gemuk kan ibu kan huhuhu. masa ni dah 59kg huhuhu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Semalam 14hb Oktober, rutin bulanan (sekarang dah 2X sebulan huhuhuhu) check up.. Sudah genap 33minggu usia baby dalam rahim ibu. Pagi tu pergi sekali dengan ayah dan Mukhlis sebab appointment Mukhlis pun sama hari ni. Mukhlis check up biasa-biasa je, timbang berat, ukur tinggi dan nasihat misi, next 3month (17hb Jan 2011) ambil ubat cacing lagi skali. Masa ni ayah sorang jer yang bawa Mukhlis sebab ibu dalam pantang dah. Kalau check up sekali dgn Mukhlis memang ibu akan ambil appointment pagi dan ayah akan ikut sama sebab tak larat nak melayan kelasakan Mukhlis, berjalan sana sini, mana reti dok diam budak Mukhlis ni. Next check up ibu adalah 26hb Oktober.
Perkembangan baby normal, sentiasa aktif dan sihat walaupun misi membebel suruh ibu diet sebab berat ibu naik 2.5kg setiap kali timbang masa check up. Bukan sebulan sekali tau check up tapi 2minggu sekali hahahah gila punya berat badan ni naik. Masa mula2 haritu berat badan ni malu-malu nak naik sekarang hah tak hagak-hagak kau... Misi suruh kurangkan ambil karbohidrat, ek..camtu plak, ibu ni memang suka makan roti dan nasi semua tu karborhidrat tu erm camner yer.. Pedulik la misi, janji anak sihat.. Masa Mukhlis dulu pun kes sama juga, berat badan tak ideal masa mengandung, naik melampau-lampau, tapi bila check up kat HUKM takde plak doktor sana membebel pasal berat badan ibu ni herm musykilah betul.. Hb ibu sudah semesti nya rendah (<11.0)>
Beg-beg baju dah tersedia. 1 beg untuk ke hospital yang mengandungi beberapa baju ibu + kain batik, pad, toiletries, stokin, towel dll lagi. Plus 3pasang baju baby, booties, mitten, topi, barut yang ibu buatkan, towel mandi, selimut, mandian baby, dan ape lagi ek heheheh.. 1 beg baju ibu untuk kat rumah Tok (untuk berpantang, mungkin duduk sekejap sahaja kot sebab kat rumah Tok ramai sangat, tak boleh rehat pun confirm bebudak kanak-kanak ribena tu bercekau hari2. Dengan Mukhlis yang suka menyakat tu confirm berperang hari-hari huhuhu meroyan ibu hehehe. Mungkin bila jahitan bersalin dah kurang sakit, ibu minta ayah bawa balik rumah kita la, pagi ayah boleh temankan. Alah dah anak kedua ni ibu rasa ok la kot, lagi pun cuti sekolah ni ibu import la makcik-makcik Mukhlis dari kampung nun untuk tolong tengok-tengok kan Mukhlis sama. Ayah pun ada sama, dah cuti sekolah, cuma kalau ayah ada pe2 program tu jer la perlunya makcik-makcik Mukhlis tengok2kan Mukhlis yang melasak tu. Lagipun kat rumah Tok ibu tiada bilik sendiri dah, bilik kita dulu dah jadi bilik umum / tetamu /kegunaan rmai untuk solat, mandi dan lain-lain. So takde privacy, sesiapa pun boleh masuk.. Untuk baby, ibu dah siap-siap letak dalam bakul, senang angkut jer pergi dan nanti tak yah nak susah2 transfer dah, maklum sahaja baju-bajunya cenonet saja heheh. Baju-baju tu abang Mukhlis yg punya masa baby, adik punya insyAllah ibu dan ayah belikan weekend nanti, tak banyak pun sebab baju abang Mukhlis dah banyak dan baby mesti cepat membesar, dah besar sket nanti dah tak muat baju-baju ni kita beli la yang ala-ala girl gitu (kalau adik baby girl la, insyAllah GIRL heheheh).
Herm bab nama plak, nampaknya biarlah rahsia tu dah jadi bukan lagi rahsia. Abang Mukhlis dah announce kat semua orang nama adik baby. Kisahnya macam ni, ibu ajar Mukhlis mengingati nama ayah, nama ibu dan nama penuh sendiri iaitu Mukhlis bin Saiful Adli. Tinggal di Kamping Klang Gate, Tok tinggal di Melawati, Tok Ayah di Semenyih, atok we dan atok ma (plus makcik-makcik) tinggal di Kelantan. Dan alhamdulillah Mukhlis ingat semua tu. Pastu asyik dok panggil adik ni “adik baby,adik baby”, Mukhlis pun tanya la “adik baby nama ape?” berkali-kali die tanya. Ibu pun jawab la “Mxxxxxxx” (rahsia la kat blog takkan nak announce karang yang kuar ni pun lelaki tak ke haru hihihihi). Erm agaknya daya ingatan Mukhlis ni kuat, sekali tok sedara die tanya adik nama sape die bantai berterus terang (budak dua tahu la katakan, ape die tau erti RAHSIA tu heheheheh), saper2 jer tanya, mesti Mukhlis bagitahu punya la, tak pelat plak tu, betul sebutan makhraj nama adik die. Herm takpe la sayang doa2la adik kuar nanti memang girl, sebab nama dah seluruh dunia tahu hehehe, hah nanti kawan-kawan ibu kalau jumpa Mukhlis try la tanya die “adik kat perut ibu nama aper?” confirm tiada lagi rahsia hehehehe.. Nama sebenarnya antara dua la.. Mxxxxxxx atau Nxxxxxxx, tapi nak sama pangkal nama dengan nama Mukhlis ambil la 1st choice tu, lagi pun itu memang ibu dan ayah dah list kan sejak pregnant kat Mukhlis dulu lagi, dah ada senarai nama anak gitu heheheh, dulu Mukhlis kalau kuar girl itula nama Mukhlis tau...
Pregnant kali ni mood swing memasak ibu berubah-rubah, kekadang datang angin nak masak, ibu masak best-best, siap surf internet+tengok buku masakan+tanya orang lagi, tapi bila mood masak takde huh beli saje la kat kedai. Mengenai desert plak ibu suka sesuatu yang senang dan simple means yang tak perlu guna oven/microvawe sebab rumah kita takde bnda alah tu, malas nak pegi menumpang rumah Tok. Kukusan pun ibu guna rice cooker jer. Yang terbaru ibu buat pudding triffle, huhuhu dalam masa setengah jam je. Ingat nak jamu kawan-kawan ayah la, tapi diorang plak cancel pertemuan diorang malam rabu lepas, so angkut la pergi rumah Tok kebetulan kawan-kawan ibu berkumpul kat rumah tok. 1st time buat takde la sedap sangat, kena ada sedikit pembaikan heheh tapi sedap huhuhuh. Ibu paling suka puding karamel, senang pun senang, manis dan berkuah yummy yummy.. Tapi ayah plak tak suka, ayah suka puding roti. Kalau malas buat dua jenis ibu buat puding roti karemel je la. Adil kan, dua-dua suka hehehe.. Mukhlis? Erm Mukhlis memang tak suka makan, ape yang Mukhlis suka MARUKU MARUKU dan MARUKU sahaja. Full stop...
-wassalam-
akan bersambung lagi
No comments:
Post a Comment