Semoga dalam redhaNya

Wednesday, August 4, 2010

Masa begitu pantas berlalu

Mukhlis Bin Saiful Adli (2tahun 2 bulan)
Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari, umur kita juga makin bertambah (tua....).. Sedar tak sedar beberapa hari lg umur Mukhlis sudah 2 tahun 2 bulan, dan selayaknya Mukhlis dapat adik (insyAllah hujung tahun ni Mukhlis dah 2tahu setengah masa tu bakal jadi abang kepada baby girl yang kini berusia 22 minggu dalam womb ibu hehehe alhamdulillah, dah scan dah, insyAllah girl, jadi sepasang la anak ibu. Mukhlis seronok sangat, hari-hari sembang dengan adik die, tanya adik macam-macam seolah-olah adik tu boleh bercakap hehehe, alhamdulillah moga Mukhlis jadi abang yang penyayang nnt, boleh tolong ibu jaga adik).

kat bawah ni ringkasan check up bulanan yang mana tercatat segala perkembangan berat & tinggi Mukhlis sejak di lahirkan 11jun 2008 sehinggalah last check up bulan lepas 15 julai 2010..

Tarikh
-Umur-Berat (kg)-Tinggi (cm)
11/6/2008 1 hr 2.29 kg
21/6/2008 10 hr 2.4 kg
14/7/2008 33 hri 3.3 kg 52cm
11/8/2008 2 bln 4.4 kg
16/9/2008 3 bln 5.7 kg
21/10/2008 4 bln 6.5 kg
25/11/2008 5 bln 7.2 kg 64cm
12/1/2009 7 bln 8.0 kg 69cm
10/3/2009 9 bln 8.6 kg 70cm
11/5/2009 11 bln 9.0 kg
11/6/2009 12 bln@1thn 9.2 kg 75cm
11/8/2009 14 bln 10.4 kg
6/10/2009 16 bln 10.1 kg 76cm
10/12/2009 18 bln@1thn stgh 10.6 kg 84cm
15/3/2010 21 bln 11.1 kg
15/7/2010 25 bln@2 thn 12.3 kg



-pose yang tak seberapa menjadi istimewa dari Mukhlis-

Alhamdulillah segala puji ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan anak ibu kesihatan yang baik, soleh dan 'hensem' (heheheh ibu ni perasan sungguh la...) walaupun kadang-kadang (eh selalu la) sejak akhir-akhir ni Mukhlis kurang berselera makan (hinggakan ibu tensen nak paksa Mukhlis makan), tapi carta berat badan Mukhlis di tahap yg memuaskan dan kesihatan Mukhlis pun alhamdulillah memberangsangkan.. Deman @ selsema biasa tu adalah, tapi tidak membantutkan "keaktifan" & kelasakan Mukhlis sehari-hari.

Ibu bersyukur kepada Yang Maha Pencipta atas anugerah yang tidak ternilai ini, akan ibu jaga amanah Allah ini sebaiknya. Di usia 2 tahun ni, makin menyerlah keinginan mukhlis untuk tahu sesuatu benda baru. Explore semua yang ada di sekeliling nya, oleh itu ibu dan ayah harus (eh wajib) menjaga adab dan tata tertib sebab mukhlis selalu meniru perbuatan ibu dan ayah (pada pandangan mata kasar ibu la). Contohnya dari segi percakapan, ibu perasan Mukhlis banyak meniru (cakap pun dah macam orang tua & tidak pelat). Tiap-tiap hari sembang dengan ibu, ada saja cerita yang ingin di sampaikan, terutamanya masa on da way back dari rumah tok (petang). kadang-kadang penat melayan Mukhlis bercakap, tapi ibu tak nak membantutkan perkembangan Mukhlis, jadi ibu layan je la.

Pemakanan
Dari segi pemilihan pemakanan Mukhlis tak cerewet (sesuai sangat sebab ibu memang tak pandai masak), cuma Mukhlis susah nak makan.. kena 'hepp..' sket ngan ayah baru la Mukhlis buka mulut, boleh makan bukan tak boleh cuma malas mengunyah.
Mukhlis suka makan cheese. Dan stok untuk cheese memang kena sentiasa ada. Itu la satu-satunya feveret die dari baby sampai sekarang. Mukhlis boleh habiskan 2 slices cheese dalam satu masa. Segala jenis jajan dan keropok adalah feveret mukhlis cuma ibu limit kan dan pantau mana yang boleh dan mana yang tidak boleh langsung. Yang mana mengandungi MSG tinggi memang di 'haram' kan (ibu la yg haramkan). Mukhlis paling suka jajan MARUkU, kEROPOk GORENG (keropok ikan), kEREPEk (tak kisah la pe2pn janji kerepek) dan lain lain la, banyak plak tuliskan jadi sesi makanan pulak..

Susu
Susu alhamdulillah tiada masalah, kalau buat 200ml tu sekejap je habis dan kadang-kadang minta tambah (kalau ibu, ibu buatkan ajer, bia je la dah mukhlis nak minum. kalau tak habes simpan dalam peti ais nanti minum lagi). Sebelum ni Mukhlis minum susu anmum essential, tapi mulai bulan ogos (mula 1 ogos yg lepas) ini ayah dan ibu dah tukar susu fernleaf (cut cost sket sebab susu anmum dah naik harga dari rm55 ke rm65, giler beza rm10). Mana-mana susu pun tak kisah sebab semua nya sama je yang penting sepanjang 10bulan pertama umur Mukhlis, Mukhlis full breastfeed, selepas tu campur-campur dengan dumex (duplo 6bln keatas & dugro 1thn keatas) sebab tak cukup susu. Umur setahun lebih baru Mukhlis tukar ke anmum essential dan sekarang tukar ke fernleaf. Alhamdulillah perut Mukhlis tak cerewet dan tekak Mukhlis pun tak cerewet, walaupun bertukar-tukar susu (baru 3X sepanjang umur Mukhlis) Mukhlis takde berak-berak keras, cirit, kembung, muntah-muntah ke...tak de langsung, dan mukhlis cepat menyesuaikan diri dengan susu baru (fernleaf). Cuma kadang-kadang Mukhlis tersasul cakap "nak susu anmum" padahal dah bagitahu susu dah tukar. Heheheh... Sukatan lebih kurang sama. Fernleaf 200ml X 4 scoop (37g/scoop), anmum 180ml X 4scoop (40g/scoop)

Rancangan TV kegemaran
Jangan tak tau Mukhlis pandai tengok TV (ibu perasan sejak usia Mukhlis 11bulan -lebihkuran la-), masa tu feveret die Mickey Mouse (ooo tuu ooo, trademark tu).. Masa tu Mukhlis pelat, so bila Mukhlis cakap "bu, oo tuu ooo" ibu tak faham sehinggala bile time iklan citer kartun Mickey Mouse Mukhlis tersengih-sengih tergelak-gelak, baru la ibu tau. Mulai hari tu ibu mula concern dengan ape yang Mukhlis suka dan tak suka (rancangan TV la...)
Ini sekarang dh besar lagi la banyak rancangan kartun kegemaran Mukhlis. kalau kat rumah tok (pagi) Mukhlis siap pilih lagi kartun yang best-best saje... Di antara kartun kegemaran Mukhlis selain Mickey Mouse adalah higglytown heroes, chunggington, pocoyo, timmy time, wordworld, handy manny, dibo the gift dragon, tiny planet (kartun pendek), danny&daddy (kartun pendek), jungle junction, my friend tigger & pooh, dan banyak lagi la termasuk UPIN & IPIN (idola mukhlis tuh, kadang-kadang nada cakap pun selalu tiru upin&ipin.. see pengaruh upin&ipin hehehe). kalau ibu nak g toilet lama sket memang ibu akan buka rancangan kartun kat Mukhlis, biar Mukhlis ralit, kalau tak asyik bergegar je pintu bilik air mukhlis ketuk.

Selain rancangan kartun, Mukhlis suka tengok alunan zikir-zikir di astro oasis, dan dah banyak mukhlis hafal zikor-zikir tersebut. Boleh dikatakan hampir kesemua zikir tu mukhlis hafal. (kalau suap makan nasi, time zikir @ kartun, laju je die makan). Tiap-tiap malam sebelum tidur pun ibu dan ayah dodoikan dengan alunan zikir (sumbangan suara ibu dan ayah la hehehe), dan ibu perasan dengan cara itu juga Mukhlis cepat tangkap/hafal zikir. Alhamdulillah anak ibu terang hati dan tidak pelat. Sekarang ayah ajar hafaz surah-surah pendek, dan Mukhlis dan boleh ingat surah al-fatihah, an-nas, al-ikhlas...

Tidak ketinggalan, AZAN. Lenggok azan dah betul dah cuma azan tunggang terbalik hehehe. Bila azan je mesti mukhlis menghadap TV, concerntrate betul... Selepas tu mengaminkan doa. kadang-kadang bukan time azan pun minta nak tengok azan, terpaksa la ayah / ibu alunkan azan kat die.. (tak boleh layan sangat bab ni, kang kita tak buat keje lain plak asyik ngadap Mukhlis je, biasanya pujuk Mukhlis suh tunggu masuk waktu azan baru ada azan)

Bahan Bacaan
Dari kecil ibu ada belikan Mukhlis buku, kalau pergi kedai buku ibu akan tengok-tengok jeling-jeling buku untuk Mukhlis juga. Antara buku yang Mukhlis ada ialah keluaran Glitter Book iaitu shape, color (& satu lagi tak ingat la). Ada juga buku binatang (beza anak dan ibu/ayah binatang tu), buku 1 2 3 bergambar, Aa Bb Cc bergambar, alif ba ta (arab) bergambar, alif ba ta (jawi), dan buku gambar buah-buahan (besar, tapi dah rosak kena air).. Buku-buku tersebut banyak membantu Mukhlis juga (di samping pembelajaran melalui pemerhatian, pergaulan dan percakapan seharian dengan ibu, ayah, tok dan lain-lain. Di usia 2 tahun ni Mukhlis dah boleh bezakan bentuk/shape (tapi tak semua la, sesetengah je, sesuai la ngan umur die), dah boleh mengenal warna (juga tak semua, warna yang selalu Mukhlis tengok Mukhlis kenal la..) boleh membezakan ABC, 123, dan alif ba ta...

-percubaan untuk mengoyakkan ekor fish, namun pantas di sedari ibu huhuhu-


Lagu-lagu
Wahahhaaa..anak ibu pun boleh nyanyi ker? camner tuh nyanyi sket ibu nak dengar hehehe... Antara lagu/nasyid/ape2la yang Mukhlis tahu adalah

Buai laju-laju, sampai pokok sena,
apa dalam baju, sebuah Quran lama

anak nabi kita ada 3 orang, 3 lelaki 4 perempuan,
qassim abdullah ibrahim fatimah
zainab umi kalthum siti rokiah
anak lelaki nya sungguh bertuah
mati kecil-kecil di kota mekah

alif ba ta.....(seterusnya...) hamzah ya
tenenenenekkkk...(siap ada muzik sendiri belakang tu hehehe)

nenek nenek si bongkok 3, siang ngantuk malam berjaga,
sembahyang tahajud tak pernah lupa
semoga nenek ku masuk syurga
(hah ni special tok yang ajar)

pak pak lang.....(seterusnya..ibu tak hafal sebab tok yg ajar heheh)
naik keta api pegi port dickson, jumpa opah lala jumpa atuk lala
pak pak lang...naik kapal terbang pegi kota baru
jumpa tok we mukhlis jumpa tok ma mukhlis
selepas itu naik bas express balik kuala lumpur
sampai rumah TOk.....
(lebih kurang macam tu lagu die, ibu tak tau sangat sebab tok yg ajar)

ndoi ndoi cak, cak makan padi
anak dok teriak, mak dia dok mandi
ndoi ndoi cak, cak maka padi,
anak dok teriak, mak dia tak balik lagi

herm banyak juga lagu-lagu yang mukhlis hafal




Nampak nya entry kali ni agak panjang dan hanya menceritakan pasal Mukhlis, sebab kalau nak cite pasal adik Mukhlis susah jg sebab belum lahir lagi hehehe, takpe next year ibu citer asal adik Mukhlis plak (dengan Mukhlis sama la..). Bukan tujuan ibu nak berbangga-bangga dengan kebolehan anak ibu, cuma sekadar perkongsian, yer la mana tau suatu hari nanti (kalau la blog ini masih wujud) Mukhlis terbaca blog ibu ni, baru la Mukhlis tau bahawa ibu dan ayah sayangkan Mukhlis, concern kat Mukhlis dan setiap perkembangan Mukhlis. kami nak Mukhlis tahu Mukhlis adalah anugerah kami yang tak terbanding dengan ape pun di dunia ini, amanah Allah untuk kami yang akan kami jaga, didik dan corak dengan acuan yang betul iaitu islam. Coretan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali berbangga diri sebab ibu tahu setiap anak di lahirkan ada potensi masing-masing, kelebihan dan kekurangan. Jangan di banding-bandingkan. Cuma seandainya nampak potensi anak tu, cepat-cepat kita gilap. Macam Mukhlis ibu dan ayah nampak Mukhlis berminat dgn zikir-zikir (contohnya la..), so tiap kali zikir ibu dan ayah duduk sama dengan Mukhlis dengar zikir, alunkan zikir sama-sama. Appreciate minat Mukhlis.. Alhamdulillah Mukhlis terang hati. Ibu dan ayah tidak membanding-bandingkan Mukhlis dengan kawan sebaya Mukhlis sebab ibu dan ayah tahu, setiap kanak-kanak tidak sama perkembangan masing-masing. Macam Mukhlis & Dalila. Dalila pengemas orangnya, lepas main mainan Dalila akur kalau suruh kemas balik. Tapi Mukhlis herm... alamatnya pecah anak tekak la kalau suruh Mukhlis kemas balik, tapi takpe Mukhlis boleh belajar perlahan-lahan. . Heheheheh....
kalau ada yang pernah terfikir ibu suka-suka nak menunjuk-nunjuk pasal Mukhlis ni, ampun maaf (jutaan ribuan billion semua laa..) ibu pohon, sebab bukan itu niat ibu.. kenapa tak ramai yang tau pasal blog ni?? sebab pada ibu blog ni ada jurnal ibu (walaupun bukan jurnal harian).. ibu bukan berkongsi blog dgn sesiapa, sebab kalau untuk berkongsi dgn sesiapa ibu masuk kan je dalam FB hehehe.. Maaf yer sesiapa yang pernah terfikir begitu, ikhlas dari ummumukhlis dan abumukhlis dan mukhlis dan adik-adik (bakal adik-adik)....

Sekadar bersyukur atas nikmat yang Allah bagi ini....


Wassalam....



No comments: