Salam Syawal buat semua (masih syawal lagi kan..). Tak banyak entry pasal raya ummu mukhlis kan..herm bukan tak best raya atau takde kunjungan raya cuma tak sempat nak mengarang jer.. Ok la, ape cerita weekend kali ni...
Jumaat malam Sabtu (1hb malam), usai ayah balik meeting masjid, kita ke kuarters guru Ayer Panas rumah pakcik Badrul dan makcik Salmi (kawan ayah masa di sekolah Islam Adni), diorang buat open house. Mula tu ayah terpaksa menguzurkan diri sebab clash dgn meeting yang tak dapat megelat lagi (selalu sangat ayah mengelat sampaikan pengerusi masjid dah bagi 'nasihat' percuma hehehehe), tapi pakcik Badrul cakap wajib datang jugak, lewat pun lewat la, tambah pula pakcik Nik nak makcik aminah dan anak2 (abg Naufal dan adik Naim) pun kebetulan turun dari Ipoh, bila lagi nak berjumpa reramai camtu. Lebih kurang jam 10.30pm kita gerak. Jalan ke kuarters Ayer Panas tu erm boleh tahan heheheh, sakit gak pinggang ibu ni, ibu dok belakang dengan Mukhlis sebab Mukhlis tido kat riba ibu. Sampai rumah yang di tuju, ada beberapa lagi tetamu dan mereka adalah guru-guru lama sekolah islam adni (eh mcm reunion plak diorang ni). Masuk jumpa tuan rumah yang baru jer lepas habis pantang anak kedua, makcik salmi dengan anak die Hanin Ulya (alamak lupa la amik gambar huhuhu) dan anak sulung diorang Hyatt Akyar 1tahun 3bulan (betul ke ntah ngeja tu).. Ayah, pakcik Badrul, pakcik Nik dan pakcik Zubir kalau berkumpul berempat memang kecoh. Ada sahaja bahan nak mengenakan, kadang2 point nya sket jer tapi gelak nyer lebih2 sampaikan kenangan masa pergi tracking bertahun2 dulu (masa masih keje dgn Adni) pun jadi bahan dan tak pernah kering gusi la diorang ni. Lama betul diorang lepak, anak2 dah mula restless sebab jam dah menginjak kul1am huhuh, tapi ibu2 ni memahami sebab ayah2 jarang2 dapat berkumpul macam ni so biarkan jer la.. Lenihkurang pukul 2am baru kami beransur pulang ke rumah memasing heheh eh lupa ibu ayah dan Mukhlis yang beransur pulang sebab esok ayah keje, yang lelain ntah kul berapa. Ayah-ayah ni siap plan untuk 'dating' lagi esok malam sebelum pakcik Nik balik ke Ipoh, huhuhuhu silakanlah ayah Mukhlis yer...
Sabtu 2hb, ayah Mukhlis keje (sekolah ganti), pagi kita semua bangun lambat (ibu bangun kul9am, ayah dan mukhlis bangunkul11am kot) sebab malam tadi tido lambat. Ibu kemas2 sket kat dapur, basuh baju, gogok dan lipat baju2 yang menimbun tu, basuh bilik air, lain2, dan menjahit sket... Kul11 kejut ayah sebab kul12 ayah nak g ngaja.. Ayah keluar pegi keje, lepas Zohor,ibu dan Mukhlis pegi Giant, beli barang2 basah untuk masak petang nanti (ayah puasa). Ayah request ikan masak 3 rasa hehehe reti ke ibu buat? Belasah jer, alhamdulillah ayah kata soodaaappp hehehehe. Lenkali boleh buat lagi ni. Dah siap-siap beli ayah call katanya suh bawa Mukhlis pegi sekolah sebab nak main ngan Mukhlis. Di sebabkan sekolah ganti ni hari sabtu dan student 1 sekolah tu hanya 35orang yang datang, maka tiada la sesi pembelajaran, diorang semua duduk kat dewan dan buat minggu penutup kemerdekaan. Guru-guru lain ramai yang bawa anak2 so ayah pun suh la ibu bawa anak juga hehehe, seronok la Mukhlis kat sana. Mula2 sampai ayah bawa Mukhlis ke kolam ikan kat taman sekolah, bagi makan ikan, huhuh syok sangat la Mukhlis bagi makan ikan-ikan tu, melompat2 si Mukhlis ni. Pastu pegi tukar pampers kat surau (Mukhlis berak la pulak). Berlari-lari si Mukhlis ni. Mukhlis memang suka melompat dan berlari-lari, mentang-mentang kurus dan badan kecik ringan. Masa kat dewan ayah tengah baca doa kat stage, Mukhlis dengan selamba naik stage juga, berdiri sebelah ayah sambil tadah tangan amin kan doa, bila sedar semua mata tertumpu ke arah die, Mukhlis tutup muka malu-malu heheeh (malu main-main je tuh), pastu lebih kurang kul4 ibu dan Mukhlis balik rumah sebab Mukhlis dah mengantuk sangat dan ibu ada agenda lain (masak ikan siakap 3 rasa dan udang celup tepung untuk ayah buka puasa).. Oh ya masa pegi Giant tadi jalan 'jam' tak hengat la, MRR2 biasa la, bila masanya tak pernah 'jam', musim2 open house ni lagi la 'jam' to the max huhuhu, dah la ibu bawa proton persona manual (kawan ayah pinjam avanza, dan tukar dgn keta die,hari ni jer), lama sungguh tak bawa manual dah setahun lebih kot. Sib baik selamat sampai ke Giant walaupun 'jam' sesangat sampai kram kaki dan letih melayan Mukhlis yang melasak dalam kete (cehhh macam la jauh sangat Giant tuh). Dari Giant taman permata nak ke Setapak Indah lagi satu dugaan, 'jam' la ape lagi. Nak kuar dari Giant pun dah 'jam', ibu cuba masuk taman perumahan untuk keluar ke MRR2, tapi dua tiga jalan yang kita lalu semua tutup sebab open house siap berkhemah bagai lagi huhu menyusahkan orang betul, pusing la keta dan redah la 'jam' tu nak tak nak...Sabar jer la. Selamat sampai dengan jaya nya, wah boleh tahan ibu bawa kete manual walaupun dah lama tak bawa.
Avanza kita 7 seater so kawan2 ayah selalu pinjam (tukar sekejap 1hari atau lebih) untuk ke mana-mana bersama family atau rombongan, untung juga sebab ibu merasa bawa banyak jenis kereta. Antaranya adalah Naza Sutera manual, honda city manual, proton gen2 auto, proton persona manual, proton persona auto.. dan ape lagi eh..erm lupa.. tapi yang paling sedap bawa antara yang di atas tu adalah honda city manual.. sebab Honda kot best jer.. Honda city auto Tok punya pun sedap bawa. Persona dan gen2 tak berapa confident sebab cermin belakang die serong dan space pandangan belakang terhad, dan cermin sisi yang tirus (biasa bawa avanza tinggi, cermin belakang besar dan side mirror lebar rasa cam janggal sket heheh) dan yang paling tak best Naza sutera sebab clutch die keras huhuhu.
Malam, ibu dan Mukhlis berehat-rehat kat rumah sahaja, ayah meneruskan agenda 'lepak' dengan pakcik Badrul, pakcik Nik dan pakcik Hardi. Semua berlagak bujang la sekejap malam tu. Ntah kul berapa ayah balik ibu pun tak tau, cuma masa ibu terjaga kul4 lebih tu ayah tengah tukar pampers Mukhlis dan bagi susu botol, Mukhlis menangis kot. Oh lately Mukhlis selalu terjaga malam minta susu, selalunya sebelum tido minum susu pastu Subuh nanti pulak la ibu bagi susu, itu pun ibu kejut.. Susu sekarang sekejap jer abes 1 tin = 1.7kg tu huhuhu, takpe la janji Mukhlis sihat.
Ahad 03hb, kul10.00am gerak ke Banting, rumah maklong Aishah (ayah punya kakak sedara @ sepupu), kul11.45am sampai. Nenek dan Tok ikut sekali, Mukhlis masih lagi selsema tapi mulut tetap pot pet pot pet bising sepanjang perjalanan, cuma kelihatan agak nano di sebabkan ubat selsema sebelum keluar rumah tadi. Lepas zohor kita gerak balik Melawati. Balik ikut MEX (maju expressway) untuk elak 'jam', MRR2 confirm 'jam' la. Kuar kat ampang hilir tu, kena la 'jam' sket huhuhu. Hantar Tok dan nenek rumah Tok dan kita meneruskan agenda kita. Mukhlis tertido sepanjang perjalanan dari Banting-Melawati, sampai Melawati baru terjaga. Hari ni kita ada 4 jemputan open house huhuhu. Mula-mula pergi Taman Melewar, jemputan Guru Besar sekolah ayah, pastu rumah ustazah sekolah ayah selang beberapa rumah dari rumah Guru Besar, pastu kita ke patah balik ke Melawati, Pesona Villa, rumah kawan sekerja ayah dan last sekali ke Taman Permata rumah kawan ayah masa kat IB, pakcik saiful. Hahaha kali ni pun ibu pregnant skali dengan makcik Nor (isteri kwn ayah, pakcik saiful tu). Dulu masa pregnant Mukhlis, makcik nor pregnant anak kedua die. Mukhlis lahir bulan 6, anak makcik Nor lahir bulan9. Kali ni ibu pregnant adik baby (due bulan12 2010), makcik Nor pregnant anak ke-3 (due bulan 1 2011), walaupun beza sebulan jer tapi disebabkan tahun berlainan maka adik baby kiranya tua setahun la dari anak ke-3 makcik Nor ni.. Huhuhu ketat rasa perut ibu ni mana taknya semua kelima-lima rumah yang kita pergi hari ni makanan best-best, maklum sahaja la open house hehehe.. Hah sebelum terlupa, masa pergi rumah kawan ayah kat Persona Villa, terjumpa dengan senior ibu masa kat UiTM machang dulu, herm Budin dan dua kawannya, kenal lagi dorang tuh ngan ibu, siap tegur ayah dan salam, muka Budin macam terkejut, yer la tak sangka terjumpa kat Melawati kan. Erm ibu takde pe2 cerita pasal pakcik Budin tu sebab ibu sekelas ngan die 1 semester je untuk 1 subjek yang die repeat, tak salah subjek microeconomics kot, ah lupa la... Lantak la tak penting hehehe..
Sebelum balik rumah, singgah rumah Tok. Mukhlis mandi petang, ayah joging kat treadmill bilik Tok. Lepas isya', kita balik rumah. Ayah makan lagi. Ibu kemas2 sket dapur yang bersepah. Panaskan makanan, buatkan ayah air dan sambil ayah suap Mukhlis makan, pastu lepak kat bilik dengan Mukhlis. Ayah lepak kat depan TV sekejap sebelum join ibu dan Mukhlis sembang2 kat bilik. Nak tau isi perbualan ibu dengan bujangan kecik ni ????
Ibu : Esok ibu pegi ofis, keje, ayah bawa ummi Lala pegi klinik, Mukhlis dok rumah Tok yer sayang?
Mukhlis : Taknak, Mukhlis nak ikut ibu pegi ofis..
Ibu : Alah Mukhlis dok rumah tok la. Kenapa Mukhlis taknak dok rumah Tok?
Mukhlis : Erm.. Taknak.. Sebab ada ghamai-ghamai (ramai-ramai).
Ibu : ramai-ramai la best. Boleh main sama-sama.
Mukhlis : (geleng-geleng kepala)
Ibu : Pastu kalau taknak ramai-ramai, adik baby mcm mana? (ibu faham maksud Mukhlis tak suka ramai-ramai tu sebab tak biasa dgn ramai, selalu nya berdua dgn dalila)
Mukhlis : adik baby ikut kita pegi ofis la....
ibu : (aiyyaaaa...confuse...Mukhlis tak faham ke ibu yang tak faham statement ni huhuhu)
Bila ayah masuk bilik, ibu cerita kat ayah, ayah sengih dan gelak jer. Pastu ayah main buli-buli dengan Mukhlis, ibu tak kuasa nak join, ayah dan Mukhlis buli-buli kasar sangat. Tengah Mukhlis dan ayah main buli-buli tu, adik baby pun galak menendang-nendang, nak join abang Mukhlis kot heheheh..
Ok sekian sudah cerita kita untuk hujung minggu ni. Oh minggu ni ibu sepatutnya check-up di klinik kesihatan 7hb, tapi rasanya ibu tak pegi la sebab 12hb nak ke HUKM plak, tarikh dekat2 untuk benda yang sama, tak payah la kot, erm tgk keadaan dulu. 14hb kena bawa Mukhlis plak. 6hb mungkin Mukhlis ikut ibu ke pejabat, pagi, sebab Tok ke klinik. Ayah pula kena pergi kursus 3hari dari kul730am-10pm, area KL jer.
No comments:
Post a Comment