Semoga dalam redhaNya

Thursday, August 12, 2010

2nd day Ramadhan

2nd day puasa

Hari ni bangun kul 430am, solat, dan teruskan agenda panaskan lauk-lauk dan nasi. Kul5 kejut ayah, ayah solat ibu makan dulu, masa ayah makan, ibu teruskan agenda makan kurma banyak-banyak (hari ni mampu makan 7 ulas je huhuhuhu tak larat dah) air manis 1 mug, air masak 1 mug campur 400ml lg.. Ok la tu. Sementara tunggu azan subuh, tilawah beberapa muka, lepas solat subuh gosok baju kerja, tukar diapers mukhlis, bagi susu 150ml, sambung baring-baring jap... kul8 siap-siap ke pejabat.


Hari ni dan semalam ayah hantar Mukhlis ke rumah Tok, so takde la perbualan antara ibu dan anak sepanjang 2 hari ni huhuhuhu... Ayah kata pagi ni Mukhlis bangun kul11. Huish......dasyat anak bujang ibu. Esok dan seterusnya memang kena kejut la Mukhlis ni bangun, paling lambat kul9 la, kalau tak Mukhlis akan skip sarapan.. Tak bagus untuk anak ibu yang memang susah nak makan ni, dah la kurus.. Tadi pergi rumah Tok dah tengahari confirm-confirm la terus makan tengahari, sebab kalau sarapan juga nanti Mukhlis tak nak makan tengahari.



Anmum??

Ayah kata insyaAllah bulan depan nak tukar susu Anmum balik. Kat giant murah sket. Paling tinggi die naik RM61 je, masa sales RM58 (packaging baru), dulu RM56 je tp masa sales dapat la RM50.. Ibu dah survey juga kat Manjaku (kedai barangan baby) pun murah juga Anmum Essential 1+ Honey...RM60.xx jer... Ape la carrefour dan Jusco jual mahal la, RM65.++ satu tin 1.7kg... Sian anak ibu... Tapi Mukhlis tak kisah pun, mula-mula memang la die tengok berkali-kali botol susu sebab rasa lain kot tapi lepas tu dah ok. Tapi betul, Anmum ni menghubungkan sel-sel otak kanak-kanak so diorang jadi lebih kreatif. Nampak la perbezaan sebelum dan selepas mengamalkan susu Anmum ni. Tok dan nenek pun bising-bising dah bila ayah tukar susu sebab Tok dan nenek kata kesian sebab mukhlis dok minum Anmum selama ni dan nampak perkembangan Mukhlis ok. Nenek lagi best, nenek kat “bia kita kurang makan, tak pa, jangan anak yang kurang makan..” hahah power betul ayat nenek.. tapi betul pun, hak anak dapat yang terbaik dari segi pemakanan dan didikan.


Mismis oo mismis..kimis@mimis@kismis....

Mukhlis suka makan kismis heheh alhamdulillah, kurma belum try bagi lagi. Malam-malam bila ibu mengadap kismis tu Mukhlis mula la “ibu, mukhlis nak ‘mismis’ (kismis la tu)” ibu betulkan “kismis la sayang..” Mukhlis jawab “oooo kimis.. ibu nak kimis...” tapi lepas tu dia bantai ‘mismis’ plak hahahah comel....



p/s : rindu kan budak busyuk mukhlis la.... huhuhuhu.. pun rindu juga baby girl yang sentiasa melasak dan 'guling-guling' tak mengira waktu, malam tadi ibu mimpi kan baby girl jg, erm wajah tak tau ikut sape, tak jelas, alah mimpi jer.... :-)


-wassalam-


No comments: