Semoga dalam redhaNya

Tuesday, August 10, 2010

Adik Mukhlis

Seperti yang ibu janjikan, ibu nak kongsi kan mengenai adik Mukhlis (dalam kandungan lg la). Ibu tau ibu pregnant pada bulan 4 2010. 1st check up adalah 21hb 4 di klinik kesihatan Gombak Setia, usia ‘baby’ masa tu 6 minggu, (sama la dengan check up masa pregnant Mukhlis dulu, sekarang pun Mukhlis masih continue c/up kat situ).

Ni ringkasan check up adik Mukhlis..
21/4/2010 6minggu 47.5kg
19/5/2010 10minggu 48.0kg
17/6/2010 14minggu 49.0kg
15/7/2010 18minggu 52.0kg
29/7/2010 20minggu 52.0kg
26/8/2010 ? ? (belum lagi la hehehe..)

-pregnancy test - positif.....(gambar blur sebab guna hp ibu je)

Pengalaman mengandung kali kedua ni (anak kedua, insyaAllah due 3hb12 2010 nanti) berbeza dengan first pregnancy sebelum ni (Mukhlis). Kali ini morning sickness tu lebih sket. Masa awal-awal pregnant hari tu, alahan agak teruk, ibu rasa mual sepanjang masa. Girl la katakan (naluri ibu dah agak dah kali ni girl). Sensitif pada bau-bauan. Gula-gula adalah peneman setia ibu. Tak larat tok sah citer la, bertambah dengan kelasakan Mukhlis yang turut menguji kesabaran ibu heheh. Dengan ayah yang selalu ada program, tuisyen, dan lain-lain. Masa tu plak ibu sedang ambil kursus jahitan di Cheras. Travel hari-hari dari Melawati ke Cheras, huh cukup memenatkan ibu. Ibu tak tau ibu pregnant mula tu tapi ibu perasan Mukhlis meragam dan manja terlebih. Ibu ingat sebab kita pindah menyewa rumah sendiri (pindah pada 6hb feb 2010) so Mukhlis tak selesa dan sunyi. Yer la bilik kita kat rumah tok besar dan luas, Mukhlis boleh main dan berlari-lari melasak dalam bilik, bilik rumah kita sekarang ni ngam-ngam untuk katil king size, almari baju (tok punya sebab kita punya almari 10’ X 10’ tak sesuai untuk bilik rumah ni), drawer tshirt ayah, almari solek. Almari baju Mukhlis dalam bilik kecil. Dulu malam-malam ada dalila sebagai kawan, tapi sekarang hanya ibu dan ayah (itu pun kalau ayah ada kat rumah, kalau ayah ada program atau tuisyen, tinggal la dengan ibu), pulak tu masa tu mana ada TV lagi (belum beli). Mukhlis punya la meragam sebab bosan, menguji kesabaran betul, kadang-kadang ibu rasa nak nangis pun ada dengan perubahan diri Mukhlis, sebab sebelum ni Mukhlis seorang yang aktif dan ceria. Banyak cakap, dan kreatif.... heheh emo terlebih ibu ni..

Ok kembali kepada cerita pengalaman ibu pregnant kali ni. Ibu moody jer dan selalu cari pasal dengan ayah (walaupun untuk hal-hal kecik jer, sama macam mula-mula pregnant mukhlis dulu bab emosi tak stabil tu), so ayah beli kan la pregnancy test, beli 2 lagi tu. Mula-mula test, positif, ada 2 line. Bagitahu ayah, ayah seronok la sangat.. Herm ibu cam tak caya, 2hari lepas tu ibu test lagi.. positif.. Masa pregnant kat Mukhlis dulu, ibu hanya muntah-muntah time maghrib, sekarang pregnant kat adik Mukhlis ni pulak tak mengira waktu, kalau rasa pening satu hal, mual-mual nak muntah yang tak tahan tu. Bila dah muntah confirm la lembik je rasa badan ni. Ibu sangat sensitif pada bau-bauan, mesti rasa nak muntah. Rasa nak baring jer memanjang, kaki lenguh-lenguh, sakit belakang, selera makan kurang namun ibu gagahkan juga makan walaupun lepas tu uwekkk.. Ibu kena paksa makan untuk dapatkan tenaga, yer la ada sorang lagi anak yang nak perhatian kat luar nih (Mukhlis lah tu). Dalam tak larat tu kena la bagi perhatian juga kat si abang (sian Mukhlis, nasib baik ayah rajin melayan die). Masa tu ibu rasa, Ya Allah seksa sungguh mengandung kali ni (ayat orang tak bersyukur sebab orang lain ada lagi yang lagi susah dan payah dugaan die). Seperti biasa kalau pregnant, hB ibu akan rendah gila dan berat badan akan naik sampai kena marah dgn misi klinik kesihatan, diorang suruh kurangkan makan manis hehehe tapi memang ibu suka makan coklat pun, pedulik la sebab kalau ibu tak makan coklat ibu tak de tenaga nak buat rutin harian, ibu memang akan makan coklat terutamanya ‘nips’ dan ‘kinder bueno’-wajib.

Bila kandungan dah masuk 4bulan, semua tu hilang. Selera makan bertambah-tambah dan ibu dah gemuk huhuhuhu, ibu sentiasa lapar tak kira waktu. Ibu makan ape sahaja walaupun sebelum ini ibu tak suka makan tu. Contohnya mayonis, sebelum ni ibu anti-mayonis, sekarang ibu dah boleh makan dah. Ibu ni tekak melayu, tekak kampung, dan memang . So benda alah pizza, spagetti, lasagne ke pejadah lagi tu memang ibu tak lalu langsung, tapi sekarang semua ibu telan. Belasah je, dan kadang-kdang bertambah-tambah ibu makan. (ish tak senonoh ibu ni). Ibu suka makan buah, semua jenis buah terutamanya buah-buahan tempatan, rambutan, manggis, durian dll. (Mukhlis berkongsi minat buah rambutan dengan ibu dan Mukhlis tak pernah lupa berkata ‘biji die tak boleh makan, tau ibu tau’ sebab ibu selalu pesan macam tu kat Mukhlis, hehehe alih-alih Mukhlis plak yang selalu ingatkan ibu, pandai, clever boy, kadang-kadang Mukhlis cakap/tanya “sedap tau bu, sedap sedap?). Tapi peti ais kita tak pernah terisi lama dengan buah-buahan sebab confirm ibu akan habiskan secepat mungkin hehehe.

Preparation untuk menyambut adik Mukhlis belum buat lagi sebab lambat lagi pun due. Mukhlis dulu masa kandungan ibu 6bulan baru ibu dan ayah mula beli sket-sket. Dan memang tak banyak baju yang ibu ayah beli, banyak nyer orang bagi masa datang tengok baby. Kali ni pun ibu tak nak beli banyak. Dua tiga pasang cukup la, sebab boleh recycle baju-baju abang Mukhlis dulu, dah besar sket baru kita beli baju-baju girl.

No comments: