Semoga dalam redhaNya

Monday, October 18, 2010

Hujung minggu kami

Sabtu pagi ayah ke stadium Bukit Jalil, perhimpunan guru-guru bersama Datuk Najib, PM. Pagi-pagi lagi dalam kul730am ayah dah gerak, merempit jer sebab ayah kata save (masa, dan duit hehehe). Ibu sambung tido dengan Mukhlis sampai la kul11am. Itu pun sebab Mukhlis dah bangun, kalau tak bangun lagi jawabnya ibu sambung tido sampai ke tengahari hehehe. Seusai mandikan kan Mukhlis dan bagi makan cereal, ayah call kata tak payah masak, kita lunch ikan bakar kat Keramat then ke Low Yat, nak cari bateri baru untuk kamera kita. Erm Mukhlis demam panas sejak petang jumaat semalam, tapi alhamdulillah tetap aktif dan ceria walaupun badan panas jer dan muka memerah. Best melantak ikan bakat Keramat, pastu solat zohor di masjid area situ. Selepas solat dan masuk dalam kereta, Mukhlis cakap “Mukhlis nak pegi masjid, ibu tinggal kat rumah sorang2”, ibu jawab “ok, pastu Mukhlis jangan nangis cari ibu pulak tau kat masjid”, lepas tu Mukhlis cakap “alah..ibu ikut la kat masjid, nanti Mukhlis cari ibu”.. heheheh


Destinasi seterusnya, Low Yat. Lepas beli bateri camera, ayah terjebak membeli speaker untuk laptopnya. Herm not bad harga die sebab kedai tu tengah buat promosi untuk clearance stock. Ibu pilih warna white. Sebaik balik daro Low Yat lepak rumah Tok sebab Mukhlis tak sihat sangat, plan asal nak pegi beli baju baby tapi tunda ke hari esok. Petang, Tok call kata nak singgah rumah hantar baju baby, kebetulan Tok dengan dalila& ummi dalila pergi shopping kat JJ. Erm selambak Tok beli baju adik baby, 7pasang semuanya. Ibu dan ayah dah tak payah beli dah. Banyak sangat, baby ni cepat membesar, beli banyak-banyak sayang pakai sekejap jer. Ada 2pasang yang jadi feveret ibu, so sweet, comel sangat. Gambar dah ambil, nanti ibu upload. Tok, dalila dan ummi dalila lepak kat rumah kita jap, maghrib baru gerak balik. Malam, ayah keluar dengan kawan-kawan masa bujang dulu ke subang, ziarah kawan diorang juga yang baruh dapat babyboy, ibu dan Mukhlis tak ikut sebab diorang naik satu avanza semua lelaki-lelaki dan mostly bujang. Malam tu, suhu badan Mukhlis panas sangat, temperature kat rumah Tok dalam toyogo box Mukhlid, so ibu tak boleh nak cek suhu. Ibu bagi ubat dan spongy badan Mukhlis, menggigil-gigil kesejukan sambil nangis “ibu, sejuk...” alah sian anak ibu, tapi kena spongy juga sayang, badan Mukhlis panas sangat. Setiap sejam Mukhlis akan merengek-rengek sebab tak selesa. Bila nampak Mukhlis nyenyak tido, ibu letak koolfever kat dahi. Last ibu tengok jam kul12mlm sebelum ibu terlelap sebelah Mukhlis. Kul3am ibu terjaga, ayah belum balik lagi (tengah minum kat kedai depan nun jer pun), Mukhlis terjaga lalu duduk dan nangis tunjuk kt mulut die, rupanya nak muntah lagi. Nasib sempat capai gayung, selambak muntah. Sian Mukhlis, abes kuar susu dan bubur nasi tadi. Banyak juga die makan tadi sebab lapar kot, sekarang dah muntah mesti lapar balik. Mukhlis nangis lagi dan cari ayah, ibu pujuk-pujuk sambil sembang (erm mujur Mukhlis ni suka bersembang, tengah bersembang tuh Mukhlis lupa la yang die demam hehehe). Pujuk dengan bercerita pasal adik die, pasal plan esok. Ibu “esok kita nak pegi beli baju+mitten+booties adik baby, Mukhlis nak ikut?”, pastu Mukhlis tanya sambil senyum “baju Mukhlis?”, ibu “ok, baju Mukhlis pun nanti kita beli sama ok”, Mukhlis “sama-sama dengan adik baby” tersenyum. Herm alhadulillah Mukhlis dah tak meragam dah, cuma lepas tu die minta susu, lapar kot sebab muntah tadi. Pastu termenung, katanya nak tunggu ayah balik. Sesekali minta ibu bukakan koolfever yang ibu tepek kat dahi die. 330am ayah balik, dan Mukhlis sambung la sesi bermanja-manja dengan ayah pulak, ibu sambung tido. Tapi ibu tak lena pun, sampai la kul5am. Ayah dan Mukhlis mengeruh dulu padahal ibu yang ngantuk sesangat nak tido. Pagi ahad tak buat pe2, lepak kat rumah. Lepas mandikan Mukhlis dan sarapan, Mukhlis tengok TV, ibu ngadap laptop jap, ayah pegi Low Yat semula dengan motor sebab tukar speaker, ada problem sket.

dah jadi baju feveret ibu ni.. dulu masa abng mukhlis mana ada choice byk mcm baju baby girl. ini tok yang hadiahkan

ini pun tok hadiahkan. baju tido dan baju siang

ini antaranya juga.. 7 pasang semuanya ooo plus 1 pasang yg terbaru, ada kat gambr bawah tuhh

cenonet jer

sweet kan minnie mouse ni heheheh..tomei tomei...romper tu agak besar sket, takpe boleh pkai lama..

ini pun sweet jugak heheheh..kesayangan bu yang tiada tolok bandingannya

Pastu pegi rumah Tok dalam kul1.00pm. Lepas lunch ke JJ Keramat, beli barangan baby sket, Tok ikut sama. Kita belikan baju baby sepasang untuk kuar hospital nanti dan selebihnya mitten+booties dan beberapa barang lain lagi. Beli juga sepasang baju abang Mukhlis sebab dah janji malam tadi dan abang Mukhlis of course akan pilih warna 'yellow', his feveret color same like ibu heheheh. Tok hadiahkan sepasang lagi baju baby warna purple, TQ Tok, so nice. Dan abang Mukhlis dan Dalila dapat sepasang baju juga dari Tok (Tok dah rambang mata tengok baju-baju baby dan toddler yang cantik-cantik dan harga yang berpatutan, Tok kata lebih banyak choice berbanding JJ Wangsa maju yang Tok pegi semalam. Balik rumah Tok, lepak sana jap, lepas maghrib baru kita gerak balik rumah kita. Hari ni memang Mukhlis demam lagi, walaupun dah berkali-kali mandi dan ubat makan on time, belum ada perubahan. Malam Ummi Ya bagi ubat bontot, masukkan sebelum tido.

baju baru abang Mukhlis, pilihan hati sendiri.. yellow sentiasa di hati

baju adik. coklat muda ayah dan ibu belikan. purple, tok hadiahkan lagi sepasang

baju abang mukhlis, Tok hadiahkan

mitten & booties.. tok dah hadiahkan banyak baju, so ibu dan ayah beli kelengkapan lainla.. dah ada mitten & booties cuma tak banyak, dan yg ada pun abg mukhlis punya yg lama..

Malam tadi, ibu siapkan tempahan jahitan baju, ayah tengok TV dengan Mukhlis. Dalam kul11pm ibu dengan Mukhlis masuk tido. Badan Mukhlis masih panas letak kain basah kat dahi, kul12 ayah masukkan ubat bontot tu, pastu Mukhlis merengek-rengek, tak selesa kot dan tido kat bahu ibu. Ibu terjaga malam, rasa badan Mukhlis dah kebah. Alhamdulillah la, kalau tak risau ibu nak ke ofis esok. Yer la, Mukhlis demam, dalila batuk-batuk sampai takde suara, nusrah dan raudhah pun demam huhuhu fengsan Tok nanti. Ibu bangun subuh tadi, Mukhlis dah tak panas langsung badan. Masa ibu siap-siap nak ke ofis, Mukhlis terjaga minta susu. Ibu bancuh 200ml, abes minum terus muntah semula dan suara dah serak-serak sebab malam tadi pun batuk. Erm sian nya, mula tu plan nak bawa pegi klinik pagi ni juga pastu Ummi Ya kata tak perlu, just continue ubat yang ada, panadol syrup dan rhinatiol. Masa ibu nak pegi ofis tu mula la Mukhlis buat drama sayu die. Nak ikut la itu la ini la heheheh itu yang ibu lemah dengan Mukhlis ni, pandai merayu-rayu. Tapi lepas tu ok jer, siap babai-babai la. Ayah dan Mukhlis gerak ke rumah Tok.


p/s : gambar baju-baju baby (yg tok dan ibu belikan), booties+mitten yang very the cute tu , sgt cute. Cenonet sangat comel heheheh, juga gambar si abang Mukhlis yang manja.

No comments: