Ramadhan 2010...
Di kesempatan ni ibu nak bercerita pengalaman 1st day puasa semalam. Belum terlambat lagi, hari ni baru 2nd day Ramadhan. Yer la tengah preggy ni banyak sket dugaan die (ibu fikir la.. sebab ibu memang sentiasa mengunyah/me ‘ngapp’ sepanjang pregnant kali ni). Tapi alhamdulillah semalam ibu terus bertahan dan bertenaga sepanjang hari.. Rahsianya? Hehehe mesti ada rahsia kan kan kan... Masa sahur ibu makan 8 ulas kurma dan air masak 1 botol setengah. Botol tu 850ml, hahahah banyak tak? Kembung perut ibu dengan air sajer.. Tapi sampai ke petang ibu rasa rilek je, tak rasa macam puasa pun.. Eh tipu, rasa la macam puasa cuma tak la terbaring tak larat.
Sahur
1st day puasa semalam (11 ogos), kul 4 am ibu dah bangun. Tahajud sket-sket (bukan riak tau, cuma nak tulis rutin sepanjang ramadhan jer. Doakan ibu diberi kekuatan untuk terus bertahajjud sepanjang Ramadhan Kareem ni..) Lepas tu, panaskan nasi. Malam tadi sebelum tidur ibu dah masak nasi siap-siap, ibu risau kot terlambat bangun tak sempat nak masak nasi maklum saja la 1st day puasa macam-macam kemungkinan boleh jadi. Alhamdulillah bunyi alarm sekali jer ibu dah jaga. Takde ape yang nak di masak pun, cuma panaskan lauk yg Tok bagi (memang Tok bagi untuk sahur sepanjang Ramadhan ni, lauk yang sama dgn wavtu berbuka Tok akan masak lebih, so ibu tak yah gigih nak masak malam-malam / pagi-pagi sahur). Dah panaskan nasi dan lauk-lauk, ibu kejut ayah. Sementara ayah tahajjud ibu makan dulu, lapar la bau plak lauk best yang Tok bagi tu huhuhuh. Ayah mula tu tak nak makan nasi, nak makan cereal dgn fresh milk je, tapi akhirnya akur dengan tuntutan nafsu makan disebabkan bau lauk yang sungguh menusuk qalbu hahahah... Sementara tunggu azan subuh ibu dan ayah tilawah.. (target Ramadhan, macam biasa la 1 hari 1 juz Quran... insyAllah, ni pun kena gigih berusaha ni hehehe). Dah solat subuh, gosok baju kerja ibu dah ayah, tukar diapers Mukhlis dan kejut bagi susu 150ml je, konon-konon sahur la :p
Kat pejabat hari ni banyak kerja sangat. Datuk (bos ibu) minta editkan sebutharga untuk program-program yang di jalankan nya. Sepanjang Ramadhan ni office hour adalah 900 am hingga 430 pm (biasa 9am-5pm, alah beza setengah jam awal je balik huhuhuhu...ish syukur sket.. alhamdulillah). Di sebabkan terlampau banyak kerja, (itu yang tak terasa masa pantas berlalu tu) tak sedar dah pukul 430pm, harus bersiap untuk balik rumah. Tapi tak awal juga pun tup tap tup tap pukul 450pm jugak keluar pejabat, lebih kurang sama je dgn sebelum puasa. Balik singgah isi petrol kete, dah nyala dah dari semalam lagi (dapat bubur lambuk dari petronas klang gate hehehe thanks ibu ambil je walaupun ibu memang tak makan bubur lambuk, bagi kat ayah nanti). Sebelum pegi rumah Tok singgah kedai khaleed, ayah nak makan betik (tapi tak beli pun sebab betik muda lagi diorang jual). Balik rumah Tok, duduk jap, pastu balik rumah klang gate dengan bibik, ambil meja lipat yang makngah kasi. Macam tahun lepas juga, semua berbuka puasa rumah Tok, so meja makan kena tambah la.
Berbuka Puasa
Meriah berbuka puasa hari ni. Tok, nenek, ummi ya sekeluarga (ummi ya, baba nurul, abang luqman, abang ammar, kak aishah, - abang anas dan maryam tak puasa), ummi dalila sekeluarga (ummi, pakcik jal – dalila tak puasa), ibu dan ayah (mukhlis tak puasa), bibik, k’shanti dan pembantu rumah baru ummi ya (bakal ganti k’shanti yang akan balik indonesia hujung ogos ni). Juadah berbuka pulak tak la meriah sangat, alhamdulillah ala kadar, itu pun berlebih-lebih sebab Tok masak nasi dan makaroni juga. Erm Tok bab masak memang taknak kalah, banyak dan yang penting SEDAPPP tuh.... (semua berkumpul berbuka puasa ramai2 kat rumah Tok, Cuma makngah sekeluarga je tak join.. erm miss makngah, lama tak jumpa)
Terawih
Malam ni terawih kat rumah Tok je, malam tadi kat masjid F. Masa kat masjid Mukhlis dengan ayah. Ibu, tok, ummi dalila dan dalila kat bahagian muslimat la. Masa rakaat last dengar suara Mukhlis nangis, rupanya dah mengantuk + boring lama sangat kat masjid (terawih ibu dan ayah buat 8 rakaat je) selalunya solat maghrib dan isya’ je Mukhlis ikut ayah pegi masjid, so kejap je la solat. Takpe belaja yer sayang, belaja bersabar :p Sepanjang Ramadhan ni insyAllah kite selang seli terawih di masjid dan di rumah.
Erm setakat ini dulu la cerita 1st day Ramadhan kita, nanti ada ape2 ibu tambah kemudian.. Gambar, macam biasa la, tiada huhuhuhuh...
p/s : ibu teringin nak makan puding karamel ni huhuhu, nak pasar juadah herm bersusun umat manusia, kirim salam la, ibu tak berminat nak bersesak-sesak huhuhu.. nanti ibu buat sendiri je la weekend nanti insyAllah..... (kalau rajin hahahah).. Baby girl ibu ni (dalam perut) aktif betul sepanjang Ramadhan,asyik 'guling-guling' jer.... herm.... :-) abang Mukhlis good boy alhamdulillah, lasak tu normal la, cuma tak la meragam, bangun tidur pun senyum jer...
p/s : dugaan ibu hari ni huhuhu kaki kanan kebas-kebas, malam ayah tolong urut dgn losyen gamat. Thanks ayah
-wassalam-

No comments:
Post a Comment