Semalam Ramadhan ke 14, kita berbuka puasa dengan kfc. Pagi ayah dah order siap-siap dan petang kul630pm kita pegi amik..
sekadar gambar hiasan - tiada kaitan dgn entri...gambar hiasan, kabus - gua musang, masa ni benti kat masjid
gambar hiasan, pemandangan sawah
gambar hiasan, isi petrol time raya camni la.. bersusun2 kereta...
Aksi 1: Mukhlis : ibu, bagi la Mukhlis dua inggit.... Mukhlis nak dua inggit...
Situasi masa ni, tengah benti petronas isi petrol. Bagi duit kat ayah, ayah kuar pegi kaunter, tinggal Mukhlis dengan ibu, Mukhlis nampak ibu bagi duit tu.. Tu semua pengaruh upin & ipin heheh.. Ala si Mail tu kawan diorg "dua singgit", so jadi la ayat tu sebagai ikutan si Mukhlis... Pastu sikit2 minta dua inggit. Tak senonoh betul Mukhlis, malu ibu tau. Ibu tak ajar pun camtu. Gigit baru tau.. Lepas tu nampak lg stesen minyak Bhp, Mukhlis tanya "kita nak isi minyak ker?" padahal baru lepas isi minyak tadi..
Aksi 2: Dalam kereta, pukul630pm, tunggu ayah dalam keta, ayah pegi ambil kfc yang order pagi tadi.. mukhlis : ayah mana? ibu : ayah beli kfc mukhlis : oooo nanti mukhlis nak kfc boleh? ibu : boleh....
diam sekejap, Mukhlis membebel ntah ape ntah, ibu malas layan, penat... mukhlis : ibu otromen komos (ultraman kosmos) tadi cium mukhlis.. ibu :???hahh..bile kat mana??(buat2 terkejut) mukhlis : kat sini, kat molot... (sajer jer tak de benda nak cite la tu)
tak lama tu ayah masuk keta, bau kfc huhuhuhu melemahkan puasa ni... mukhlis : ayah..mukhlis nak kfc (ewah igt lg die) ayah : mana boleh, mukhlis kan tak puasa. mukhlis : alaaaa....(mengeluh) ayah : alalalala boleh la, nanti kat rumah tok yer?kita buka puasa sama2.. mukhlis : ok.. (senyum dan start pot pet pot pet..)
gambar ni makngah&pakngah sofi amik, ibu tengok balik emel2 lama, rupanya ada gmbar Mukhlis yang ibu ter "miss"..hehehe comel.. 16hb april 2009 (lebih kurang 10bulan la umur Mukhlis masa ni). Air liur tak boleh tahan, melelh2 bersepah2 heheheh, tapi tetap cute di mata ibu. Sayang anak soleh ibu ni..muah muah muah...
gemuk kan masa ni huhuhuh geram ibu, rasa mcm nak gigit2 je pipi tu
Ramadhan ke10 herm.. Pepagi bangun nak panaskan lauk sahur. Tengah panaskan minyak tetiba api dapur padam.. Ish musykil betul, baru last week sebelum puasa hrtu tukar gas baru, takkan abes lg. Nak cek tong gas, tapi tong gas kat luar rumah (stor belakang, ada lubang kecil yang muat2 wayar gas je).. Erm camner yer.. Eh ada roti, huhu buat roti bakar jer la. Tengok roti ada sket jer, tapi cukup la dari takde langsung (Ish perut ibu ni mana boleh tak telan nasi, perut kampung la katakan huhuhu). So harini sahur makan roti (sejarah hidup ni huhuhu) dengan buah-buah dan kurma.. InsyAllah boleh bertahan sampai petang. kalau dah tak tahan sangat, ibu boleh buka puasa sebab ibu pregnant... Boleyyyy??? Ala puasa jer la , bertahan jer la.. Tak mati pun sebab lapar ni, cuma risau kat adik mukhlis jer la.. Takpe, sabar yer sayang insyAllah Allah bagi kite kekuatan untuk meneruskan puasa dan ibadah2 lain , ameennn.... Huhuhu baru kul11.50am ni tapi pedih perut yang amat ni.. Sabar baby yer.. Ibu tahu baby kuat. Terbayang-bayang ikan bawal sambal yang sepatutnya jadi juadah sahur tadi huhuhu, ikan bawal sambal dengan sayur lemak...
ni sunscreen baru Mukhlis, gambar mickey mouse (ada lg 1pc, donald duck)..kerapkali bila naik keta ngan ibu, Mukhlis sibuk la dok explain pasal sunscreen tu (macam la ibu ni buta warna la..hehehe). Mukhlis akan cakap shoe mickey warna yellow, suar (seluar) mickey warna red, mickey senyum kat Mukhlis, huhuh macam2 la... Ibu layan je la karenah Mukhlis tu..
Selingan.. Lebatkan ujan tu... Huhuhu tak boleh speeding tau ayah... Bahaya..
menunjukkan skill bina helikopter.. Mukhlis panggil mainan ni "klcc" sebab mula-mula beli hari tu, ibu ajar Mukhlis bina klcc.. Lekat nama klcc sampai la sekarang.. Gambar blur sebab lupa buka lampu lagi satu, guna camera HP ibu (hp biasa-biasa je).
Sambil buat helikopter, mulut tu tak henti-henti mengomel.. pot pet pot pet... hish geram rasa nak gigit jer Mukhlis ni..
wah..terer ngait buah.. baru la kampung cm ni, hehehe.. Masa ni kat Melaka ni, kg tok ayah Semenyih. kita pegi Melaka 17hb Ogos, sebab ziarah MakLong meninggal (MakLong ni tok ayah punya kakak, so pangkat TokLong dengan Mukhlis.) Sebelum gerak balik kl, singgah jumpa Tok Busu (Tok Busu ni tok sedara ayah Mukhlis dari Singapura) kat rumah jiran. Halaman rumah jiran tu banyak rambutan kuning ni, ibu dah kecur liur tapi tahan je la, malu nak minta (hagak-hagak la, ngko sape nak minta2 huhuhu), sebab sebelum sampai tadi ibu dah nampak banyak gerai rambutan tepi2 jalan, kuning ada merah ada huh puasa-puasa ni lagi la.meleleh dh air liur ibu .huhuhuhu menguji keimanan betul buah2 tempatan ni... Sekali masa dah nak minta diri balik, tuan rumah offer rambutan tu, huhu melompat la ibu (hati jer la melompat, ibu masih ada adat kesopanan kemelayuan nak melompat tak pepasal nanti dikata sewel plak), erm ayah malu-malu kucing konon, tolak tawaran tuan rumah, bila tok ayah start pegang galah mengait baru la mengendeng-ngendeng.. tapi ibu suka sebab memang habuan tu untuk ibu yahoooo... Separuh bawa balik rumah kita, separuh letak kat rumah tok, alahhhh yang kat rumah tok tu pun bakal jadi mangsa tekak ibu juga sebab ibu memang hantu rambutan (hantu buah-buah tempatan sebenarnya)
'boyfriend' ibu di saat suka dan duka hehehehe, 'boyfriend' kecik coet jer.... setiap masa teringat kat si Mukhlis ni herm ntah la, anak-anak ni ujian juga sebenarnya, kadang-kadang terlalai juga sesekali (ye ye je padahal selalu huhuhu). Tengah solat pun kadang2 tak kusyuk bila anak tegur dan sembang2. tapi sekarang ahamdulillah Mukhlis tk kacau masa solat, dah bagi salam baru la Mukhlis start sembang/ cerita ap yg bermain di fikiran die..
termuncung-muncung, penuh kosentrasi tuh bina 'helikopter', tp not bad la. jangan kacau yer, sebab kalau kacau Mukhlis tengah ralit tu nanti Mukhlis baling dan sepahkan semua mainan tuh, konon hilang mood la heheheh, ikut perangai sapa la tu.... ish ish ish... (ayah kot huhuhuh, marah ayah nanti kat ibu..)
lena dalam keta, sekarang guna booster seat sepenuhnya dah, carseat dah simpan untuk adik.. hah sebelah tu botol susu (Barney) baru Mukhlis. Mukhlis panggil susu 'ribena' sebab warna ungu. Lagi 1 botol kat rumh Tok, yang tu Mukhlis panggil susu 'baghu' (baru) sebab masa nak tuvar dari botol susu baby (gambar botol susu adalah di bawah ni, pegion, ibu pujuk la dgn botol susu baru tu ada gambar crab la penutup die bunyi2 la dan Mukhlis bg nama botol susu baghu hahahha ape-ape la Mukhlis oiii... Lagi pun yg ni puting botol susu murah sket, sebab botol standard neck (peristaltic nipple), baru rm13/2pcs)..
botol susu lama, sekarang simpan la.. die punya puting susu mahal la, rm19.90/2pcs kat carefour. kat JJ rm19/2pcs... wide neck bottle..
Semalam (17hb) kita ke Melaka, arwah mak long (kakak sulung tok ayah semenyih) meninggal dunia pukul10pm 16hb. Ayah ambil CRk (short form utk ape ntah) ibu amik EL, gerak ve Melaka kul7am, mcm biasa la MRR2 tu kalau tak jam tak sah la. Sejam dari rumah kita belum pun sampai Sri Uk lg... Ayah pun amik DUkE la. Lengang je DukE ahamdulillah, nak kejar masa sebab diorg kata nak kebumi kul10am. Alhamdulillah masa sampai, baru tengah mandi kan jenazah, ramai anak beranak arwah tolong menolong. Sempat tengok jenazah la kami ni.. kul11 lebihkurang, baru iringi ke kekubur. Ibu tak ikut sebab nak mandikan Mukhlis.. Oh ya Mukhlis belum mandi pagi lagi. Tadi pagi keluar awal sangat Mukhlis belum bangun tido, nak kejut mandikan kesian sebab pagi sangat lagi pun kita mengejar masa. So angkat la Mukhlis tengah tido tu letak dalam keta. kul8am bangun sendiri, mamai lagi pun masa tu..
Masa tengah mandi kan Mukhlis kat rumah arwah maklong, ada orang ketuk pintu bilik air, pantas Mukhlis tanya "saper?Mukhlis tengah mandi ni, kat bilik air ni, Mukhlis sabun sendiri tau.." ewahhh pandai die bertanya.. Terdiam ibu seketika. Mukhlis macam seronok mandi sebab bilik air die luas sangat. Lepas mandikan Mukhlis, duduk2 kat depan (ruang tamu), Tok bersembang dengan ninda, kakliza dan mak teh. Mukhlis dok jeling-jeling baby2 yg ada kat situ dan tanya ibu "bu, Mukhlis pegi kat baby boleh ker? boleh ker?". Ibu angguk. Pastu berdesup Mukhlis pegi. Pegang pipi, cium baby, pastu datang kat ibu pastu pegi lagi.. Herm nampak sangat tak sabar nak adik. Sabar sayang yer, hujung tahun ni dapat baby sendiri, tak lama dah, pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Masa nak balik pegi jumpa Tok Busu jap kat rumah jiran, sebab Tok Busu duduk singapore, datang ni pun sebab ziarah jenazah. Rumah jiran tu sebelah je rumah arwah MakLong,rumah batu tapi suasana kg, (sekeliling ada pokob rambutan, wahahah rezeki ibu huhuhu) dan ada kerusi ruang tamu macam rumah kat kg ibu, dan selalunya atuk we Mukhlis akan baring atas kerusi tu. Masuk jer Mukhlis cakap "kat situ atuk we baring, kat situ"sambil tunjuk kerusi tu. Ayah terkejut dan cakap "awk ni kan semua benda ada dalam kepala ni" pastu kena buli la dengan ayah, ape lagi hehehe.. Tajam ingatan Mukhlis, padahal last jumpa Atuk we die bulan 12 2009 dah hampir 8bulan tak balik kg. (Hish hish hish.....anak ape la ibu ni, lama sungguh tak balik...huhuhuhu ampun ibubapa ku, anak mu ini kekeringan poket sekarang. huhuhuhu insyAllah raya nanti kami balik kg).
Sebelum balik, ayah dan tok ayah ambil rambutan kuning (yummy..), tok ayah kait, ayah kumpulkn setempat dan ibu isikan dalam plastik bag. Mukhlis kat beranda sebukkk nak turun tolong juga. Panas la sayang, Mukhlis tu demam selsema, dok diam-diam kat beranda tuh.. Mukhlis tak peduli pun larangan ibu, dipakaikan selipar saper ntah besar untuk Mukhlis, sambil melangkah turun tu tu Mukhlis membebel sendiri "baik baik tau turun, jalan elok-elok" herm mulut tak boleh tahan.. pot pet pot pet seharian... Non-stop..
Lepas tu singgah rumah 1 lagi sedara, abang ali dan kak zizah. Dapat rambutan lg, rambutan merah. Tok beli sayur2 sket. Tok ayah dan Ninda pun sama. Masa tu ujan dah lebat dah. Mukhlis nampak angsa mandi ujan dan cakap "bu, itu bird ker?" bukan sayang itu goose.. Pastu melompat-lompat tengok lembu, city boy la katakan, mana penah tengok lembu dari dekat, kambing penah lah kat rumah atuk we kat kelantan. Mukhlis berdiri depan sliding door yang terbuka, lama lepas tu lembu tadi datang dekat Mukhllis, dekat sangat, Mukhlis berlari ke arah ibu dan cakap "takut cow".. Heheheh pstu serik dah, tak pegi kat sliding door tu dah heheheh.. Gerak balik kul3pm, hujan lebat yang amat. Jarak penglihatan pemanduan terhad. Speed limit memang limited la, Mukhlis tido selepas habis seketul roti gardenia vanilla dan susu (susu tak abes, separuh je minum pastu terlelap dah), ibu tersengguk-sengguk dan terlena. Masa ibu terjaga tu dah sampai tolnak kuar DUkE dekat2 dgn Gombak nun dah. Sampai rumah Tok dalam 530pm, ayah baring, Mukhlis sambung minum susu pastu terjaga dah, ibu tolong Tok siapkan juadah berbuka nanti. Lepas solat Maghrib baru balik rumah kita. Malam Mukhlis tengok cite Upin&Ipin (kul10pm channel 615), ada la lembu uncle Muthu, Mukhlis teringat kot peristiwa rumah sedara tadi, terus datang kat ibu dan tanya"bu, ape tu?", ibu jawab la "cow, ala yg macam tadi Mukhlis nampak tu " Mukhlis "bu, Mukhlis takut cow tu", terus datng peluk ibu, fobia kot hampir di cium lembu siang tadi hahahah. Sian anak ibu... Hari ni Mukhlis senang je makan, tak payah paksa2 cuma lama la, standard sejam dua jam tu biasa dah... Lepas tu berak selambak, dan minta susu, abes 200ml, baru kita masuk tido kul1030pm
- Booster seat baru Mukhlis, beli sehari sebelum puasa. kat jusco, ada sales 20%. Dah lama survey kat internet, plan nak beli 2nd hand je, tapi dah jumpa yang baru dan murah beli ajer la. Warna sama dengan carseat lama Mukhlis. Grey + Soft blue...
Alhamdulillah, untuk biasakan dan disiplinkan Mukhlis duduk atas Booster seat ni amatlah mudah, dan Mukhlis suka kan seat baru die ni, pengganti carseat (carseat tu simpan, untuk adik. abang Mukhlis dah besar duduk booster seat pulak yer).. Masa mula-mula beli dan pasangkan kat kereta, ibu dan ayah dah explain kat Mukhlis kenapa Mukhlis ada seat baru, dan alhamdulillah Mukhlis suka share barang-barang dengan adik.. goodboy ibu soleh boy.... :-)
Selalunya kalau naik kereta dengan ibu dan ayah, adalah wajib untuk Mukhlis duduk atas booster seat ni (walaupun jarak dekat. cthnya rumah tok). Sebab nak disiplinkan Mukhlis, so bila berjalan jauh senang la, tak yah pangku tak yah riba dah...kalau naik keta dengan ibu saja (tanpa ayah) angkat booster seat dan Mukhlis duduk depan la. kalau ayah naik kereta sekali dengan kita Mukhlis duduk sorang-sorang kat belakang.. Seronok jer die...'seat belt'?mesti pakai sebab Mukhlis kan polis trafik, selalu ingatkan ayah dan ibu supaya pakai 'seat belt'(walaupun kadang2 Mukhlis pun liat nak pakai, tapi sejak duduk booster seat ni erm suka hati plak Mukhlis pakai 'seat belt')
p/s : nanti kalau balik kampung abang Mukhlis duduk booster seat dan adik baby duduk carseat, sama-sama duduk belakang yer, abang Mukhlis jaga adik baby tau, sayang ibu...
Ramadhan ke-6.. sedar tak sedar dah hampir seminggu puasa... Herm tak banyak beza dengan hari-hari sebelum ni, rutin nya tetap sama..
-gambar hiasan-
Mukhlis selsema dari malam tadi. Pagi semalam kita pergi Shah Alam, tumpang kawan ayah dan isteri die. Naik proton persona. Ibu kejut Mukhlis kul730 pagi (sebab kul815 kawan ayah datang ambil kite). Lepas mandikan Mukhlis, ibu bagi Mukhlis makan cereal (coco crunch + fresh milk) dan buat bekalan roti+cheese kat Mukhlis. Ok, dah bergerak ke shah alam. Dalam kereta (kita kat seat belakang, kwn ayah dan isteri kat seat depan), ibu perasan Mukhlis baik sangat, selalu nya melasak je dlm keta, mulut bising jer memanjang. Non-stop membebel. Ibu dan ayah macam pelik la, erm mungkin Mukhlis ngantuk kot fikir ibu sebab selalunya Mukhlis bangun paling awal kul830 – 900 camtu la. Dan sarapan pun lambat. Hari ni rutin berubah so mood pun berubah la, fikir ibu dan ayah. Mula-mula Mukhlis baring kat ayah, pastu sandar kat ibu. Semua macam tak kena la. Ibu tanya Mukhlis Ok ker Mukhlis jawab Ok.. tapi muka macam tak Ok. Pastu Mukhlis terbelahak angin. Ibu standby plastik kot-kot Mukhlis muntah ker hape ker? Memang la kawan ayah tu bawa keta semacam sket, ibu pun pening-pening lalat ni. Jangan muntah eh Mukhlis karang ibu tumpang muntah sekali huhuhu..
-gambar hiasan -
carseat Mukhlis.. sekarang dah besar dah pakai booster seat, carseat ni simpan untuk adik nanti..
Ayah baringkan Mukhlis. Mukhlis minta tolong ibu bukakan stokin dan kasut. Muka Mukhlis dah semacam jer. Dan tak senang duduk. Dekat-dekat nak sampai tempat yg di tuju...uweekkkk Mukhlis muntah, nasib baik sempat tadah plastik. Mula-mula tu muntah biasa-biasa jer. Busuk tok sah cakap la, lama tu muntah kuk hidung plak yang bau nya Allah jer la tahu, ibu pun nak termuntah, ayah cepat-cepat turunkan cermin keta biar bau die keluar. Bila dah kuar muntah ikut hidung tu, Mukhlis menangis la, tak selesa kot. Sian anak ibu. Nasib baik dah sampai. Ayah dukung Mukhlis dan bawa pegi toilet, basuh muka Mukhlis dan kesan muntah. Ibu basuh tangan. Masuk dewan, mata Mukhlis merah (mengantuk lagi kot.. ataupun sebab penat muntah..banyak tuh.. keluar semua sarapan tadi). Baik jer Mukhlis duduk kat riba ayah. Bila nampak ibu kat belakang Mukhlis datang kat ibu, bagi roti+cheese bekalan Mukhlis, laju jer makan, sambil makan terlompat-lompat (dh dapat energy balik dah.. plak tu nampak adik Reem pun aktif, bertambah la aktif), pastu minum susu 200ml. Huh makin melompat-lompat Mukhlis, masa ni dah ceria dah.. Sesekali bila Mukhlis bising sangat ayah terpaksa bawa Mukhlis keluar dewan, takut mengganggu audience lain.
Balik dari Shah Alam, kita naik dgn kawan ayah yang lain. Naik toyota vios (hahah semua kereta kite merasa la bile menumpang ihsan org ni hehehe), pemanduan yang cekap pada ibu sebab ibu tak pening dan Mukhlis rilex je tido sampai la rumah kita. Berakhir sudah perjalanan kita hari ni. Sampai rumah (tengahari) Mukhlis terjaga, pastu kita baring-baring sementara tunggu zohor (sempat la terlelap 20min), Mukhlis melasak jer la sorang2 dalam bilik setelah minum 150ml susu. Lepas solat zohor ibu sembang dengan Mukhlis;
Ibu :kenapa Mukhlis muntah tadi? masa naik car kawan ayah tadi?(saja nak uji die ingat tak)
Mukhlis :erm...(seolah-olah fikir sesuatu)erm..tadi kan jalan pusing-pusing kan....
Erm sahla tu die pening sebab kawan ayah bawa keta cam ribut dan agak cukup untuk mbuat kepala ibu pening dan Mukhlis muntah hehehe.. dan ibu cuba bertanya lagi..
Memang mula-mula muntah die rilek jer tak nangis, bila muntah mula keluar ikut hidung baru mula menangis sebab pedih kot.
-gambar hiasan-
Malam ibu terawih kt rumah tok jer. Berjemaah dengan Tok dan ummi dalila sebab Mukhlis dah tido sebelum isya’ lagi (siang tak tido properly, tak sampai sejam tido). Ayah seperti biasa ke masjid F. 4 rakaat ibu terawih Mukhlis terjaga nangis-nangis badmood.. ibu pangku Mukhlis, pujuk. Mukhlis baring kat ibu, mengiring. Ibu perasan lengan ibu basah, ingatkan air liur Mukhlis rupanya hingus cair. Anak ibu selsema rupanya sebab tu meragam, hidung tersumbat la tu, sebab tu terjaga dari tido. Erm... Mukhlis ni kalau demam selsema dan tak sihat memang manja sket.. Melekat kat ibu dan ayah. Ayah ambil kita kat rumah Tok dekat2 kul1030pm. Tetiba teringin nak makan roti canai dengan teh ais heheheh, so lepas isi petrol keta singgah pegi makan kedai mamak jap. Pastu baru balik, dan tido.. ooo sebelum tu berusaha gigih pujuk Mukhlis makan ubat selsema, selalunya senang jer malam ni payah sket. Masuk bilik tak nak tido selagi ayah tak masuk sama. Dah baring dah ni, pastu tanya “ayah mana” ibu cakap ayah kat depan tengok TV, Mukhlis pun cakap “jap tau tau, Mukhlis panggil ayah jap” pastu turun dari katil nak panggil ayah die.. ayah ada baru la nak tido
-gambar hiasan-
p/s :teringat kat si busyuk Mukhlis, selsema tu.. erm tengah buat ape la die?dah baik ker selsema ker belum?baby girl seperti biasa aktif. seronok menyambut ramadhan dengan ibu, ayah dan abang Mukhlis kot heheheh (mcm cnfirm girl jer...insyAllah...)