Aduh malunya ibu...
Sabtu 23hb seharian ibu dengan Mukhlis berkurung kat rumah. Ayah kerja, pantau program Kem Bestari Solat kat masjid kat Wangsa Maju dari kul7pagi sampai la kul7malam huhuh. Ibu dengan Mukhlis hanya melepak kat rumah, alhamdulillah Mukhlis OK 'lepak' dengan ibu, takde simptom-simptom kebosanan pun ibu nampak heheheh. Tak buat ape-ape pun. Tengok TV, masak (mee goreng sahaja pun untuk lunch dengan Mukhlis) dan tengok TV lagi. Suap makan Mukhlis of course berjam-jam, herm tengahari Mukhlis tido lambat sebab siap makan lambat huhuhuh. Terlentok sama-sama depan TV. Malam tu tido lambat sebab ibu buat kerja-kerja surirumahtangga sket hahahah, basuh baju jer pun dan kemas-kemas dapur sket, pastu terlentang depan TV dengan Mukhlis. Ayah ada program dengan kawan-kawan die kat masjid dan qiam kat sana malam ni.
Disebabkan seharian hari sabtu ibu dengan Mukhlis 'beku' kat rumah, hari ni ahad ayah ajak pergi rumah tok ayah semenyih, herm suka la Mukhlis.. Oooohhh pagi ahad,ibu bngun subuh-subuh lagi gosok baju sket-sket dan lepak depan laptop (selalunya tido tapi pagi ni tak ngantuk la pulak sebab ayah balik hantar sarapan dan keluar plak riadhah, main bola dengan kawan-kawan, herm bila dah terbantut tido tu terus tak ngantuk dah la), Mukhlis bangun lambat sebab malam tadi tido lambat, tunggu ibu siap basuh baju dan kemas-kemas. Nak tido dengan ibu katanya heheheh comel..
Kul12 lebihkurang kite gerak ke Semenyih, lepak rumah Tok ayah, plan lepas tu nak ke Shah Alam sebab ibu ada survey kat internet pasal baby cot terpakai,tapi tetiba akak tu kata pagi tadi dah ada orang beli, frust huhuhu dah la cantik cot tu. Takpe bukan rezeki adik baby. Nanti ibu survey lagi. Tak jadi ke Shah Alam so lepak lama sket rumah tok ayah. Mukhlis macam moody sket, ntah kenapa. Selalunya happy jer, harini badmood plak. Dekat-dekat nak balik tu baru nampak macam seronok sket. On the way balik singgah pasaraya kat Semenyih, ayah nak belikan mainan untuk Mukhlis sebab lama sangat dah tak belikan mainan (almaklum la ekonomi ibu dan ayah gawat bangat lately hehehe, sekarang ayah ada duit lebih sket). Lepas beli mainan dan jalan jap, ibu dah ayah singgah surau dalam tu solat, ayah solat dulu, ibu dan Mukhlis (+troli) berdiri kat depan pintu sebab kerusi tak disediakan. Laluan sempit sangat tapi muat-muat untuk 2troli berselisih. Masa tengah tunggu ayah tu, mulut Mukhlis biasa la, pot pet pot pet, mmbebel menyanyi zikir azan itu ini la, tetiba Mukhlis terdiam... Rupa-rupanya die dok perhatikan sorang kakak (dari raut wajah die macam muda lagi la), sedang tolak troli dari kejauhan dan lalu sebelah kami. Ralit betul Mukhlis tengok. Fizikal akak tu sangat gempal dan rendah. Alah size badan pelakon Shanie tuh... Tetiba ibu terlintas “hah mukhlis ni bukan boleh kira, mulut die terlalu potpetpotpet” baru ibu nak alihkan perhatian mukhlis, mukhlis pun cakap “ibu, besarnya makcik tuhhh..” kebetulan masa Mukhlis cakap tu kakak tu betul-betul lalu sebelah kami, dah la suara Mukhlis kuat, laluan tu pulak tak luas sangat so bergema la.. Aduhh malu nya ibu, pantas ibu tutup mulut Mukhlis dan buat-buat sembang benda lain. Tak berani ibu nak pandang kakak tu,karang dushhh sedas kat ibu, hah naya. Ibu tak pandang langsung kakak tu huhuhu.. Mukhlis ni mulut memang takde insuran la, ish dah nama budak-budak, mana reti berbohong tapi cover la sket sayang, malu ibu tau.. Ayah keluar dari surau ibu citer kat ayah, ayah bantai gelak pecah perut.. Herm....Mukhlis ooo mukhlis..
Pastu turn ibu solat, ayah bawa Mukhlis main-main jap. Pastu kita makan KFC dan gerak bali Melawati. Dalam kul10mlm sampai. Mukhlis dah tido sebaik saje masuk kete tadi.
p/s : adik baby sentiasa aktif dan agaknya tak sabar-sabar nak main ng abang mukhlis. ibu perasan kalau ayah dan abang mukhlis main buli-buli, adik kat perut ibu pun aktif juga menendang-nendang, nak join kot heheheh... sabar yer adik, taklama dah, minggu ni dah 35minggu dah.. nanti adik dah keluar boleh main-main dengan abang mukhlis, dah besar sket boleh main buli-buli dengan ayah dan abang mukhlis...
No comments:
Post a Comment