Semoga dalam redhaNya

Monday, October 18, 2010

Salam di hulur pembuka bicara,
maaf dipohon andai terkasar bahasa tersilap kata, tersalah eja :-)

-melayan si mukhlis, buat cokodok kononnya...-

Seperti yang pernah ibu uarkan, blog ibu ni selain untuk mengabadikan perkembangan semasa Mukhlis dan bakal anak-anak ibu, blog ini juga adalah sebagai medan untuk ibu mencatit/meluah/berkongsi perasaan ibu yang mana ibu tak dapat zahirkan dengan lisan. Ibu ni jenis susah untuk mengatur bicara (kadang-kadang nak cakap benda lain tapi bila time cakap tu terkeluar benda lain hehehe ape daa... PR ibu memang kurang, sebab itu ibu tak ramai kawan, dan kawan-kawan yang sedia ada pun dok menyampah dengan ibu -tipu jer, heheheh ye ke?ker ada yang menyampah dengan ibu heheheh suka hati la sesapa yang nak menyampah dengan ibu tu, bukan ibu tau pun, kalau ibu tau ibu akan 10jutaX menyampah dengan orang tu, zahir atau batin).

Ibu bukan tak suka meluah pada objek bernyawa (manusia la tu), sebab objek bernyawa ni ada suara, so bila ibu luahkan mula la ada yang 'memberi nasihat' percuma yang ibu tak pernah minta. Ibu hanya nak meluah bukan nak dengar pendapat, so lebih baik luah kat blog, confirm blog tak 'beri nasihat' percuma, dan kalau blog boleh bersuara memang ibu cha alif ba wau ta.. larikkssss blog ada hantu heheheh

Seandainya ada yang buhsan dengan coretan-coretan pasal anak dan bakal anak ibu dipersilakan jangan baca entry tu heheheh bukan ibu suruh baca pun. Ibu punya blog, ibu punya jurnal sukati ibu la nak tulis aper2 pun. Ampun yer, jangan marah..

Oklah selalu cerita pasal anak jer, pasal ayahnya kurangkan.. Ish tak boleh selalu sangat sebab ayahnya tau pasal blog ni dan memang dok follow selalu, itu yang susah tu kadang-kadang bila ibu tulis beremosi sket mula la ayah tu perli-perli. Ayah ni salah satu medium tempat meluah juga tapi ish ibu tak suka sebab nanti mula la ayah salahkan ibu itu ini (nasihat percuma la tu) padahal ibu tak pernah minta pun nasihat tu, seperti yang ibu cakap HANYA NAK MELUAHKAN APE YANG TERBUKU DAN TERFIKIR, karang dok terbuku lama-lama meletus naya plak...

-cokodok belum panas, tak oleh makan lg, kata si mukhlis-

Ok kisah ayah, ayah jangan nak perli-perli dan kutuk-kutuk blog ibu plak, memang dengki sajer jer nak mencantas idea orang. Jangan risau takde saper pun follow blog ni pun, diorang pun tak hingin la nak tau psl blog ni. Ayah jer perasan ada orang baca. Sepanjang hidup dengan ayah sejak 31ogos 2007 shingga sekarang (hari ni 18hb oktober 2010) 3tahun 2 bulan ni, ayah yang ibu kenal adalah seorang yang ringan tulang. Selalu tolong ibu buat kerja-kerja rumah. Lebih lagi time ibu mengandung ni (masa mengandung Mukhlis pun sama). Basuh baju, jemur baju, lipat baju, masak nasi goreng (herm nasi goreng ayah terbaiikkkkk tau), cuma yang ayah fail adalah gosok baju heheheh padahal itu la yang paling ibu nak minta tolong sangat sebab kat rumah sekarang selonggok dalam bilik kecik rumah kita. Selalunya selepas basuh memang terus gosok dan lipat, yang mana kena gantung hanger kita gantung. Cuma sejak mengandung kali ni, ibu tak larat berlama-lama menggosok, so bila dah tertangguh beberapa kali basuhan jadi la segunungan timbunan kain2 berlipat2 tanpa di gosok dalam bakul dalam bilik kecik tu. Heheh nak pakai baru ambil dan gosok, herm susah juga dapat isteri pemalas yer ayah.. Dan ayah selalu tolong mop rumah, ibu sekarang tak larat dan sakit belakang, bab-bab mengemop, bersih sawang, bersih kipas dan buang sampah dan jadi tugasan ayah. Ibu sapu-sapu camtu jer dan kemas yang mana mampu. Alhamdulillah ayah tak pernah merungut, eh ada sesekali merungut bila ada semut. Lor anak tu kecik dan suka makan tabur-tabur, ibu sapu pagi karang petang die tabur2 lagi mana la ibu tau. Sedar-sedar dah bersemut dan bila Mukhlis kena gigit semut ayah membebel2 kata ibu tak sapu. Herm kena rekod time ibu menyapu dan buat kerja rumah lain, sebagai bukti. Kalau tak, ayah tak tau. Kalau ayah buat kerja rumah ibu tau sebab ayah akan cakap dan muka akan kepenatan dan kestressan tu ada la heheheh, jangan taknak mengaku pula. Tapi ape-ape pun banyak2 terima kasih kat ayah sebab banyak meringankan tugasan ibu. Dalam bab jaga anak pun macam tu juga, sama-sama. Malam-malam pun ayah akan gilir-gilir bangun buat susu atau tukar pampers Mukhlis. Ayah juga suka membebel-bebel (ayah kata memang ayah membebel benda yang perlu.. herm..yer la...) tapi nasib la, membebel kat ibu jawab nya masuk telinga kanan keluar telinga kiri hehehe ampun ayah hehehe.


-ok nanti bersambung lainkali- entry ni kalau ayah perli juga ibu delete jer la..

No comments: