Semoga dalam redhaNya

Monday, October 4, 2010

Mukhlis kaki buli ???

Kenapa la lately ni ibu dengar aduan Mukhlis kerap sangat membuli sepupu-sepupu Mukhlis. Padahal Mukhlis paling kecik tau. Ibu tak tau la nak cakap ape dah, hari-hari ada saja aduan pasal Mukhlis ni, cubit si fulan gigit si fulan itu la ini la. Sebelum ni pun ada juga bergaduh, cuma sekarang ni aduan yang ibu terima adalah setiap hari. Herm apa ibu patut buat dengan budak 2tahun ni. Nak pukul?ish faham ker die? Ugut rotan, sekejap jer takut pastu Mukhlis dah lupa. Tampar tapak tangan, bukannya die faham. Abes2 Mukhlis nangis, pastu dah abes nangis Mukhlis lupa la. Ibu kalau boleh taknak la pukul sebab ibu dah keje 9am-5pm setiap hari, dan tak dapat spend masa dengan Mukhlis, so masa yang ada tu la ibu nak bermanja-manja dengan Mukhlis. Kadang-kadang ibu stress tau, balik keje penat2 pastu mcm2 aduan pasal Mukhlis. Selama bibik takde ni, hampir setiap hari ibu balik rumah Tok lunch hour untuk tolong Tok paksa Mukhlis makan, jenuh berkejar ke sana ke mari. Ibu perasan kenakalan Mukhlis menjadi-jadi sejak bibik takde dan ramai sepupu2 kat rumah Tok, dulu bibik selalu manjakan Mukhlis, dan Mukhlis pun sket2 cari bibik. Agaknya terasa terpinggir kot. Nak kata kurang kasih sayang herm ibu rasa dah berlebih-lebih kasih sayang ibu dgn ayah bagi kat Mukhlis. Sekali tu, petang ibu angkut jer Mukhlis ke ofis. Seronok la sangat Mukhlis ibu tengok, tapi tak boleh la selalu. Bila time2 camni la ibu terfikir nak jer ibu jadi fulltime housewife, jaga anak-anak ibu. Tapi ekonomi keluarga tak mengizinkan. Nanti ibu stress lagi.

Kenakalan Mukhlis bukan setakat tu jer. Sebelum ni mana pernah Mukhlis buat orang, tapi sekarang ni dah jadi HERO plak. Masa open house rumah kawan ayah, pakcik Badrul hari tu, anak pakcik Nik – abang naufal- main2 ngan Mukhlis, pastu abang naufal tarik tangan mukhlis ajak ke tempat ayah dan pakcik2 lain lepak bakar ayam (memang la agak kasar sket sebab abang naufal tu besar, tembam+sihat walafiat) pastu Mukhlis tolak balik abang Naufal.. Kenapa la sayang ibu macam ni. Ibu nak buat macam mana lagi. Ke sebab masa kecik2 selalu kena buli dengan anak kawan ibu, erm tak juga kot. Agaknya dah stage umur macam ni Mukhlis baru belajar membuli kot. Ntah la, ibu tak tau la ape nak buat ape dengan budak 2tahun sorang ni. Bila tanya “mukhlis, nape buat M?nape cubit M?” Mukhlis akan cakap dengan mimik muka yang cukup innocent “Mukhlis tak buat pun, mukhlis tak cubit pun”.. Herm bab muka kesian+berlakon innocent memang Mukhlis juara. Hai tak tau la ibu. Agaknya ibu kena spend lebih masa dengan Mukhlis. Mukhlis ni kalau kita marah die, die akan rebel dalam diam. Bila cakap lembut2 baru la Mukhlis termakan pujukan tu. Selalu nya ibu akan cakap “Mukhlis kan anak soleh, Mukhlis nak masuk syurga tak?” Mukhlis akan cakap “Mukhlis nak masuk syurga”, ibu sambung “haaa..kalau nak masuk syurga kena jadi anak soleh, anak soleh tak buat orang tak cubit orang tak gigit orang tak buli orang tau” Mukhlis angguk. “Mukhlis tak buat lagi kan nanti kan?Mukhlis kan nak masuk syurga”. Mukhlis angguk lagi, tapi lepas tu die cakap “Bu,Mukhlis tak buat M pun”, banyak kali ulang benda sama.. Hermmmm.... Ntah la, ibu pun pening dah..

Dengan adik baby, Mukhlis cukup la berlembut. Cakap pun berbisik-bisik sampai kadang-kadang ibu pun tak dengar butir bicara nya. Yang sempat ibu dengar adalah “adik...adik jangan nangis tau, adik tido baik2 tau, sayang adik” pastu cium perut ibu. Harap-harap adik dah keluar nanti pun, abang Mukhlis sayang kat adik macam ni, tolong ibu jaga adik. Jangan buli-buli adik tau sayang... Hampir setiap hari Mukhlis cakap benda yang sama dengan adik. Sweet sangat.




-herm ????? - ayah cakap bia la macam mana pun yang penting kita didik Mukhlis dengan acuan yang betul

No comments: