Semoga dalam redhaNya

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Menjelang

Hujung minggu ni tidur rumah tok sebab Dalila sekeluarga balik kampung, risau tok kesunyian plak.. Yer la selalunya malam-malam Dalila ada. Mukhlis ni memang lasak yang amat, pening kepala nenek dan tok. Nenek pun cakap “kenape la lasak sangat”.. Itu lah Mukhlis, lagi mengantuk lagi die melasak. Maknanya malam kalau die melasak terlebih tu kena bagi susu dan masuk bilik dan tido. Jumaat malam dan sabtu malam tido rumah tok, 2 malam nenek dan tok mengadap kelasakan Mukhlis.

Sabtu pagi kite (ayah, ibu, Mukhlis, Tok dan nenek) pergi Seremban, rumah sedara merangkap kawan Tok. Aunti Fauziah. Die tak sihat, breast cancer. Balik dari Seremban kita singgah Nilai, beli baju raya (kain ela untuk baju melayu Mukhlis dan ayah, dan kain pasang untuk baju ibu), theme color kita untuk tahun ni adalah “kelabu”. Tok beli 2 pasang baju kurung ready made untuk tok dan ummi dalila, pastu survey langsir ready made, ada yang berkenan. Tahun lepas ungu, 2 tahun lepas jubah (ayah jubah putih, ibu jubah maroon, mukhlis tshirt je sebab masa tu Mukhlis br 4 bulan, nak pakaikan jubah takut panas plak, dahla masa tu mukhlis ‘sihat’ yg amat heheh). Seperti tahun sebelum nye, kita memang amalkan kesederhanaan dalam berbelanja untuk raya sebab ekonomi kita pun sederhana, so ikut kemampuan sahaja.


Sampai rumah petang dah, so tak larat dah nak ke mana-mana, cadangnya nak ke jusco wangsa maju beli booster seat untuk Mukhlis, car seat nak simpan untuk adik Mukhlis nanti. Lagipun Mukhlis dah besar, dah boleh duduk booster seat dah. Tapi sebab kepenatan, so tak pergi, esok je la. Boleh survey-survey tshirt dan seluar raya mukhlis sekali nanti. Malam kita makan dominos pizza. Beli yang regular je, dan garlic bread. Itu pun tak abes, simpan untuk sarapan pagi plak. Herm yer la masing-masing dah kenyang sebab sebelum balik dari Nilai dan Seremban tadi kita singgah Bangi, makan cendol best dan laksa merveles hehehe sungguh maveles la laksa die. Tok dan nenek (yg terer masak) kata best, maknanya memang best la hehehe..


Pagi ahad, ayah ke kubur klang gate, bersihkan kubur arwah tok (tok ayah semenyih punya ayah), lepas tu ayah balik rumah kita bersihkan rumah sket-sket sempena nak menyambut Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, ibu dengan mukhlis dok rumah Tok. Lepas zohor kita ke jusco, belikan booster seat mukhlis. Murah je rm47.92 (20% diskaun daripada rm59.90). Warna kelabu+biru sama macam carseat dulu juga warna die, brand pun sama sweet cherry. Carseat dulu pun sama juga, ibu dan ayah beli masa sales. Dah ada boosterseat ni Mukhlis dah tak pakai carseat dah la yer sayang. Kita simpan untuk adik nanti yer.. Nati senang la nk travel ke mana-mana, ibu tak la lenguh tangan ni, Mukhlis duduk dalam booster seat Mukhlis, adik duduk dalam carseat. Dua –dua dok kat belakang, sembang sama-sama nanti tau.


Sambil-sambil tu tengok-tengok baju raya Mukhlis. Erm harga pun ok sebab ada sales, 50% lagi tuh. Beli 2 helai tshirt untuk Mukhlis, 1 berkolar oren+krim, 1 round neck hijau+krim, dan sehelai seluar jeans 3/4. Jenama kiko. Ummi Ya kata, dekat-dekat raya nanti jusco akan buat sales juga, 70% tuh.. tapi ibu dan ayah malas la nak shopping time bulan puasa ni, penat, lagipun confirm ramai orang punya la. Malas nak bersesak-sesak berhimpit-himpit nanti, karang ibu naik angin sebab rimas heheheh.. Kasut dan stokin dah beli awal-awal hari tu. Cukup la untuk raya, lagi pun Mukhlis banyak lagi baju yang orang bagi belum pakai (sebab besar). Sebelum ni pun ibu ada beli sehelai dua kat kedai “World of Babies” kat Melawati. Ayah pun sempat la sambar 2 helai tshirt (hijau putih dan oren krim), pun sales 50% juga, seluar raya ayah dah beli 2 helai hari tu. So baju ibu je la belum. Ibu ingat nak beli blaus yang boleh pakai time pregnant ni dan sesuai juga untuk lepas bersalin nanti heheh.. Seperti sebelum ni, pregnant kat Mukhlis, ibu suka beli baju/blaus kat Leena’s Collection. Cantik dan yang penting murah. Dan ibu pun harus belum yang ada warna krim oren juga la, baru la match dengan ayah dan Mukhlis hehehe.


Tahun ni turn raya ni kl. Beberapa hari sebelum raya insyaAllah kita akan balik kelantan sebelum raya, sebab raya tak sempat balik, ayah mula keje raya ke4.. Tahun ni adalah tahun ke4 ibu dah ayah beraya berdua, dan tahun ke3 bertiga (dengan Mukhlis). Ini adalah raya ke3 Mukhlis la kan sayang..

First time raya bertiga , tahun 2008
(raya yg
kedua buat ibu dan ayah) masa ni turn Melawati. Tema 'jubah'. Mukhlis tak pakai jubah la sebab kecik lagi, baru 4 bulan masa ni.

2nd time raya bertiga, tahun 2009
(ibu & ayah
kali ketiga beraya bersama), turn kota bharu, tapi gambar kat kota bharu takde Mukhlis sebab mukhlis tido masa bergambar. Ni bergambar masa dah balik melawati. Tema 'purple'..

tahun ni tema '
kelabu'.. gambar baju?
herm belum buat lagi, baru beli
kain, lepas raya ibu upload gambar...

-wassalam-

No comments: