Semoga dalam redhaNya

Thursday, October 14, 2010

Anak itu ujian

Seorang sahabat ibu pernah berkata anak-anak itu ujian. Bermacam-macam ujian samada dengan disedari ataupun tidak. Ada yang di uji dengan susah mendapat zuriat. Bertahun menanti namun hampa. Beberapa kawan ibu sekolah ibu contohnya, berkahwin dah bertahun-tahun namum sampai sekarang masih menanti kehadiran tangisan seorang cahaya mata. Ada yang hampir-hampir mempunyai cahaya namun rahim tak kuat berkali-kali keguguran. Yang anak seorang setahun pun alhamdulillah, anak tu kan anugerah dan rezeki... Dalam pada itu ada yang di uji dengan anak yang sakit, setiap hari siang malam bersengkang mata demi kesihatan anak yang di anugerahkan. Itu lah pengorbanan ibu bapa.

Namun ibu, ujian yang ibu terima adalah anak yang nakal + lasak (sedikit nakal pada ibu la). Sejauh mana kenakalan dan kelasakan anak ibu susah untuk ibu tafsirkan di sini, terpulang pada penilaian orang-orang yang mengenali anak ibu. Ibu tidak kesal dengan anugerah ini cuma ibu kesal dengan keadaan sekeliling yang menekan emosi ibu (maaf seandainya pembaca merasakan ibu ni terlalu emosi, dan tak dinafikan memang ibu emosi sebab ibu 33week sekarang ni bertambah gangguan2 emosi lain -heheheh alasan-).. Anak ibu yang berusia 2tahun 4bulan ini, dikatakan nakal dan lasak dan selalu buli orang. Aduan setiap hari memang dah jadi rutin, (abes tu nk ibu buat ape?nak ikat kaki dan tangan?nak kurung macam burung dalam sangkar?ibu pernah nak 'kuarantin' tapi anak ibu mengamuk dan kata 'nak main sama-sama'). Anak ibu cuma nak berkawan cuma mungkin approach die salah, die ingat itulah cara berkawan yang betul, tapi sebenarnya SALAH dan MENYAkITI orang lain. Setiap hati siang dan malam ibu dan ayah menasihati dan memperingati (tak payah la di uar-uarkan secara detail di sini cara ibu dan ayah menasihati, sebab setiap parent ada cara mereka sendiri dalam acuan memdidik anak-anak).. Disebabkan semua orang dah selalu marah-marah anak ibu setiap hari sebab nakal so ibu ambil pendekatan yang lain, ibu taknak marah-marah sebab takut emosi anak ibu terganggu dan fikir semua orang tak sayangkan die. Ibu ambil pendekatan memujuk dan slow talk. (erm moga terkesan di hati anak ibu walaupun sedikit). Memang ibu perasan kebelakangan ini anak ibu lain sedikit, tak suka tempat ramai-ramai, macam dulu anak ibu suka ikut ayah ke masjid. Namun sekarang bila sampai masjid anak ibu akan cari ibu. Dan kat rumah Tok pun bila ibu balik, anak ibu akan tertunggu2. Ayah marah pun anak ibu akan sebut-sebut nama ibu. Yer la ibu je yang kurang marah anak ibu. Sian anak ibu, emosi terganggu yer sayang. sabar yer. Itu la proses pembesaran heheheh yer ke penggunaan istilah tu.. Herm penyelesaian masih belum ibu temui, nak hantar nursery ibu memang tak mampu, dengan financial kita sekarang yang cukup2 untuk menampung sahaj, belum lagi kita terima ahli baru awal disember nanti (erm dok tensen jer selalu ni ada kemungkinan bersalin awal la..so get ready pertengahan bulan nov je la)..

Erm cuba mengontrol emosi jangan emo sangat.. Alhamdulillah ibu tetap bersyukur sebab walaupn anak ibu dikatakan nakal dan lasak, tapi anak ibu sihat walafiat, tidak banyak meragam. Ujiannya cuma 1, nakal. Bahkan ada anak-anak yang terlebih nakal lagi berbanding anak ibu, cuma mungkin penerimaan orang sekeliling nya yang berbeza. kenakalan dan kelasakan anak ibu mungkin sebagai peringatan kepada ibu. (Dan wahai ibu-ibu dan bakal ibu-ibu di luar sana, jangan lupa kita masing-masing ada anak. Satu jari menunjuk kepada orang lain, 4 jari menghala ke arah kita.. So berhati-hati dalam setiap tindakan dan tutur kata. Allah Maha Adil.....)


si busyuk masyam ibu, penawar hati pengarang jantung..
Biar ape orang kata tentang kenakalan Mukhlis, tapi ibu tetap sayang Mukhlis. Tanpa jemu hari-hari ibu ulangi nasihat yang sama kat mukhlis.. Moga budak dua tahun ni faham.. Faham ker?faham tu faham tapi tak makan saman... :-)

kusyuk tengok kartun sambil makan goreng pisang..

"ibu, susu dah abes"

dah abes minum susu. Mukhlis mcm pelik tengok ibu ambil gambar Mukhlis yer...
Ler kalau bukan ibu yg ambik gambar anak ibu, sape lagi yg nak ambik kan sayang hiihihihih


Ibu redha dan bersyukur atas ujian yang Allah bagi kat ibu ni, ameeennn dan alhamdulillah.. Sebab ini tandanya Allah masih sayangkan ibu dan ingat ibu selaku ibu hamba yang lemah lagi hina ini. (yang tak pernah terima ujian tu yang patut risau sebenarnya...). Semoga selepas ini keimanan dan ketaqwaan ibu bertambah, dan kesabaran ibu meningkat dalam usaha membesarkan mendidk dan mencorak anak-anak ibu...(dah nk masuk dua orang)...
Erm anak ibu yang notty ni pun dah bangun dari tidur, kena uruskan die dulu, he's my priority than blogging.. blogging ni hobi ibu sahaja, tempat meluah perasaan yang takde tempat nakdiluah... lainkali ibu meluahkan perasaan lagi..


-wassalam-

No comments: