hehehe)

Lepas angkat, die kayuh slow2, belum boleh kayuh 1pusingan lagi sebab kaki tak sampai, so cara Mukhlis kayuh tekan paddle depan, tekan paddle belakang dan tekan depan balik.. jalan la basikal tu heheheh tengok panjang nyer akal die, nak naik basikal punya pasal (basikal hadiah birthday Mukhlis yg ke-2 tahun, boleh tengok entry sebelum ni, betapa basikal tu tinggi untuk Mukhlis yg katik). kalau ada tetamu memang basikal tu ibu letak kat dapur sebab ruag tamu agak sempit, atau sorok kat bilik kecik, kalu tak camni la sibuk nak naik n nak menunjuk betapa terer Mukhlis kayuh basikal dan pusing2. (Mukhlis dah pandai pusing kanan dan kiri dengan arahan, bila ibu cakap 'turn right' Mukhlis pusing kanan). Dah naik basikal kat dapur sibuk plak nak pegi tunjuk kat pakcik (kawan-kawan ayah). Mukhlis pun kayuh basikal ke depan, tersangkut kat pintu dapur, bising lagi mulut tu.. "ibu, Mukhlis nak pegi kat pakcik, nak macam mana ni" (maksud nak macam mana tu "nk pegi macam mana, roda basikal tersangkut")

Pegi la si Mukhlis ni kayuh basikal die kat depan tuh, tunjuk la skill mengayuh basikal die tu... Ayah dok sembang lagi ngan kawan2, tetiba kedegangggg..... bunyi grill kena langgar, rupa2nya Mukhlis terlanggar grill rumah dengan kuat nya, pastu menangis la dengan kuatnya.. Ayah bawa Mukhlis datang dapur, berdarah bibir (pecah), dagu calar dan bengkak, dahi lebam benjol bengkak... sian anak ibu, pujuk2 jap, lap darah kat mulut Mukhlis dan tuam dengan ais lepas tu Mukhlis diam, cuma tak nak turun dari dukungan ibu. kena la menggoreng sambil dukung die, dah la berat 12.3kg.. Dah siap goreng cekodok, ibu buatkan susu anmum 200ml, bawa Mukhlis masuk bilik konon-konon nak suh Mukhlis tido la (erm bertuah sangat die nak tido), ais tadi ibu baluut ngan towel kecik dan ikat getah (sebab Mukhlis nak tuam sendiri, tak kasi ibu tuam, macam besar sangat dah la tu).. Lepas minum susu, Mukhlis kuar balik join ayah dan kawan2 ayah sambil pegang ais yang berbalut tadi hehehe, pandai tuam sendiri..

Lama tu ayah anta Mukhlis ke bilik sebab nampak macam mengantuk. Ibu tengah baca majalah pa&ma, ada gambar baby comel2, Mukhlis tengok gambar baby tu dan cakap

Mukhlis : "comel baby tu"
ibu : " comel macam saper?"
Mukhlis : "comel macam mukhlis la" (ewah perasan anak bujang ku ini heheheeh)

Mukhlis : "good boy la baby tu ,macam Mukhlis" (lg 1 ayat perasan Mukhlis heheh)

Alhamdulillah walaupun dahi bengkak, bibir pecah, dagu calar, dah pipi sket la calar, Mukhlis tak la meragam, menangis kejap je sebab mungkin terkeut dan sakit sikit je, lepas tu dah boleh sembang macam biasa dah, cuma sesekali Mukhlis tuam bibir tu dengan ais yang ibu balut (pedih lagi kot).. Dan alhamdulillah sekarang Mukhlis dah boleh jadi teman bersembang ibu di saat-saat ibu keboringan. Herm dah petah bercakap, tak pelat (perkembangan yang membanggakan seorang ibu seperti ibu sebab padahal usia Mukhlis baru dua tahun sebulan, alhamdulillah sangat2 berbanding dengan kanak-kanak seusia yang masih lagi pelat).


ni bantal feveret Mukhlis - sarung bantal hello kitty pink
kalau bagi susu botol mesti cari bantal ni dulu...

Malam nk tido kan Mukhlis pun senang je, tapi bersyarat,
syarat pertama : mesti la kat bilik dan
syarat kedua : berbantalkan bantal bucyuk hello kitty kesayangan die,
syarat ketiga : gelap (tutup lampu dan pintu bilik la)
syarat keempat : zikir la sket2

(zikir2 yg di suka, tapi kalau die susah lelap mata, sebab tak ngantuk sangat ke hape ker Mukhlis akan request zikir2 yg die suka), jap je tak yah lama, dua tiga kali ulang pastu die termenung jap dan tido sendiri.. tepuk punggung, bahu ke ape ke tak main la, die tepis tangan kita lagi ada la klau tepuk juga (usap rambut ok).. itu la syarat2 nak suh die tido mlm, senang kan... tak meragam dah sekarang. kadang-kadang kalau ibu penat dan mengantuk sangat, ibu bawa masuk bilik baringkan kat bantal hello kitty (pink lagi tau hehehe) bagi susu sebotol, tutup lampu dan abaikan Mukhlis, (baring sebelah Mukhlis dan buat-buat tido) confirm Mukhlis akan tido sendiri. Tapi sambil2 baring minum susu botol tu confirm tangan die tepuk2 ibu, usap2 pipi ibu, (konon dodoikan ibu la hehehe). Tak lama tu condirm Mukhlis tertidur la, pendek kata tidur malam memng takde masalah. Heheheeh sweet kan..erm rindu kat Mukhlis...

p/s : badan mukhlis banyak bintik2 merah, gegata tok cakap, sapu losyen calomin (betul ke ejaan tuh, lantak la hehehe), mula tu ibu igt kena gigit semut/nyamuk, so ibu sapu krim 'moz-bite'. hari ni masih belum berkurangan bintik2 merah tu, bertambah2 pulak dengan dahi bengkak bibir pecah dagu calar heheheh, sian Mukhlis tu.. Ape2pun anak ibu ni strongggg boyyyy.... kan sayang....

No comments: