Takde ape yang nak update, tapi tangan gatal nak menaip herm... Masalah jugak tuh.. Di sebabkan blog ni pun title die “ummu mukhlis” maka harus nya cerita dalam blog ini pun banyak mengenai Mukhlis la, harap2 sesapa yang baca blog ni tidak lah meluat / bosan / muak / sebagainya (eh perasan la tu ummu mukhlis, macam la orang nak baca sangat blog die hahahah, takpe perasan sorang2 bukan orang tahu pun). Kadang ibu terfikir, herm dah nanti adik Mukhlis keluar, takkan ibu nak create blog lain plak yer untuk catitan pasal adik Mukhlis, herm share boleh tak? Rasanya tak salah cerita pasal adik Mukhlis juga. Title 'ummu mukhlis' bermaksud 'ibu kepada mukhlis' sebab mengikut gelaran orang arab yang menggelarkan diri mereka dengan nama anak lelaki sulung. Ayah pun guna title 'abu mukhlis'..
Pagi semalam, 6 oktober, bawa Mukhlis datang ofis sebab Tok pegi klinik (dan ayah ada pembentangan jQaf kat Hotel De Palma dari pagi sampai petang), tengahari ibu anta Mukhlis balik rumah Tok dan masuk keje semula. Kat ofis Mukhlis ok jer, bawa mainan dan makanan die segala, tak la boring sangat. Bila dah dekat2 kul12 baru la Mukhlis macam resah sket. Nampak macam ngantuk jer.. Kul1230 ibu dah bawa Mukhlis kuar, singgah makan tengahari dulu pastu baru pegi rumah Tok. Sesampai rumah Tok, Mukhlis dah terlentok dalam kete heheheh, senang jela ibu takyah tepuk2 nak tidokan.
Pagi ni pulak Mukhlis buat drama, lepas mandikan die (Mukhlis yang nak mandi pepagi, selalunya ayah akan mandikan lambat sket, tapi hari ni dan semalam ayah ke Hotel De Palma), ibu hantar pegi rumah Tok.. Pastu boleh plak Mukhlis buat drama nak ikut ibu pegi ofis heheheh manja betul. Cadangnya tengahari nanti tak balik la (anak-anak ummu Ya pun takde sebab Tok diorang dari Kedah datang, so Tok tak terkejar2 sangat dengan Mukhlis dgn Dalila jer, ibu boleh la rileks2 tenang2 kat ofis) tapi sian la plak tengok Mukhlis cenggitu tadi, balik jer la kejap. Bukan jauh pun, 15min jer..
Sekarang ni tetiap malam mesti ibu lenguh-lenguh belakang, mungkin baby semakin membesar dah, minngu ni dah masuk 31weeks lebih kurang. So tetiap malam minta ayah sapukan losyen gamat dan tampal salonpas. Bila Mukhlis tengok, Mukhlis yang memang agak concern dengan ibu mula la bertanya “ibu sakit ker?ibu sakit ker?sakit kat mana?” ibu jawab “a'ah sayang, ibu lenguh belakang la”, Mukhlis “oooo..lenguh kat mana?sape buat” heheheh Mukhlis akan tanya la berkali-kali dan ibu/ayah pun kena la jawab berkali-kali benda yang sama sampai la Mukhlis puas hati. Tapi time ibu minta tolong picitkan Mukhlis cakap “tadikan Mukhlis dah picit”, bila ntah Mukhlis picit. Kadang-kadang Mukhlis cakap “sat..sat..nanti Mukhlis picitkan” pastu buat-buat muka busy jap pastu urut la sket dan cakap “dah bu, Mukhlis dah picit, sedap tak” dengan sengihan comel yang memanjang... Erm geram betul kalau Mukhlis banyak cakap camtu. Comel.
Petang-petang dua tiga menjak ni ibu memang suka masak, ntah la mood ape yang datang tetiba ni, mungkin itu juga sebab ibu lenguh2 belakang dan kaki. Bila time ibu nak masak, Mukhlis mesti datang join untuk mengacau huhuhu sabar jer la, so kena alihkan perhatian Mukhlis supaya tak dekat dengan dapur gas, sinki dan meja bahan2 masak, kalau tak huh hancusss heheheh, tangan tak pernah dok diam, laju jer capai ape yang Mukhlis nampak. Sekali tu penah Mukhlis terbalik kan sayur2 dalam mangkuk, tumpahkan air dan macam2 la, Mukhlis nak tolong ibu tau, tapi tak reti lagi. Tunggu besar dulu yer sayang.
Malam tadi ibu dah pilih-pilihkan baju-baju lama Mukhlis, baju yang 0-6month la, untuk adik baby. Baju 6-12month tu biar dulu. Masih baru lagi. Malam nanti nak basuh. Lepas seterika elok2 nak siapkan beg untuk bawa ke hospital, mana la tau terbersalin awal macam Mukhlis dulu. Beberapa barang memang ada yang kena beli, weekend ni boleh la kot kuar beli ape2 yang patut sket macam barut perlu (dulu Mukhlis punya turun temurun punya dari makngah dan ummi Ya dan pelekat velcro tape die pun tak berapa elok dah) kali ni ibu nak beli yang bertali, cadangnya nak buat sendiri tapi mana la sempatnya sebab weekend ni juga ibu nak siap kan baju tempahan. Dan nak beli sepasang baju baru untuk guna masa kuar hospital nanti, herm best best best, tak sabar ibu ni heheheh.. Tengok baju-baju lama Mukhlis teringat masa Mukhlis baby heheheh, kecik comel je, adik nanti macam mana la rupa die yer, berat die, panjang die herm..... Dan jantina die (memang la scan nampak girl, tapi Allah punya kuasa mana la tau kot kuar2 nanti pun seketul macam abang Mukhlis heheheh, ape2pun ibu tak kisah janji selamat semuanya dan sihat walafiat..)
No comments:
Post a Comment